Wednesday, September 28, 2011

birthday celebration @ school

ni ada 2-3 keping gambar amjad, mummy n babah...saja posing2 masa 25hb...wat kenangan masa hari besdey amjad

I am 4....yippieeeee


my beloved babah


my cute mummy :) (bagi can kat mami sket laaaaa)


untuk besdey party kat skola

topi party, apa benda ntah yg tiup2 tu, tissue paper


goodies...tema angry birds katanya...so tepek la stiker angry birds...haha

tak de menda sgt dlm goodie packs tu...cuma ada stationary pack, jeli, coklat bar, biskut oat dan satu junk food ..cuba elak dari bagi too much junk food sebenarnya...huhuh

dah sampai skul. ktrg set party kul 10 pagi, masa rehat

tapi budak2 tak ramai hari tu, mebi ramai yg masih demam (musim demam kan skrg?)

ni bff amjad kat skul...tiap hari nama-nama diorg ni je la naik dalam "aduan rakyat" amjad kat mummy

bff dia yang pki uniform skul tu...yang bambam tu naufal...sblh dia hafiy hariz

tunggu party


kek besdey


home made tau, gigih mummy bakar kek hari ahad pagi. then isnin subuh bangun kul 530 pagi putar butter cream...hias atas kek...hihih


deko atas tu dpt idea last minit masa google gambar kek

amacam? kira ok tak ek? hihihih

birthday boy :)


singing a birthday song for amjad faheem


cake cutting




girls; yaya, isya ngan sada


ni kembar...damia dan danial.katanya sorang ikut muka ayah, sorang ikut muka mak...so sweet


boys


bff amjad lagik, notti sikit ni...(teacher yg bgtau...sbnrnya secara tak langsung bgtau yg anakku juga kerap menakal di sekolah, harap maklum!)


amjad


amjad dan mummy (yang mokmok)


selesai makan kek, bihun goreng dan pisang (yg ni makanan waktu rehat kt skul hari tu la), acara bagi goodies la...

ramai budak tak datang, so yg lebih2 tu tinggal je la kat skul...esok2 teacher akan bagi kat budak2 yg tak dpt lagi...mummy pon buat cukup2 utk 26 orang student

ok.tamat sudah



meh citer psl kek sikit.this time tak de dah la tema-tema otomen seme...so mummy decide wat je la kek seniri, bila lagi nak asah bakat (bluweeekkkk,hahaha)..so kunun awal2 tu nak wat cuppies je, senang sket kan.tapi nak tema mickey mouse...errmmm...tak reti lagik nak lukis gambar katr cuppies...pastu mcm payah lak nak susun jadik bentuk nombor 4...so cancel.then nak tema jersi bola...leh tulis AMJAD 4 kat blkg jersi tu tapi prob nya nak kena mould kek besar...tp oven mummy kecik.cam no?

last2 dpt idea setelah google image (mummy kan tak de keje, asek ngadap tenet jek.ehh student tak pe...)so dot idea wat je la kek nombor 4...so pinjam 2 mould kek dari umah nenek..babah bg idea susun je 2 ketoi kek, cantum gitu jadi la nombor 4...taraaaa...alhamdulillah berhasil

nak resepi tak?

Kek Coklat Lembab (bukan lembab belajar tapi lembab "moist" tau)

2 cwn tepung gandum
1 cawan susu pekat
1 cawan gula halus
1 cawan minyak masak
1 cawan serbuk koko (saya guna yg dark coco punya sbb tu gelap cam arang. hihi)
1 cawan air panas
3 biji telur
1 susu teh soda bikarbonat
secubit garam

* mix susu pekat, telur dan gula
*dah kembang, masukkan tepung, serbuk koko, minyak masak, air panas (mesti masuk ni lepas minyak tau), soda dan garam
*bakar pd suhu 160 C selama 50-60 min

p/s: utk kek besdet tu saya buat 2 adunan, so susu dan gula saya kurangkan sikit takut budak2 makan terus sugar high, hihih
Untuk buttercream

*putar je butter ngan gula aising (manis ikut suka)...sampai jadi kuning pucat
*sapu pada kek dan hias ikut suka (tambah warna dan paipkan deko)

