Saturday, September 25, 2010

Amjad Faheem suda 3 tahunnnnn.....

anak teruna saya suda berusia 3 tahun
alhamdulillahhhhh...

maka, pd tanggal 24 sept iaitu sehari sebelum hari ulangtahun kelahiran beliau, kami telah bersepakat dengan teachers di skul beliau utk membuat parti liarrrr sebedey party utk beliau bersama rakan2 seperjuangan di sana...

teachers pulak dengan rela hati mahu menggabungkan pary tersebut dengan majlis hari raya...kui3

ni goodies bag utk kanak2 dan juga utk teachers kanak2


ini gambar kami sekeluarga di hadapan skul SRI KRISTAL SEKSYEN 8


sampai2 jek rakan2 beliau sedang menjamu selera dengan bihun sup.beliau tumpang sekaki jugak..tp teacher yg suapkan


ini adalah kek otomen.saya tempah di internet yg mana pembuat kek adalah dari setiawangsa.rege kek adalah rm60 utk 1kg..saya tempah yg simple2 saja sbb saya takut kalo grand sangat dekorasi kek tersebut, anak teruna saya meraung2 pulak tak nak potong kek itu nanti


tapi bila tgk kek tu macam kecik, saya rasa tak sedap hati.takut tak cukup utk semua kanak2...maka saya beli seketul lagi kek di bakery pusanika ukm...kek mosse yogurt stoberi .rege dia rm35 jek...murah kan?


sesi bergambar bersama kek2 beliau

beliau kelihatan sedikit blur...maklum lah baru pertama kali mengadakan sebedey party bersama kanak2 lain yg agak ramai jumlahnya
oh ya...cantik tak topi sebedey itu? idea dan kretiviti si mummy yg tak berapa kreatif.

bersama rakan se-group utk usia 3 tahun.


ni semua rakan2 beliau di sekolah

tp ada yg tak de dlm gmbr ni sbb ada yg belajar di sekolah lain (smart readers dll) tp di hantar ke nursery ini slps waktu sekolah...sbb ni waktu pagi, maka mereka masih di sekolah laaa...

belon2 adalah lewat smpi sbb tukang tiup belon mengalami sakit perut...hoho

smpi nak cair dah lilin tu menandakan begitu lama masa yg di mabil utk memadamkan api lilin tersebut...wakakakakaka

tiup kek...


potong kek


proses pembahagian air kepada rakan2


tidak perlu di perkenalkan lagi




bersama teachers beliau


proses pembahagian harta pusaka goodies bag kepada rakan2




dpt duit raya

owh...yg bg duit raya tu adalah owner nursery ini.hari tu bau pertama kali saya bersua dgnnya...mungkin dia hadir sbb majlis hari raya tu kot.beliau dtg dengan sorang lagi teacher yg free hair baju kurung ijau tu

gadis2 yg mberi lambaian..ihihih


sekian
tu jek la

~saya selaku mummy kpd amjad, mengucapkan terima kasih kepada para2 pengucap ucapan birthday kepada anak saya, tak kira melalui sms atau melalui ym mahupun melalui bisikan hati...muahahaha

~saya juga gembira kerana tercapai hasrat di lubuk hati utk membuat sebedey party utk beliau wpun ianya tidak la begitu grand, megah dan kebaaaabooommm lagaknya.cukuplah kami berpuas hati melihat senyuman dan keceriaan di wajah beliau pd hari itu.dan jugak tidak lupa, melihat wajah malu2 kucing dan aksi drama king beliau tatkala meniup lilin dan menerima ucapan terima kasih dari rakan2 beliau...

Monday, September 20, 2010

aidilfitri 2010

cerita raya 2010
dah seminggu lebih raya
baru la dpt hapdet blog
huhuh
nama jek bwk lek lappy segala lek kg
tp nan ado nya nak bukak
duk ngadap meja makan jek...langsung lupa nak hapdet blog

so cerita raya kami tahun ni
alhamdulillah...sepanjang kawen, ni raya paling lama bg enchek arjuna
pecah rekod tuu...dpt cuti raya 6 hari...
so raya sakan la dia...hahaha...tak de la sakan, bukan budak kecik lagi ye dak? tp arjuna lebih byk berehat la spnjg cuti raya ni.(tp tak jugak berehat la sbb dia yg drive kete ke sana ke mari)

8 hb tu arjuna kena masuk keje shift malam...means dr kul 4 ptg mbawa hngga ke pagi esoknya iaitu 9hb...

maka, bertolak la kami ke JB pada jam 1030 pagi, hari khamis tu...arjuna berasa gagah perkasa teruja nak beraya hingga tidak mahu tidur setelah balik keje , smpi umah kul 9 pg tp langsung mandi dan terus bersiap2

hahaha...akibatnya, beliau agak mengantuk sepanjang pemanduan KL t JB..maka terpaksa la lepak tido bawah pokok sat di hentian area melaka tu...saya yg cuma jd penumpang pon amik kesempatan lelap sama...huhuhu

owh ya.sempat jgk bwk anak teruna makan kat AnW kat tol jejanjas ayer keroh...kembang kempis hidung tahan bau ayam goreng dan fries...dugaan...demi anak tersayang! hahahahaha

smpi umah mertua dlm kul 3 ptg...mereka sedang mengemas rumah.tp saya tak tolong pun sbb saya sedang penat urat saraf dan tulang temulang

malam raya;

aa..masa ni baru la saya tulung mereka...tulung la apa yg patut...kang kena rejam ngan lembing kang, tak pasal jek raya kat spital lak esok..huahuahua

anak teruna main bunga api



pagi raya;

fes time arjuna bwk anak teruna pi solat raya
risau hati saya pd mulanya
buatnya ilang nak teruna saya kang, naya jek...tp alhamdulillah ok jek dia.behave jek tak lari ke sana ke mari

gambar raya 2010

saya dan keluarga mertua ;P


--> please spot the difference, hahaha...ok tak kelakar.

gambar kami bertiga

atas moto jek jd port gambar kami
kesian tak?
simpati tak?
hihihihih

pas episod salam menyalami dengan pihak2 berwajib
kami trus gerak pulang ke kg halaman saya pulak
kena awal sbb takut jalan jem area kota tinggi tu

kejar masa arjuna nak solat jumaat jugak
mujur la sempat solat di kg sri pantai, beberapa belas kilometer dr kg halaman saya :)

lewat petang tu, pas jupe sanak sedara saya yg mmg wajib di temui saban tahun sbb diorg kena dg beraya kat umah saya ( mak saya anak sulung)...kami bertiga ziarah rumah sedara mara arjuna di sekitar mersing

esok pulak, kena gerak ke Batu Pahat sbb nak sertai konvoi ( 3 bijik kete jek) keluarga mertua ke kg halaman mak arjuna iaitu mak mertua saya lahhhh...

tema hari raya kedua adalah biru
tp saya pki biru muda


mereka berdua biru gelap


ada yg kesah?
janji biru...huahuahua...

cuaca panas di sana
lepak solat dan berehat di masjid berdekatan
sbb umah yg di ziarahi adalah dm keadaan padat dgn sanak saudara



raya ke tiga, tema adalah purple
tp sama jgk cam smlm nya
saya pki purple muda sket
mereka berdua purple gelap
tapiiiii...kami tak sempat snap gmbr sama2
sedih dowh...

ni jek gmbr yg saya sempat paksa arjuna snap sbb masa ni dah nak bertolak balik ke mersing
hari pulak nak hujan
tp saya gigih pegang pokok buluh depan umah mertua dan suh arjuna amik kamera
mau mengabadikan kenangan dgn baju yg saya rasa habis glamer la utk raya tahun ini
muahahahahahah...


ekceli baju ni ada kisah sedih dan gumbira dia
saya mula bkenan kat baju ni sebelum puasa lg.
jupe kat pkns bangi...balik bgtau arjuna nak beli baju tu utk raya...so dia kata nti la dia gaji dia bg duit utk saya beli baju tu...so bila dia dah bg duit, saya pun pegi la ke pkns tu masa hari last b4 saya cuti sem...tp jenuh saya ronda booth dlm pkns tu, tak jumpa...nak kata saya tak tgk betul2..rasanya mmg saya jalan slow2 (sbb masa tu letih giler so jalan mmg slow habis la)tgk satu persatu baju yg diorg display tu...tp tetap tak jumpa. last2 give up dan keluar dr situ menuju ke gerai2 di luar pkns tu utk beli tudung...pas tu, plan nak masuk skali lg pkns sbb rasa cam tak puas hati kenapa tak jupe bju idaman saya tu...hihih... saya ingat lg, b4 melangkah masuk tu saya baca bismillah dan cakap dlm hati " kalau ada rezeki, dpt la bju tu"...hihihi ternyata rzeki menyebelahi saya.melangkah masuk jek, saya tuju booth pertama dan terus ternmpk baju idaman itu...dan mmg kaler yg ni satu ni jek yg tinggal...hihihih

ok la
habis dah kisah baju idaman

hari raya ke 4, tema adalah coklat-pink-biru-putih
kira cam campuran2 la gitu
ni pon tak sempat nak amik gmbr sama2 pun

anak teruna dgn muka penuh harapan dia


kami


kali ni konvoi 4 bijik kereta ke rumah mak sedara saya di Felda Chini 3 Pahang
last year pegi jugak tp masa tu arjuna tak dpt ikut, sbb dia kena masuk keje awal
so this time baru la dia leh kenal kat mana felda chini, hihihi

mmg meriah la sbb 5 dari 8 adik beradik mak saya berkumpul di sini
tido malam pon seme bersepah2 ikut sempat jek, hehehe.

esok paginya, sempat singgah Tasik Chini
last saya pegi tasik ni masa darjah 5 kot...so dah berbelas2 tahun la






abaikan perut arjuna cam mengandung 8 bulan tu
ekceli angin tiup baju dia smpi kembung
dia tak puas hati awat dia nmpk cam gemuk...hahaha sabotaj dia dgn menempek gmbr ini di blog!










budak yg suka wat muka shomel


pastu, kitorang bertolak ke Felda Keratong 1 pulak. ni pun umah adik emak saya merangkap kembar kepada yg duk kat felda chini tadi

kat keratong kami tak tido,singgah kejap jek then terus btolak lek ke mersing

arjuna lak bertolak balik ke bentong utk masuk kerja masa subuh hari rabu tu

saya lak stay kat kg halaman smpi hari jummat dan lek KL naik bas

tu je la kisah raya tahun ni, tak de la berjalan sakan pun.ziarah rumah sanak saudara saja...tp walaupun tak bk bwak anak teruna beraya, duit raya dia menten banyak cam tahun lepas gak...hahahah syabas anakku!

last but not least
bagik chance la budak ni jd penghias blog saya

hehehe
melly goselow si gadis genit-perasan-cun-bila-buh-bunga-kt-telinga-terus-sengih-nmpk-gigi!



p/s: jumaat ni lek JB lagik, ada kenduri pertunangan dan open house
p/s/s: tahun ni kira pecah rekod gak la, saya ada 5 psang baju raya...dah lenjan 4 pasang.ada sepasang lg lum rasmi...hemm...nak beraya ke mana yek dgn melaram sepasang lg tu?
p/s/s/s: 2 mgu b4 raya, saya gigih menelan innershine pati prune kunun nak kelihatan berseri di hari raya...so amacam? nmpk ada berseri tak? muahahahah...lempang diri seniri!

Sunday, September 5, 2010

minggu akhir ramadhan, "chef " di minta berehat

di minggu terakhir ramadhan
saya telah di minta berehat drkerja2 memasak utk berbuka dan sahur

maka, tiada lagi bekalan bahan mentah di dalam peti ais melainkan hanya ada penghabisan stok sahaja

lgpun, malas nak ada stok yg banyak memandangkan saya akan bercuti lama sempena hari raya ini, hehehehe

so ni je la antara masakan yg sempat di snap sebelum berbuka.ada gak masakan/lauk yg tak sempat di snap sbb bila hidang atas meja jek, amik pinggan dan pekakas nak makan seme...dengar2 jek dah azan...huhuhu

kari kapla ikan


saya adalah gagal dalam mengenal jenis ikan ye ols
maka, bila nak beli kepala ikan merah ni, saya harus bertanya dengan penjual, "ni ikan apa? ni ikan apa?"

sebab saya cuma kenal ikan kembung, bawal, siakap, selar kuning, selayang, ikan pari dan ikan bilis saja!

siakap sweet sour mempelam


ikan siakap ni sangat comel sbb saiz kecik jer...saiz besar sket dari tapak tangan...nenas lak tak de kat umah, saya guna mempelam yg dah masak jek...buleh la kan?

dalca daging dan sayur


balik cuti hari tu, mak saya ajar saya masak dalca...mak saya kata, masak dalca sama gak mcm masak kari cuma guna rempah kari tu sket jek...

itu jek la...

skrg ni sahur pun tak makan nasik, makan apa yg ada jek.kdg2 minum milo dan biskut jek.ada skali tu goreng kopok lekor saja, heheheh

lasr weekend saya tak masak gak. hari sabtu kitorang buka kat luar, kat restoran Leha Kel'food ( short form utk Kelantan Food)...sedap gak situ, orang pun ramai giler...

hari ahad lak, just beli kat pasar ramadhan jek sbb kuo ronda JJ Setiawangsa ngan wangsa Walk...ingatkan lama giler la nak meronda..last2 kul 3 lebih letih2 nak bershopping dah, balik jer la.tk jadi buka kat luo tp beli jek makanan berbuka kat pasar ramadhan sambil tak larat dah nak heret kaki berjalan! balik umah mmg flat giler...huhuhuh

weekend ni, iaitu semalam pun buka kat luo.kat Wong Solo Bangi, ada orang tetiba nak makan ayam penyet setelah keciwi tak dapat nak pekena ketam telor masin kat Cheng Ho...hahahah...lgpun semalam pi Bangi sbb saya nak beli tudung utk mak saya.pas tu nak carik songkok hero 2 orang ni (yg mmg tetiap tahun la sokmo kena beli songkok baru bila nak raya!)...huhuhuh...every year songkok depa ni mmg beli stok yg murahan jek sbb asek hilang memanjang...heran sguh!

hari ni arjuna tak keje...so mungkin nak pi ronda One Utama...tak tau la jadi kenyataan ke tak sbb kat sana mmg jem giler...tatau la kami kecundang tengah jalan atau tidak...hehehehe

p/s: hari ni last shopping for raya...pas ni zip ketat2 la purse...kang pas raya makan megi jek 3 beranak nih....