Monday, September 20, 2010

aidilfitri 2010

cerita raya 2010
dah seminggu lebih raya
baru la dpt hapdet blog
huhuh
nama jek bwk lek lappy segala lek kg
tp nan ado nya nak bukak
duk ngadap meja makan jek...langsung lupa nak hapdet blog

so cerita raya kami tahun ni
alhamdulillah...sepanjang kawen, ni raya paling lama bg enchek arjuna
pecah rekod tuu...dpt cuti raya 6 hari...
so raya sakan la dia...hahaha...tak de la sakan, bukan budak kecik lagi ye dak? tp arjuna lebih byk berehat la spnjg cuti raya ni.(tp tak jugak berehat la sbb dia yg drive kete ke sana ke mari)

8 hb tu arjuna kena masuk keje shift malam...means dr kul 4 ptg mbawa hngga ke pagi esoknya iaitu 9hb...

maka, bertolak la kami ke JB pada jam 1030 pagi, hari khamis tu...arjuna berasa gagah perkasa teruja nak beraya hingga tidak mahu tidur setelah balik keje , smpi umah kul 9 pg tp langsung mandi dan terus bersiap2

hahaha...akibatnya, beliau agak mengantuk sepanjang pemanduan KL t JB..maka terpaksa la lepak tido bawah pokok sat di hentian area melaka tu...saya yg cuma jd penumpang pon amik kesempatan lelap sama...huhuhu

owh ya.sempat jgk bwk anak teruna makan kat AnW kat tol jejanjas ayer keroh...kembang kempis hidung tahan bau ayam goreng dan fries...dugaan...demi anak tersayang! hahahahaha

smpi umah mertua dlm kul 3 ptg...mereka sedang mengemas rumah.tp saya tak tolong pun sbb saya sedang penat urat saraf dan tulang temulang

malam raya;

aa..masa ni baru la saya tulung mereka...tulung la apa yg patut...kang kena rejam ngan lembing kang, tak pasal jek raya kat spital lak esok..huahuahua

anak teruna main bunga api



pagi raya;

fes time arjuna bwk anak teruna pi solat raya
risau hati saya pd mulanya
buatnya ilang nak teruna saya kang, naya jek...tp alhamdulillah ok jek dia.behave jek tak lari ke sana ke mari

gambar raya 2010

saya dan keluarga mertua ;P


--> please spot the difference, hahaha...ok tak kelakar.

gambar kami bertiga

atas moto jek jd port gambar kami
kesian tak?
simpati tak?
hihihihih

pas episod salam menyalami dengan pihak2 berwajib
kami trus gerak pulang ke kg halaman saya pulak
kena awal sbb takut jalan jem area kota tinggi tu

kejar masa arjuna nak solat jumaat jugak
mujur la sempat solat di kg sri pantai, beberapa belas kilometer dr kg halaman saya :)

lewat petang tu, pas jupe sanak sedara saya yg mmg wajib di temui saban tahun sbb diorg kena dg beraya kat umah saya ( mak saya anak sulung)...kami bertiga ziarah rumah sedara mara arjuna di sekitar mersing

esok pulak, kena gerak ke Batu Pahat sbb nak sertai konvoi ( 3 bijik kete jek) keluarga mertua ke kg halaman mak arjuna iaitu mak mertua saya lahhhh...

tema hari raya kedua adalah biru
tp saya pki biru muda


mereka berdua biru gelap


ada yg kesah?
janji biru...huahuahua...

cuaca panas di sana
lepak solat dan berehat di masjid berdekatan
sbb umah yg di ziarahi adalah dm keadaan padat dgn sanak saudara



raya ke tiga, tema adalah purple
tp sama jgk cam smlm nya
saya pki purple muda sket
mereka berdua purple gelap
tapiiiii...kami tak sempat snap gmbr sama2
sedih dowh...

ni jek gmbr yg saya sempat paksa arjuna snap sbb masa ni dah nak bertolak balik ke mersing
hari pulak nak hujan
tp saya gigih pegang pokok buluh depan umah mertua dan suh arjuna amik kamera
mau mengabadikan kenangan dgn baju yg saya rasa habis glamer la utk raya tahun ini
muahahahahahah...


ekceli baju ni ada kisah sedih dan gumbira dia
saya mula bkenan kat baju ni sebelum puasa lg.
jupe kat pkns bangi...balik bgtau arjuna nak beli baju tu utk raya...so dia kata nti la dia gaji dia bg duit utk saya beli baju tu...so bila dia dah bg duit, saya pun pegi la ke pkns tu masa hari last b4 saya cuti sem...tp jenuh saya ronda booth dlm pkns tu, tak jumpa...nak kata saya tak tgk betul2..rasanya mmg saya jalan slow2 (sbb masa tu letih giler so jalan mmg slow habis la)tgk satu persatu baju yg diorg display tu...tp tetap tak jumpa. last2 give up dan keluar dr situ menuju ke gerai2 di luar pkns tu utk beli tudung...pas tu, plan nak masuk skali lg pkns sbb rasa cam tak puas hati kenapa tak jupe bju idaman saya tu...hihih... saya ingat lg, b4 melangkah masuk tu saya baca bismillah dan cakap dlm hati " kalau ada rezeki, dpt la bju tu"...hihihi ternyata rzeki menyebelahi saya.melangkah masuk jek, saya tuju booth pertama dan terus ternmpk baju idaman itu...dan mmg kaler yg ni satu ni jek yg tinggal...hihihih

ok la
habis dah kisah baju idaman

hari raya ke 4, tema adalah coklat-pink-biru-putih
kira cam campuran2 la gitu
ni pon tak sempat nak amik gmbr sama2 pun

anak teruna dgn muka penuh harapan dia


kami


kali ni konvoi 4 bijik kereta ke rumah mak sedara saya di Felda Chini 3 Pahang
last year pegi jugak tp masa tu arjuna tak dpt ikut, sbb dia kena masuk keje awal
so this time baru la dia leh kenal kat mana felda chini, hihihi

mmg meriah la sbb 5 dari 8 adik beradik mak saya berkumpul di sini
tido malam pon seme bersepah2 ikut sempat jek, hehehe.

esok paginya, sempat singgah Tasik Chini
last saya pegi tasik ni masa darjah 5 kot...so dah berbelas2 tahun la






abaikan perut arjuna cam mengandung 8 bulan tu
ekceli angin tiup baju dia smpi kembung
dia tak puas hati awat dia nmpk cam gemuk...hahaha sabotaj dia dgn menempek gmbr ini di blog!










budak yg suka wat muka shomel


pastu, kitorang bertolak ke Felda Keratong 1 pulak. ni pun umah adik emak saya merangkap kembar kepada yg duk kat felda chini tadi

kat keratong kami tak tido,singgah kejap jek then terus btolak lek ke mersing

arjuna lak bertolak balik ke bentong utk masuk kerja masa subuh hari rabu tu

saya lak stay kat kg halaman smpi hari jummat dan lek KL naik bas

tu je la kisah raya tahun ni, tak de la berjalan sakan pun.ziarah rumah sanak saudara saja...tp walaupun tak bk bwak anak teruna beraya, duit raya dia menten banyak cam tahun lepas gak...hahahah syabas anakku!

last but not least
bagik chance la budak ni jd penghias blog saya

hehehe
melly goselow si gadis genit-perasan-cun-bila-buh-bunga-kt-telinga-terus-sengih-nmpk-gigi!



p/s: jumaat ni lek JB lagik, ada kenduri pertunangan dan open house
p/s/s: tahun ni kira pecah rekod gak la, saya ada 5 psang baju raya...dah lenjan 4 pasang.ada sepasang lg lum rasmi...hemm...nak beraya ke mana yek dgn melaram sepasang lg tu?
p/s/s/s: 2 mgu b4 raya, saya gigih menelan innershine pati prune kunun nak kelihatan berseri di hari raya...so amacam? nmpk ada berseri tak? muahahahah...lempang diri seniri!

0 comments: