anak kedua (or should i say anak bongsu?) saya sudah 6 bulan
yihaaaa
ok, aidan bukan tak leh meniarap langsung, cuma beliau agak "malas" dan beliau lg suka di pegang, or duduk dlm walker or diriba...
what to say...cucu terlebih manja kot, huhuh
see...dah bleh meniarap, cuma mungkin perlu lebih sokongan moral dan sorakan dari ahli keluarga agar beliau lebih teruja utk meniarap, seterusnya merangkak dan kemudian bjalan...hihih
so far, tak de la risau sgt sbb dia lambat meniarap, tak macam baby yg lain, even macam abang amjad yg ikut buku perkembangan baby, harus la baby meniarap start umo 3-4 months
saya insaf dan mengatakan pada diri seniri, selaku mummy kepada anak tercinta iaitu "sedar lah mummy, perkembangan setiap anak adalah berbeza.berikan mereka waktu untuk belajar dan explore dunia mereka sendiri"
maka, saya akur...apatah lagi pabila browse forum dan website berkaitan, ramai forumer dan dokter mengatakan, ada juga baby yg 9 bulan baru meniarap..ada juga yang tidak meniarap tapi langsung tahu duduk dan berjalan...ok...saya harap agar aidan terus boleh memandu kereta la kalau begini :) (joking).apa yg penting, tulang leher dia sudah kuat, boleh mengangkat kepala wpon malas meniarap, tulang belakang juga kuat sbb boleh berdiri dalam walker...
tak pe la adik..mummy tau punggung adik besar dan berat sikit mcm fahrin ahmad. ehh mana tau punggung dia besar???
aidan dan topi feveret dia (feveret mummy sebenarnya)
bila dia pakai topi ni, terus saya terbayangkan sebiji epal.lalu nama terbaru beliau adalah "EPAL" hihi
ohh yaa, anak2 saya mmg ada nama2 pelik..saya yg cipta...
aidan punya nama pelik ,setakat ini adalah IDIR, KAEDERIS (tatau mana ntah dapat), DIDIR, dan kadang saya panggil dia KADIK...huhuhu
mmg keterlaluan tapi what to do...mummy dia memang kreatif tak bertempat :)( amjad punya nama pelik adalah KIM, PINOM, KACHAH, huhuh. tapi bila saya panggil aidan dgn nama epal, amjad cakap nama dia oren dan babah pula pisang...err...no komen la tentang nama baru babah tu ye)
aidan dah start solid food masa masuk 5 bulan...
tapi agak kuciwi sbb first food dia bukan bubur nasik yg mummy buat tapi terpaksa redha dgn instant nestum...huhuh.sori ye , adik :(
tapi alhamdulillah...aidan ok je ngan solid food, dia suka apa2 je wpon tak berapa gemar dgn rasa bubur homemade...tak pe la, dah ada gigi sok kita makan nasik lauk sup kentang ok...hihih
ohh ye...aidan jugak sudah tumbuh 2 batang gigi!
tapi tak sempat amik gmbr lagi...2 batang gigi bawah...so cute!
aidan dah boleh pegang botol susu seniri, wpon tak lah proper sgt.means kdg2 bila dah lama2 pegang dia bosan dan dia lepaskan...hahaha
tp bila kita hulur botol susu kat dia, dia leh capai dan sumbat ke mulut (wpon ada kala tak tepat masuk mulut...hihi silap parking ke pipi la, ke hidung la)
body still gebu mcm dulu. timbang di klinik (tp pakai baju) adalah 8.5 kg tapi staf klinik tulis 8 kg saja sbb minus baju la kononnya yg 0.5 kg lg tu.
cepat besar dan jadik cerdik ye, adik.adik lambat tiarap tak kisah asal adik cepat berjalan, boleh kita ronda-ronda yep...
p/s: weekend ni nak amik gmbr aidan kt studio, sempena umor 6 bulan. amjad dulu pon amik gmbr studio masa umo 6 bulan, so kena adil utk dua-dua anak.. :)
p/s: foot print jugak...kena wat :)
Thursday, October 27, 2011
6th months ~ adik, cepat meniarap tau..
Posted by teduhankasih at 12:34 PM
Labels: anak bujang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment