Sunday, November 4, 2012

hujung minggu


Weekend ni arjuna cuti Jumaat dan Sabtu
Jumaat, Sabtu dan Ahad pulak mak dan ayah kena pegi Kuantan, kenduri sepupu kat sana.keluarga kecik saya tak pegi la memandangkan arjuna keje hari Ahad..shift pagi pulak tu.memang rushing la kalo ktrg pegi sana...mesti penat badan.so baik tak yah pegi..lepak2 kt umah Mersing je la

Subuh hari Sabtu tu dah plan ngan arjuna..kalo Aidan bangun awal, ktrg nak pegi tgk sunrise

Subuh tu, Aidan bangun kul 6 pagi...hahaha memang memberi kerjasama terhadap plan mummy dan babah.so siap2 seme, kul 640 kuo umah...300 meter je pon naik kete nak ke tepi pantai :)

sunrise tapi bila snap gmbr nmpk cam sunset pulak huhuh...terbukti bahawa skill menembak saya tak mantap dan maybe kualiti kamera jugak perlu diupgrade...hahaha...





tengahari kul 11 gitu, ktrg gerak ke Kuala Rompin Pahang...lebih tepat lagi Kg Leban Chondong

ada orang nak belanja udang galah!

udang galah masak tomato, yummsss

masak tomyam. 3 ekor sebenarnya tp sempat snap sekor je

alhamdulillah..rezeki orang nak belanja...haha sbb bertabah tak dpt beraya haji sama2 on the first day hikhik

harga masa ktrg pegi tu utk sekilo gred A ialah rm70, gred B rm 60-65
tapi sbb dah tengak "kesusahan" penjala udang ni kat Majalah 3, maka saya faham la kenapa rege dia mahal

lepas dah kenyang, ktrg ronda2 Lanjut Golf & Beach Resort


tenang

damai




gembira main pasir sbb mummy tak marah

muka hepi dpt makan udang galah

golek2 ala hindustan
arjuna tanya, mummy tak nak golek2 bergambar cam ni? hahhaa jgn cabar babah...sib baik lepas ronda ni nak pegi beli barang dapur...kalo tidaaakkkk...harus la mummy golek2 ala-ala Rani Mukerjeee huahuahua

kemudia kami pulang ke pangkal jalan yang benar

itu aje la aktiviti senggang ktrg masa weekend ni :)

sebab dah 3 bulan kot arjuna keje ikut jadual yang baru; 4 hari keje dan 2 hari rest day.so memang tak ikut dah cuti weekend mcm selalu...kadang2 rest day kena hari jumaat sabtu...kadang sabtu ahad...kadang ahad isnin...so memang tak menentu

tapi dah gitu cara bekerja diorang dan gitu lah sumber rezeki arjuna...walaupon awal2 tu saya stress jugak sbb rasa kelam kabut nak susun "jadual pertemuan" tapi alhamdulillah la, redha sahaja...Allah bagi kemudahan dan kelebihan tang lain.

Contonhnya...masa Aidan demam hari tu la...arjuna cuti waktu bukan weekend so dia boleh balik jaga Aidan sbb saya tak boleh balik...kena la give and take kan?

awal2 masa saya stress tu, saya tersedar bila arjuna cakap "bukan dia sorang yang diarahkan keje ikut jadual mcm tu...300-400 orang pekerja lain kena ikut jadual.so takan dia sorang nak wat rusuhan dan mogok lapar kot, kalau orang lain boleh relaks je accept" kahkahkah...terus mak insaf nyaahhh

tak kisah la, sebab tiada dalili mengatakan suami isteri kena 24 jam bersama2 utk mengukuhkan kasih sayang dan cinta...kadang2 makin jauh makin sayang...yang penting hati kita...itu yang kita kena jaga...setia itu penting okeh...hewhewhew

last but not least;

u setia i akan setia
kalo u tersasar...u tau la caner i nak buat...muahahahaha (siap ugut tu)






0 comments: