Saturday, January 28, 2012

7 hari 3 novel...good job!

hahaha
kalau ada anugerah utk speed reading utk kategori novel melayu, mmg saya boleh jadi salah sorang pemenang kot
hahahah

ni pon baca sambil curik2 sbb mengelek mamat lasak kecik si Aidan tu

tapi not bad la, tiga-tiga novel ni saya rekemen la kalau sapa nak beli dan baca utk release tension kan? dah nama pon bukan buku ilmiah...hikhikhik.kalau nak yg ilmiah, baca la buku sejarah tingaktan 1 sampai 5...tu kompem jadi ubat tido selain dari menambah pengetahuan.

yg ni okey...saya bg 4 dari 5 bintang...sebab apa? sbb tak cukup sedih tragis macam Ombak Rindu dan trilogi dia tu...hahaha

tapi best la...sila beli dan baca.saya beli ni guna *baucerbuku1mesia* hahaha jujur dalam blogging nih.

yg ni saya suka sangat...comei sguh jalan cerita dia sbb ala2 rancangan realiti tv...mencari menantu..hihih

saya jarang baca karya Lynn Dayana...so pas ni boleh skodeng novel dia yg lain la...


ni pon not bad...cuma mula2 tu cam suspens sikit la...hihih...tapi lepas tu sedih sedih dan sedih then baru hepi balik...biasa la kan, kalau novel sad ending ke ending tergantung ke, mula la rasa mcm nak bako pulak novel tu

beli la beli la

ok tu je la, tatau nak buat entry apa sebenarnya...hahahah

*pas ni aim nak carik novel terbaru RAM...asek sold out jek.Nak carik novel tajuk Sehiris Bulan jugak, baca review cam menarik :)



Friday, January 20, 2012

2012 ~ semoga sentiasa bersyukur

Setelah berhempas pulas berjuang dengan emosi sepanjang 2011...so tahun 2012 ni saya nak tanamkan azam dalam hati (ala-ala resolusi kah?) agar saya sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah yg terlalu laus ni

Sebab sepanjang 2011, bila datang dugaan...kadang2 saya jd macam manusia yg kurang bsyukur...masih lancar menyebut "kenapa? kenapa? kenapa"..sedangkan tiap apa yg allah beri dan duga, pasti ada hikmah yg tersembunyi dan yg pasti Allah lebih mengetahui kan?

Selalu jugak saya kena ceramah dgn arjuna, bila asek mempersoalkan "kenapa?" tu...dia akan ingtkan saya "kalau bukan begitu, kita tahu ke apa kesudahan yg lain?kita boleh jamin ke kita tak hadapi lagi teruk dari ni?"

So saya banyak berfikir dan merenung....

Sempena tahun baru 2012 dan tahun2 akan datang, saya mohon Allah kuatkan hati saya untuk LEBIH mensyukuri nikmatNYA dan belajar utk redha dan pasrah dengan segalanya...kalau boleh tak mau lg merungut2...sentap2 pada benda yg tak sepatutnya lah...hihih

Contoh terhampir, macam kes saya tinggalkan Aidan untuk dijaga oleh emak dan ayah saya...wpon saya sedih tapi saya cuba nak carik sudut yg positif. masa saya keje di perlis, setahun cuma 2-3 kali saja saya boleh balik kg jenguk mak dan ayah...tp dengan hikmah mcm ni, hampir tiap minggu saya boleh ziarah diorang.saya anggapkan inilah hikmah Allah beri saya peluang macam ni, seolah2 utk gantikan balik masa yg lepas2...

Macam tu jugak dengan kes lab work saya yg kecundang dan menemui jalan mati..hahaha...stress dan hampa mmg dah tentu la...udah ler masa makin lama makin berlalu pantas..hahah tapi last2 dengan kegagalan tu, saya temui sesuatu yg lagi baik (insyaAllah)...saya bincang dgn Sv dan Sv setuju dgn proposal baru yg saya twist sikit dari yg lama..so harap2 mjadi la lepas ni, ameeennnn

Moga-moga lepas ni, walaupon ada perkara yg mganggu fikiran...perkara2 biasa yg saya hadapi sebelum ni, saya nak sangat yg saya tak pikir terlampau teruk.Contoh, kalau pihak xxx tak amik pot pasal saya, tak care psl saya or sentiasa buat saya mcm tunggul kayu mati yg tak bernyawa dan tak berfungsi, saya malas nak pikir2 sangat dan sentap2 teruk (sentap sikit2 setakat sms kt puak nakal tu anggap cam meluah perasaan je la kan? hahaha)...saya nak abaikan dan anggap aje kalau berlaku sebaliknya, mungkin hidup saya pulak yg bertukar jadik DISASTER!!!! hahaha...mana nak tau kan? so mungkin di takdirkan ini la keadaan terbaik utk saya

Saya nak enjoy hidup saya mcam orang lain, tamau pikir masalah teruk2..huhuhu...saya ada gak cakap kat arjuna, dah setahun kitorang sama2 down...so this year saya harap dia boleh buat saya hepi dan saya akan cuba buat dia hepi jugak, dengan cara yg masing2 mampu la...kalau tak dpt dah mewah dengan material pon, cukup la hepi dengan apa yg ada, dengan kasih sayang (yg ni yg lagi penting dari harta dunia kan?)dan anak-anak...insyaAllah :)

Walaupon saya lonely kt sini, cuma bdua je dgn Amjad, tapi saya syukur sebab masih ada arjuna dan ramai kawan utk sembang dalam ym, fb dan sms..hihih

Orang kata, kalau kita rasa kita teruk, susah, merana, sedih...cuba tengok orang yg lagi teruk dari kita. Contoh, kalau kita rasa sedih drive kete kecik (hahah...contoh apakah ini?)...kita tengok orang yg naik moto kene ujan, naik beskal or jalan kaki..kalau kita penat bjalan kaki sbb tak de kenderaan, kita tengok pulak nasib orang yang tak de kaki langsung, kena mengesot or tak leh jalan langsung.

BAk kata kawan ym dan sms saya,
"biar di duga dengan yg lain, daripada di duga dengan penyakit" ~insaf

So tahun 2012 ni saya plan:

1. research dan phd = ada kejayaan wpon sikit.kalau boleh nak la pegi conference dan dapat publish satu paper (even review paper sekalipon, huhuh)

2. nak amik bela Aidan Fayyadh bila budak debab tu dah pandai bjalan :)

3. nak lebih bersabar dgn karenah anak-anak..terutama Amjad Faheem sbb mummy byk masa kena konsentret mengajar dia di rumah, baca buku Malay n English, buat homeworks, belajar Iqra' etc...so kesabaran harus setebal kulit paus (sblm ni senipis kulit bawang)

4. nak pegi Lexis or Grand Lexis kt PD sempena anniversary bulan Mei...ohhhh lama giler dah tingin nak pegi sini, dari zaman belom duk KL lagik..huhuh smpikan tempat ni dah bertukar nama dah (dulu Legend Water Chalet ke hapa ntah)..so ktrg sama2 janji nak kumpul duit sikit demi sikit smpi la bulan Mei...hihih...nak pegi PD pon kena kumpul duit...koh3




Thursday, January 5, 2012

2011 ~ hatiku patah seribu

Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikkan kata kepadaku
Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua
Hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah

:Patah Seribu by Shila Amzah:


First time dengar lagu Patah Seribu ni, rasa touching la jugak sbb mmg saya rasa kenangan 2011 ni banyak buat saya patah hati, patah beribu2 kali kot, hihih
12 bulan dalam tahun 2011 lepas, half way (6 bulan awal) tu mmg byk saya menitiskan air mata, memendam rasa, stress, patah hati, terusik perasaan, kecewa, bengang, marah diri seniri dan semua lah yg negatif2 nye…6 bulan terakhir baru la sy cuba bangkit sikit2, carik kt mana senyuman lama saya, try nak enjoy balik kehidupan, mula nak terima suratan ketentuanNYA…bukan mudah tapi bukan jugak susah sangat kalau sebenarnya saya tak larut dalam perasaan

Januari, Februari dan Mac: 3 bulan awal ni mmg kritikal keadaan..saya dengan sarat mengandungkan Aidan,tambah pulak risaukan masalah arjuna..masa ni mmg rasa genting giler2 sgt…sampaikan ada masa di bilik postgrad di UKM, saya byk termenung depan computer…tak byk bercakap, murung…ada kala kalau roommate tak de, saya menangis sorang2…huhu tapi kekuatan ada sikit bila saya teringatkan Aidan yg berkongsi nyawa dengan saya…




