Berbagi cerita dan pengalaman tentang perkahwinan jarak jauh, saya percaya kejujuran, kasih sayang dan keyakinan kepada qada dan qadar Allah memberikan kekuatan. Setiap pasangan harus jujur dengan tujuan perkahwinan yang dibina.
mengapa saya mengahwini pasangan saya ini?
Mengapa harus berjauhan sdangkan ada pilihan?
Bagaimana nasib anak-anak yang sedang membesar tanpa ibu atau ayah di depan mata?
Kewarasan itu yang akan terus mengikat kita.Kasih sayang kita diuji sepanjang ketiadaan pasangan.Kasih sayang itu tidak pula dalilnya dengan pasangan harus 24 jam berada di samping.Ingatan , hormat dan setia; itu antara benih kasih sayang.
Kembali kepada Allah, percaya susunan yang terbaik diberikan untuk kita, harus benar-0benar diyakini.Waktu ketiadaan suami (sesungguhnya pada bila-bila masa juga) Allah merupakan pelindung terbaik yang dapat disandarkan.Serahkan diri kita kepada pelindunganNYA, insyaAllah kita akan dirahmati.
Surah Al Baqarah: 45-46 “ Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu.dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk; iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka menemui Tuhan dan bahawa mereka akan kembali kepadaNYA”
InTrend, Oktober 2012, pg 92-93
Sunday, October 21, 2012
PJJ: walaupon berjauhan, setialah dgn pasangan anda
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment