Seoul Central Mosque,Itaewon
Hari ke 3 kat sana, plan nak bawak mak ayah ke Central Mosque..satu2 nya masjid yg ada kt Seoul.Gerak pagi2 sementara tenaga diorg ada lg :)
Alhamdulillah, sampai jugak walaupon mmg mencabar sket la sbb kena jalan kaki ke kawasan yg agak berbukit.tapi tak pe,slow n steady je
belum masuk waktu zuhur, so ayah solat sunat je.saya tak buat solat sunat pon, kohkoh belom sampai hidayah katanya.hampeh betoi...
posing poyo boleh pulak? adeeiii...
then jupe ni kat depan area masjid
boleh la tukar Rm to Korean won kat sini, kot2 tak cukup duit :)
on da way nak turun tu baru pasan kedai makan indonesia ni.so singgah la isi perut,kesian kt mak
makan smpi licin
before sampai bus stop, singgah beli eskrem Turkish ni
tunggu bas nak ke Namsan Tower tapi berjanggut tak sampai.kesian kat ayah dah penat, so tahan teksi je la.Tambang kena 5k won
Namsan Tower
Nak naik Namsan Tower kena naik cabel car.tak la se-scary kabel car kt Langkawi kihkih.Tiket return sorang 8k won
weeehhooooo
gaya mau lebih mihmihmih
terpengaruh dgn anak bongsu beliau, maka mak bergigihan mahu sangkut padlock juga di sini.tapi bukan di bawanya padlock...kunci beskal pon bolehh...hahaha ayah layankan aje :D
drama queen harus la kan? kihkih feeling Dania ngan Benji.tapi spt biasa "Benji" takde kahkah
nak jugak tuuuu...hahaha
itu je la kot yg larat di upload pic jenjalan kt Seoul.mmg pegi 2 tmpt tu je..plan nak pegi Hanok Village tapi tgk ayah mcm tak larat.tak pe la..sbb kalo ikutkan saya, dpt pegi Nami ISland ngan Namsan Tower pon dah kira ok.kira mcm mmg dah jejak Seola la kunun...kihkih
Ohhh tak letak pic masa pegi conference .sbb tak de apa pon.pegi pon half day je hahaha.Then tempat shopping cuma pegi area Dongdaemun ngan Namdaemun je.yang lelain tak sempat pegi.maklum lah duit pon tak bawak byk sbb tu mood sopim pon tak de.mood sopim dah abis dikirai di Europe hahaha
Ni hotel penginapan ktrg..sempit je tapi sbb tmpt strategik iaitu dgn tmpt sopim dan dekat ngan stesen subway, so mahal sket la kot.rate sehari kalo guna RM dalam Rm225 cam tu. Taraf hotel bajet je la kot ni sbb "inn" je kan.boleh la wat tidur, mandi ngan solat.selesa je :)
Ni la saya guna utk survive kat sana, T-money card dan map subway.Alhamdulillah ok je
Syukur gak pengalaman pertama guna menda2 subway, train dan underground masa kt Guangzhou dulu banyak mberi panduan.Then sambung pulak masa kt London sbb tu yakin boleh survive.nak harapkan naik teksi je byk pulak bajetnya kan?
Cuma kalo dibanding kan GZ,London dan Seoul, saya lebih prefer dan rasa lebih mudah di GZ,sebab jarak antara setiap line trainnya tak jauh.Mcm kat London dan Seoul, jarak antara pertukaran line ke line mmg jauh kena menapak.mmg mencabar jugak la utk warga emas.tapi hari tu, mmg ktrg jalan slow2 je tak rushing sbb kesian kt ayah.Kat london pon sama, jauh nak kena jalan
Satu lagi yang saya perasan kt Seoul, dan patut dicontohi ialah kebaikan hati Korean utk menolong kita.Tak kira la utk tolong snap pic ke, tunjukkan arah jalan ke, dsb..mmg diorg sangat2 helpful.
Macam kes pertama masa saya tak jupa carik hotel conference tu.tanya kt sorang Korean, nmpk dia mcm tgh rushing nak pegi keje je.tapi sbb kita tnya hotel tu kat dia, dia siap willing utk tunjukkan sampai ke depan pintu hotel.bagus kan?
Kes kedua masa T-Money card mak saya tak boleh access.dah mana la ktrg paham tulisan korea ni.tanya kt sorang penumpang yg nak pegi kejar subway.dia dengan baik hati tolong call information centre dan siap tunggu sampai staf tu sampai.Baik hati betoi :)
Tapiiiii...penjual2 kat sana tak baik hati okeh.sangat strict dan garang.hahahah...mak saya tengah pilih2 barang dia boleh rampas dan simpan balik.giler kejam! Dalam banyak2 penjual yg saya berurusan, cuma sorang je jupe yg ramah dan baik, siap bagi diskaun hihihi
So far, Seoul seronok juga la.cuma kalo kena guna duit seniri utk pegi lagi sekali...errmmmm rasanya tak la kot.baik pegi tempat lain pulak hehehe.
Lepas ni tatau aim nak pegi mana pulak.Teringin pegi Krabi , ntah bila boleh jejak.Teringin jugak pegi India.Selain nak tgk Taj Mahal, saya nak tgk kehidupan orang susah kat sana yg byk orang cerita tu.Diorg tgk budak2 kena bekerja utk sara hidup, tengok mcm mana ramainya homeless kat sana..huhuh..sebab kadang2 kita perlu pegi negara2 yg miskin mcm ni utk kita rasa bertuah tinggal di Malaysia :).InsyaAllah one day la kot.
Then, mmg kumpul duit nak pegi umrah dengan arjuna...aim lepas grad hihih harap2 Allah mudahkan segalanya. Kena bgtau juga ada niat nak pegi umrah dan haji...takut nanti orang kutuk sbb asek la citer nak pegi melancong saja..huhuh sebagai orang Islam, mmg la kena ada simpan niat nak pegi tgk Kaabah kan?
Aminn insyaAllah.perancangan, angan2 dan mimpi perlu ada..baru kita ada azam utk mencapainya.tapi semua pon perlu dengan izin dariNYA sbb rezeki,ajal, jodoh ketentuan DIA.kita hanya mampu merancang.serahkan yang terbaik hanya padaNYA :)
0 comments:
Post a Comment