ada 3 menda pd diri saya yang serius untuk diperbetulkan..hihih
1. Lemak berlebihan pada perut (perkara utama) dan pada bahagian lain (perkara kedua)
timbangan jisim saya adalah sekitar 57-60 kg setakat ini...dan ini adalah suatu pencapaian "terbaik" setakat ini (selain dari waktu pregnant laa)
termenung memikirkan nasib "lemak" dalam diri, uhuk uhuk
lepas berpantang, saya mmg concern jgk pasal berat badan tp memandangkan masa tu saya berniat nak collect breastmilk dan bf aidan, maka saya lupakan seketika psl diet sebab mengikut sifu2 sekelian, nasi adalah penting dalam memproses susu ibu, jadi saya mengalah pada nasik...hihih
maka, 3-2 kali sehari saya akan amik nasik...dan sememangnya saya sering lapar...hahaha...lepas bf or pumping akan terasa2 la kelaparan yang mencucuk dan haus yang berterusan...what to do
tapi lepas stop pumping dan lepas abis demam -raya-makan-ketupat-sampai-sengkak-perut...mula saya terfikir pasal diet, apatah lagik masa timabng kat mesin timbang yang ada ukur tinggi tu pakai duit 20 sen tu, timbangan saya menunjukkan 60kg tanpa was2 dan kartun kat mesin tu meng-highlight-kan saya sebagai OVERWEIGHT..tidaaakkkkkkkk (ngatkan aidan je overweight, rupanya mummy pon sama)
kalo check BMI kat internet pon, mmg saya di kategorikan overweight dah....redhaaaa
saya tau tang mana yg lebih sangat lemak tu. tak lain tak bukan tang PERUT...ni pon saya pasrah sebab ms pantang ari tu saya tak berbengkung sangat...umum mengetahui, mangsa bersalin czer agak ngeri utk berbengkung secara sehat.maka hasilnya terimalah perut yang berlapis y'alllll....hahahaha
tapi tak per...perut berlapis dan parut czer adalah tanda kasih sayang terhadap suami untuk memberi beliau zuriat, kihkih
jadiknya...mulai dari skrg saya nak kena kempiskan perut dan kawal makan saya...
-saya nak kurangkan kuantiti nasik yang saya belasah
-nak bykkan makan sayur dan buah (ni mmg maintain makan byk sejak lepas pantang)
-nak exercise lebih sket wpon saya tak pegi gym...so saya akan mula parking kete jauh dr pintu depan fakulti...so bleh la jalan kaki jauh sket utk bakar kalori.kalau dulu kalau bleh nak parking betul2 depan pintu fakulti, sampai rasa mcm nak tolak je kete2 besar profesor ngan pensyarah2 semua...hahahaha...tapi sekarang lagi jauh lagi bagus...hahaha iye ke?lagipon skrg dah mula sem, maka pak guard akan buat rondaan...so parking tempat jauh iaitu di area sains nuklear adalah lebih baik rasanya...
-nak rajin2 buat crunch sblm tido dan slps solat subuh utk dapatkan flat tummy (echecheche). tamau six pax, nak flat saja..hihih
-nak bengkung semula la...pakai b4 tidur...kalau rajin leh sapu kat perut kapur+limau nipis...ni mmg saya penah wat dulu, 2-3 bulan je la tapinya...masa sebelum kawen..kuang3. malu aiii...
-minum air banyaaaaaakkkkkkkk, buang toksik dan bakar kalori
tu je la kot...hopefully azam saya menjadi dan berhasil
kalau ikutkan, saya tak de la sampai nak kurus kering nipis mcm playwood...cuma saya nak jisim saya within BMI yang normal ...rasanya dalam 50-54 kg pon dah ok...mcm zaman sblm pregnantkan amjad..
lagipon saya tak suka kurus sangat, kena bagi berisi montok sikit (eh malu pulak nak tulis)...then saya pon tak bleh kurus terlebih sebab nanti pipi tak nmpk chubby-chubby comel (sila bagi penampar kalau rasa nak muntah, hahaha)..ihik2...sebab penah dulu saya rasa susut badan terlampau dan rasa pipi cengkung ...saya sanggup makan banyak semula nak bagi pipi chubby balik...ahak ahak aset ni beb...
oh ya...penah baca psl DIET ATKINS tak? macam tak de kekuatan nak cuba tapi cuba la tgk ni;
"Dr Atkin telah membuat kajian mengenai ?low carbohydrate diet? dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.
Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:
1. Induction (permulaan dan pengenalan) ? 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance
Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.
Semasa 2 Minggu Induction:
1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANG, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal...
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.
********************************************************
Boleh Makan:
1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun...
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet...
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!
Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)
Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)
Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)
InsyaAllah, try diet ni selama 2 minggu, anda boleh lihat hasilnya"
ada bran??????
encik arjuna saya mesti suka kalau baca diet atkins ni sebab digalakkan makan telur...dia kan suka makan telur..huhuhuh
tapikan...kalau mak saya tau saya sibuk nak diet ni, mesti dia bebel...dia pantang dengar psl diet ni nti mesti dia kata " kenapa sekat makan, masa boleh makan ni makan la...dah tak boleh makan esok lagi susah...jgn kufur nikmat" adeiii...konsep diet adalah bukan sekat makan, tapi kita kena kontrol makan dan jgn skip makan sebab nanti metabolisma akan jadi rendah dan makin slow badan bekerja dalam mproses dan membakar kalori...
2. Rawatan muka
Walaupon tak kritikal sangat,(dan saya tau, kulit saya pon mmg tak secantik mana, tapi alhamdulillah tak de masalah jerawat)tapi saya nak repair gak la...nak dapatkan kulit licin selembut sutera, bersih dan kurangkan garis2 penuaan sebelum waktu...boleh gitu
SKII dah lama abis...masa tengah2 peknen tu..so tak beli baru pon...hihihi.paln nak beli la lepas raya ni tapi mcm berkenan lak dgn Olay Regenerist ni
gara-gara baca blog idola *green apple* (mesti ibu ariq gelak kalau baca nih)
saya akan dapatkannya segera dan cuba dan tengak hasilnya...
3. Rambut gugur
ohhh...ni memang cabaran biasa lepas bersalin kan? tapi ni kategori tak kritikal lagi pada saya sebab ianya akan kembali normal bila tiba masa, cuma stress jugak la tgk byk giler rambut bila pas mandi dan sikat bila nak siap2 pakai tudung (ohhh ya, pe'el saya memang sikat rambut sebab nak ikat rambut bila nak pakai tudung je...kalau kat rumah saya mmg tak sikat rambut...hahaha...bila rambut dah kering, nak ikat saya ikat cam tu je...kira cam guna jari pon boleh.tp kalau ada arjuna tu saya sikat la elok2, comel2 seme...kang dia kompius lak kot ingat ada hantu kak limah depan mata dia, wakakakak)
erm...tu je la kot...saya harap usaha saya utk kurangkan jisim badan akan tercapai...aminnnnnnn. gambatte!!!!!!
Monday, September 12, 2011
repair: ini serius!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment