Friday, April 19, 2013

34

19 April 1979
5.03 petang

genap 34 tahun hari ini u olsss...

awww....sudah tua rupanya diriku ini?

tapi tidak mengapa, tak malu nak bgtau usia sebenar (walaupon bukan pengguna Safi Rania) tapi malu nak tahu, berapa lagi angka yang tinggal sebelum bertemu Pencipta...uhuk uhuk...macam tak banyak je amalan sepanjang hayat 34 tahun ni...dosa aje la yang terhimpuan agaknya :(

tiada apa yang diminta untuk usia yang masih bersisa di hadapan kelak, cuma yang mohon kesihatan fizikal yang baik, elok akal dan pikiran, bahagia dan gembira sentiasa, tenang bila mhadapi dugaan, tidak berpaling dariNYA, disayangi keluarga, diberi kesempatan untuk berbakti kepada suami (sbb duk jauh...tak byk masa boleh spend dgn dia), juga untuk anak2...mak ayah dan keluarga, diberi kemudahan untuk habiskan study (kalau boleh nak konvo 2014 tapi kalau 2015 pon syukur jugak hahaha), diberi rezeki yang halal, tak lupa bersedekah dan mungkin yang paling terdekat, diberi peluang untuk menyempurnakan impian ala-ala menggantikan impian utk study kat obersi yang tidak kesampaian hahaha...

saya takut meminta untuk jadi kaya sbb takut lupa diri

saya takut nak minta jadi orang berpangkat sbb takut akan jadi sombong

saya cuma nak capai cita-cita dan impian, itu sahaja :)

doa kudus saya pada Allah;


mari kita doa sama-sama...semoga hidup kita semua diberkatiNYA, ameennn :)

tuan tanah kedaung;


*Miami Beach, Penang Mac 2013

0 comments: