Friday, November 22, 2013

ketagihan

Snow Cheese Cake


pengubat hati yang gundah gulana

lately saya terlalu byk pikir
kadang2 sampai rasa susah hati, gundah gulana, semua lah

pikir psl tesis
dari celik mata smpi tido haha

pikir psl anak-anak

huhuh

arjuna pon ada ckp
skrg saya tido lena betul
dari tutup mata smpi alarm berbunyi hahaha
mungkin dengan pakej dengkur skali kot?

sbnrnya letih otak sbb berfikir (dan juga rasa gusar)
lagi letih dan penat
dari letih dan penat fizikal kot kan?

bertabahlah arjuna hikhokhikhok

so snow cheese cake ni saya bantai buat smpi 3 bekas
sbb nak relase stress
pehtu makan laju2 sbb rasa heaven sangat cream cheese yang lemak-lemak
lawan ngan cheddar cheese yang masin-masin

saya bukan penggemar cheese, tapi yang satu ni boleh jadik ketagih uolssss

so ni resepi nya, mudah sgt sbb tak renyah
saya cukup suka buat kek yang kasik humban seme bahan then mixing
bahagia hidup

Snow Cheese Cake

Bahan kek:

6 biji telur (buang 2 putih daripada nya)
100 gm gula halus
100 gm tepung hong kong (boleh tukar dengan tepung superfine)
60 gm tepung jagung
50 gm air sejuk (peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75 gm mentega (dicairkan)

Bahan krim dan hias:

1 kotak cream cheese
1/2 tin susu pekat (*yang ni boleh seniri adjust.saya tak letak stgh tin, manis sgt n muak sbb bau susu)
*boleh tmbh gula aising jika kurang kan penggunaan susu pekat
cheddar cheese

Cara-cara:

Masukkan semua bahan kecuali mentega cair
Putar sampai pekat dan putih

Masukkan mentega cair
Putar lagi hingga sebati dan pekat

Bakar 45-60 minit pd suhu 150 degree C

Sejukkan
Potong 2 lapis, sapu cream cheese
Parut kan cheddar cheese

Sejukkan 1-2 jam baru potong dan makan


*LEPAS MAKAN,JGN LUPA EKSESAIS SELAMA 30 MINIT *


Saturday, November 16, 2013

tamat sudah pengajian 3 tahun

Hari Graduasi dan Penghargaan
Tadika Sinar Palma BBB

16 November 2013




Hafazan

Persembahan


Nak amik hadiah




Persembahan lagik

Amjad n Aisyah
1994: Mummy dan Ummi diorg yang satu skolah dan satu kelas
2013: anak-anak pulak yang satu skolah
what a small world :)



Pakai jubah dan pegang scroll :)



Tahniah anakku kerana berjaya grad sebelum mummy hikhokhikhok

Bersama teachers

kiri Teacher Tira, kanan Ustazah Siti

kiri Teacher garang mcm singa a.k.a Mummy, kanan Teacher Tikah

Mummy dan babah berdoa, semoga 18-20 tahun akan datang, mummy, babah dan adik dapat pegi raikan Amjad sempena konvokesyen Ijazah Perubatan dari sebuah universiti di Dublin, Ireland. aminnnnnn

Thursday, November 14, 2013

throwback thursday. perlu hashtag tak? kahkah

Temasek
3 Nov 2013


mengabiskan masa sejam pegi, sejam balik dan cuma 4 jam berada di Seberang Tambak

tiada agenda shopping sbb poket suam-suam kuku ha ha ha

sekadar agenda mendapatkan cop imigresen kerajaan Kota Singa sahaja

maka, marilah menyusuri Bugis St., Arab St., Beach Rd. utk eksesais kaki, cuci mata, tinted kan kulit dan snap foto berbekalkan Samsung Galaxy Y yang tak sharp langsung pic nya ponnn hewhew

Beach Rd.






Kg. Glam






Arab St.







Bugis St.








jalan kebenaran

ju-on ;)

last but not least;

breakfast at JB, lunch at Spore kekdahnya. nasik briyani ayam SGD 6.banyak giler.senak perut huhu

alhamdulillah, berkesempatan solat zuhur di Sultan Mosque.masjid tertua di Spore.diorg tgh ada majlis sambutan awal muharam (kalo tak silap)
melilau carik telekung tapi tak de.diorg cuma ada jubah yg kalo kat masjid2 besar kt tmpt kita, disediakan utk visitor pakai utk tutup aurat.ada tgk 3-4 jemaah wanita guna jubah tu utk solat.mujur pki skirt haritu, boleh labuhkan je la skirt.kbnykan diorg bwk telekung seniri, maybe sbb ada majlis kan dan berdarah idung tgk, diorg punya beg telekung adalah LongChamp Planetes huahuahua.

mcm biasa, hasil bawak balik.sekadar beg i lap SG utk kemampuan poket suam-suam kuku.hahaha..
tak dapek nak rembat LC Planetes kt Orchard Rd. bahahaha...

on da way balik, dalam bas


mohon dalam hati tiada komen prejudis.Kita Satu Malaysia kan?

*peace*