wahhh gituuu...syawal ke 19 baru hapdet piccas raya.boleh?
sebelum syawal
baju raya
tahun ni tema peach hitam.kenapa peach? sbb kain lace mummy dah beli kt GZ disember 2012 hari tu.maka anak2 dan suami, sila redha saja dengan kaler ini.pilih kombinasi ngan itam lak sbb kunun nak kontra la.plan awal mummy nak tempah dress itam (feeling2 little black dress...tak menahan) tapi bila mak ayah balik dari umrah bawak abaya hitam, maka malas nak over bajet, pakai je la apa yg ada gitu...save bajet lol
baju melayu the heroes beli kat pusat pakaian hari-hari jek.giler kemut kan bajet tahun ni? hahaha...ekceli plan menempah baju melayu diorg seme larik dari plan awal.ada yg tukang jahit peknen lalu tak boleh menjahit.ada yang dah tak mo terima tempahan dll.maka jalan pintas adalah dengan mengunjungi kedai2 baju melayu readymade (yang murah.tak de bajet nak pegi beli kat Jakel nak jd macam mat haron, atau pegi BAK, atau ke mana jua kedai jahit yang mesti over bajet upah jahit nye hahah)
baju kasual anak2 pon tak beli, hahaha...so this year masa bulan posa tak de pon dlm itenery ktrg tawaf shopim mall.seme kasual tshirt mummy dah borong (echehhhh tulis borong pdhal 3-4 helai je pon) kat Europe hari tu
kasut raya
kasut abang adik kena sama kalo idak adik amukan nak kasut abang, dan abang merintih sedih tak de kasut dipagi raya :).kasut mummy harus 2 pasang, melebihi orang lain sbb dia tamak.pdhal tak pakai sgt pon masa raya hohohoh
semekut raya
hasil karya saya cuma jejari oat dan popia nestum saja.lain seme beli :)
1 syawal
motip sebelah almari pon leh posing? hahah..besar kan baju lace tu? tak pe la...ala2 muselimah pilihan gituuu...tapi tak tak tahan, ada cakap cam peknen.nehiiiiiiiii....
the heroes :)
maaf, sila beli laluan kihkih
pic ni masa lepas salam mitak maaf ngan arjuna.hahah...tak boleh blah betul ucapan saya masa salam tu;
" babah, mummy mitak maaf.mummy byk buat salah, mummy selalu marah babah"
hahaha giler derkaha jugak saya ni sbnr nya, hohoho.moga arjuna sentiasa maafkan saya setiap saat dan waktu :(
masa tgk balik pic ni, sempat cakap kat arjuna; "ehh mummy macam Ayu Raudhah la" hahahaha
okeh...sila beratur utk tampar saya laju2 :P
pic ni tanpa motip
gambar raya 2014 :)
family :)
2 syawal
nak beraya area pasir gudang, kawan2 arjuna balik kampung.pegi tesco cuci mata.see...kat dinding tesco pon boleh jd posrt photoshoot.asal boleehhhhh...
Kota Iskandar dan Puteri Harbour
3 syawal
Ronda Pantai Klebang-Masjid Tanah- Port Dickson
kunun nak tengok kampung RI kat Masjid Tanah.tapi bila dah jupe signboard kampung (kg Sungai Limau..ohh siap tau nama kampung.ko hader?) tu tak jadi nak masuk...hahaha.kenapa? biarlah rahsiaaaaa...
Hotel Pantai Ria, PD.Hotel bajet jek...sbb mak pak tak de bajet..hahah booking thru booking.com aje
4 syawal
abang adik bersama bantal busuk masing2...huhuhu
Lighthouse, Tanjung Tuan
akhirnya, setelah melalui jalan penuh berliku dan cabaran, saya berjaya menemui lighthouse ni dengan ditemani bodygouard kecil terchenta..hihih
kemudian....pulang...marilah pulang...marilah pulang bersama-sama
ktrg balik ikut laluan biasa saya drive.Kuala Pilah-Jempol-Muadzam Shah-Kuala Rompin-Endau-Mersing
bila tgk balik pic ni, rasa mcm suci jek muka...kahkahkah *poyo*
tido lena setelah berhempas pulas mengganas haha
bangun tido dan sambung bergurau senda.asal bahagia la anak2 ku
stop di Pantai Penyabong Endau
Stop lagi di Pantai Tangjung Resang Mersing
alhamdulillah..tamat cerita cuti raya tahun ni.
seronok dapat habiskan quality time bersama-sama keluarga kecik kami, berempat ni.walaupon tak boleh nak riaang ria mandi laut di PD dan tido otel mahal2 tapi dengan ni pon dah cukup seronok.duduk dalam kereta sama2...walaupon byk drama swasta anak2 tapi ni je la cara ktrg dapat spend time :)
memang puas hati dapat ronda tengok2 tempat orang (wpon hanya dari dalam kereta) sepanjang perjalanan dari Melaka hingga ke Mersing hihih...alhamdulillah juga saya sempat sempurnakan hajat jelajah masjid sepanjang perjalanan.walaupon aim nak carik smpi 10 masjid tapi sempat dapat 6 masjid je, tapi tak pe...4 masjid lagi saya teruskan misi utk selesaikannya lepas tu.syukur :)
syawal ke 5 saya, arjuna dan teruna kena balik ke Semenyih semula dan syawal ke 6 kami hantar arjuna ke Sungkai Perak.
apa-apa pon tak terlewat untuk saya ucapkan Salam Aidilfitri dan mohon maaf zahir dan batin :)
arjuna kata next year nak wat tema ikut kaler bendera negeri..heheh.dia pilih johor, saya nak perlis, amjad amik selangor, aidan mungkin kena guna kaler kedah kot.we will see...mesti lagi meriahhhhh!!!!!