-selamat mencuba utk sepraiskan kek ini di hari lahir anak, suami, ibu dan bapa mertua, ipar tersayang atau jiran sebelah mahupon pak guard di taman perumahan anda-


Monday, September 26, 2011

aidan fayyadh 4-5 mons

4 mons

masa umo masuk 4 bulan, aidan ada cuba2 nak meniarap...tp biasa la kan...punggung besar..so agak berat di situ, hahahahah

tapi tak adik...cuba dan cuba lagik tau







pas tu, dah pandai jugak nak pegang2 benda, nak capai2 menda yang ada dekat ngan tangan dia...kelakar kadang2 tgk tangan tergapai-gapai...hahaha...keji mummy ketawa kat anak

dah bleh la pegang sket2 rattle n mainan dia...pas tu masuk mulut...huhuhu asah gusi la tu :)





masa timbang kt klinik nak injek 4 bulan tu, dalam 7.4 kg gitu

kalau dukung dia, dah tak yah ampu belakang sgt dah...sebab dia dah leh control belakang dia...tapi semangat nya ya amppuunnnnn...lenguh tangan dan bakal keluar la muscle2 sekelian...hihihih


5 mons

umo 5 bulan pon aidan masih tidak berjaya meniarap lantaran saiz punggung menjadi penghalang...tp kalau kita tiarapkan dia, dia ok je...angkat kepala tinggi semua.kepala n leher dia mmg kuat sejak umo 3-4 minggu tu, sbb mummy ada try bg dia tido meniarap kalau dia asek tersedak susu masa tu..





dia suka sangat kepak2 tangan n "pukul2 diri seniri"...cam ne ek nak cakap? sebab dia kepak2 tangan kan, pas tu tangan tu tepuk2 la area peha ngan perut dia...pap...pap..pap bunyi dia...hahaha...sebab tu mummy selalu cakap "adik ni suka pukul2 diri seniri", muahahhaha

pegang barang pon dah terer...capai barang pon dah boleh, yang ringan2 la...

penah jugak dia capai bantal tepi dia n tutup muka, boleh? huhuhuh...kena extra attention ni dan jauh kan menda2 ringan yang bahaya tepi2 dia bila time tido...huhuh







satu menda yang aidan advance dari amjad pada usia yang sama adalah...











walker!


hahahaha...what to do...duduk jauh dari pandangan mummy...maka nenek ngan tok ayah decide buh aidan dlm walker seawal usia 4 setengah bulan...huahuahua (amjad dulu genap2 6 bulan, mummy kan ikut buku)

tapi saya redha jek la...sebab aidan tak muat masuk bumbo seat...so tak de alternative lain utk bg dia duduk dan memudahkan tok ayah ngan nenek...so saya tak kisah la.mana leh nak demand lebih kang mak saya cakap " mak da tolong bela ni cuba syukur sket boleh tak? penampar mahu?" muahahah...tak de la, mak saya tak ckp cma tu pon,tu dialog drama swasta jek (eh ada ke drama kerajaan?hihihi)

tapi alhamdulillah aidan ok je...elok je tak senget2 duk dlm tu, tak yah sendal2 bantal segala pon... :)

tapi yang lawaknya, kat umah sana kena ada 2 walker, satu utk aidan n satu utk melly goselow...merempit la bdua tu. ari tu bila saya balik, amjad lak take over masuk dlm walker melly...boleh? amjad dah bukan kayuh ngan kaki, kayuh ngan lutut je terus...sabar je la (nti saya snap gmbr)



semoga adik cepat besar, jadi budak baik...nti boleh mummy amik jaga adik kat cni tau :)

Wednesday, September 21, 2011

wordless wednesday (nak jugak tu :P )



Monday, September 12, 2011

repair: ini serius!

ada 3 menda pd diri saya yang serius untuk diperbetulkan..hihih

1. Lemak berlebihan pada perut (perkara utama) dan pada bahagian lain (perkara kedua)



timbangan jisim saya adalah sekitar 57-60 kg setakat ini...dan ini adalah suatu pencapaian "terbaik" setakat ini (selain dari waktu pregnant laa)

termenung memikirkan nasib "lemak" dalam diri, uhuk uhuk


lepas berpantang, saya mmg concern jgk pasal berat badan tp memandangkan masa tu saya berniat nak collect breastmilk dan bf aidan, maka saya lupakan seketika psl diet sebab mengikut sifu2 sekelian, nasi adalah penting dalam memproses susu ibu, jadi saya mengalah pada nasik...hihih

maka, 3-2 kali sehari saya akan amik nasik...dan sememangnya saya sering lapar...hahaha...lepas bf or pumping akan terasa2 la kelaparan yang mencucuk dan haus yang berterusan...what to do

tapi lepas stop pumping dan lepas abis demam -raya-makan-ketupat-sampai-sengkak-perut...mula saya terfikir pasal diet, apatah lagik masa timabng kat mesin timbang yang ada ukur tinggi tu pakai duit 20 sen tu, timbangan saya menunjukkan 60kg tanpa was2 dan kartun kat mesin tu meng-highlight-kan saya sebagai OVERWEIGHT..tidaaakkkkkkkk (ngatkan aidan je overweight, rupanya mummy pon sama)

kalo check BMI kat internet pon, mmg saya di kategorikan overweight dah....redhaaaa


saya tau tang mana yg lebih sangat lemak tu. tak lain tak bukan tang PERUT...ni pon saya pasrah sebab ms pantang ari tu saya tak berbengkung sangat...umum mengetahui, mangsa bersalin czer agak ngeri utk berbengkung secara sehat.maka hasilnya terimalah perut yang berlapis y'alllll....hahahaha

tapi tak per...perut berlapis dan parut czer adalah tanda kasih sayang terhadap suami untuk memberi beliau zuriat, kihkih

jadiknya...mulai dari skrg saya nak kena kempiskan perut dan kawal makan saya...

-saya nak kurangkan kuantiti nasik yang saya belasah
-nak bykkan makan sayur dan buah (ni mmg maintain makan byk sejak lepas pantang)
-nak exercise lebih sket wpon saya tak pegi gym...so saya akan mula parking kete jauh dr pintu depan fakulti...so bleh la jalan kaki jauh sket utk bakar kalori.kalau dulu kalau bleh nak parking betul2 depan pintu fakulti, sampai rasa mcm nak tolak je kete2 besar profesor ngan pensyarah2 semua...hahahaha...tapi sekarang lagi jauh lagi bagus...hahaha iye ke?lagipon skrg dah mula sem, maka pak guard akan buat rondaan...so parking tempat jauh iaitu di area sains nuklear adalah lebih baik rasanya...
-nak rajin2 buat crunch sblm tido dan slps solat subuh utk dapatkan flat tummy (echecheche). tamau six pax, nak flat saja..hihih
-nak bengkung semula la...pakai b4 tidur...kalau rajin leh sapu kat perut kapur+limau nipis...ni mmg saya penah wat dulu, 2-3 bulan je la tapinya...masa sebelum kawen..kuang3. malu aiii...
-minum air banyaaaaaakkkkkkkk, buang toksik dan bakar kalori

tu je la kot...hopefully azam saya menjadi dan berhasil

kalau ikutkan, saya tak de la sampai nak kurus kering nipis mcm playwood...cuma saya nak jisim saya within BMI yang normal ...rasanya dalam 50-54 kg pon dah ok...mcm zaman sblm pregnantkan amjad..

lagipon saya tak suka kurus sangat, kena bagi berisi montok sikit (eh malu pulak nak tulis)...then saya pon tak bleh kurus terlebih sebab nanti pipi tak nmpk chubby-chubby comel (sila bagi penampar kalau rasa nak muntah, hahaha)..ihik2...sebab penah dulu saya rasa susut badan terlampau dan rasa pipi cengkung ...saya sanggup makan banyak semula nak bagi pipi chubby balik...ahak ahak aset ni beb...

oh ya...penah baca psl DIET ATKINS tak? macam tak de kekuatan nak cuba tapi cuba la tgk ni;

"Dr Atkin telah membuat kajian mengenai ?low carbohydrate diet? dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.
Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

1. Induction (permulaan dan pengenalan) ? 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANG, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal...

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

********************************************************

Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun...

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...

9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet...

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.


Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)


Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

InsyaAllah, try diet ni selama 2 minggu, anda boleh lihat hasilnya"


ada bran??????
encik arjuna saya mesti suka kalau baca diet atkins ni sebab digalakkan makan telur...dia kan suka makan telur..huhuhuh

tapikan...kalau mak saya tau saya sibuk nak diet ni, mesti dia bebel...dia pantang dengar psl diet ni nti mesti dia kata " kenapa sekat makan, masa boleh makan ni makan la...dah tak boleh makan esok lagi susah...jgn kufur nikmat" adeiii...konsep diet adalah bukan sekat makan, tapi kita kena kontrol makan dan jgn skip makan sebab nanti metabolisma akan jadi rendah dan makin slow badan bekerja dalam mproses dan membakar kalori...

2. Rawatan muka

Walaupon tak kritikal sangat,(dan saya tau, kulit saya pon mmg tak secantik mana, tapi alhamdulillah tak de masalah jerawat)tapi saya nak repair gak la...nak dapatkan kulit licin selembut sutera, bersih dan kurangkan garis2 penuaan sebelum waktu...boleh gitu

SKII dah lama abis...masa tengah2 peknen tu..so tak beli baru pon...hihihi.paln nak beli la lepas raya ni tapi mcm berkenan lak dgn Olay Regenerist ni



gara-gara baca blog idola *green apple* (mesti ibu ariq gelak kalau baca nih)

saya akan dapatkannya segera dan cuba dan tengak hasilnya...

3. Rambut gugur



ohhh...ni memang cabaran biasa lepas bersalin kan? tapi ni kategori tak kritikal lagi pada saya sebab ianya akan kembali normal bila tiba masa, cuma stress jugak la tgk byk giler rambut bila pas mandi dan sikat bila nak siap2 pakai tudung (ohhh ya, pe'el saya memang sikat rambut sebab nak ikat rambut bila nak pakai tudung je...kalau kat rumah saya mmg tak sikat rambut...hahaha...bila rambut dah kering, nak ikat saya ikat cam tu je...kira cam guna jari pon boleh.tp kalau ada arjuna tu saya sikat la elok2, comel2 seme...kang dia kompius lak kot ingat ada hantu kak limah depan mata dia, wakakakak)

erm...tu je la kot...saya harap usaha saya utk kurangkan jisim badan akan tercapai...aminnnnnnn. gambatte!!!!!!

Saturday, September 10, 2011

memori penyusuan: diberi kesempatan 4 bulan saja

sebenarnya nak cerita...dah 2 minggu saya stop pam susu untuk aidan, uhuk uhuk

alkisahnya...entry ramadhan week-3 saya ada citer yg saya kena sakit tekak yg amat smpi terpasa kantoi puasa...huhu...so saya kena makan ubat.tp ni semua sy tak pasti la sebab UBAT atau sebab SAYA TAK SEHAT atau sebab saya STRESS memikirkan suatu perkara menyebabkan susu saya merundum. kalau selalu sekali pam (even masa puasa n period) saya bleh collect 3-5 oz...dan penah gak cecah 7 oz..tapi masa merundum tu each session saya cuma dapat 2-3 oz jek...memang merundum secara tiba2...huhuhu

dan nak jadik cerita jugak, masa 3 minggu sebelum raya tu (kiranya seminggu sebelum saya sakit tu la) aidan dah buat perangai tak nak direct feeding...kalau siang hari tu mmg pakat kena paksa je suh direct tp kalo malam dia redha je nak direct sebab dia tengah mamai2 ngantuk tu saya sua jugak la b****t suh dia feeding....so bila saya balik jumpa dia, kuranglah sesi direct feeding kat dia dan saya kena pam n masuk botol

iye saya paham, dia jumpa saya weekend je utk dpt direct feeding dan mmg majoriti dia minum susu adalah melalui botol..so kalau orang kata dia dah suka dengan teat berbanding n****e saya mmg tak leh nak kata apa la, sebab situasi saya ngan anak saya adalah berbeza dgn situasi orang lain...

okeh...pas tu menyumbang kepada "ohh sampai di sini saja perjuangan bf ku" adalah kerana aidan jugak makin lama makin tidak menyukai susu saya....hohohohoh...ini yang paling trajis...susu frozen yang saya bekalkan tu, mak saya cakap kadang2 dia susah nak abiskan sebotol...mcm tak berapa suka berbanding susu anmum...so apa solution yg saya ada?

uhuk uhuk uhuk

setelah difikir secara mendalam dan logik akal, akhirnya masa pulang cuti hari raya tu saya nekad utk STOP PUMPING utk stok susu aidan

sedih memang la sedih...sapa kata tak sedih woiiii...dah ler terpaksa pisah ngan anak, niat nak bg bg breastmilk seniri selama mana mampu pon terpaksa di hentikan...

tapiiii...jgn la kata saya ni tak kuat semangat ke apa...sebab kalu pikir logik, aidan dah tak berapa nak minum susu saya (saya tatau apsal...nak kata tak sedap, masa tu dia masih minum susu yang saya pam masa belum puasa, so mesti la ada mcm2 perisa kot dalam tu, hhehehe)...what's the point saya nak kena buat stok lagik kan? nak bagi sapa minum pulak?

tambahan pulak susu saya makin merundum....so everytime saya pumping tu mmg saya
sedih sangat2...kira mcm double sedih la gitu...huhuhu
tapi ujung2 tu saya redha gak dan anggap rezeki susu saya untuk aidan, Allah bagi setakat ini saya dan DIA tahu apa yang terbaik untuk saya

kalau ikut rentetan ceria pon, ianya start dari aidan takmo direct breastfeed...then saya sakit tiba-tiba (wohhh taip "sakit" tu cam teruk pulak penyakitnya, huhuhu...nau'zubillahhhh) dan lepas tu susu pulak merundum

saya pikir positif, ianya Allah bagi satu persatu...bukan sekali gus yg membuatkan saya mungkin lebih down dan demotivated...

masa susu merundum tu tok sah cerita lah cam ne saya rasa kalut...duk search sana sini penyebab susu merundum sebab nak kata sebab kurang minum dan makan sbb bulan puasa mcm mustahil jgk sebab masa tu dah masuk mgu ke 3 puasa....nak kata sbb stress, ye masa tu mmg saya stress duk pikir satu perkara "ngeri" tu tapi heran gak sbb sebelum ni pon saya mmmg sentiasa stress (hahaha...tipu la kan kata sentiasa stress tp mmg kita ada je stress kan...)..

nak kata kurang sesi pumping or skip sesi tak jugak...siap tambah sesi lagik tp still kuantiti mcm tu...

petua2 lak makin byk saya cuba...doa masa tgh pumping...pas tu siap psg mp3 surah al hujurat ngan surah al kautsar...sambil mulut komat kamit baca sama...hukhukhuk

sedih kalau diingat balik, tapi saya redha dan syukur dgn rezeki Allah selama ni, alhamdulillah

so hari puasa terakhir hari tu merupakan hari terakhir aidan fayyadh dapat susu fresh yang saya pam (ohhh dramatik sguh this feeling)..lepas tu mmg saya cuci bersih2 pam dan sorok kan..uhuhuhuh

ni stok susu frozen yang tinggal (gambar masa saya nak balik rabu lepas, 7hb sep)


lebih kurang 25 peket je kot yg tinggal...so ni je la utk aidan...saya pesan kat mak saya bg je la kat aidan sepeket sehari...then kalau dia refuse saya suh mak saya buh sikit susu anmum tu...rasanya tak merbahayakan kot campur sikit kan? sbb saya ada bc kat forum, ada gak orang wat gitu utk kes mcm aidan yg refused breastmilk..

errm...walaupon kejap je saya dpt rasa keje mengepam ni, lebih kurang 3 bulan lebih la...sebulan guna electric punya dan 2 bulan lebih guna manual, tapi banyak yang saya belajar...dan saya akui...utk berjaya menyusukan anak dan pumping dan wat stok utk mummy yang berkerja memang bukan mudah.yang penting yang saya rasa seniri adalah KESABARAN...ini yang paling mencabar apatah lagi utk seorang insan yang kurang sabar mcm saya ni...wakakaka

iye la...kadang2 nak tgu dpt let down tu agak mendebarkan jugak...duk tunggu bila nak rasa let down sebab bila let down baru la susu keluar banyak dan kita rasa happy!!!!!!

then...bab jaga makan minum pon kena ada kesabaran...terliur tengok air berais..telan-telan air liur gak tapi duk sabarkan hati...pikir pasal susu...hihihih...tapi yang bagusnya, skrg wpon saya dah tak collect breastmilk saya berazam utk pantang ais lagi sampai aidan 6 bulan...saya pikir untuk kesihatan diri je la..hihih...

apa lagi nak cerita ek? ermmm...oh kalau nak tau, amjad pon pandai ingatkan saya psl pumping susu bila waktu malam...nanti dia akan tanya " mummy tak pam susu untuk adik ke?"...hihi...selalu saya pam sesi malam kul 930 mlm...so dia mmg setia kat sebelah tgk mummy pam susu...kohkoh...mcm bodyguard jek.

pas tu ada sekali tu, dia nak minum susu yang saya dah pam,kesian pulak so saya bagi dia rasa dalam satu sudu, dia kata sedap...hikhik

ni budak yang dapat rasa susu mummy 4 bulan (mungkin sampai 5 bulan kot kalu dia mau minum yang stok ada kat rumah tu)


(budak kecik ni tak mau dah hisap puting kosong tapi dia mmg suka pegang tali puting tu mcm ni bila nak tido, tak paham...hahahah)

apa-apa pun, pengalaman yang ciput tu saya akan kenang sampai bila-bila.pengalaman amjad dulu lain, dan aidan pulak lain...so saya rasa dua yang berbeza..

alhamdulillah...walaupon tak lama, tak byk stok prozen, tak dapat fully bf pon dan tak hebat mcm orang lain tapi saya bersyukur sangat-sangat...at least saya puas hati sebab saya tetap mencuba dan belajar satu persatu pasal breastfeeding ni cuma jgn ada yang perlekehkan saya sebab saya "tak paksa " aidan minum susu saya bila dia refuse...aidan fayyadh bukan sebarangan nak dipaksa-paksa..sebab kalau dia mengamuk sampai ketar2 bibir dia menangis tau...hahahaha...lagipon kesian nak paksa2 baby, kang dia takmo minum apa-apa susu terus lagik la haruuuu....

dan untuk kawan-kawan yang selalu bagi sokongan dan panduan kat saya dlm breastfeed ni, memang saya nak ucapkan jutaan terima kasih (sudi baca sms sedih dan gembira saya)...hanya Allah yg dpt mbalasnya...dan moga pada mummy2 yang masih bf baby, semoga berjaya seperti yang dirancang, aminnn.untuk arjuna pon sama, thanks sbb selalu bg sokongan dan kata2 semangat :)

last but not least THANK YOU ALLAH!

p/s: medela harmony sangat best...tapi sapa yg ada bajet lebih, saya rasa medela freestyle adalah calon terbaik...hihihi
p/s/: teringat2 lagi syoknya bila nak masukkan ebm dalam storage dan tulis timee n date...dan syoknya bila nak balik kampung...masukkan stok susu dalam tong gabus...buh ais...hihih
p/s/s: saya ada simpan asing satu bekas kecik ebm utk saya simpan wat kenangan...hahaha...emosi sguh...masa amjad dulu saya ada simpan gak...last2 mak saya paksa saya buang masa nak kemas fridge masa nak pindah ke kl dulu...lama kan saya simpan? almost 2 tahun lebih...

Thursday, September 8, 2011

kisah raya 2011

sudah kembali ke UKM
maka baru lah bleh hapdet blog dan menayang gambar raya yg tak seberapa

maklum lah...ada "handbag' bru yg kena kepit senantiasa..so tak cukup masa nak kepit kamera...hihihi

mula2 nak kena citer gak pasal kes baju raya, hihih ingtkan tahun 2008 je ada kes baju-raya-oren-arjuna-tak -sempat-siap...rupa2nya tahun 2011 pon ada episod ulangan.tp kali ni kes baju raya saya pulak

alkisah...kain pasang nak buat baju dah beli...tema kaler kuning tahun ni...gedik2 woohhh beli kain kotten.tamau kalah pulak tu siap beli kt kedai japanese cotton, berlagak tamau beli kat kedai biasa...hahaha...hambik kau...bila nak pi tempah seme dah tutup tempahan.menganga la mak cik sorang2...kuang3

duk bersedih2..cuma tak tulis kat wall kat fesbuk jek...kih3...last2 lepas bermeditasi...dpt idea pakai jek baju yg saya tempah untuk kenduri adik ipar bulan oktober 2009, sbb kebetulan baju tu mmg kena gak la ngan tema tahun ni.pas tu pakai pon masa kenduri tu jek sekali...hahaha...pas tu buat keji siap paksa arjuna suh pakai baju melayu yg sama yg dia pakai masa kenduri tu jugak.tp kes arjuna lagi haru biru...suo baju melayu dia tu dah koyak masa kenduri tu (tak pastu kenapa koyak, mebi sbb dia jadi hulk masa tolong angkat periuk belanga kenduri kot?)...so sebab kena paksa gak ngan bini dia ni, nak tak nak dia kena alter baju ngan suo abah dia merangkap pak mertua saya...muahahahahahaha...sebab masa hari kenduri tu depa seme pakai baju sedondon, sekayu...hihihih

giler bajet baju raya tahun ni, ngan anak2 pulak pakai baju masa aqiqah aidan...hahaha...

saya pon memang tak de baju raya la tahun ni, baju raya ke 2 hingga 5 seme pakai baju lama..kuikui...3 orang hero tu jek yg semedang melaram baju baru tiap hari...kuh3...tak pe la, kegembiraan mereka adalah kegembiraan ku jua (bajet ayat novel padahal tak sedar sebelum raya mummy pulun beli blaus ngan tshirt baru nak pakai pi sekolah hari2...kahkahkah)

so ni ler gambar raya keluarga saya di mersing..





semua adalah comot-tak-sempat-mekap-dan-berlengas sbb dapat peluang amik gambar ni pada separuh hari raya pertama...dah lepas zohor pon dah masa ni, mana tak melekit ngan berlengas sorang2...saya pon masa ni dah siap masuk 3rd round layan ketupat..kih3

ohh ya dlm gambar sorang anak sedara tak de, amirul azim.sebab masa tu dia tengah sentap tak dpt beli toys...so ada pak cik saya datang beraya dia terus melompat ikut naik kereta sbb pak cik saya tu nak bwk dia pegi beli toys...huhuhu...dan 2 orang kanak2 kecik pakai baju kelabu tu adalah anak sedara abang ipar saya...datang beraya dan enterframe skali, kuikui

ni bakal imam muda, hihih


raya pertama aidan fayyadh :)


buah hati mummy dan jantung hati babah


pakai baju tido sedondon malam raya kedua...sempat bermesra-mesraan apabila lensa kemera dihalakan..hihih


ni ameer amsyar dan aidan fayyadh


ada 3 pasang baju yg saya dan kakak belikan serupa utk diorang berdua, tp baju ni jek yang dapat di pakai serentak dan amik gambo...yg 2 pasang lagi aidan punya masih belum sempat dirasmi kan..

ameer amsyar lahir 19 mei 2011..kiranya lewat 23 hari la dari aidan

hari raya kedua, tema biru


tak sempat nak amik gambar sekeluarga berempat, huhuhu.raya kedua kitorang bertolak ke jb untuk saya dan anak2 raya bersama keluarga mertua.arjuna tak leh dikira sbb dia mmg jumpa famili dia tiap hari pon, wakakaka...

raya ketiga, patutnya ada sesi beraya rumah sedara mara ngan kawan...tp atas faktor tertido-di petang-hari maka plan raya cancel...ganti ngan plan konon-nak-photo-shooting-kat-kota-iskandar...tp sangat hampeh sbb mood anak2 adalah tidak memberangsangkan dan memberikan kerjasama utk bergambar...plus bateri kamera kong la pulakkkkk...huhuh...so tak de byk gambo pon :(

aidan fayyadh bakal mewarisi buggy amjad faheem...oh oh oh kesian adik, nti la mummy beli buggy baru ek?


keje part time- tolak buggy adik, hihih

tapi yg kelakar, ada sekali tu aidan cry penat duk dlm buggy...so babah dia angkat n dukung aidan...yang si abang terus naik buggy n pasang belt siap2...hahaha...amjad kan mmg buddy-friendly...so dia mmg suka naik buggy...kahkahkah

raya ke empat, pagi tu pegi beraya rumah kawan di pasir gudang smbil tengak baby dia yg baru lahir...

tema adalah black n white...


ni je gambo yang ada...haha...ni pon adik arjuna yang darjah 1 tu tolong snapkan...boleh la dari tak de langsung, kuikui

pas solat jumaat, kami balik ke mersing semula

aidan pas bangun tido...tak muat kete nak bwk car seat, huhuh...cian baby mummy dia alas bantal je



raya ke lima, plan beraya nak pi 2 buah rumah kawan sekolah kitorang...tp last2 dapat sebuah rumah je.sebab cuaca tak elok, mcm nak ujan..huhuh..

tema adalah go green :)


saya malas nak iron baju kurung ijau so capai je tudung ijau tp tak sama tone la pulak, belasah je la

sangat suka gambar ni...


buah hati mummy lagik


mummy and heroes


hari ahad, abang dan keluarga dah nak pulang ke kuching.so pagi2 dah gerak ke senai sbb takut jalan jem.tapi alhamdulillah...jalan smooth je, mebi sbb pagi lagik kan.kitorang gerak kul 8 pagi...smpi area airport kul 10 lbh...so lepak2 kat masjis senai tu, makan2...rehat2...

ada pulak adegan anak teruna saya terkencing dalam seluar...huhuhuh...sabar je la. dah le tak bwk apa2 baju spare pon.last2 kakak ipar bukak semula luggage dia n bagi pinjam seluar amirul azim..




mummy dan anak teruna

gambar sebelum adegan kencing-dalam-seluar-dan-suara-mummy-memetir-leh-dengar-radius-3 kilometer...koh3

abang dan famili selamat berlepas jam 1220 tengahari...pas tu saya dan anka teruna naik kete kakak balik ke mersing...arjuna lak balik ke jb semula sbb senin dia dah keje..mujur tak de drama air mata anak sulung dan babah di airport.sbb anak teruna dah kena rasuah buku coloring angry bird ngan kete hotwheel..

abang ipar singgah kota tinggi kejap...so jamu mata dengan baju2 cantik di kota tinggi tu...huhuhu...

next year kaler tema apa pulak ye? beli baju siap jahit la, takut kena kes baju raya tak dpt jahit pulak lagik, hihihih

koleksi duit raya amjad ngan aidan

beg merah tu hadiah dari mommy nuha utk aidan. mummy rasa kalo penuh beg tu ngan not rm50 leh la mummy bwk anak2 breakfast sushi kat jepun, lunch lobster kat sdyney, minum petang macaroon kat perancis, dinner daging kambing kat arab...hahahahaha

mummy tak dapat nak sort pon duit2 raya anak2...so campur la semua dlm satu beg...cukup bulan syawal sok mummy kira2 semua dan bahagi kepada dua jek...senang...adil dan saksama...mana yang tak cukup nak dicukupkan jumlah bagi nampak cantik nak tulis kat borang simpanan tabung haji tu, mummy ngan babah top up bagi cukup, okeh.

senin-selasa mummy golek2 ngan anak2 kat rumah..

lihatlah peha drumstikku..hihih


saya balik semenyih hari rabu lepas zuhur...sayu lak hati nak balik n tinggalkan aidan (dah ler on da way hujan renyai2).orang lain seme sedih bila pulang dari kampung tinggalkan mak dan ayah, tp diorg leh balik sekeluarga cukup semua.saya sedih jgk tinggal kan mak dan ayah tpi bertambah2 sedih sebab tinggalkan anak...pulak tu balik berdua je ngan amjad...hohohoh.tak pe kuatkan semangat.tak semua orang dapat rasa pengalaman mcm ni, hihihi sedapkan hati seniri.

apa2 pon terima la gambar gedik dari saya..hihih