saya memilih untuk menulis di belog
ketika hati sudah mulai sejuk
ketika marah, sedih, sakit sudah mulai reda
sebab
kalau menulis dlm keadaan marah, bengang, kecewa
mungkin tulisan yg buruk akan terpamer di sini
sebelum meneruskan penulisan
izinkan saya meminta maaf andai apa yg saya tulis ini
boleh menynggung perasaan sesiapa jua
(tgk tu...nak tulis psl hati yg sakit atas perbuatan orang lain, tp haku lak yg minta maap dulu)
saya tamau citer apa perkara sebenar
cuma saya nak bg kata-kata nasihat sj la
mana tau kalau2 nasihat sy ni boleh di guna pakai kelak
ye lah, dah nama pon belog sendiri
tulisan sendiri ni jugak yg akan menjadik rujukan saya pd masa akan dtg
moga2 apa yg saya tulis, menjadi peringatan utk diri seniri jugak
ehem
senang cakap cam ni la
kalau la kita rasa
diri kita hebat dr org lain
kalau kita rasa
rezeki kita lagi murah dr org lain
kalau kita rasa
kualiti hidup kita lg bagus dr org lain
perlukah kita
perlekehkan org lain?
bizi bod dgn idup org lain?
logik ke kalau kita sek bertanya soklan yg sama setiap kali berjumpa, bercerita?
bagus ke kita utk tahu dan korek setiap inci perbuatan orang lain?
iye
saya tahu bezakan
mana satu gurau
mana satu lawak
mana satu yg mmg tak paham bahasa
mana satu yg syok seniri
mana satu yg mmg nak makan penampar
mana satu yg kau-aje-yg-betul
mana satu yg lurus bendul
dan
mana satu yg ada-ilmu-tp-ckp-mcm-tak-de-ilmu
sungguh
kadang kala saya muak, jelak dan bosan
tp saya jugak tak mampu menolak fitrah menjadi diri saya sendiri
iaitu:
terlalu menjaga air muka orang lain
bila berada di tengah2 khalayak
(sama mcm kes org yg suka ejek dan tiru suara saya tu)
jadi
jgn cuba ambil kesempatan
atas kelemahan-fitrah-menjadi-diri-saya ini
ingat
dunia akhir zaman ni
segalanya Allah bayar dgn CASH
tak esok
pasti lusa
atau tulat
jd renung2 kan lah
(juga peringatan utk diri sendiri)
sebelum berbicara
sebelum bertanya
sebelum berlawak
sebelum ber-spekulasi
fikirkan hati yg menerima
hati yg terguris
pedih di dalam
tak de siapa yg tahu
~saya mmg sentiasa tersenyum tp air mata di dalam, siapa yg nmpk?
~saya mengadu pd arjuna, saya tak sangka..selepas hampir 4 tahun mengalami episod2 hati terluka ini, saya kena hadapi sekali lagi...di sini, di tempat yg sama,. Allah hu Akhbar!
Saturday, June 5, 2010
adakah kita gembira bila buat hati orang sakit dan sedih?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment