Friday, March 29, 2013

Ho Chi Minh City: tidak mencabar namun objektif tercapai

Ho Chi Minh City Viet Nam
19-21 Mac 2013

Bff vacation katanyaaa... :)

7 bulan lepas beli tiket okeh...masa AA sales
berbaloi2 la...rm 165 return + RM 40 luggage 20kg

ahli rombongan...ni dah sampai airport,tgh tgu driver bwk SUV mai angkut ktrg :)



bandar yg busy...byk moto...kenderaan bersimpang siur.ikut suka nak ke kiri atau ke kanan..asal selamat sudeehhhh


Day 2- amik trip to Sungai Mekong..kohoh dulu belajo geografi selalu cikgu sebut sungai ni...antara sungai terkenal di dunia (ye la kot) sebab di tepian sungai ni la ramai penduduk...mereka membina kehidupan sbb dkt ngan punca air utk makan, minuman, sumber pertanian dan pengankutan...hahaha ingat yg ni jek tapi PMR geografi saya dapat B hewhew

so perjalanan ke Sg Mekong amik masa dlm 2 jam, naik van tourist depa la.rege seorang adalah rm90 tapi siap dpt tapau bekfes dan balik ke hotel semula disediakan lunch..org Islam Champa yg punya tourist agensi ni

so singgah tempat seni kraf depa ni


depa guna kulit telur dan cengkerang jek wat benda2 art ni, kreatif


sekitar bandar HCM, ni area mcm highway la kot lbh kurang .tak busy sgt dah


sepanjang jalan perkampungan, byk nmpk kedai makan sempoi gini...ada buai/endoi kat setiap meja makan...hahaha agaknya lepas makan diorg lena kot.tak pon makan sambil baring konsepnya...hadeiii


byk jugak nmpk kubur2 mereka buh tepi2 umah jek.pas tu ada satu dua kubur tetiba ada kt tengah2 bendang.mebi tukang jaga kwasan kot hahahaha

sampai jeti Sg Mekong


naik bot

ni tuan tanah kedaung




first pit stop, minum teh madu dan makan la halwa2 depa..ada kepek pisang, bepang kacang dan halwa halia


second pit stop, makan buah2 an sambil dihiburkan nyanyian 4 orang aweks dan 2 org mamat yg memetik gitar secara akustik dan unplugged...boleh laaaaa...dah bayo kena la dengar hakhakhak



third pitstop, naik perahu...yipiiieee








saya duk belakang skali, so dekat belakang saya pulak tukang dayung sampan tu la...tak de org nak amik sambar poyo saya maka saya berdikari la amik gmbr seniri secara close up..hahaha bila tgk balik gmbr, rupanya si pendayung sampan enterframe dlm setiap gmbr saya...adeeiii lawak je rasa...siap sengih molek lak tu...feeling retis sguh!

tapi sbb muka saya berlekit mcm gam dlm gambar tu plus si pendayung sampan tu tidak la se-hot Remy Ishak, maka tak yah la saya buh gambar2 tu kt sini hahahah

alahai si pendayung sampan, kalo la wajah anda persis Remy Ishak, saya sanggup duk dalam sampan tu 3 hari 3 malam tau... (matik kena lahar ngan arjuna gini..larikkkssss)

naik bot semula utk ke pit stop seterusnya








foruth pitstop, tempat depa wat gula kelapa (ye kot nama menda ni)


insyaAllah halal, sebab saya seniri pon tgk cara pembuatan...just guna santan kelapa dan gula jek...dan juga bahan utk bagi rasa seperti durian, ros

keropok beras (kott)






fifth pit stop, naik kete kuda


masa ni dah berlengas giler dah.sampai malas dah nak amik gambar ngan kuda atau kereta beliau haahaha

ayuhh pulang


dapat refreshment drink...ayor kelapa


nur aisy ayieshah dengan wajah sinis beliau dengan dialognya "apa tengok-tengok? ada hutang???"



kemudian aktiviti diteruskan dengan menghabiskan sisa-sisa wang yg dibawa dan inilah hasilnyaaaaa





otel kami...murah...total 2 nites utk 2 bilik hanya 118 usd saja :) (sbb bahagi kepada 5 maka saya rasa sgt murah la utk bahagian saya wakakakak)



banyak kedai painting sekitar otel.maka saya terpanggil utk menempah seketul,tapi saiz kecik je la sbb tu paling murah hahaha 12 usd jek dan mudah nak bwk balik :)

kalo terer dan kenal saya betoi2, mesti dpt teka saya pilih painting yg mana, hahahahah



pulang ke tanah air





bye bye vietnam


kalau ditanya adakah saya mahu lagi dtg ke Viet Nam utk sopim, saya akan jawab "TIDAK"

hehehe...sebab bagi saya syurga sopim mcm ni cukup la sekali saya pegi, sama mcm Bandung jgk...dapat merasa sekali cukup la...utk kenal dan tengok tempat orang , budaya , masayarakat dan kehidupan mereka.lain la kalo duit saya memang berkepuk2 dalam bank...pegi setahun 18 kali utk sopim pon saya mahuuuuuu

so sbb duit tak berapa nak berkepuk, cuma ada 2-3 helai jek, maka kalau ada peluang tiket AA sales n promo, ada baiknya saya ke tempat lain pulak... haiihhh mengidam Krabi dan Boracay Island tak abis2 lagik ni, achaner???

saya cuma bawak rm1000 dan ini aje la yang ditukar kan kepada USD sket dan duit Dong Viet Nam...ada baki sket dari total tu saya kekal kan dalam nilai RM..sebab ketiga2 jenis duit ni boleh digunakan kat sana :)

hasilnya saya dapat mencapai objektif saya ke sana utk memberi 10 pasang kain cotton dan sahabat2 beliau...hahaha saya gembira dengan pencapaian ini

3 pasang baju kurung dah siap, bermanik sakan kalah mak datin dan 7 pasang kain ela yg bersedia utk ditempah hahahah..



saya juga gembira dengan pembelian backpack dark pink ini (walaupon plan asal nak beli brand Deuter)...bersyukur aje la dengan backpack kaler idaman dengan harga rm30 kuang3



next destination bulan Mei...errmmm ...terpaksa dirahsiakan dulu utk mengelakkan sebarang tohmahan tak di ingini hahahahha

Saturday, March 16, 2013

SAHM and SAHS



esok last day menjadi SAHM dan SAHS
hewhew
kemudian terus la pass tugas kontrak ni kepada arjuna utk 3 hari sebab mummy nak kutip reward yang telah "dibeli utk diri seniri" 7 bulan yg lepas....kahkahkah HCM City, aku datang dengan luggage kosonggg utk dipenuhkan hingga 20 kg..yahuuuuu

menjadi SAHM mmg mencabar
so saya mmg salute la kepada ibu-ibu yang bekerjaya tetapi mengambil keputusan utk berhenti keje dan duduk dirumah sambil mbesarkan anak...anda2 semua mmg terbaiiikkkkk!!!

kenapa saya sebut ibu-ibu yang bekerjaya?
sebab...saya rasa lain feel dia bila kita dah biasa kerja tapi kemudian amik keputusan utk stay dirumah sepenuh masa.ini berbeza dgn ibu-ibu yang memang tidak bekerja sedari awal sebelum ada anak.

bagi saya, maybe saya tak boleh lagi kot buat mcm tu hahaha...kedengaran agak kejam sbb "tak sanggup" nak jaga anak sendiri...bukan....bukan kes tak sanggup jaga anak seniri tapi saya tak ready lagi utk duduk dirumah tanpa bekerja...maksudnya ada kerjaya, ada menda yang berbeza dibuat setiap hari, ada duit sendiri dan boleh melihat dunia luar dengan lebih jelas (matik la kena kutuk dgn SAHM yang lain tulis cam ni hahahah)

ok...citer pasal jadual seharian saya mjadi SAHM; pagi2 giler awal bangun hahahah...kul 6 dah sedar..kadang 530 pon dah celik mata.aidan jenis selalu jaga awal, dah terbiasa kt umah nenek sbb kul 5 cam tu tok ayah dah bangun..siap2 nak pegi masjid.so dia 530 mmg akan bangun sbb macam tau-tau je time tok ayah nak keluar heheh

kena tipu la kt amjad cakap adik dia pon mummy anta pegi school so tak de la drama swasta kes dengki adik duk umah, dia kena pegi school.hahaha...kalau amjad baca ni bila dah besar, sorry la yek.mummy dgn babah tipu am...tu laa...sapa suh drama swasta banyak sangat

kul 720 dah kuar...kena awal sbb tak leh drive laju2...budak kecik ni tak reti duk diam dlm kete...nak berdiri kt seat depan.so mummy kena behave la driving, tak leh rempit sesuka hati :)

balik umah semula pas anto amjad...balik tu suap2 la breakfast...bg dia tengok tv ke main2 jap...pas tu kul 10 -1030 gitu waktu tido dia la...aidan tido siang masih dlm buai.malam je boleh tido kt tilam seniri.tu pon kena tutup lamapu bg gelap cam gua...hahahah

selalu dia tido dlm 2 jam...so masa senggang tu mummy wat la keje2 umah sket...basuh baju ke.pas tu tukar jadi SAHS (stay at home student ) lak...sebab rasa cam susah hati giler tinggalkan keje2 makmal dan lelain.hahahah...elleehhhh macam la kalo pegi ukm tu byk sangat menda ilmiah di buat.pdhal duk tgk SA ngan baca forum jek...kahkahkah

namun begitu, saya masih mensasarkan utk siapkan 2 paper sepanjang mjadi SAHS ni...alhamdulillah...satu dah siap, cuma tinggal nak touch up sket je ayat2 cinta bagi sedap, jgn kena reject dan kena kutuk lagi...kihkih.so satu lagi tu pon tinggal nak paste dan touch up sket result dari paper yang pegi conference kt Langkawi tu sbb tak de kabar berita utk di publish pon.so boleh la combine result hahahaha

bila dia bangun, mandikan la sket kalo nampak cam busuk jek...hahah pastu suap makan nasik pulak.aidan kuat minum susu...kadang dlm masa 2 jam dia boleh minum 3 botol 7 oz..hehehe

kul 430 dah kuo amik amjad...bawak slow2 kan...so setengah jam jgk la baru sampai seksyen 8 BBB...pas amik amjad terus balik rumah.memang tak singgah mana2 pon sbb cam kalut je rasa bawak 2 orang...hehehe.

malam pulak, kul 645 dah mandikan diorg, pas maghrib suap makan dan kul 8 dah suruh dioorg tido la...pas diorg tido mummy on balik tv dan layan la drama sorang2...heheh kdg2 sambil buat2 keje ilmiah sket.maklum la,mummy masih tahap "buah cempedak di luar pagar, amik galah tolong jolokkan" gituuu dalam bab penulisan jurnal saintifik ni.tapi bak kata pepatah...mendaki tangga memang la kena dari bawah... :)

begitu lah aktiviti selama beberapa hari menjadi SAHM dan SAHS yang tak berapa sukses ni...hahahaha.maklum la mummy bukan tahap penyabar sangat.selalu jgk la menggunakan kuasa suara petir utk mententeramkan anak2 terchenta

Wednesday, March 6, 2013

setiap gambar ada cerita (kata Yuna)- #1

Koleksi Instagram

Kuala Perlis

Adik dan abang bergurau senda



Buah Beri No 130F, ayah tanam belakang umah je



Sepotong lirik lagu Kekasih Gelap...sebab saya memang ada kekasih gelap...hehehe "kekasih yang gelap"



Laluan masuk ke UPM, mendamaikan....ku lihat hijaaaauuuuu



Pantai di KK, sementara tgu haiwan2 laut kegemaran dihidangkan :)



Tasik Ampang...sebenarnya capture ni ingin ditulis begini:

" ada tak dihirau, tiada tak dicari"

Masjid Bandar Kota Kinabalu, persis Masjid Terapung Terenggganu dan juga Masij Terapung di Penang


Monday, March 4, 2013

redha suami itu penting , tapi mengapa?

peringatan untuk diri sendiri yang sering khilaf :(

RENUNGAN TERBAIK UNTUK KAUM WANITA BERGELAR ISTERI

Mengapa Redha suami itu adalah syurga bagimu wahai para isteri:

1. Suamimu dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup. Namun ketika dia dewasa, dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu mencintainya seumur hidupmu, bahkan sering kali rasa cintanya padamu lebih besar daripada cintanya kepada ibunya sendiri.

2. Suamimu dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah dan ibunya sehingga dia meningkat dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru sahaja dikenalinya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah dan ibunya.

3. Suamimu redha menghabiskan waktunya untuk mencukupi keperluan anak-anak kamu dan dirimu. Padahal dia tahu, di sisi Allah, engkau lebih harus di hormati tiga kali lebih besar oleh anak-anak kamu berbanding dirinya. Namun tidak pernah sekalipun dia merasa iri hati, disebabkan dia mencintaimu dan berharap engkau memang mendapatkan yang lebih baik daripadanya di sisi Allah.

4. Suamimu berusaha menutupi masalahnya dihadapanmu dan berusaha menyelesaikannya sendiri. Sedangkan engkau terbiasa mengadukan masalahmu pada dia dengan harapan dia mampu memberi penyelesaian. padahal boleh sahaja disaat engkau mengadu itu, dia sedang mempunyai masalah yang lebih besar. namun tetap saja masalahmu di utamakan berbanding masalah yang dihadapi sendiri.

5. Suamimu berusaha memahami bahasa diammu, bahasa tangisanmu. sedangkan engkau kadang hanya mampu memahami bahasa lisannya saja. Itupun bila dia telah mengulanginya berkali-kali.

6. Bila engkau melakukan maksiat, maka dia akan ikut terseret ke neraka, kerana dia ikut bertanggung jawab akan maksiatmu. Namun bila dia bermaksiat, kamu tidak akan pernah di tuntut ke neraka. kerana apa yang dilakukan olehnya adalah hal-hal yang harus dipertanggung jawabkannya sendiri ...

By: Halimislam Online

*sumber FB