Wednesday, September 30, 2009

saya rindu kehijauan ini























Tuesday, September 29, 2009

potong kek sebedey boi

Tak kira
mummy nak tepek jugak gmbr sebedey boi potong kek
wpon tak byk sangat gmbr
huhuhu











Mummy hanya jadik photographer yg terpaksa kontrol aksi
Sbb saya adalah di hadapan keluarga mertua
So no-no-no aksi menonggeng, meniarap semasa snap gmbr okeh
So ni je ler yg dpt
ni pon snap dari sisi meja buh kek sebedey
sbb kalo dari arah depan, kompem bum-bum saya menjadi santapan mata semua org
(ehem...harus bersopan sket taw Awin!)
Peneman sebedey boi memotong kek juga adalah seseorang yg berpangkat moyang kepada sebedey boi
Sebagai penghormatan, ada bunyi-bunyi suara hadirin menyuruh nenek itu meneman sebedey boi memotong kek
Mummy dan babah?????
tolong ke tepi...(sedih okeh!)
Hensem kan beliau sebagai sebedey boi memakai long sleeve , vest dan neck tie...kuhkuhkuh

syok dia dpt pezen set thomas n frens dari babah...




Monday, September 28, 2009

3+1 1/2+1

Ni saja je nak cerita sket pasal cucu-cucu mak ayah saya



Maklum la, raya ari tu je baru dpt kumpul semua dan dpt la snap gmbr terbaru mereka



Sbb anak2 abang kat Kuching, last saya jupe diorg masa saya kawen dulu(giler lama...dan mcm duk kat luar negara le pulak)...means 3 tahun tak jupe, raya ari tu baru la dpt tgk mereka...seme dah besar panjang!



So ni cucu sulung mak ayah saya la



Aimie Athirah



Dah masuk Tahun 1 skrg neh



Masa kecik dulu, dia ni kuat "sentap" memanjang...asik nangis je....pas tu ada sekali tu balik, pantang nmpk org berdiri, mesti mitak dukung.Smpi mak saya sebut " budak yg suka duduk atas dahan"



Muka dia ni bleh di katakan copy paste ayah dia sguh...

Gigi kapak depan pon beso bukan main lagi, hahaha

Kalau dia buat muka toye sememeh tu, mmg sebijik la muka abang masa kecik



Aimie pakai spek dah masuk 2 tahun kot, masa dia tadika.Sebab silau dia kuat sgt, selalau ngadu sakit kepala...kesian,kecik2 dah kena pki spek

Yang ni pulak adik dia, Amirul Azim

Dalam famili, seme org pgl dia Azim or Ajim, tapi saya sorang je yg pgl dia amir sejak dia lahir smpi skrg...hehehe


Kuat menyakat org dia ni, nmpk je muka stone cam tu...hhahaha

Mamat ni pon dah masuk sekolah tadika, skrg umo 6 tahun.Diorg 3 beradik ni rapat2...

Yang ketiga, nama dia Auni Atifah

Nama budak ni saya yg bagi...hehehe maksud dia errrmmm...lemah lembut, penyabar kot

Dia ni paling kronik...sebab bercakap mcm menyanyi...hahah paham tak macam mana?
Dia cam berlagu...mendayu2 gitu....
Dah ler diorg ni mmg cakap loghat Sarawak kan, tmbh ngan mendayu2 lagi ler kami tak paham...kuh3

Budak ni baru 4 tahun umo...manja bukan main, asek merengek je



Yang ni pulak anak kakak, bakal jd big brother bulan depan
Nama dia Ryan Nazeem Muhaimin
bergambo pon wat muka eksyen...sbb dia ni mmg eksyen sket,hahahahahha
Umo 4 tahun jugak...skrg dah rajin pegi school, kalau tak malas je memanjang
Tapi dia jugak rajin "melarikan diri" dari rumah
Setakat terjun ikut tingkap tu perkara biasa...hehehe.Sebab utama lari dari rumah? adalah kerana umah tok bak dia 20 langkah je dari umah dia


Bulan depan dah ada 6 cucu...insyaAllah dapat gurl pulak...so 3 bunga 3 burung...kuh3

Dan...yg paling kecik dan cumil...tentulah hero pujaan malaya...
Amjad Faheem


Sekian
-byk gmbr nak buh, tapi tak larat lorrrr





ceriti hari raya...tp layan gmbr je la ek?

Raya 2009

Hari raya pertama, semua adik badik kumpul kat umah mak ayah
meriah siot...wpon cuma mak ayah, dan kami 3 beradik sekeluarga
bersama 5 org budak kecik dan sorang budak dalam perut

Mak dan ayah
(saya yg snap gmbr ni smbil berkata; "Senyum mak ayah, adik nak anto kat ruangan Kembang Setaman neh")
Ni yg paling menggembirakan hati saya...menjadik jugak plan utk paksa semua org wat baju raya kaler sedondon

Keluarga Haji Ahad dan Hajjah Azimah

Famili abang


AF sekeluarga



Famili kakak
(cheh...dia duk sorok perut duk blkg abang ipar!)
Sempat snap sekeping dua outdoor...muahaha...


Feeling artis! Photo shoot utk kulit album terbaru..hehehe


Dua beranak yg setiap kali raya, mesti kena beli songkok, kopiah ....
Pas asar raya pertama, gerak ke Nusa Bestari JB...utk beraya dgn famili mertua
Jammed giler tahap nak mengamuk kat Kota Tinggi...dari 3 lane dia suh jadi 1 lane...hilang akal ke Inspektor Sahab?????
Raya kedua, pas zuhur gerak ke Mersing semula sbb raya ketiga sang arjuna suda mulai bertugas
Tak sempat snap pon gambo kali berbaju raya kaler ijau...

Ni je yg sempat...dlm kereta, semasa tension dan stress dgn jammed (lagikkkkk)



Sang arjuna gerak ke Bentong kul 330 pagi...
Raya ke tiga, ktrg beraya kat umah mak sedara kat Chini 3.tp saya lupa bwk kamera...hahah..biasa ler, selalu bwk kamera kecik buh dlm henbeg je...ni beg kamera dah asing beg lain, tu yg mudah lupa...so tak de la gmbr kat tepi tasik chini...cis...cis...cis...
Raya ke empat...mak suh berehat kat umah sehari...basuh baju, kemas umah mak kata...tp pas asar sy pi beraya umah kawan



Raya ke lima, beraya kat umah sedara mara belah ayah kat Batu Pahat.
Me and my mak...kat umah mak usu.
Kami cukup heran dgn rumah ini. Sejak mak kawen, mak kata diorg tak penah pon cat umah ni, luar dan dalam.Tapi mak usu sgt rajin menukar perabot dan sofa! muekekekekekek....
Setiap kali raya, musti ada sofa or perabot baru...tp jgn tak caya, seingat saya...cuma 3 kali je kot saya penah naik ke rumah atas, byk masa ktrg abiskan kat umah bwh jeee...
Sempat photoshoot kat Pantai Minyak Beku...kalu mata anda tajam...anda boleh nmpk kepulauan sumatera...
Owh...sepanjang hari ry ke lima juga adalah hari di mana saya terputus hubungan dgn dunia luar, gara2 Celcom yg buat hal.



Tu je la kot cerita ceriti raya saya, smpi raya ke lima saja...sebab raya ke enam, saya suda bertolak ke Kuantan utk pernikahan dan majlis adik ipar.kalau rajin nti saya cerita ler pasal majlis tu, tapi rasa mcm tak rajin lerr...boleh?????

Friday, September 25, 2009

I am 2...

Happy 2nd Birthday My Little Prince
Amjad Faheem bin Khairul Fahmie



Mummy dan babah sentiasa doakan yang terbaik untuk Amjad Faheem
Semoga Amjad Faheem menjadi hamba Allah yang soleh
seperti mana maksud Amjad iaitu Mulia dan Soleh
Juga moga Amjad Faheem jadi insan yang berakhlak mulia, penyayang dan
sentiasa menggembirakan hati mummy, babah dan semua orang
Kalau ditakdirkan suatu hari nanti
Amjad Faheem jadi abang
Moga Amjad Faheem dapat jadi abang yang melindungi adik-adik
Kalau ditakdirkan mummy pergi dulu
Moga Amjad Faheem boleh jadi peneman babah
Penghibur hati dan kesunyian babah

Kalau ditakdirkan babah yang pergi dulu
Moga Amjad Faheem boleh jadi ketua dan jaga mummy
sebagai pengganti babah
Walaupon mummy garang dan tegas dgn Amjad Faheem
tapi ketahuilah sayang
Mummy sentiasa sayangkan Amjad Faheem
tidak pernah berkurang sedikitpun kasih sayang itu
Dari hari pertama mummy tahu kehadiran Amjad Faheem
dalam rahim mummy
dan sampai sekarang dan bila-bila
Mummy tetap sayangkan Amjad Faheem
malahan makin melimpah kasih sayang untukmu
Terima kasih anakku sayang
sebab jadi anak yang baik dan tak nakal sangat
Terima kasih sebab kadang2
Amjad Faheem macam faham yang mummy berseorangan
jaga Amjad Faheem di sini
Syukur mummy rasa sebab nama Faheem itu
sangat sesuai dgn kamu
yang membawa maksud -memahami
Mummy sentiasa berdoa
Moga Allah tak pisahkan kita
sebab mummy tak tahu macamana keadaan mummy
kalau Amjad Faheem tak de kat sisi mummy
Nanti bila Amjad Faheem dah masuk school, kolej dan universiti
Kena belajar rajin-rajin dan jadi cerdik
hormat guru, pensyarah dan semua orang
Bila besar nanti boleh jadik Doktor Pakar Bedah
Bila Amjad Faheem dah ada kerjaya yang bagus
Kerja lah dgn jujur dan amanah
Setiap pendapatan yang Amjad Faheem dapat
jangan lupa zakatkan dan sentiasa bersedekah
Nanti bila Amjad Faheem dah dewasa
bila dah teringin bercinta dan ada girlfriend
cari la girl yang berkeperibadian yang elok dan solehah
bimbinglah dia menuju ke syurga Allah
Semasa bercinta
Jagailah batas-batas hubungan agar tidak tersasar
dari landasan yang Allah tentukan
Bila sudah berkahwin
Jadilah suami yang baik
dan bimbinglah keluarga Amjad Faheem sebaiknya
Mummy akan pastikan
Mummy dapat jadi ibu mertua yang sangat sporting,open minded
dan menyayangi menantu mummy
seperti anak sendiri
Bila ada anak
Didiklah anak Amjad Faheem dgn ilmu dunia dan akhirat
secukupnya sebagai bekalan mereka
Mummy juga akan pastikan
Mummy jadi granny yang sempoi dan loving
juga pemurah
Akhirkata
Mummy dan babah akan sentiasa doakan
kesihatan, kesejahteraan dan kebahagiaan Amjad Faheem
dunia dan akhirat
Semoga Amjad Faheem sentiasa dalam keredhaaan Allah s.w.t
sepertimana Amjad Faheem sentiasa dlm keredhaan mummy dan babah
insyaAllah
Selamat Ulangtahun sayang mummy dan intan payung babah!
**mummy wat auto publish on 25/09/09 at 5:47 am sempena tarikh kelahiran you!

coretan kasih:

Monday, September 14, 2009

my baby NIK

ni adalah sket sebanyak hasil baby NIK saya
dan tangan pengkor saya yg baru cuba2 shoot guna dslr
































ni adalah air beras sangai
petua utk cirit birit
heheh








eh...sib baik cukup 5 jari.hahahha
"saya budak baru belajar, kalau salah tulun tunjukkan"