Cuma, percutian pulang ke Perlis, boleh la buat pengubat hati saya…jumpa kawan2 lama, tengak tempat saya bina kerjaya dan kehidupan bersama Amjad tanpa arjuna disisi…jgn tak tau, nak balik ke Kl masa tu saya berendam air mata…sebab saya mmg teringat kenangan2 manis saya sepanjang kt perlis. Rasa mcm sayang nak lupa kegembiraan dulu tu agar saya boleh replace kegalauan hati saya masa tu

Macam yg saya tulis dalam entry bulan julai 2011, arjuna ada problem di tempat kerja beliau di bentong…Cuma yang saya kesalkan, byk kepincangan saya tahu bila di saat2 akhir tambah pulak masa tu saya tgh sarat…mmg menduga hati sungguh la!Arjuna byk sembunyi hal sebenar dari saya , psl kewangan dia, problem tempat keje dia,sedangkan saya mmg berhak tahu. Mmg itu lah yang paling saya kesal kan dan perkara ni mmg saya akan remind selalu kt dia, agar tak berulang lagi.

Bukan mudah jugak saya nak terima kenyataan, di saat sarat mcm tu saya kena berpisah semula dengan arjuna…jauh2 saya datang ke KL utk sambung study dan duduk bersama dgn dia dalam tempoh peluang yg singkat ni, tetiba dgn ujian macam ni kitorang terpaksa separate semula…mmg buat saya patah hati sangat2…masa tu rasanya, kalau bukan sbb saya dtg belajar dengan duit kerajaan, dah lama saya kemas kain baju dan balik ke perlis…sungguh saya kata…sebab saya rasa useless sangat2 saya pindah ke KL kalau akhirnya berpisah jugak kitorang, huuuaaaaaaa

Lepas tu kalut kisah nak bersalin pulak…masa tu wpon ramai yg tanya kenapa saya nak bersalin czer, kenapa tak try besalin normal? Memang susah nak explain kt orang tapi saya percaya pd instinct saya sbb saya yg mengendong perut 9 bulan ni…so mmg instinct saya kata Aidan baby yang besar…so mmg betul.dia keluar 3.8 kg walaupon mummy dia mmg menyusut berat badan tak mcm orang preknan (penangan emosi tak stabil, asek murung, tak de selera makan)..so saya mmg tahu pilihan saya betul.tak kisah la orang nak kata baby diorang lagi besar tapi boleh bersalin normal, or nak kata bersalin normal lg byk pahala ke, or bersalin normal boleh bersalin lebih dari 3 orang atau apa apa saja lah (not to mention kalau ada yg kata bersalin czer tak sakit…cuba la kerat perut dgn pisau tengok, sakit tak? Sila sila la ye)

April:Then kalut psl nak bersalin spital gomen atau swasta.Saya mmg pasrah dengan keputusan nak bersalin kt spital gomen je sebab berbuih ok mulut duk merayu ngan dokter2 kat spital kajang nak czer jek, wpon kena ceramah jugak ngan dokter2 muda…kisah kan apa la kan, dah perut seniri…sakit tak sakit tahan je la yep…asal2 saya nak pi putrajaya or serdang aja, sbb nak lari dari spital kajang yg haunted tu (haha)…tapi ada bantahan.so saya try carik yg possible yg dekat dengan kampong…so risik2 la psl spital kuantan..ekceli saya tak kisah pon bsalin spital gomen Cuma saya nak carik spital mana yg ada private ward sbb saya nak orang tunggu dan temankan di ward (spital serdang ada private ward)…tapi spital kuantan tak de private ward…so lepas bincang2 bercampur air mata yg jatuh mcm Niagara falls, saya setuju je dgn option bersalin di spital swasta…yang terdekat dengan kampong pulak adalah daerah Kluang.maka risik punya risik, saya pilih Kluang Maternity Specialist..nak bgtau ni, ni je la spital swasta yang meet my budget tau…rm2700 kos czer beserta 2 malam stay kt ward..

Dah sedia maklum kan, arjuna dalam problem kerjaya dan ofkos problem la jugak kewangannya…so saya kenalah limitkan perbelanjaan, limitkn penggunaan wang sbb kena allocate lebih utk kecemasan…huhuh




Mei: ujian masa bpantang pulak…keluh kesah, sedih sayu, marah, merajuk, suka duka semua cukup lengkap.kali kedua berpantang umpama saya tak nak dah ulang episode berpantang lagi…mmg sgt2 stress! Masa ni arjuna dah mula keje di JB semula…sedihnya hati jgn cakap la…bukan takat sedih aje, siap marah2…kerap merajuk dgn arjuna, tak leh terima kenyataan jugak, pas tu asek la berendam air mata ms dalam pantang

Then tempoh nak sesuaikan amjad dgn situasi bru ada adik…alhamdulillah dia tak jeles dgn adik dia dalam erti kata lain, dia tak cederakan adik dia…cumaaaaa dia jadi attention seeker..mmg kesian sgt2 tgk dia…tu sbb saya rasa tak nak ulang dah episod2 berpantang ni sbb saya rasa mcm meragut nyawa sendiri bila teringat cam ne amjad usaha nak tarik perhatian saya,babah dia dan orang lain, huhuh tak sampai hati!




Teringat2 dia asek ulang alik masuk bilik, mintak susu, mintak temankan dia tgk kartun…sedangkan masa tu saya kena lebih perhatian kt aidan dan saya jugak kena curik masa berehat..huhu…sbb tu saya hantar dia ke tadika seawall dua minggu lepas saya bersalin.mmg nmpk mcm over tapi saya nak amjad rasa hepi ada kawan2…ada aktiviti dia buat di tadika…dan saya amik keputusan utk hantar seniri dia (wpon badan tak kuat sgt pon masa tu) sbb saya nak dia tau, wpon saya dlm keadaan mcm tu saya tetap utamakan dia, dan beri perhatian kat dia…

Jun:Aidan pulak di takdirkan agak “mencabar” dalam waktu berpantang..kena juandis dalam 2 mgu jugak, pas tu jadi baby yg meragam, susah tido, cranky..huhu mmg betul2 buat saya susah hati (bertambah2 pulak dgn rasa down prob2 yg lepas). Bila aidan jd cranky n meragam mcm tu, saya lagi jadi murung dan sedih…bila arjuna balik menjenguk kitorang, saya jadi lebih2 sayu, mula nak marah2…duk meleleh air mata siang malam…huhu. Masa tu saya tau, arjuna pon jadi serba tak kena tapi Alhamdulillah dia sentiasa sabar sbb tau saya mmg serabut tambah pulak emosi tak stabil sbb dalam pantang.saya teringat satu masa tu, arjuna nak baik ke jb.

saya pulak asek nak merajuk n marah2…dia nak balik pon saya siap wat derk jek…arjuna mai cium pipi kanan saya dan sempat bisik “sayang jgn marah2 bie lagi ye, bie mintak maaf” uhuhu saya ms tu buat pura2 tido sbb marah tapi lepas tu rasa mmg bsalah giler la, huhuh .ehh ni bukan saja2 nak citer psl cium2 pipi, romantik2 ke apa, tapi saya tulis sbb saya hrp next time bila saya marah kat arjuna (boleh??), saya nak ingat benda ni sebagai pemadam kebakaran hati saya, hahaha





Masa tu jugak, mak ayah saya dah start hint2 tak bg bwk Aidan…wpon pengasuh dah sedia ditempah…reason sbb Aidan jenis meragam dan bimbang kalau2 pengasuh tak sabar nak layan kerenah dia…tambah pulak arjuna tak duduk sekali dah lpas ni…so mmg mak ayah agak membantah kalau saya bwk aidan ke semenyih.saya masa tu jangan cakap la…berbelah bagi, tak sampai hati, mengutuk diri seniri dan semua lahhhh…tapi masa tu saya cuba juga carik solution sendiri…mula2 ktrg cuba nak import sepupu arjuna yang tgh tgu result spm…tapi mcm kabur2 lagi.then saya try google utk mencari maid yang datang petang hingga subuh saja, means utk temankan ktrg bila waktu malam je..tapi mmg tak de…suggestion utk amik permenant maid mmg saya tolak awal2 sbb saya tak percaya utk tinggal anak2 kt rumah bila saya keluar..

Bincang punya bincang punya nangis punya marah punya sedih…last2 saya dan arjuna amik keputusan utk tinggalkan Aidan di Jb buat sementara sebab masa tu pikir arjuna ada di rumah mertua dan boleh la kami bahagi2 kan tugas jaga anak…

Julai: Hari pertama saya tinggalkan Aidan di JB, Allah saja yang tahu perasaan saya…sungguh saya tak nak ulang rasa mcm ni lagi..Apa yang utama yg saya rasa ialah :RASA BERSALAH PD ANAK SENDIRI!

Saya teruskan study saya kt UKM dengan hati yg kosong, rasa lonely…perit dan pahit nak menjawab setiap soalan kawan2 psl aidan…susah nak percaya yg saya tinggalkan anak..huhu
Tapi, perjuangan harus diteruskan…kosong tak kosong hati pun, masa tetap berjalan…diam tak diam masa tu dah setahun pun cuti belajar saya…2 tahun je yang tinggal, sebijik output pon tak de lagi.jgn kan kata result or data, proposal pon masih tahap tunggang langgang…memang dugaan…

Nak terus buat lab work pon saya masih berperang dengan perasaan, masih mcari2 diri sendiri, mencari semangat yg hilang…masa tu saya Cuma pikir, saya nak hepi dulu, nak carik semangat dulu..so saya try carik apa yg boleh gembirakan saya…saya ingat lagi, perkara yg paling saya taksub buat adalah shopping baju dan tudung…pernah sekali tu, straight 5 hari berturut saya mbeli belah…pas tu straight 5 hari jugak pakai bj n tudung baru!

Ogos: Aidan saya tinggalkan pula di mersing, dengan mak dan ayah saya.Kenapa? sebab saya rasa serba salah…mertua menjaga sorang lagi cucu yang masih tahap baby so saya rasa, saya tak nak bebankan mereka..mak ayah saya tingga berdua je..so saya harap sgt keputusan saya masa tu adalah tepat..sorry to arjuna sbb terpaksa pisahkan dia dgn aidan.saya tahu dia sedih sbb hampir sebulan dia jaga aidan…

September: Official saya dah stop pumping susu utk stok aidan..ralat mmg ralat sangat2…tak sangka sampi setakat 4 bulan je rezeki aidan nak dapat khasiat susu saya tapi saya percaya ada hikmahnya…dan mungkin saya boleh pujuk hati jugak sbb bukan saya tak berjaya mengepam tapi saya terpaksa stop sebab aidan yg refused.so setakat ini perjuangan saya dalam bfeeding dan saya tetap bersyukur dgn rahmat allah atas kesempatan ini..sampai skrg , kadang2 saya masih terasa2 let down tu… :)


Oktober
: Saya mula lab work sikit2…byk kali kecundang…tapi kalau boleh saya tak nak mengalah..sbb ni jalan yg saya pilih…saya berserah dan bertawakkal…wpon byk kalo rasa down tapi saya sentiasa mohon pd Allah, sekurang2 moga allah tak palingkan hati saya dari mengingati yg segala yg berlaku ada hikmah…baik atau buruk yg telah berlaku

November: sedar tak sedar, dah 4 bulan saya berulang alik hampir setiap minggu tgk aidan…rutin yg saya buat, khamis atau jumaat petang saya akan bertolak dari Bandar Baru Bangi, ikut highway plus exit di Senawang…then lalu Bukit putus-Ulu bendul-kuala pilah-Simpang pertang-Keratong-Muadzam-Kuala rompin-Endau-Mersing..4-5 jam perjalanan..kalau saya amik laluan ni tol rm5.70…minyak pulak selalunya rm40 utk one way…




Then, biasanya hari Ahad lepas zuhur saya bertolak balik ke Semenyih..laluan yg sama cuma bila lepas area bukit putus tu, saya amik laluan ke highway LEKAS utk terus ke Semenyih…ikut situ tol RM1.90 + RM 4.50…minyak pon sama, RM40 jugak…so saya memerlukan around rm100 jugak la setiap minggu…so kalau dalam sebulan saya menten balik setiap minggu, saya kena allocate rm400 sebulan…so mmg sejak tu, saya kena kurangkan bajet shopping saya…kalau ada pon saya akan shopping bila simpan duit sikit2 then guna duit elaun kalau nak beli apa2…huhu

Penat badan pon boleh tahan jugak..kdg2 rasa tak larat jugak tapi bila renungkan balik yang mak ayah saya pon lebih penat mjaga aidan, so saya rasa insaf.sebab saya pon penah gak jaga amjad sorang…so mmg dah pengalaman cam ne jaga baby bwh umur setahun, yang lasak dan masih bangun 2 kali utk menyusu malam-malam..serba salah jgk dan tentulah rasa bersalah kt mak ayah seniri..huhu tapi saya cuba piker, apa yg berlaku pasti ada hikmah.tp rasa bersalah tu mmg tetap wujud la sbb terpikir, mereka dah tua…tapi masih terpaksa luangkan masa jaga cucu.di sudut positif pulak, diorang tak rasa sunyi dah la..ada geng…hihih

Saya pon rasa mcm terdedah sangat keselamatan jalanraya…dah ler bwk amjad sama kan? So kdg2 rasa gerun jgk…lalu pulak bukannya highway semuanya…tapi lalu jalan kampong…ada kwsn sunyi jugak.tapi kuatkan hati saja la…pikirkan sbb nak balik jenguk anak dan mak ayah…bukan nak buat jahat…tapi kesian kt amjad, kecik2 lg dah kena folo mummy travel jejauh cam tu…kesian dia kdg2 tgk tertidur sampai ternganga-nganga mulut.sorry sayang…




Maintainance kereta pon awal2 tu mmg kencang la..everymonth kena servis sbb mmg sebulan saya travel lebih dari 5000km…so mmg bajet lari.so saya amik inisiatif, saya terpaksa servis 10000km …kena guna minyak enjin yg utk 10k punya…ok la..cut cost jugak le sesikit.

Disember: Yang ni nak citer psl research…satu semester saya pulun wat step 1 utk phd saya tp nmpknya tadak progress yg menarik…byk kecundangan…so agak tension di situ tapi saya pkirkan hikmah yg tersembunyi je la…mebi ada yg lebih baik utk saya cuba…insyaAllah.

Tapi dpt release tension sket la sbb dapat pegi USS…haha mmg impian saya, this year saya nak pegi Singapore..tu sbb gigih renew passport..kuang3.

Oh ya tak lupa jugak…penutup 2011, saya akhirnya terpaksa korbankan EBM yang dah expired…dah lama dah kot expirednya (last pump bulan 8..so bulan 12 ni mmg dah lebih 3 bulan la) tapi sayang nak buang.tapi mak ckp, freezer cam dah penuh so better buang…sob sob..sedih…so saya cairkan aje tapi mak saya yg buangkan,saya pon tak tnya kt mana dia buang sbb tak sampai hati..



Ermmm…dah panjang lebar saya bercerita kan? Ni semua luahan hati saya utk semua yang saya yang saya rasa sepanjang 2011.tak de la cerita semua (tak semua jugak ni) sbb nak bukak aib seniri, aib suami atau aib keluarga…tapi saya nak kenang jugak sbb semua ni salah satu pengalaman hidup…tak jugak saya cerita utk mintak simpati kea pa…saya tak kisah kalau orang tak paham or silap paham apa yg saya tulis tapi kalau yg terbaca ni mmg betul2 kenal saya, mmg akan paham sungguh2 la apa yg saya luahkan ni :)

So itulah dia 2011 yang penuh dugaan dan air mata…saya mengaku saya sgt suffer dari segi emosi tapi saya juga cuba kuat…kuat utk anak-anak , suami, keluarga dan semestinya study saya…saya tak nak kecundang tanpa berjuang..saya memikul amanah kerajaan…takut sgt silap caturan, jenuh saya nak menjawab “di sana” nanti…duit kerajaan pon dah jenuh enjoy tak tentu pasal so berdoa sgt agar saya terus kuat dgn cabaran study…tak mudah…laluan yg sukar dan saya akan pegang kata2 yg saya penah dengar “ bukan senang orang nak bg gred ds52 (SSM la)” hahahaha…

Allah bagi ujian dan dugaan, saya berpegang teguh moga suatu hari Allah beri ganjaran yang menggembirakan...insyaAllah...ameennnnn