Sunday, September 5, 2010

minggu akhir ramadhan, "chef " di minta berehat

di minggu terakhir ramadhan
saya telah di minta berehat drkerja2 memasak utk berbuka dan sahur

maka, tiada lagi bekalan bahan mentah di dalam peti ais melainkan hanya ada penghabisan stok sahaja

lgpun, malas nak ada stok yg banyak memandangkan saya akan bercuti lama sempena hari raya ini, hehehehe

so ni je la antara masakan yg sempat di snap sebelum berbuka.ada gak masakan/lauk yg tak sempat di snap sbb bila hidang atas meja jek, amik pinggan dan pekakas nak makan seme...dengar2 jek dah azan...huhuhu

kari kapla ikan


saya adalah gagal dalam mengenal jenis ikan ye ols
maka, bila nak beli kepala ikan merah ni, saya harus bertanya dengan penjual, "ni ikan apa? ni ikan apa?"

sebab saya cuma kenal ikan kembung, bawal, siakap, selar kuning, selayang, ikan pari dan ikan bilis saja!

siakap sweet sour mempelam


ikan siakap ni sangat comel sbb saiz kecik jer...saiz besar sket dari tapak tangan...nenas lak tak de kat umah, saya guna mempelam yg dah masak jek...buleh la kan?

dalca daging dan sayur


balik cuti hari tu, mak saya ajar saya masak dalca...mak saya kata, masak dalca sama gak mcm masak kari cuma guna rempah kari tu sket jek...

itu jek la...

skrg ni sahur pun tak makan nasik, makan apa yg ada jek.kdg2 minum milo dan biskut jek.ada skali tu goreng kopok lekor saja, heheheh

lasr weekend saya tak masak gak. hari sabtu kitorang buka kat luar, kat restoran Leha Kel'food ( short form utk Kelantan Food)...sedap gak situ, orang pun ramai giler...

hari ahad lak, just beli kat pasar ramadhan jek sbb kuo ronda JJ Setiawangsa ngan wangsa Walk...ingatkan lama giler la nak meronda..last2 kul 3 lebih letih2 nak bershopping dah, balik jer la.tk jadi buka kat luo tp beli jek makanan berbuka kat pasar ramadhan sambil tak larat dah nak heret kaki berjalan! balik umah mmg flat giler...huhuhuh

weekend ni, iaitu semalam pun buka kat luo.kat Wong Solo Bangi, ada orang tetiba nak makan ayam penyet setelah keciwi tak dapat nak pekena ketam telor masin kat Cheng Ho...hahahah...lgpun semalam pi Bangi sbb saya nak beli tudung utk mak saya.pas tu nak carik songkok hero 2 orang ni (yg mmg tetiap tahun la sokmo kena beli songkok baru bila nak raya!)...huhuhuh...every year songkok depa ni mmg beli stok yg murahan jek sbb asek hilang memanjang...heran sguh!

hari ni arjuna tak keje...so mungkin nak pi ronda One Utama...tak tau la jadi kenyataan ke tak sbb kat sana mmg jem giler...tatau la kami kecundang tengah jalan atau tidak...hehehehe

p/s: hari ni last shopping for raya...pas ni zip ketat2 la purse...kang pas raya makan megi jek 3 beranak nih....


0 comments: