Kat sini saya citer serba sikit caner saya boleh tersangkut ikut trip Kelana Convoy dan segala info psl trip n etc.mana tau kot ada yg gugel dan jupe page ni, boleh la dapat info sket2 kan? sbb saya pon before pegi duk gugel2 baca blog orang yg penah join trip ni utk korek info dan amik feel, heheh
Asal2 saya gedik nak tour Europe ni, saya mula nak try bagpacking.saya kan mmg join forum cari punya web...so mmg jupe ramai geng2 bagpacking yg duk berforum kat sini.hingga la saya jupe grup 3 orang pompuan yg nak bagpacking ke Europe tahun 2013 gak la.bila saya usulkan pada arjuna yg saya nak join depa, arjuna cam tak kasi sbb dia risau kalo2 dari grup 3-4 org gegurl tetiba nanti ada boboi yang join.so ada bau2 cemburu di situ...hahaha...maka tersentap lah hati mak selama beberapa waktu hingga membawa kepada hasil peng-gugel-lan yang lebih maju hingga membawa saya kepada website dan fb KC..maka start dari situ la segalanya bermula.kalau tak silap, awal 2012 punya cerita lah ni
Bila saya usul kt arjuna nak join trip ni dan saya bentangkan semua info yang ada, arjuna stuju n bagi izin saya join dengan syarat; saya perlu carik kawan gegurl utk start fly dari Msia.maka bekerja keras lah saya menggugel dan menskodeng fb KC kat setiap komen2 yg frenlist KC tulis dsb...hahaha
Hinggalah saya jupe 2 prospek yang membolehkan impian saya mjadi kenyataan.Sorang adik awal 20-an dari KL..yg ni saya ter-jump kat blog dia.saya add fb dia dan chatting la.malang nya dia nak pegi trip yg 9 hari saja sbb kekangan cuti dan dia aim nak ke Keukenkof, sedangkan saya aim yg trip 16 hari sbb nak all out pegi 8 negara.maka, prospek pertama telah dibatalkan serta merta hahah
Tak lama pas tu, jupe pulak prospek kedua, cikgu dari Kuantan (Kak 47 la tu)..Kak 47 mmg nak pegi trip 16 hari tapi dia nak pegi bulan Mei..saya berat hati nak pegi bulan Mei kerana 2 sebab; pertama sbb tarikh tak cun sbb kena time anniversary saya dan arjuna.sebab kedua, ofkos la sbb duit sbb saya aim nak pegi bln september..so boleh la kumpul duit lebih sket kan?
Bila bincang dgn arjuna, dia cakap pegi je la bulan Mei pon walaupon terkena tarikh anniversary.arjuna cakap, ktrg pon jarang sgt dpt celebrate bertemu 4 mata hati ke hati on tarikh anniversary memandangkan duk PJJ cam ni...so tak de bezanya pon malah lebih manis sbb boleh feeling2 rindu dendam katanya...harharhar...giler sporting laki i, nyaaahhhhh ...kuang3
terima kasih kerana menyokong kegedikan isterimu ini, arjuna harharhar
Maka, kata putus dibuat dan maka termeterai lah janji antara saya dan Kak 47 utk bersama2 join trip Conquest Europe 16 days bersama KC.kami janji nak fly sesama, sharing cabin dan khemah dan sama2 ronda London pre trip dan post trip.
So Januari 2013 kami bayar deposit GBP 100 kat KC. Februari 2013 kami sama2 booking tiket MAS (bayar asing2 la hahah)setelah chatting dan confirm date n harga tiket.April 2013 kami bayar habis payment trip dan segala mak nenek utk cabin, khemah, dsb. Dan yang menariknya, kami berdua tak penah bertemu face to face..semuanya adalah melalui sms, chatting di FB.Dan Kak 47 mmg mempercayai saya kot, sbb urusan telegraphic transfer bayaran kepada KC semua saya yang buat dan dia masukkan duit dalam akaun saya, heheh.Kami bertemu empat mata adalah sejam sebelum berlepas ke London, di KLIA hahahaha
Saya pulak..start naik gaji April 2012, mmg saya dah start kumpul duit...menabung macam nak mati semata2 utk trip ni.duit elaun KPT mmg saya nekad tak usik (duit elaun unimap saya guna sbb tu atas nama "elaun anak dan keluarga" so yg tu saya tak boleh nak kemut sorang hahaha), segala bonus ujung tahun saya guna 1/4 je uhuk uhuk...mmg menderita giler rasa sbb kena bajet segala menda dan kena plan segala aliran keluar masuk agar semua plan kewangan saya bjaya hahaha.Saya buat satu akaun yg sama dgn bank gaji masuk, saya buh atas nama Amjad sbb senang bila hari gaji terus transfer thru ATM huhuhu.
bersama penama akaun kedua bank muamalat.mummy pinjam nama Am, tapi dalam akaun tu tinggal rm80 je, Am.lepas raya mummy menabung balik la yep.mummy nak beli kete baru lak 2-3 tahun lagik kahkahkah
tapi semua ni mmg mengajar saya berdisiplin sangat2 la hihih.sebab tu bila kawan2 tanya, saya mmg mengaku saya kumpul duit mcm nak giler utk join trip ni,saya nak pegi dgn tenang guna cash yg saya kumpul sbb saya nak rasa ianya benar2 berbaloi.Sbb saya tahu saya bukan banyak duit pon, gaji besar pon cukup2 makan je hahaha.
si gigih menabung hingga terpaksa makan nasik sekali je sehari...kais pagi makan pagi kekdahnya.tapi tak kurus-kurus jugak.how come????
So kalau bukak website KC akan ada list tarikh dan trip yg diorg anjurkan.selain Europe, diorg jugak ada trip ke Andalusia, Italy, Portugal & Morocco dan eastern Europe...so boleh pilih la tarikh yg sesuai dan tempat mana nak pegi.Cuma, segalanya adalah bermula dari London.Maka, kena berdikari lah dari Msia ke London dan berdikari la sewaktu di London utk sehari dua sebelum mula trip (sbb kena adjust jugak jetlag segala tu)
Trip dan Tiket
Trip yg saya join ni bernilai GBP 669.
Tiket ke London saya dapat ari tu tak begitu murah, lbh kurang RM 3600 sbb gatai pegi pilih upperdeck seat pulak, kena tmbh rm150 ler semata2 nak duduk deck atas,tpi tingkap. jakun katanya :).Nak tiket murah, better tgu Matta fair, bila dah confirm byr deposit dgn KC (ini bermakna dah secure la booking tempat utk trip).Sbb aritu ktrg agak rugi dlm Rm 1200 jegak la bezanya dgn tiket MAS kt Matta Fair.
Boleh jugak amik arilines lain, sbb Emirates ngan Etihad agak murah dari MAS,tapi ktrg mmg gatai nak amik direct flight dan nak sokong produk tempatan katanya harharhar
Cabin dan Khemah
Bayaran tambahan adalah bila kita memilih cabin sbb sewa khemah dah termasuk dalam harga basic iaitu GBP 669 tu la. sleeping bag sewa dia murah je, GBP 5 je utk sepanjang trip.
Harga cabin bergantung kepada campsite yg kita pegi tapi paling murah adalah GBP 10 dan paling mahal kat Paris tu la, GBP 45 utk seorang.
cabin di Pisa.comel sangat.nak buat sebijik blkg umah la ;)
Untuk lebih selesa, sila la pilih cabin.Apatah lagi kalau bawak anak2 kecil atau peserta adalah dari golongan warga emas.Yang umur muda2 pon kalau rasa tak mo hadapi cabaran berada dalam cuaca tak menentu, lebih baik pilih cabin je.tapi kalo bjiwa lasak dan tingin nak melasakkan diri, boleh try khemah.Seronok jugak sebenarnya.Khemah boleh sharing 2-3 orang kalu nak selesa.Ada jugak yang lebih bijak amik 2 khemah utk 3-4 orang.so satu khemah utk tido dan satu khemah lagi utk letak barang dan salin baju, heheh.terpulang la sbb khemah mmg ada banyak.kalau ramai peserta pilih cabin, mmg akan ada lebihan khemah lah.cuma lepas guna, kenalah jadi org yang bertanggungjawab sket, lipat dan simpan dgn elok.sebab bila akhir trip, tengok2 banyak khemah yg berterabur, terkeluar dari beg dan siap ada yg tak lipat elok2 pon.main gulung2 suka hati dan campak dalam coach.
Perbelanjaan
Excursion pon diasingkan so kena allocate siap2 la dalam GBP150-200 utk sorang.Juga utk tiket train seandainya kena naik public transport.
kad shuttle bas yg mjadi kenangan.ptt nya kena pulang balik.tapi masa depa kutip, kad ni ada dlm trolley bag dalam cabin coach.so how?? kena la penalti 5 euro.cisssssssss!!!!!
Perbelanjaan pula bergantung pada duit yang masing2 bawak la, heheh.kalau bwk byk duit tak yah nak bajet.Macam saya, saya bajet utk souvenir dan makan dalam 20-35 euro utk satu hari.Kadang ada yang lebih so boleh forward ke hari seterusnya.Macam tu je la yg senang nak bajet.Cuma kadang2 bila tengok brg comel2...cantik2 dan menarik perhatian, tersasar jugak la bajet, hahaha.
vege pizza di Venice
kedai souvenir di Rome.jgn pula beli souvenir yg tak senonoh.malu tauuu
Kad kredit juga berguna sepanjang trip.mana lah tau kot2 asek tersasar je dalam mbuat bajet bila berbelanja.Saya pon walaupon dah setahun "cuti" dari mjadi pengguna kad kredit, tapi bila nak pegi terpaksa la jugak apply kad sekali lagi.
Kad debit pon penting utk withdraw cash dan pastikan dah activate siap2 la b4 fly.saya siap lupa nak activate,kat airport masa tgu nak boarding baru terkial2 nak call bank centre hahaha.Dan pastikan ada duit la dalam tu ye...kihkih.
London and Paris? ohhh saya pilih London 100x hikhik
Peserta trip
Peserta trip terdiri dari pelbagai golongan dan peringkat usia.Ada yg kita nmpk mmg dari golongan berada, contohnya mcm satu famili kt kerusi depan saya.Parents yang bawa 4 orang anak...so bayangkan berapa expenses diorg keluarkan? heheh...ada jugak gologan yg semekin mcm saya ni haa...dah le pegi sorang kedudu tak bawak anak sbb tak de byk duit kahkahkah
Bila kita bergaul dengan peserta2 lain, kita boleh sharing cerita dan pengalaman, juga boleh kenal orang yg diluar lingkup golongan yg tak biasa kita jupe. So kena pandai2 la give and take dengan perangai masing2 yg berbeza antara satu sama lain, apatah lg berbeza dgn kita.
Pastu kena jagalah perbuatan dan tutur kata kita, jangan pulak sampai kawan2 baru kecik ati dan terus tak mo kawan ngan kita hahahha.Masa awal2 bermula trip ari tu, Azizul ada pesan.dia cakap, semua peserta trip ni ada pelbagai golongan dan peringkat.Tapi dia kata dia percaya smeuanya educated dan keje bagus2...so tunjukkan lah perangai masing2 yang selari dengan education dan pekerjaan masing2 :)
Trip yang saya pergi ni mmg ramai warga emas, ramai jugak student yang under grad.Ada 2 org je baby kecik yang mana dua2 ni parent diorg adalah Doktor.So saya mcm nak wat kesimpulan, Doktor2 ni mmg ada kekuatan mental utk bawa anak2 diorg yg kecik travel jejauh kot.Mebi sbb diorg dah belajar dan biasa mhadapi situasi emergency, so boleh apply la bila travel hahahah.Ada jugak sorang OKU dan tak silap 2 orang pompuan pregnant :)
Keperluan
Pakaian kena bwk yang sesuai dgn cuaca la kot.Sbb trip saya adalah masa summer tapi bila tgh weather forecast, cuaca adalah sejuk dan tak menentu.So saya bwk tshirt 6 helai aje dgn harapan boleh rotate la kot sbb kompem tak berpeluh kahkahkah.Dah plan jugak utk beli je baju kalau tak cukup or mmg kena buat laundry la bila kt campsite.Sweater saya bwk 2 helai je.Glove pon bawak jugak.Kasut saya bwk 2 pasang, satu sport shoe dan satu lg kasut biasa utk feeling2 cute mcm tu.Stokin pon bwk lebih, 5 pasang kot kalo tak silap
Towel kena bwk seniri.Telekung dan sejadah kecik pon jgn dilupa>mcm tu jugak kompas utk kiblat walaupon spnjg trip, krew KC akan bgtau arah kiblat
Toileteries mcm biasa la kena bwk ,isi dalam botol2 kecik yg sesuai utk travel.
Paling penting utk kita orang Msia yg tak biasa cuaca sejuk, kena bawak petroleum jelly atau vaseline.kalo takat lotion biasa mmg tak boleh prevent keketingan kulit.saya masa hari ke 4 trip dah mula menggelupas kulit muka, lengan dan kaki.kunun sapu j&j tu kira boleh lembap la kunun hahah...rupanya kena guna petroleum jelly baru ok.masa menggelupas tu rasa takut tengok muka senirik! kihkih.bila sapu petroleum jelly 2-3 kali dah ok semula.lipbalm dan sunblock SPF 20 dan ke atas juga perlu.nanti bibir kering.peh tu kalo kat Jungfrau tu mmg akan tinted la kalo tak pki sunblock :)
Ubat-ubatan pon jgn lupa mcm ubat sakit perut, minyak urut , ubat demam dan selsema, handiplast, sterepsil, ubat batuk dan segala ubat utk penyakit2 yg mungkin biasa menyerang hahaha
Torchlite pon perlu even duduk cabin, sbb ada tmpt yg cabin nya tak de toilet.so nak pegi toilet bila malam dan subuh tu mmg gelap la.Ada campsite yg tak buh lampu2 kat laluan pejalan kaki.ada kemungkinan jgk tetiba blackout macam ktrg kena masa kt Rome hahaha
Baju hujan dan payung pon perlu.Boleh je beli kat sana tapi bwk dari Msia pon tak salah.tukaran asing tinggi, so bila baju hujan disposable rege 3 euro utk sehelai, rasa nak ngamuk jugak la sbb kat Watson baru rm2 hahahahaha
Hotel di London
Hotel di LOndon utk pre trip dan post trip jugak perlu kalau nak amik peluang ronda2 London (atau pegi tempat lain) selepas trip.
Urusan booking hotel di London semua Kak 47 yang uruskan.Alhamdulillah dapat hotel yg dekat2 dgn underground station. So pepandai la booking otel thru booking.com or apa2 web yang mudah
Kalau nak balik terus lepas trip pon boleh jugak.so amik tiket balik dari Airport CDG Paris.Coach mmg akan hantarkan ke airport.cuma kena pandai pilih jadual nak fly la :)
Rasanya itu je kot info berguna yang mampu saya terpikir skrg ni.InsyaAllah, join KC ni seronok dan harga nya murah, makan pon disediakan. Kalau ikutkan, utk travel 16 hari 8 negara mcm ni, kalau ikut travel agency tak dpt kot rege cam ni :)