Thursday, December 19, 2013

Beijing 2013: Great Wall

Pagi ni keluar awal dari selalu sbb nak ke Great Wall (yippie!!)

Untuk ke sana, ada byk cara sebenarnya.Antara yang popular ialah dengan menaiki subway hingga ke station Xinjiekou (Line 4 exit A) atau station Jishuitan (Line 2) dan selepas itu kena naik bas untuk ke entrance Great Wall iaitu Badaling.

Kalau ada duit lebih, boleh naik teksi pergi dan balik.rasanya penah baca dan tnya experince orang yg dah guna teksi, tambang 2 hala ni dalam 300 yuan utk satu teksi.so kalo tong2 3 orang ke, jimat la jugak kan? dan teksi juga mudah di dapati bila sampai station subway Xinjeikou atau Jishuitan tu.

Cara yang ketiga iailah dengan menaiki S2 Train dari Beijing terus ke Badaling.

So cara yang ketiga ni la yang saya guna ;).

So untuk naik S2 train ni kena pegi ke North Beijing Railway Station yang terletak bersambung dengan subway station Xizhimen (Line 13)

Saya bergeas nak cepat sampai ke situ kunun nak catch train terawal sbb malam sebelum tu duk gugel info kat web, ada train pukul 7:58, 8:34, 9:03 dan seterusnya.saya plan sempat la catch train al least pukul 9:03 punya.Tapi hampa, sampai sana dah terlepas train pukul 8:30 dan train seterusnya adalah pukul 10:57...adoiii lama giler la kena bertapa kat station ni uhuk uhuk

Tapi nak tak nak, dah sampai...teruskan la ye tak?

So beli la tiket S2 train tu, cuma 6 yuan /rm3 je sehala .murah kan?

Masa duk tengok timetable utk train balik ke Beijing, ada jumpa 2 orang amoi..mcm gaya pelancong jgk la sbb duk salin2 timetable dan snap sana sini hahah.So saya tanya la diorang, nak pegi Great Wall jugak ke, dari mana apa seme? Sorang amoi je fluent cakap english, yang sorang lagi asek bantai mandarin je hahah

So saya tnya kat yang sorang tu, boleh tak saya nak join sbb saya sorang2...dia kata ok tapi dia cakap sorry la sbb english dia tak ok.saya tak kisah ler asalkan saya tak sesat barat.hahaha...sbbb masa kat station tu cam blur2 jugak sbb seme tulisan cina, baik notis board, time table seme, tak de yang tulis english pon.duk pikir kang ada announcement apa2 psl train kang, tak paham apa mau tertinggal train.haru biru sehhhh...

So berjanggut la tgu kat station tu, sambil tengok diorg ni makan cupcake la, mee segera la..hahah.saya telan ailio je la.diorg duk offer gak cup cake, lolipop, mee segera n chewing gum kikiki.saya amik lolipop ngan chewing gum je sekadar nak jaga hati.tapi pas tu simpan dalam kocek, tak makan pon.

Tunggu punya tunggu, kul 1040 gitu, gate pon depa dah bukak.so berlari-larian la pegi kat train.hahaha...masa ni saya kompius kena seme orang kena berlari, so saya berlari skali la.ala2 marathon gitu hahaha.lagipon train tu park jauh giler


Masuk dalam coach dan cecepat amik seat tepi tingkap, nak tgk view katanya.train dia bersih n selesa la.tak bau busuk ke hapa ke...hahaha

Perjalanan dari Beijing ke Badaling lebih kurang sejam, sejauh 82 km.Ada banyak station train akan stop iaitu;

Beijing North-Qinghuayuan-Qinghe-Changping-Nankou-Badaling

Selepas Badaling, saya rasa train tu akan pegi ke tempat lain jugak kot

Kat dalam perjalanan nanti, akan ada staf yang promo n jual2 jugak.tapi sbb tak paham dia cakap apa hehe...ada jugak staf yang tolak troli food, so boleh la beli kalo sapa lapar..hahaha

View sepanjang perjalanan





Yang bestnya (untuk pengalaman), bila naik train ni kita boleh lalu salah satu entrance Great Wall iaitu Jinshaling. So bila lalu situ, rasa teruja lebih lagi la hahaha.Great Wall terbahagi kepada beberapa bahagian dan entrance iaitu Huanghuacheng, Mutianyu, Jiankou, Gubeikou, Jinshaling dan Badalaing.dan Badaling mmg yang paling popular di Beijing la.Boleh la pilih nak naik Great Wall ikut memana entrance yang kita suka dan ikut pada kat mana kita pegi kt China ni

Ini dah sampai station Nankou


View mmg seme nmpk cam gersang-gersang dan tandus je.pokok2 pon tinggal ranting so sepanjang jalan rasa cam sayu je (hahaha tak abis-abis ngan sayu mayu dia)





akhirnya, sampai la station Badaling :)


keluar2 dari train, sejukkkk gilerrrrrrrr...muka kebas, jari rasa beku mcm nak pakai 4 lapis glove je rasa.sib baik pki jaket hoodie, so ada la jugak benda nak cover kepala uhuk uhuk

Pas tu, amik arah ke kiri, folo je jalan tepi2 tu.mmg kena jalan kaki almost 1000 m la utk sampai ke entrance dia.hadoiii....pas tu seme orang jalan laju, tatau nak kejar apa.tak paham betoi!


hoyeehhhhhh

Entrance fees 45 yuan/rm25.50

Yang ni Nicole, dari Shenzen
sorang lagi tak smpt nak snap pic sesama, nama dia Chiao.ohh ada ke Chiao tu tanya saya;

"are you from India?"

mak sentap nokss...tinted sangat ke i nih? hoihhh...kalo cakap from Pakistan ke, ok la sket kahkahkah...ok...mebi dia maksud kan India tu yang ala2 hindustan.mebi muka i macam Rani Mukerjee sket2 kot? (muntah jemaah please)


ada 2 arah nak climb Great Wall, North or South.kitorang amik South

ohh ye...masa turun train tadi, ada sorang amoi lagi join kitorang.nama dia Denise, asal lupa nak tnya tapi dia cakap dia dari Southern China.yang ni english ok..best borak ngan dia (ceehhh feeling terer english kununnnn)

tengok pic je la







saya dan Denise, Southern China







sambung update 6/2/2014
hehehe
lama giler pause hapdet blog, tak de mood je rasa everytime sign in blog hahah sindrom malas melanda!

hari ni baru ada semangat semula, since ada orang konker tv tgk bola.

ok, sambung citer sikit lg.

sebenarnya, saya tak lama pon mendaki Great Wall sbb alkisahnya nak catch up S2 train balik ke Beijing.Sbb tadi sempat tengok jadual train utk balik, yang paling hampir pukul 230 petang.so saya pon kena atur masa la kan, tak mo terlepas train tu.Tu yang tak daki smpi atas pon...ralat jgk la tapi tak pe la..asal dpt rasa pegi Great Wall, jamah2 tembok dia cukup la kan, dari tak merasa langsung

So masa nak turun tu tinggal saya ngan Denise je, Nicole ngan kawan dia dah ntah ke mana ntah.Saya bgtau Denise saya nak kena balik Beijing dah sbb takut smpi lewat n nak catch up early train.Dia siap frust tak dapat teurskan pendakian dgn saya...hahaha..ktrg berpisah kt situ siap peluk2 dua kali lagi hahaha

Then saya pon turun la sorang2..curam kan situ so takut la jgk tergelincir ke apa ke wpon ekceli ada he besi pemegang kt tepi tu

Selamat la saya turun dan berkejaran la membetis ke stesen S2 train huaaa..penat giler dalam cuaca sejuk beku tu tapi ku gagahi juaaa

Sekaliiiii...sampai stesen dalam kul 2, beratur nak beli tiket tengok2 jadual train bertukar la pulaaakkkkkkk...paling awal kul 308 pm..huaaaaa nak angis rasa :(

Tapi tak pe la...ada hikmah la kot.lepak la kt kerusi tu sambil cuba2 nak makan nasik bekal,tapi sejuk beku dah nasik tu,tak lalu la huhuhu.tegik je la air masak smpi kenyang hahah

Dipendekkan cerita, train smpi on time dan saya pualng la ke pangkal jalan yang benar.On da way balik, letih giler tapi nak tidor tak boleh pulak.
Smpi stesen Beijing lewat, lbh kurang 5 petang .Pas tu bergegas berlari-larian mengejar subway lak utk balik hotel..huargghhhhh...sampai hotel dah gelap, around 6 lbh cam tu.

Lepas solat, gagah lagi pulak keluar teman arjuna..kesian dia rupanya kursus dia hari ni abis awal, tengahari dah abis,maknanya sangap la dia tgu saya hahaha

So malam tu ktrg kuo ronda2 Wangfujing ngan dinner kat kedai halal ari tu.laparrrr weeiiii...
Tu je la citer Great Wall

ohh lupa pulak..masa nak turun dari Great Wall, saya smpt abadikan nama kt tembok haha..sebenarnya nak sangkut padlock tapi sbb saya tak climb sampai atas, so tak dapat la nak sangkut padlock tu.so berjaya tulis nama atas batu je la,boleh la dari tak de katanya....


last but not least..bubuh la jgk pic2 berkaitan utk rujukan tuan-tuan dan puan-puan yang menggugel dan jupe blog ni hahah

tiket subway
mmg rekemen la guna subway je if pegi seniri tanpa folo travel agen.tapi kena study dulu la route dan tmpt nak pegi dan stesen terhampir.ktrg ada jgk 2-3 tmpt tak pegi sbb tgk jauh sgt dari subway stesen..bercinta weii nak menapak jejauh!

ini yang paling penting-subway map dan info berkaitan
smpi lunyai ok duk genggam dan selak sana sini takut sesat hahaha

tuan belog, dah smpi KLIA, tak sabar nak baliikkkk jupe anak2..huhuh






ni paling best kot..balik travel hntr baju pegi DIY laundry sbb tak larat nak basuh dan jemur kahkah
amik kau...dua mesin sekali putar n drying hahah tapi puas hati la sbb murah dan tgu sejam terus dapat baju kering (tp seniri la lipat haha)Murah lak tu.rm3/satu mesin cuci dan rm3.50/satu mesin kering

Saya siap suggest kat arjuna.nanti duk seniri tak yah beli mesin basuh..pegi DIY ni je seminggu sekali hahaha



Wednesday, December 18, 2013

Beijing 2013: Beijing Zoo + Temple of Heaven + Pearl Market

Pagi di Beijing
bulan pon masih ada lagi :)


letak ler gambar BOS kat blog..keciann...asek letak gambar PA yang meronda sakan je kan? cian BOS asek kursus sampai pukul 5 petang sampai tak de masa nak ronda hikhik PA jugaaakkkk yang untungggg lol

hari ni decide nak pegi Beijing Zoo, Temple of Heavn ngan kalo sempat nak riki-riki Pearl Market sbb laluan nya mudah2 je, tak renyah

gambar2 pemandangan sepanjang jalan nak ke station


sungai beku


Untuk ke Beijing Zoo, amik Line 4 dan turun di station Beijing Zoo (exit tak ingat tapi nanti sampai station tu ada signboard)

Keluar2 je dari station tu amik arah ke kiri, jalan depan sket akan nmpk la ni;




eksaited la kunun nak jupe Giant Panda, siap berdebar2 dada gitu kahkahkah

Tiket entrance 15 yuan/ rm7.50


motip snap pic jejauh kemain gini? hihi

masa ni tengak map zoo, Giant Panda punya kandang cam dekat ngan entrance, so eksyen la pikir jalan le tempat yg jauh dulu.nanti boleh patah balik utk tengok Panda...padahaalllll (nanti cerita)

singgah tempat kolam ni, jupe lagi itik leher ijau...aaahhh i miss u itik leher ijau :)




dah macam Duta Pelancongan Beijing Zoo je dgn gaya tangan "welcome" cam tu kan? hahah
pic ni mitak tolong sorang pakcik potograper snapkan...masa ni ramai sungguh potograper2 berkuntum tepi kolan ni dengan lens depa yg gedabak2 cam serombong kapal.seme duk snap pic itik2, angsa segala dalam ni

masa ni cuaca sejukkkk sangat...ohh ye hari ni mmg lebih sejuk dari 2 hari sebelum.tapi tak tau lak suhu berapa.arjuna cakap jejak -ve jugak kot.entah...tapi mmg sejuk menyerap smpi ke tulang



layan je la pic self timer sedikit sebanyak hahah.seronok nak selfie n self timer sbb masa ni tak ramai orang, so tak ler malu rasa mcm alien duk sengih2 sorang2 mcm2 gaya gitu kan hahah



kompiden itu penting muahahaha





masuk zoo tapi tak mau tengok hewan n snap pic hewan tapi gigih snap pic seniri.apa kes??

hahaha

pas tu kunun kembali ke pangkal jalan nak pegi carik Giant Panda



hampeehhh!!!
rupanya tiket Giant Panda lain pulak, kena beli lain.ciss kek betul

huhuh

tiket dia 5 yuan/rm2.50 je tapi sebab malas nak keluar ke depan n beratur sekali lagi, so batal je la niat nak tgk Panda uhuk uhuk

itu ler kot prob bila kat sini sbb seme tulisan cina.kalo kat kaunter tiket tadi tu, mmg ada tulis "entrance Y15" tp kat tepi2 tu explaination dia seme tulisan cina..so agak keliru la kat situ kan.


mengubat hati kuciwa dengan menyusuri kedai2 souvenir kat depan tu.tak dapat jupe Panda so saya rembat bear panda besar separuh tapak tangan, ada magnet kat tangan dia tu. 20 yuan je.nyonya tukang jual tu siap tolong klipkan panda tu kat tali dslr...hahah.tapi pastu saya cabut n masuk dlm beg, kang jatuh masa bersesak dalam subway naya je...

tapi Allah itu adil (ewahhh), kekuciwaan tak dpt tgk Panda juga digantikan dengan gumbiranya bila nmpk ni;

Beijing Zoo Post Office!!


masuk dalam,beli poskad ambo panda 2 ekoq, tulis2 lebih kurang tuk diri seniri n pos ke Msia...yipieeee

total kos poskad n setem international 7.93 yuan/rm4 .tapi staf tu garang sket, bila kita tnya balik "sorry, how much for the stamp?" terus naikkan pitching suara.hek elehhhh

Pas tu teruskan la perjalanan naik subway semuala utk ke Temple of Heaven , Line 5 station Tiantandongmen (exit A)

Tmpt ni pun dekat je dari exit station.pas exit tu amik ke aras belah kanan.mmg sblh je la kiranya

Tiket entrance 10 yuan/rm5

sama kes mcm kt zoo tadi, rupanya ada byk bayaran utk masuk ke bahagian2 tertentu.dan utk ke temple yg femes tu, ada byrn lain pula.tp memandangkan saya tk plan pon nak masuk smpi ke area temple tu, saya bayar tiket entrance je la, janji dapat snap2 pic lebih kurang hahaha (kedudu)





yang dikejauhan tu la temple yang femes bernama Temple of Heaven tu


ada citer lawak (at least utk kenangan saya la haha) masa snap pic ni
masa lalu area ni tengok susunan pokok2 ni cam cantik je.so toleh kiri kanan line cam clear jek.so saya letak beg n ejas la kamera.tup2 dah ready nak tekan button self timer, ada kapel apek n nyonya tengah pimpin tangan.depa tengok pelik la kat saya sambil &^%$*())$#@ la cakap sesama senirik (agaknya kalo translate boleh jadi ni dialog nya "apa benda budak tu cuba buat?")

so kamera dah duk tit tit tit bunyik,saya cecepat la duduk posing hahaha.depa siap brek tengok hahaha..pas tu bila saya larik2 amik kamera, yang sorang tu siap datang dekat nak tengok hasil pototgrafi tak semenggah tu, lalu kami ketawa berjemaah secara harmoni sambil saya menunjukkan kepada pic tersebut.beliau membalas @#$%^&^^%$## (mungkin dialih bahasa menjadi " caya la hang..terer hang snap photo seniri naaaa") gituuuuuuuu


cute!


Pas abis tour dalam ni lebih kurang, saya teruskan menapak ke Pearl Market

Pearl Market ni depan2 area Temple of Heaven ni je, sbb tu saya gigih jgk la masuk dalam tu sbb dah alang2 nak ke Pearl Market kan :)

Pearl Market ni ada 4 floor.2 floor yang bawah tu kira ok la utk golongan2 marhean mcm saya, 2 floor yg atas tu mcm tak layak je sb situ floor utk jual2 pearl, perhiasan2 yg mahal.Floor yang bawah skali utk jual gadget,souvenir, skarf, alas meja segala, tshirt dll.2nd floor banyak jual kasut, beg2 immitation, souvenir yg upgrade sket, hasil2 seni dll

Beg2 immitation tu mmg elok jugak tengok buatannya,kira kalo tak kisah nak pakai immi punya hbag boleh beli kat sini n make sure tawar gila2 la.Arjuna belikan adik dia hbag immi Chanel..cantik buatan sbb nmpk kemas, cuma rm70 je kikiki kira mcm gred AAA la kot.saya berkenan jugak tapi sbb ada orang janji nak belanja MK original, so kunun2 buat baik la tak mo hbag kat sini kahkahkah (gilo, padahal dah nyaris2 nak rembat LC immi yang saiz paling besar)

Lepas tengok2 n beli2 sikit lebih kurang, saya pun mulakan langkah pulang ke pangkal jalan.

Sampai bilik, pas solat terus ceduk nasik n lauk.siap tambah 2 kali o ulssss mihmih

Nasik putih + rendang ayam Brahim's


Jangan ingat *Madam Rose je yang boleh masak rendang instant utk Abg Joe beliau semasa di Paris, Abg Mie pon boleh masakkan rendang ni utk Madam Awin di Beijing tawwwww

kahkahkah *mohon jangan dicerca jemaah*