Wednesday, October 24, 2012

birthday party tema Doraemon giteww

sudah ler buat bday Amjad lewat dari tarikh bday dia...mummy pulak upload gmbr kt blog pon lewat giler
hewhewhew
nak wat caner...mummy mencari reaeki...busy gituuu

So, birthday party Amjad buat kt school le...mcm 2 tahun sblm ni jgk.nak wat kat umah, tak rapat ngan jiran2 sbb mummy kera sumbang, kuang3

pas tu kena pulak set date agar sesuai dgn jadual keje babah a.k.a arjuna...tu yg lewat 3 mgu tu

tema adalah Doraemon
mummy gelabah seawal 3 bulan sebelum party (tipuuuu)
neves sbb tak tau nak deko kek caner nak jd bagik rupa kucing robot tu
maklum lah, mummy ni cita2 jek tinggi melangit nak bukak bakery tapi skill baking, deco nan hadooo

tapi demi anak tercinta, mummy sanggup gugel image kt tenet oulss

ni ler hasilnya


ni pulak goodies utk rakan2 seperjuangan anak sulung



kandungan goodies adalah spt biasa...makanan, stationary serba sikit , stiker gmbr kucing robot mengikut tema dan sand art sekeping sorang

buat masa rehat diorg, kul 1030 pagi...so mereka tgh makan nasik goreng


cake lagik, kasik can ok.penat bergigihan memicit buttercream :)


rakan seperjuangan, sepermainan dan sepergaduhan




proses pengagihan BR1M ehh silap...pengagihan mask




Birthday Boy a.k.a Mat Haron ;)


ready

sing a birthday song and cake cutting




ibu dan bapa beliau


with teachers


bakal dokter pakar tulang 20 tahun akan datang (amiiinnn)


suapan mummy mitahli hewhew




suapan babah tercinta


cake pon dah nak abis, alhamdulillah


mummy gelak tgk video masa singing n cake cutting (sbb ada suara "doraemon" sbg suara latar kahkahkah)


pengagihan kad diskaun siswa 1mesia...ehhh silap lagi...pengagihan goodies utk rakan seperjuangan


party berakhir
sila sambung pelajaran ye anak-anak sekelian

tahun depan Amjad buat birthday party lagik kat sini
tema apa pulak yep?




Sunday, October 21, 2012

PJJ: walaupon berjauhan, setialah dgn pasangan anda


Berbagi cerita dan pengalaman tentang perkahwinan jarak jauh, saya percaya kejujuran, kasih sayang dan keyakinan kepada qada dan qadar Allah memberikan kekuatan. Setiap pasangan harus jujur dengan tujuan perkahwinan yang dibina.

mengapa saya mengahwini pasangan saya ini?
Mengapa harus berjauhan sdangkan ada pilihan?
Bagaimana nasib anak-anak yang sedang membesar tanpa ibu atau ayah di depan mata?

Kewarasan itu yang akan terus mengikat kita.Kasih sayang kita diuji sepanjang ketiadaan pasangan.Kasih sayang itu tidak pula dalilnya dengan pasangan harus 24 jam berada di samping.Ingatan , hormat dan setia; itu antara benih kasih sayang.
Kembali kepada Allah, percaya susunan yang terbaik diberikan untuk kita, harus benar-0benar diyakini.Waktu ketiadaan suami (sesungguhnya pada bila-bila masa juga) Allah merupakan pelindung terbaik yang dapat disandarkan.Serahkan diri kita kepada pelindunganNYA, insyaAllah kita akan dirahmati.

Surah Al Baqarah: 45-46 “ Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu.dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk; iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka menemui Tuhan dan bahawa mereka akan kembali kepadaNYA”

InTrend, Oktober 2012, pg 92-93


Friday, October 19, 2012

kawan saya cakap; mereka inginkan perhatian


ok
saya tak paham satu perkara dlm FB

kenapa bila buat status atau upload gmbr
diri seniri pegi like?
apakah?

ok, bye.

Monday, October 15, 2012

kau ada?


hahahaha
sapa boley teka lokasi ini di mana, sila sms atau wassup saya atau e mel ke heli_ann@yahoo.com

sengal betul bila teringat memori ni :)