Wednesday, July 17, 2013

Day 13, 14, 15 : Kota Paris

Day 13: Swiss - Kota Cinta Paris

-Hari ni dah nak meninggalkan Swiss...sedey la pulak.Harap-harap ada rezeki lebih utk datang Swiss lagi sbb cantik, damai dan memukau pandangan.Tapi tu la...mmg kena tgu byk duit la hehehe sbb mahal bebeno!

-Pagi ni bfast roti cicah hot choc.Cuaca pon spt biasa, sejuk nyaman mengeluarkan wap ikut mulut hahaha

-Bertolak dari campsite lewat sket dari biasa sbb drag masa agak lama.Proses pemulangan kunci kepada pihak campsite .Lama giler duduk menunggu dalam bas huhuh.

Kadang2 perkara menunggu dalam bas sebelum bgerak mmg kita kena hadapi la.Kena try paham situasi krew KC yang nak setelkan proses clear up n proses pemulangan kunci pada pihak campsite.Setaip campsite lain cara diorg uruskan.so sbb depa yang handle semua proses tu, kita cuma pulangkan kunci je ..maka kena la bersabar lebih sket.Kadang2 peserta rombongan pon bila dah kalut2 dgn beg masing2...sampai lupa nak pulang kan kunci.same case la dgn saya...penah lupa nak pulang kunci kt krew...naik bas selamba je duduk lepak2 baca buku.tetiba depa kira kunci tak cukup n wat announcement..hahaha tanjat boboi.terus gelabah turun bas pulang kunci noksss

-BErgerak meninggalkan campsite dan menuju ke arah Basel. Di sini terdapat stesen yang menghubungkan tiga negara iaitu France, Germany dan Swiss (saya terbayang tmpt ni kt tengah2 mcm Kampus USM Transkrian, hahaha sbb mcm titik tengah antara Penang, Kedah dan Perak :))

-Kami melalui jalan-jalan raya merentasi pekan2 dan perkampungan kecil


-Melalui Tasik Thun, yang merupakan salah satu dari dua tasik yang membentuk Interlaken


-Krew KC collect borang tax refund kepada sesiapa yang nak mitak refund tax setelah membeli belah sejak 2 hari lepas.Nanti krew KC yang akan turun dan submit borang di opis masa stop di border nanti

-Selepas 2 jam, tiba lah di border antara Swiss dan France. Kecik je opis diorg dan sempoi giler.tak sesak lak tu (mebi sbb awal lg kot)

-Welcome To France!!!


-Meneruskan perjalanan.Then tak ingat kat ne, tapi tak lama pas tu tetiba ada bunyi cam letupan something gitu dan berasap dari coach depan. Rupanya tayar belakang coach tu pecah.So kena lah stop di service station terdekat utk periksa dan lunch la sekali.Menu lunch nasik goreng udang kering

-Lama giler stop kat sini sementara tunggu diorg tukar tayar. 3 orang driver coach bekerjasama termasuk lah krew2 KC yang mana yg gagah perkasa sket la.Tak lain tak bukan si Abu fadzil la...amoboi bergather2 pulak depa berempat siap half naked lagi, bukak baju semata2 nak repair tayar bas. Rosak sistem penglihatan kami tau!!!

-Dekat 2 jam lbh jugak la seme melepak tepi jalan sementara tgu siap repair.Lepas dah ok,kami meneruskan perjalanan. Tapi every 2 hours, semua coach akan stop utk periksa keadaan tayar coach#3 yang diganti tadi

-2nd time stop tu, rehat 45 min.Rasa mcm dah drag sangat dah jadual perjalanan hari ni dan risau kalo2 sampai campsite lewat.so ktrg solat jamak siap2 la kat atas padang rumput kt situ


-Teruskan perjalanan yang masih berbaki dan tak disangka2 coach kitorang pulak (coach #2) yang trouble.Aircond tetiba tak de...adoi...berkuap giler la kami semua, baik yg duk tingkat atas or tingkat bawah.Tambah-tambah pulak masa tu cuaca dah mula nak panas..huhuhu

-MMg giler rimas dan tak cukup napas je rasa sbb tak de air circulation.Lama jugak la masing2 duk bertahan, sabar dan tangan ligat mengipas diri seniri. Saya pon rimas n tak tahan jugak tapi demi Paris, ku gagahi jugak senyum sambil berkipas dan berzikir "Kota Paris...aku datang...Kota Paris..aku datang" hahaha psiko diri seniri gituuuu

-Dekat 100 km jugak la ktrg duduk dalam kepanasan, sampai la satu masa tu coach ktrg over take 2 coaches yang lain yang mana ada bos KC dan bos no 2 KC dalam bas tu.so bos KC dah nampak ktrg seme duk ligat negipas diri seniri baru lah keluar arahan suh coach kami sto kat service station terdekat,...adeeiiii

-Seme berebut keluar dari bas sambil membebel dan menghirup udara segaarrrrr.Oksigen...oksigen...

-At last bos bagi idea utk bukak sket bumbung /emergency exit kat atas bumbung tu.maka lega la kami semua sbb dah dpt balik udara segar sbb dah ada air circulation.Semua orang kembali ceria dan tak sabar nak tiba di Kota Cinta :)

-Memang betoi kami semua smpi campsite lewat...Sampai kat Camping Paris-Est Boulevard de Allies pada jam 945 malam..mmg dah masuk magrib dah pon.syukur la sempat solat jamak kt service area tadi huhuh


-Sebenarnya, utk di Paris saya dan Kak 47 tak booking cabin pon.tapi memandangkan kami dah tak larat nak pikir psl pasang n bukak khemah, kami merayu minta cabin sekiranya ada lebihan hahaha.Maka, dapat jugak la kami cabin for two dengan rege 45 pound sorang utk 3 malam...rege cabin kat Paris paling mahal di antara semua cabin yang ditawarkan di setiap campsite dalam seluruh trip ni.apakan daya...tak mo pasang khemah dah..so bayar je la..hahah

-Walaupon hari dah gelap, tapi masuk2 cabin je bahang giler.Mebi sbb cuaca siang hari di Paris i skrg mmg panas..so bahang dia terkempam la kot seharian hahahah.Tapi cabin ok...katil double decker dan mcm biasa saya mengalah amik yg atas.Cabin ada toilet seme, ada sinki, dapur masak dan meja makan jugak

-Dinner : Laksa spegeti tuna.Sedap...cukup rasa dan lemak.Bagus Abu Fadzil ni pandai masak...senang sapa jadi wife dia, hahahahah

Day 14: Meronda Kota Paris

-Pagi ni bfast cereal.Tapi saya makan roti dan cicah hot choc je

-Bersiap semua, pakai skirt ari ni kunun nak feeling2 la kan ronda Kota Paris hahah poyo la ngko ni!

-Ohh sebenarnya hari ni ikut agenda utama adalah Disneyland Paris.Lupa nak citer...ekceli kelmarin saya dan Kak 47 dah bayar pon 43 euro kat krew KC masa diorg collect entry fees utk masuk Disneyland.Tapi tetiba saya ubah fikiran memandangkan di saat ni saya mmg duk rindu kat anak2...so tak mo menambahkan rasa sebak dalam diri, maka saya tarik diri utk join masuk Disneyland.Kak 47 pon mmg tak mo masuk pon sbb dia dah pnh pegi Disneyland HK...so awal2 tu dia pon setuju sbb nak temankan saya.So kami minta balik duit tu..smlm dapat semula heheh (tak sampai hati pulak mummy nak seronok2 tgk mikey apa semua tu tapi tak bawak anak2...tak pe la...next time mummy kumpul duit bawak u ols ok? tak dpt Disneyland Paris mummy bawak Disneyland HK je la, murah sket kahkahkah)

-Jadi, coaches akan bawak peserta yang nak ke Disneyland.Yang tak nak pegi ni akan folo Abu Jibril meronda di Kota Paris naik train n jalan kaki.So coach turunkan kitorang kat tepi jalan dekat2 ngan stesen train. Menapak la jugak ke stesen Joinville Le-POnt. Beli one day pass harga 8.80 euro. Kami turun di stesen Auber


kecik bebeno tiket train kt Paris ni.kalo ilang ni matik la korban lagi beberapa euro.saya dah la miskin euro dah ni, tgu nak carik bank nak withdraw cash kohkoh

Keluar2 dari exit tu terus nmpk La Fayyate Galleries .Katanya ni ala2 Harrods kat London nun...byk tingkat dan seme barang dia mahal hahahah


-sesungguhnya, memang tak mampu la nak beli barang dalam ni...hahaha tahap miskin tegar bila masuk sini.cuma yang seronok sbb bebas n tak takut2 nak keluar masuk designer outlet n kedai2 dia.So keluar masuk keluar masuk pegang handbag tapi tak beli.Peh tu kat kaunter perfume n skincare pon boleh main sembur2 perfume kalo rasa dah badan bau busuk.saya sempat sembur perfume Gucci n sapu losen La Mer kat tangan hahah...nak beli kompem tak mampu punya.

-Nampak kedai Laduree yg famous macaron tu tapi tak beli sbb cam tak sanggup tgk harga hahah.lagipon plan ingat nak beli bwk balik umah tapi kalo balik umah mana cukup takat 6 ketoi rege kalo convet jadi dekat rm50 tu? so batalkan je la nawaitu huahuahua

-Sementara tgu semua peserta berkumpul pada tempat dan waktu dijanjikan oleh Abu JIbril, saya mencari2 ATM utk keluarkan cash.Alhamdulillah berjaya kuokan cash hahaha sbb jakun sket la memandangkan ni fes time kuo kan cash kat obersi.Takut jugak buatnya kad ATM ni kena telan ke apa ke hahaha

-Pas tu lepak tepi2 kedai tu sambil tengok orang-orang Paris yang cantik hensem dengan fesyen2 up to date masing2..memang leka tgk fesyen diorg.tak kira tua muda...skirt labuh, skirt pendek...colour block..peplum..jaket...cardigan..kasut pon semua cantik2...adeeiii.yang lelaki pon smart giler dgn fesyen up to date tambah2 lagi orang2 dia pon sangat macho dan hensem awwwww

-Lepas tu kami ikut Abu Jibril pegi carik kedai makan halal...menapak jugak la sambil explore Kota Paris

set ada fries, ayam dan salad.sedap! rege 10.50 euro sekali ngan air mango yang mabeles tu.Hari ni mmg agak kehausan memandangkan cuaca agak panas :)

-Lepas makan, menapak ke Opera. Ada Palais Royal Musee du Louvre.Kat sini la menempatkan potret Monalisa (tapi katanya yang duplicate sbb yang ori diorg simpan bilik kebal bwh tanah hahah tak tau betoi tak). Tapi ktrg tak masuk pon sbb Abu Jibril kata ramai orang, crowded semata2 nak tgk potret yang bukan boleh pegi dekat pon hahah. Ktrg just ronda2 dalam tu dan pegi tinjau2 kedai2 n booth2 souvenir situ.saya beli pen ada gambar potret tu, hahah boleh la wat kenangan.





muka sememeh kelekitan kepanasan cuaca sebegini.mmg tak de mood nak amik pic pon hahah.tgu esok la kot


-Then dari situ, ktrg gerak ke stesen Nation.Abu JIbril nak balik ke campsite utk bawak balik peserta2 yang dah tak larat nak meronda especially yg warga emas. Lagipon esok mmg ktrg akan ronda Kota Paris sekali lagi. So kami berempat; saya, Kak 47, Kak M dan Encik R plan nak ke premium outlet bertajuk La Valle Village. Naik tren dari Nation menuju laluan nak ke Disneyland sbb stesen tu adalah stesen selepas Disneyland.

-Happening jugak premium outlet ni sbb sebelum sampai ke situ kita kena lalu ala2 shopping mall yang mmg best giler (kalo banyak duit).Tengok orang2 seme duk jinjit paperbag jenama2 terkenal especially Polo Raplh Lauren.kompem la murah giler (again, utk yang byk duit)

-Masuk Furla, masuk Coach, masuk MK utk carik henbek kiriman seseorang namum hampa.Tiada rezeki anda di Paris, huhuhu

-Saya masuk LC ...giler la dah mcm pasar malam sbb le Peliage tu bersepah2..mmg murah lalu tak sampai hati kalo tak beli.hahaha 35 euro je

-Pastu terjebak jugak kat kedai La Marthe (tak tau pon brand ni tapi mmg byk jupe kedai nama gini) so rembat jugak la sbb murah.tak kisah la saya tak tau brand apa ni pon janji design henbek dia cun dan kaler pon mengancam rege pon 30 euro je kahkahkah

-Pusing balik ke check point yang kitrg bermepat janjikan.Sementara tgu Kak M dan encik R, saya singgah tengok kedai2 baju budak.beli la sepasang sorang utk pakai raya :)

-Kul 7 ktrg menapak utk naik tren dan stop di stesen Parc Disneyland. Ktrg pegi sini sbb nak pegi kat parking coach.naik bas nak balik ke campsite sekali ngan peserta yang nak balik dari Disneyland.Waktu bas gerak dijanjikan kul 8 malam.

-Tak masuk Disneyland tapi dapat la snap pic kat entrance ujung dunia ni je hahaha boleh laaaaahhhh





-Dekat je Dsineyland ngan campsite, kul 815 dah sampai.Mandi, solat, dinner.malam ni menu BBQ ayam & kambing, acar tomato dan timun lemak2 feveret tu.Nyum nyum gak kambing BBQ :)

Tingat lak masa beratur nak amik ayam n kambing ni.
Kak 47 tanya " awin nak kambing tak?"
saya jawab "nak jugak la, amik dua2 kot"..
pastu krew KC tanya "kenapa?tak makan kambing ke?"
saya ckp "makan...baru cuba makan" hahaha
pastu dia gelak.
dia tak tau, saya ni tengah wat rakaman Fear Factor episod makan kambing.kihkih


Day 15: Champ Elyesee, Beg idaman dan Eiffel Tower

-Hari ni gerak dari campsite around 9 pagi, naik coach la tak mcm smlm kena naik train hehehe

-Terus ke Champ Elysee, syurga shopping terkenal di Kota Paris ni.Bagus pegi pagi2 ni sbb tak ramai umat lagi.maka dengan gembira dalam debaran boleh memilih beg idaman dengan senang hati :)


River Seine


i'm a happy mummy.berbaloi kumpul duit setahun dan tunggu beli di sini:)

ok, enough of handbags...pas ni 2 tahun tak leh beli handbag (hahah sebab 2 tahun lak nak kumpul duit beli Burberry kaler pink)

Lea Soraya ada snap pic kat sini.tapi saya malas nak menapak dekat2...amik pic dari jauh je (maklum la hati berbunga2 dah dpt idaman hati...Paris dah rasa nothing dah la...kejiiii)

Triumphal Arc Paris


Suatu masa dulu, sebelum saya kawen...saya pernah mimpi pegi ke sini gara2 selepas menonton rancangan travelog islamik berjudul Syahadah (TV1).Saya masih ingat lagi, masa tu bulan puasa.rancangan tu tayang waktu lepas sahur.so lepas sahur, tgk rancangan tu, saya solat subuh dan tidur.saya terus mimpi ke sini.tak tau la arjuna ingat ke tidak lagi, tapi saya bangun2 tu saya terus text dia citer saya mimpi pegi ke sini.dan saya cakap one day saya nak pegi tengok seniri :).termakbul akhirnya dan mebi tu doa di bulan puasa kot hihih

-Then naik coach balik utk ke tempat buat perfume; Fragonard. Katanya ni tempat kilang/penghasilan designer perfume seluruh negara.Perfume jenama2 terkenal seme buat disini, means tempat bancuh2 dia la kot.kat sini tak boleh nak snap pic.dapat snap depan kedai je


-Dah nama pon kedai perfume kan, masuk2 tu mmg semerbak harum :) Kitrg dibahagikan ikut grup2 kecik utk folo sales person dia bagi penerangan seme la.Tengok sejarah pembuatan perfume dari dulu hingga kini, main games teka2 bau dan sampai le ke bahagian tempat perkenal perfume2 yg best seller

-Masa dalam coach tadi, Abu Fadzil dah citer serba sikit pasal perfume kt sini.Since diorg mmg pegi sini banyak kali dah kan, haha.So mmg dah hafal la kot nama2 perfume yg menjadi rebutan dan best seller.Abu Fadzil citer, ada 5 perfume yang paling best, bau best giler.Salah satu nya iailah "Belle de nuit" iaitu beauty of the nite.Ulasan Abu Fadzil ialah, "kalau pakai perfume ni mesti ada yang rasa geram, nak makan-makan jek" hahaha terpengaruh betul dengan ulasan ini dan terasa nak cuba betoi ke tak, maka saya pon beli la.rege 29 euro :) kalo nak testimoni sila PM kat fb yek kahkahkah

-Pukul 2 semua berkumpul dan dibawa ke area kedai banyak makanan halal.hari ni try kt kedai Lebanon.amik chicken sandwich, ada salad sekali.terasa2 kesedapan salad ni sampai sekarang...adeeiii.Rege 7.50 euro


-Pas tu terus sambung shopping2 souvenir.terus beli kat satu kedai je sbb malas dah nak meronda..hahah tu la, masa ni dapat sindrom malas meronda.terus rasa Paris mcm tak best, tak syok dan tak kena dgn jiwa.Ntah apa2 ntah...mebi sebab saya rindukan anak2 n arjuna kot.pastu tak tengok Eiffel depan mata lagi, duk nmpk dari jauh je dari dalam coach kihkih alasan poyo!

-Lepas tu coach bawak ke Eiffel Tower. Eiffel ...i'm in love (but my loves are not here, so sad!)


btw, blaus baru beli kt Interlaken, beg baru beli smlm, La Marthe hihih.mengancam kan kaler beliau?





-Betul la mcm orang yang dah penah pegi Paris bagi komen dan review..Paris mmg kotor dan crowded.kalo tak de Eiffel tower ni Paris mmg tak de apa-apa, nothing to impress (melain kan heaven for shopping kalo byk duit).Tapi tower ni mmg nmpk mcm besi buruk je cuma orang kata kalo malam mmg superb la cantik nya.sayang nya ktrg tak punyai kekuatan utk pegi waktu malam sbb dah letih giler tambah cuaca panas, so seme rasa moody haha (feeling duk obersi sgt, panas sket tak tahan.mcm la kat mesia tu cuaca sejuk)

-Tapi dah nama pon mercu tanda Paris, satu dunia mai nak tengok..maka tengok la puas-puas.Dapat tengok sekali seumur idup pon jadi la.Kalo banyak duit akan datang, boleh la jejak sini lagi.nak tengok waktu malam lak caner...hahah

-Kul 6 petang, ktrg semua dapat turn utk naik River Seine Crusie. Rege tiket 9 euro



kat jambatan ni ada gak yang gantung padlock, simbol cinta mcm kat Namsan Tower Seoul tu :)



petang2 diorg suka pelak tepi sungai ni..memadu kasih kot.macam2 gaya...hihi lifestyle diorg kan? kita jangan lak ikut.nak memadu kasih sila masuk bilik tau!


-serius boring giler naik cruise ni,rugi 9 euro...huhuh.sampai ada ada ketika tu saya rasa mcm nak terjun dari cruise dan berenang balik ke jeti (hahah mcm tau berenang).Giler tak enjoy langsung pon.building pon tak cantik mcm kat Amsterdam...coiii

tapi boring-boring pon, bila snap pic tetap kena senyum nampak 32 batang gigi.

-oh lupa citer..masa nak naik cruise dan masa dlm cruise, akan ada photographer diorg (sykt cruise la kot) yang akan snap pic kita.pas turun dari cruise diorg pamer la pic kita tu kot kita nak beli.hahaha saya tak beli pon sbb pic saya tak comei...10 euro lak tu.

-Sementara tunggu masa utk gerak balik ke campsite, ktrg duduk la lepak tepi tembok haha...malas betoi nak sambung meronda.padahal bila dah balik, rasa rugi tak tengok padang yang kat bawah Eiffel tower tu,, adeiii kalo idak boleh snap pic ala2 hindustan golek2 gitu.tak pe la, next time kihkihkih

luahan hati seorang isteri yg datang dekat Eiffel Tower tanpa suami...sob sob sob


Bye Eiffel Tower..see u again Je t'aime!

-Sampai campsite , terus solat.amik dinner siap2 makan dalam cabin je.Menu dinner :nasik ayam hainan :)

-Proses mengemas barang-barang dan hasil rampasan sepanjang 16 hari berkelana bersama KC

-Seronok, menghiburkan, pengalaman indah yang memang perlu dibeli dengan wang ringgit hahah.Alhamdulillah...mimpi menjadi realiti.Thank you Allah utk peluang ini, memberi kesihatan yang baik dan semangat utk melihat dunia :)



0 comments: