Thursday, May 26, 2011

5 tahun ku menjadi isterimu, kau menjadi suamiku

perghhh...tajuk mesti hangat lebih dari biasa...dah lebih kurang cam tajuk lagu ciptaan *Eddie Hamid je...layannnnn

Ehemm...so hari ni genap 5 tahun saya dan arjuna bernikah dan hidup sebagai suami isteri (wpon hidup sebumbung tu tak sampai la 5 tahun kalau di kumpul2 pon)

Sepanjang 5 tahun ni kiranya bukan setakat suka duka pahit manis masam masin seme dah rasa kot. dugaan demi dugaan pon dah byk ditempuhi...dugaan kewangan, dugaan kasih sayang dan ikatan kekeluargaan, dugaan berjauhan lagi la kan, dugaan anak-anak...hihi...wpon masa menghadapi dugaan tu rasa cam sakit sangat jiwa dan hati perasaan tapi mesti suatu hari kelak, bila dikenang2 semula akan jadi suatu kenangan manis dan pengajaran utk lebih matang dan bijak dalam menilai sesuatu, insyaAllah

Kalau selalunya, bulan Mei kami akan cuba celebrate anniversary dengan pegi cuti2 mesia tp this year semua plan kena pospone la kan...kewangan terpaksa didahulukan pada yg lebih penting dan yg paling utama adalah kerana saya sedang dlm pantang, hihihi. InsyaAllah next year kalau ada umur panjang dan rezeki kewangan lebih boleh la plan cuti2 mesia (mesia aja ler...obersi belom lagik, hahaha)

Cuma, sempena anniversary tahun ni saya mohon kt arjuna satu jek permintaan (nk mintak hadiah tk sure leh dpt ke tak, hihi)..saya cuma mohon kat arjuna, lepas klahiran Aidan, saya tak sanggup dah nk guna "talian hayat" yg last yg saya ada ni..hihi..so cukup la ngan 2 hero yek arjuna? tak pe la kalau tk de koleksi anak dara pon dlm famili kecik kita ni, anggap je la mummy ni wakil tunggal still anak dara..hihi..so biar mummy sorang yg konker koleksi bju pink, make up n barang kemas.boleh gitu?

Akhir kata, saya sentiasa doakan semoga ikatan prkahwinan saya dan arjuna kekal bahagia dan sentiasa diredhai Allah hingga ke hujung nyawa...semoga rezeki yg halal dan kesenangan dunia dan akhirat milik kami sekeluarga..aminnn

Untuk arjuna suami saya; bertabah la hidup bersama saya, susah bersama saya, senang apatah lagi mesti la bersama saya dan tua lah bersama-sama saya agar kita dapat mencapai impian dalam hidup yg selalu kita rancangkan bersama; pergi umrah dan haji bersama, melawat Old Trafford bersama, berpimpinan tangan melihat Eiffel Tower di Paris, bermain salji di Swiss dan memetik kuntuman tulip di Belanda...hihihih


~fuhhh la ni tak dpt nak ngadap lappy utk post entry kat blog, tulis panjang2...tak de byk masa terluang dowh...huhuhu




0 comments: