Monday, July 4, 2011

tiga perkara yang menjadi rahsia

hari ni hari pertama saya balik ke UKM semula setelah 2 bulan bercuti...dan kebetulan hari ni jugak genap setahun saya mendaftar sebagai student phd.tp dalam setahun mcm tak de apa2 progress yang mbanggakan sangat la kecuali helaian2 jurnal yang saya print sudah memenuhi 2 fail...hahaha...itu aje.tp tak pe la...pelan2 kayuh....insyaAllah

sebenarnya dalam entry kali ni saya nak reveal tiga rahsia yang saya simpan sejak dari 2-3 bulan akhir kehamilan saya dan hingga lahirnya aidan dan hingga saya kembali ke UKM ni...saya tau..kadang2 dalam status fesbuk ada yang mbuatkan kawan2 rapat saya terutama puak2 nakal di sana tertanya2...hihih...sorry la yek...bukan nak berahsia cuma belum masanya (tetiba feeling2 artis lak, muahahaha)...masa peknen emosi saya mmg tak stabiol atas beberapa tekanan perasaan yang saya hadapi...hahah...pas tu pulak masa berpantang lagi la kan, tak dibenarkan utk berfikir banyak,bimbang kesihatan terganggu.so lepas abis pantang dan dah balik ke sini baru la saya selesa nak bercerita

cuma, sepanjang apa yang saya lalui ni rasanya yang betul2 tau citer dari A to Z hanya lah sorang "teman sms" (bukan Sheikh Muzaffar Shukor tau) saya, hahaha u know who you are...kat dia mmg seme saya citer dan saya mengadu...kiranya pendek kata, bil celcom saya tu mmg separuh adalah khidmat sms yang saya hantar kt dia utk bercerita, mengadu...hahahahaha

rahsia pertama, ni berlaku sebelum saya bersalinkan aidan.kira2 seminggu gitulah kot. saya dah berpindah rumah dari Cheras ke Semenyih...rumah sewa baru ktrg adalah di Taman *Raja *Tun *Uda...kenapa ktrg pindah? ermm....ktrg pindah atas banyak faktor. antaranya, masa peknen saya sgt stress dengan kesesakan lalutintas bila nak pegi ukm dan nak balik rumah...sejam dalam kete sgt menduga iman saya...hahah...kemudian rasa mcm tak sesuai bila ada baby nanti saya kena usung 2 anak naik turun lif...so masa tu ktrg dah mula sevey2 rumah lain...tapi entah mcm mana ada sedikit musibah dan dugaan melanda arjuna saya tp ni saya tak nak la citer panjang lebar (sbb skrg menda tu dah tak berlaku...tu akan diceritakan dalam rahsia nombor dua)...cuma saya boleh katakan 2 bulan akhir before saya bersalin, saya dan arjuna kembali PJJ...arjuna terpaksa stay di Bentong dan balik ke Cheras seminggu 2 kali...so masa tu ktrg pikir kalao situasi mcm tu berterusan (tak tau berapa lama), tak worth kalo ktrg masih menyewa di Cheras dan saya terpaksa ulang alik jauh dan dlm keadaan jalan sesak.maka, ktrg mmg start sevey rumah yang area dekat2 Bangi dan rumah teres dan sewa yang lebih murah

Carik punya carik, awal April tu ktrg jumpa la rumah teres kat Semenyih tu dgn kadar sewa Rm600...rumah pon ok sbb rumah baru...saya mmg suka sangat2 la sbb cantik dan chomel dan yang paling best tuan rumah tu dah siap psg grill wrought iron kerawang2 dan kitcehn cabinet siap hud dan hob (hahaha..penyewa teduhan kasih pon dpt KC yang sempoi giler).Ktrg pindah ke rumah tu pada 18 April...masa tu mak ayah saya datang sini la, tolong kemas2 barang semua sbb saya tak larat.tp bila kat rumah sewa baru tu, ktrg cuma susun2 perabot then barang2 lain mmg biar je dlm kotak sbb lepas tu saya pulak nak cuti bersalin kan? 24hb pulak hari sukan sekolah Amjad, so lepas pi tengok dia sukan tu ktrg terus balik kampung dan 26hb tu Aidan Fayyadh kuo ikut tingkap! hahahahah





Abis rahsia pertama, kita pegi pulak rahsia kedua...kalo rahsia pertama tu adalah sebelum saya bersalin, rahsia kedua pulak selepas saya bersalin... ermm....bermula 1 jun 2011 arjuna chinta hati saya telah memulakan kerjaya baru beliau di sebuah kilang steel dia Tanjung Langsat Pasir Gudang Johor...kenapa arjuna tukar kerja? ermm...panjang ceritanya...saya pon malas nak cerita, nanti arjuna baca entry ni dia sedih pulak bila terkenang balik pahit getir dan dugaan yang dia hadapi masa kt tempat keje lama di Bentong.so saya malas la nak citer...hahaha...

Arjuna pegi first interview di sana adalah pd 25hb april iaitu sehari sebelum Aidan keluar...so bila dia balik interview tu nmpk mcm positif je peluang nya, saya encourage je dia terima offer tu dan anggap ni semua rezeki Aidan yang bakal lahir.then lepas tu arjuna kena panggil utk second interview dan alhamdulillah beliau dapat keje tu...Saya tumpang gembira utk arjuna sbb dah berapa lama dia "menderita zahir dan batin" dek kerana kemelut di tempat keje lama di Bentong nun...

Tapi sampai bila arjuna akan keje di pasir gudang , itu terserah pada takdir dan rezeki yang Allah tentukan untuk dia.oleh kerana saya ada di Bangi, arjuna jugak dalam proses mencarik keje di area2 sini agar ktrg tak jadik PJJ lagik...



Rahsia yang ketiga pulak adalah tentang Aidan Fayyadh, anak bujang comel saya...sebenarnya saya kembali ke sini hanya berdua dengan Amjad Faheem dan Aidan saya terpaksa tinggalkan bersama babah dia dan keluarga mertua saya...ini disebabkan arjuna dan saya PJJ kembali

jangan la tanya kat saya, tak sedih ke tinggalkan anak? ibu mana yang tak sedih, dah 2 malam saya tidur berteman air mata sambil asek mencium baju aidan yang saya bawak balik...tapi saya yakin, aidan akan ok dan selamat di bawah jagaan babah dia di samping tok wan dan mak wan dia...huhuhu...tamau citer banyak pasal ni, nanti saya sedih....

apa2 pon, mummy sayang aidan ye...walaupon mummy terpksa tinggalkan adik buat sementara...next month adik duduk dengan tok ayah n nenek pulak kat mersing ye.insyaAllah lepas raya mummy bawak adik balik ke semenyih...doakan babah cepat dapat pindah ke sini...aminnnnn





0 comments: