Thursday, December 19, 2013

Beijing 2013: Great Wall

Pagi ni keluar awal dari selalu sbb nak ke Great Wall (yippie!!)

Untuk ke sana, ada byk cara sebenarnya.Antara yang popular ialah dengan menaiki subway hingga ke station Xinjiekou (Line 4 exit A) atau station Jishuitan (Line 2) dan selepas itu kena naik bas untuk ke entrance Great Wall iaitu Badaling.

Kalau ada duit lebih, boleh naik teksi pergi dan balik.rasanya penah baca dan tnya experince orang yg dah guna teksi, tambang 2 hala ni dalam 300 yuan utk satu teksi.so kalo tong2 3 orang ke, jimat la jugak kan? dan teksi juga mudah di dapati bila sampai station subway Xinjeikou atau Jishuitan tu.

Cara yang ketiga iailah dengan menaiki S2 Train dari Beijing terus ke Badaling.

So cara yang ketiga ni la yang saya guna ;).

So untuk naik S2 train ni kena pegi ke North Beijing Railway Station yang terletak bersambung dengan subway station Xizhimen (Line 13)

Saya bergeas nak cepat sampai ke situ kunun nak catch train terawal sbb malam sebelum tu duk gugel info kat web, ada train pukul 7:58, 8:34, 9:03 dan seterusnya.saya plan sempat la catch train al least pukul 9:03 punya.Tapi hampa, sampai sana dah terlepas train pukul 8:30 dan train seterusnya adalah pukul 10:57...adoiii lama giler la kena bertapa kat station ni uhuk uhuk

Tapi nak tak nak, dah sampai...teruskan la ye tak?

So beli la tiket S2 train tu, cuma 6 yuan /rm3 je sehala .murah kan?

Masa duk tengok timetable utk train balik ke Beijing, ada jumpa 2 orang amoi..mcm gaya pelancong jgk la sbb duk salin2 timetable dan snap sana sini hahah.So saya tanya la diorang, nak pegi Great Wall jugak ke, dari mana apa seme? Sorang amoi je fluent cakap english, yang sorang lagi asek bantai mandarin je hahah

So saya tnya kat yang sorang tu, boleh tak saya nak join sbb saya sorang2...dia kata ok tapi dia cakap sorry la sbb english dia tak ok.saya tak kisah ler asalkan saya tak sesat barat.hahaha...sbbb masa kat station tu cam blur2 jugak sbb seme tulisan cina, baik notis board, time table seme, tak de yang tulis english pon.duk pikir kang ada announcement apa2 psl train kang, tak paham apa mau tertinggal train.haru biru sehhhh...

So berjanggut la tgu kat station tu, sambil tengok diorg ni makan cupcake la, mee segera la..hahah.saya telan ailio je la.diorg duk offer gak cup cake, lolipop, mee segera n chewing gum kikiki.saya amik lolipop ngan chewing gum je sekadar nak jaga hati.tapi pas tu simpan dalam kocek, tak makan pon.

Tunggu punya tunggu, kul 1040 gitu, gate pon depa dah bukak.so berlari-larian la pegi kat train.hahaha...masa ni saya kompius kena seme orang kena berlari, so saya berlari skali la.ala2 marathon gitu hahaha.lagipon train tu park jauh giler


Masuk dalam coach dan cecepat amik seat tepi tingkap, nak tgk view katanya.train dia bersih n selesa la.tak bau busuk ke hapa ke...hahaha

Perjalanan dari Beijing ke Badaling lebih kurang sejam, sejauh 82 km.Ada banyak station train akan stop iaitu;

Beijing North-Qinghuayuan-Qinghe-Changping-Nankou-Badaling

Selepas Badaling, saya rasa train tu akan pegi ke tempat lain jugak kot

Kat dalam perjalanan nanti, akan ada staf yang promo n jual2 jugak.tapi sbb tak paham dia cakap apa hehe...ada jugak staf yang tolak troli food, so boleh la beli kalo sapa lapar..hahaha

View sepanjang perjalanan





Yang bestnya (untuk pengalaman), bila naik train ni kita boleh lalu salah satu entrance Great Wall iaitu Jinshaling. So bila lalu situ, rasa teruja lebih lagi la hahaha.Great Wall terbahagi kepada beberapa bahagian dan entrance iaitu Huanghuacheng, Mutianyu, Jiankou, Gubeikou, Jinshaling dan Badalaing.dan Badaling mmg yang paling popular di Beijing la.Boleh la pilih nak naik Great Wall ikut memana entrance yang kita suka dan ikut pada kat mana kita pegi kt China ni

Ini dah sampai station Nankou


View mmg seme nmpk cam gersang-gersang dan tandus je.pokok2 pon tinggal ranting so sepanjang jalan rasa cam sayu je (hahaha tak abis-abis ngan sayu mayu dia)





akhirnya, sampai la station Badaling :)


keluar2 dari train, sejukkkk gilerrrrrrrr...muka kebas, jari rasa beku mcm nak pakai 4 lapis glove je rasa.sib baik pki jaket hoodie, so ada la jugak benda nak cover kepala uhuk uhuk

Pas tu, amik arah ke kiri, folo je jalan tepi2 tu.mmg kena jalan kaki almost 1000 m la utk sampai ke entrance dia.hadoiii....pas tu seme orang jalan laju, tatau nak kejar apa.tak paham betoi!


hoyeehhhhhh

Entrance fees 45 yuan/rm25.50

Yang ni Nicole, dari Shenzen
sorang lagi tak smpt nak snap pic sesama, nama dia Chiao.ohh ada ke Chiao tu tanya saya;

"are you from India?"

mak sentap nokss...tinted sangat ke i nih? hoihhh...kalo cakap from Pakistan ke, ok la sket kahkahkah...ok...mebi dia maksud kan India tu yang ala2 hindustan.mebi muka i macam Rani Mukerjee sket2 kot? (muntah jemaah please)


ada 2 arah nak climb Great Wall, North or South.kitorang amik South

ohh ye...masa turun train tadi, ada sorang amoi lagi join kitorang.nama dia Denise, asal lupa nak tnya tapi dia cakap dia dari Southern China.yang ni english ok..best borak ngan dia (ceehhh feeling terer english kununnnn)

tengok pic je la







saya dan Denise, Southern China







sambung update 6/2/2014
hehehe
lama giler pause hapdet blog, tak de mood je rasa everytime sign in blog hahah sindrom malas melanda!

hari ni baru ada semangat semula, since ada orang konker tv tgk bola.

ok, sambung citer sikit lg.

sebenarnya, saya tak lama pon mendaki Great Wall sbb alkisahnya nak catch up S2 train balik ke Beijing.Sbb tadi sempat tengok jadual train utk balik, yang paling hampir pukul 230 petang.so saya pon kena atur masa la kan, tak mo terlepas train tu.Tu yang tak daki smpi atas pon...ralat jgk la tapi tak pe la..asal dpt rasa pegi Great Wall, jamah2 tembok dia cukup la kan, dari tak merasa langsung

So masa nak turun tu tinggal saya ngan Denise je, Nicole ngan kawan dia dah ntah ke mana ntah.Saya bgtau Denise saya nak kena balik Beijing dah sbb takut smpi lewat n nak catch up early train.Dia siap frust tak dapat teurskan pendakian dgn saya...hahaha..ktrg berpisah kt situ siap peluk2 dua kali lagi hahaha

Then saya pon turun la sorang2..curam kan situ so takut la jgk tergelincir ke apa ke wpon ekceli ada he besi pemegang kt tepi tu

Selamat la saya turun dan berkejaran la membetis ke stesen S2 train huaaa..penat giler dalam cuaca sejuk beku tu tapi ku gagahi juaaa

Sekaliiiii...sampai stesen dalam kul 2, beratur nak beli tiket tengok2 jadual train bertukar la pulaaakkkkkkk...paling awal kul 308 pm..huaaaaa nak angis rasa :(

Tapi tak pe la...ada hikmah la kot.lepak la kt kerusi tu sambil cuba2 nak makan nasik bekal,tapi sejuk beku dah nasik tu,tak lalu la huhuhu.tegik je la air masak smpi kenyang hahah

Dipendekkan cerita, train smpi on time dan saya pualng la ke pangkal jalan yang benar.On da way balik, letih giler tapi nak tidor tak boleh pulak.
Smpi stesen Beijing lewat, lbh kurang 5 petang .Pas tu bergegas berlari-larian mengejar subway lak utk balik hotel..huargghhhhh...sampai hotel dah gelap, around 6 lbh cam tu.

Lepas solat, gagah lagi pulak keluar teman arjuna..kesian dia rupanya kursus dia hari ni abis awal, tengahari dah abis,maknanya sangap la dia tgu saya hahaha

So malam tu ktrg kuo ronda2 Wangfujing ngan dinner kat kedai halal ari tu.laparrrr weeiiii...
Tu je la citer Great Wall

ohh lupa pulak..masa nak turun dari Great Wall, saya smpt abadikan nama kt tembok haha..sebenarnya nak sangkut padlock tapi sbb saya tak climb sampai atas, so tak dapat la nak sangkut padlock tu.so berjaya tulis nama atas batu je la,boleh la dari tak de katanya....


last but not least..bubuh la jgk pic2 berkaitan utk rujukan tuan-tuan dan puan-puan yang menggugel dan jupe blog ni hahah

tiket subway
mmg rekemen la guna subway je if pegi seniri tanpa folo travel agen.tapi kena study dulu la route dan tmpt nak pegi dan stesen terhampir.ktrg ada jgk 2-3 tmpt tak pegi sbb tgk jauh sgt dari subway stesen..bercinta weii nak menapak jejauh!

ini yang paling penting-subway map dan info berkaitan
smpi lunyai ok duk genggam dan selak sana sini takut sesat hahaha

tuan belog, dah smpi KLIA, tak sabar nak baliikkkk jupe anak2..huhuh






ni paling best kot..balik travel hntr baju pegi DIY laundry sbb tak larat nak basuh dan jemur kahkah
amik kau...dua mesin sekali putar n drying hahah tapi puas hati la sbb murah dan tgu sejam terus dapat baju kering (tp seniri la lipat haha)Murah lak tu.rm3/satu mesin cuci dan rm3.50/satu mesin kering

Saya siap suggest kat arjuna.nanti duk seniri tak yah beli mesin basuh..pegi DIY ni je seminggu sekali hahaha



0 comments: