Thursday, July 11, 2013

Day 10, 11, 12 : Swiss

Day 10 : Pisa - Swiss

-Pagi ni bangun lewat sket, mandi, solat siap baring2 dulu baru bersiap. Pakai terus long john sbb katanya nak pegi tempat sejuk khennn? Apatah lagi pagi tu cuaca agak sejuk...berasap2 la keluar wap ikut mulut.Saya mmg bersungguh2 hembus napas ikut mulut sejak sampai LOndon lagi, dan berterusan hingga akhir trip bila cuaca sejuk dari biasa, sbb nak amik feel puas2 kuo asap ni...nak sangat kannn..haaaa hembus cukup2 semasa ada keluar asap ni.nanti dah balik msia tak merasa la kahkah (jgn tiru, saya mmg psiko abis)


-Krew KC bgtau journey ari ni 9 jam...adoii lama betul.Kompem kematu punggung! Dah macam JB to Kangar jek..hahaha bertabah lah demi Swiss. Tapi serius la mmg boring, tak larat dah nak tgk pemandangan kiri kanan, udah ler depa ni psg movie hazab2...giler bosan dowh!

-Di awal perjalanan, kelihatan kawasan2 penempatan, ladang gandum yang luas


- Stop di servis area, tak ingat kt area mana tapi mebi dekat2 ngan laluan nak ke Milan kot sbb ada signboard MILANO.Then jupe bayak bunga poppy bersepah2 tepi jalan.spt biasa, kena snap pic la...hahaha



-Lunch nasik beriani sayur..tapi dah macam rasa nasik goreng je sbnrnya...hehe tak pe, saya pasrah.asal kenyang dan boleh meneruskan hidup, sudah memadai ((ayat orang miskin ikut bajet trip gini lah gaya...))



-Meneruskan perjalanan, aduhhh penat gilerrrr ni

-Akhirnya jupe la Lake Lugano...subhanallah...cantik dan luas sangat.KAtanya kat sini tempat percutian yang terkenal utk para selebriti seantero dunia.kalo yang kaya bangat tu siap beli villa kt sini,so senang la nak bercuti kt sini gittuuuu




-Nampak jugak view snow cap dari kejauhan.Allah hu Akbar!





Sesungguhnya...bila masuk je region Swiss ni, lidah tak henti2 berzikir.mmg kagum dengan keindahan dan kebesaran Allah dengan ciptaanNYA yang sebegini. Bagi saya, kalau di negara lain, saya banyak intention nak tengok keindahan bangunan, istana dan senibina buatan manusia, excited nak pegi shopping mall atau mana2 kedai utk shopping...tapi sepanjang di Swiss,intention adalah lebih kepada nak tgk scenery dan keagungan ciptaaan Allah.kiranya, shopping tu dah jatuh perkara kedua..apatah lg nak tgk building atau binaan ciptaan manusia..mmg tak de rasa langsung la.yang ada cuma mengambil peluang utk memuji keindahan alam dan berzikir :)


-Stop sekali lagi di servis station, ada sungai kt belakang tu...sejuk giler air dia...turun n cicip la sket air sungai tu.amik feeling air Evian Swiss Alps katanya...hahaha




-Melalui San Gotarno Tunnel sepanjang 17.5 km.Ini ialah 3rd longest tunnel in the world. Oh yaa...sepanjang perjalanan td mmg banyak ktrg kena lalu tunnel tapi lupa jumlahnya berapa.banyak tunnel sbb laluan jalan raya dibina menerusi bukit2 dan gunung2 :)

-Berhenti snap pic di Neubac Panaromic (ekceli tak pasti pon betul ke nama tmpt ni...saya main belasah je sbb kt signboard kt situ tulis mcm tu hahahahah)




-Jupe lake lagi tapi lupa tajuk lake dia huhu


-Around 730 pm sampai la ktrg di Schutzenbach Camping Site, alhamdulillah. Ktrg dihidangkan dengan pemandangan indah, gunung ganang batu, snow cap di hujung sana, air terjun di hujung satu lagi dan rumah2 kayu yang nmpk tenang damai dan harmoni di hujung satu lagi.ohhh indahnya bumi Switzerland ini...nak pindah sini boleeehhhh?




-Dapat cabin comel, sharing 4 orang, katil double decker.Sebagai ahli termuda dalam cabin ini, maka dengan berbesar hati saya amik seat atas hehehe utk memberi keselesaan kepada warga2 emas sekelian wakakaka

-pukul 945 pm keluar dinner.Lauk malam ni nasik dan ayam masak lemak cili api.Makan kt depan pintu reramai sbb nak cahaya lampu, hahaha

-Around 11 pm masuk tido...sejukkkk sangat.Bungkus habisan dan mengulangi TIDUR DALAM IMAN di Amsterdam lagi sekali. ekceli ada heater, ktrg cari2 suis dia tak jupe.rupanya centralized.So pegi tanya kt reception sana,depa kata musim skrg ni depa tak on heater sbb dah panas. Ohhh mcm ni punya gigil depa kata panas.Ok la kami pasrah, kami orang kampung datang Swiss..."panas" macam ni pon kami rasa cam dalam peti aiss huahuahua

Day 11: Jungfraujoch Swiss Alps -Impian jadi kenyataan

-Rupanya malam td saya tido lasak smpi jatuh selimut ke bawah.mujur orangnya tak jatuh skalik hahaha tapi tak sejuk pulak bila dah tido.Mebi sbb cabin wat dari kayu kot or sbb saya tdo tingkat atas or sbb mmg panas sbb depa kata skrg musim panas?

-Keluar pi toilet sejuk gilleerrrrrrrr...tak mandi la jawabnya.Lepas kena air amik wuduk terus selsema, sejuk weeiiiii

-Pagi tu dapat sms dari Celcom tercinta.bahawasanya bil tipon akibat on roaming tak pikir 100x dulu, bil mencecah rm300.sila off hp atau tukar lah kepada simkad Lebara yg dah abis kredit tu.pasrahh sangatttt

-Bersiap2 memakai pakaian tebal hingga 4 lapis. Mula2 tu ingtkan nak cuba je takat pki long john dan tshirt selapis.tapi ada dengar2 krew cakap takut bila tiba atas ada ribut salji or hujan.Risau pulak kalo terjal pki 2 lapis tak bwk jaket tetiba cuaca buruk kat atas sana, mana pulak nak cekau jaket segala.Udah ler teman sehati berdansa pon tak de, kalo sejuk sapa nak peluk? kuang kuang kuang. Maka nak senang citer pakai aje la 4 lapis pon, biarla nmpk chubby sket asalakn selamaaatttt dari kesejukan yg tak dijangka.


-Bfast bihun goreng, baked beans ngan telur rebus. Makan kenyang2...nak daki gunung ni hihihih

-Kul 930 pagi kumpul utk briefing dan krew KC lepas kan ktrg by coach number.So coach #3 yang jalan dulu.oh KJ coach#3 *motip mata fokus kt KJ masa laki tak de di sisi???*

-Ktrg kena manapak dari campsite ke stesen train Lauterbrunnen.Tak rasa penat walaupon dekat 20-30 min jugak la menapak.Sebab pemandangan cantik mcm dalam poskad, tv dan buku :). Nampak jugak puncak gunung ada snow cap sket2 sbb masih berkabus

-dapat train pukul 10 lbh punya. Tiket berharga 151 swiss franc.Convert to RM kena darab dgn 3.2 so mmg boleh bayar monthly payment anak hekan saya kaler merah tu...adudududu...demi impian katanya, ku korbankan tabung ayamku!


-Tiket train kena simpan sampai balik semula sbb tiket akan selalu diperiksa oleh tukang tiket hehehe





-Ada 2 stesen yg train ni stop iaitu Wengen dan Kleine Scheidegg (pronounce: Klai-ne Shai-deg) so kalo nak turun snap2 pic pon boleh sbb kekerapan train seterusnya adalah lbih kurang 20-30 min je (kalo tak silap).Kleine Scheidegg adalah stesen pertukaran utk train ke arah lain dan utk naik ke Jungfraujoch (pronounce: Yung-frau-Yoh). Kalu tgk map, mmg banyak lagi tempat lain yg menjadi tarikan pelancongan dan pemandangan indah.Next time kalo datang lagi dan banyak swiss franc boleh la explore tempat2 lain jugak





-Masa stop di stesen Kleine Scheidegg tu menjadi saksi kali pertama saya memegang snow hahaha...maafkan lah saya yang kampung dot com.Inilah pertama kali saya memegang snow original huhuhu. Sbb tu saya tak pnh nak pegi i-City or tempat snow yg kat Genting tu, sbb saya mmg simpan my first memory ni di Swiss

-Akhirnya dapat snap pic poyo keluar kepala dari tingkap train. Gigih saya mengarahkan Encik R tolong snap spt yang diidamkan. Pas tu ada 3-4 orang yang amik peluang posing gaya yang sama...hahaha



-Bila tiba area byk snow memutih, mmg akan silau la pandangan mata sbb cahaya matahari sgt dekat dan membias kepada snow yang putih tu.maka harus pki spek itam

-sampai Jungfrau kul 12 tengahari.Teruja sangat sbb mmg simpan impian sejak 5-6 tahun lepas (lepas baca experience sorang blogger yg saya duk folo zaman dulu2)..alhamdulillah Allah bagi juga kesempatan ni kat saya :)




-Meronda kat atas. Ada beberapa tingkat dan section utk kita explore b4 sampai ke area boleh keluar main snow dan poyo2 snap pic tu.yang paling best bila kt Sphinx tu boleh main baling2 snow, rasa snow dan buat snow man kecik cinonet, sbb tu je yg mampu nak genggam ngan tangan hahaha. sama jek rasa snow ngan ais kisar ABC tu hahahah





-Ada section mcm iglu...sini sejukkk sangat.so mujur jugak la mmg pki tebal2



kasut pink, ku bawa dikau hingga ke top of europe.sila hargai susah payah tuan mu ini. ngerti???


-Akhirnya sampai ke puncak yg di idam2 kan...






-Licin kt sini, so mmg kna langkah hati2 dan slow2.ramai je yg jatuh berdebuk hehehe

-Posing habis...golek2..meniarap...usirkan seketika rasa segan.bukan selalu boleh dtg sini berpoyoan dengan salji...kohkohkoh. Tiket mahal so pastikan benar2 puas hati katanyaaaa








-Dah agak2 rasa puas hati dan tetiba rasa malu sbb lepas laku, maka masuk la semula ke dalam building dan explore kt section lain. Masa ni ktrg naik tangga, so rasa semput dan sesak napas la jugak.Tercungap2 dan berpinar rasa mata.Mebi sbb udara nipis pada ketinggian macam ni Patut la krew KC bekalkan choc bar, mungkin ini lah guna nya sbb boleh bekalkan tenaga dan gula dalam darah dengan kadar yg pantas.




-Sebelum keluar dan nak tunggu train utk balik, sempat beli poskad dan cop pasport Jungfrau :)




-Masa beli poskad, depa offer beli setem sekali so boleh pos terus kt situ jugak. Pos la sekeping utk anak-anak tersayang sbg kenangan. Sebak betul masa tulis tu sbb saya buat "janji" utk bawak anak2 dan arjuna ke sini one day.Hopefully tercapai la seperti mana impian yg sama yg mummy simpan bertahun-tahun, berangan2 dan menyulam mimpi hingga terlaksana hahaha *poyo habis*

-Tunggu train kul 230 petang, Ktrg turun di Kleine Scheidegg utk snap2 pic.Pas tu turun lagi di Wengen. Sempat ronda kedai2 souvenir dia dan masuk coop beli stoberi wat alas perut sbb mmg lapar giler.Tak berani nak makan masa kt Jungfrau sbb mcm tak yakin je dgn kedai2 situ huhuhu

-Pemandangan masa nak turun pon cantik.Sebab dah tak de kabus dah macam masa nak naik tadi.Ada jugak saya record video utk tunjuk kat arjuna dan anak2 :)



saya terpesona sebab sepanjang perjalanan dari dalam train, boleh lihat mula2 kwsn saji memutih...lepas tu salji dan bukit2 batu kaler hitam coklat2...pas tu tukar pulak bercampur2 ada salji, batu2 coklat dan kwsn rumput coklat2...then asa kwsn salji sket2...ada batu2 dan tanah coklat sket2 tapi ada pulak kwsn tanah dengan rumput hijau yang segar.dah nak smpi bawah baru nmpk seluruh kawasan rumput hijau dan rumah2 kayunya...indah sangat sbb sepanjang perjalanan nmpk pemandangan yang bertukar2 seolah2 dalam filem :)








-Sampai stesen Lauterbrunnen around 5 ptg. sambung lagi ronda kat pekan kecil dia dan singgah2 kedai2 souvenir sepanjang jalan nak sampai ke campsite.





-Hari yang indah. Thank you Allah!

-Malam ni dinner lauk paling best sepanjang trip iaitu nasik dan sambal sardin. Masya Allahhhh...licin makan dengan perut lapar dan cuaca sejuk.Siap top up dengan roti cicah sambal sardin. Terbaik punya sambal sardin by Abu Fadzil :)

Day 12: Interlaken -lokasi "tipah tertipu" demi Khalil CJP ouchhhh

sebelum teruskan citer psl Interlaken, ada jupe ni kat forum.Pencerahan lokasi CJP yang kabarnya adalah Interlaken..saya lah salah sorang yg gedik2 tanpa sedar "tertipu" dengan Khabir Bhatia...hahahah

Bergigihan saya excited nak sampai Interlaken, nak carik stesen ketapi yg Khalil ngan Soraya sampai, pestu Khalil nak folo tapi Soraya tak kasik.Pastu last2 Khalil folo jugak la.Then ada scene Khalil dan Soraya minum kopi di cafe tepi jalan.Kemudian berterusan dgn scene lamaran (awwww) di tepi tasik yg jugak dikatakan di Interlaken...ini semua dustaaaaaa belakaaaaaaaaaaa



baru sempat tgk cinta jgn pergi tu

stn ketapi tu definitely not interlaken ost nor interlaken west--> dua2 stesen saya smpi dan saya ama-amati betoi2..tiada yg serupa.hingga saya sangka saya dah salah lokasi Interlaken.ada Interlaken lain ke kt Swiss ni? hohhhhh

mana ada swiss train stn ada tangga & bridge over the tracks--> stesen di sini nmpk lbh moden

so absurd, brick building to lebih ke stn2 di UK jah--> yess...di sini lbh byk building kayu2

sorry to crush ur dream nak berada di same tren stn as ur hero
bila diaorg jalan2 kat town nak cari hostel tu bukan jugak kat interlaken
i hv been to interlaken, mmg takde la building2 camtu
then masa diaorg naik bike ke bukit tu, rumah2 yg background tu bukan swiss houses!!
sumenya rumah brick bukan rumah kayu!!
how come diaorg bleh buat drama tipu penonton nih!--> saya mangsa ke berapa???? tak pe, janji jejak Interlaken.walaupon tmpt tak sama dgn Khalil pegi tapi saya feeling2 saja pon saya tak kisaaaaaahhhhhh


-Bangun tido agak segar walaupon selsema lagi...tp malam tadi tido lena la sbb makan ubat selsema, takut melarat.nanti tak enjoy pulak baki hari2 terakhir trip ni.Tapi bangun tido start batuk2 dan berkahak la jugak sket2.harap tak melarat :)

-Pukul 8 pagi keluar amik bfast.Roti n kuah sardin again tapi sbb mmg feveret, harus la berselera hewhew.Mabeles sangatttt

-Pukul 9 lbh ada briefing. KC suggest pegi ke Trummellbach Fall then baru ke Interlaken.Tapi group ktrg tamau tgk waterfall (hahaha keji giler) sebab takut letih bila nak ronda Interlaken nanti.Saya mmg dah set tak mo pegi waterfall sbb kunun nak abiskan masa di Interlaken aje (kunun nak feeling Lea Soraya la kan, sebelum tahu letak duduk perkara sebenar kes tipah tertipu itewww)

-Menapak la ke stesen Lauterbrunnen mcm semalam sambil menikmati pemandangan indah di pagi hari :)

-Beli tiket train CHF 14.50.Dapat train kul 10 lbh jugak mcm smlm.Idak le jauh sgt Interlaken dari stesen tu.3 orang Krew KC siap kayuh beskal je dari campsite ke Interlaken hehehe





Sampai di stesen Interlaken OST (tatau OST tu apa meaning dia, bukan soundtrack la kan), saya ni mmg kepala duk toleh kiri kanan la kunun nak imagine kat mana tmpt Soraya ngan Khalil tu.rasa mcm lain jek...huhuhu




-Ktrg teruskan menapak dan explore bandar Interlaken.Awal2 tu mmg boring la, kedai pon mcm tak best je, banyak yg tutup pulak.tapi pemandangan mmg cantik..belah kiri nmpk gugung ganang dan puncak2 bersalji.Ada padang luas gitu and kebetulan hari tu ada kumpulan parachute landing kat padang tu


-Bila tengok kedai2 mcm tak happening, semua mcm frust hahaha..encik R siap ajak ktrg pegi ke Luzern.amboiiiii...berapa pulak CHF yang terpaksa dikorban kan nak ke Luzern sana?


area nak masuk ke Casino...kami tak masuk.snap pic ajer huhu




-Jalan punya jalan, haaaaa tu dia...rupanya bila ke depan lagi baru ada byk kedai2 yg happening.so apa lagi...teruskan lah niat murni anda semua :)


bermula misi memborong kasut :)

-semua orang shopping kasut. saya mmg plan nak carik ankle boot...so jupe yang ala2 berkenan di hati terus lah rembat.takut plan nak carik kat lain kang tak jupe pulak, satu hal pulak kena pusing balik mencari kedai (sb dah ada pengalaman kunun tgk kedai lain tapi last2 tak jupe berkenan n nak patah balik dah makan masa , etc)

-so beli la saya ankle boot kaler itam.rege CHF 39...kalo RM 39 rasa mcm murah giler la kan? tapi bila CHF 39 tu darab ngan 3.2...errmmmm hampir tercekik jugak la memandangkan saya bukan orang yg suka invest ratusan wang utk sepasang kasut kahakahkah dasar kedudu!Tak pe lah, ini kenangan dari Swiss, harus pki pegi lab sampai lunyai!

-Tapi katanya, bila sampai sini jangan gatai2 nak convert to RM maka ku sarung kan terus ankle boot itu dengan gembira sambil hentak2 kaki tanda protest apatah lagi bila menyedari diriku tipah tertipu oleh Khabir Bhatia, hahahah

-Pas penah sopim kasut, singgah makan kat kedai Tukish halal.makan kebab je CHF 8, air tak beli so minum air bekal je hahahah

-ronda lagi, jupe satu kedai souvenir yang agak murah...so beli la apa2 yang patut utk kenangan.ada satu insiden ngeri kat kedai ni, hahaha...saya lalu kat tepi deretan rak menempatkan snow globe yang kecik2 tu...tetiba ada satu jatuh dan pecah.tapi saya rasa bukan saya punya angkara, tapi pucat gak la weeiiihhhh..mujur depa tak considered sold!

-Barang2 kat Swiss ni mmg agak mahal.Kalau kat tempat lain, fridge magnet yg cantik2 sket tu boleh jgk gagah kita dapat dlm 4 euro.tapi kt sini paling murah pon CHF 7...huahuahua.so mmg tercekik jugak la kalo nak beli byk...so mmg saya tak dapat nak beli utk kawan2 any souvenir dari Swiss :(. apatah lagi saya bawak cash swiss franc tak banyak..susah nak dapat tukar swiss franc masa kt msia...

jupe satu kedai makan ni, dekat2 ngan stesen Interlaken West
menu tak agak2 tulis in Malay...tapi tak halal poonnnn

-Masuk kedai jam.Agak murah la jugak then diorg offer lagi 5% less sbb SA dia orang Filifina...so kunun serumpun bambu la orang2 asia gitu hahaha.So saya cair dengan tawaran beliau lalu membeli seutas utk arjuna terchinta tanda terima kasih kerana memberi izin saya join trip ni .awwww....sila muntah

-Saya mmg tak reti pilih jam sbb saya bukan peminat jam dan bukan selalu beli jam utk diri seniri.Jam dan barang kemas blink blink adalah 2 menda yang terakhir sekali dalam pikiran saya utk saya keluarkan duit utk beli hahaha mmg tahap kedudu tak hengat ni.Jam saya akan beli bila yang sedia ada rosak (atau kalo ada yg nak tolong belikan pon best jugak).dan blink blink mmg saya tak mampu nak beli (hahah) sbb yang saya ada ni pon adalah pemberian orang.sebentuk cincin je saya beli hari tu tanda kenangan bila naik gaji ari tu hahahaha

-So berbalik pada jam yang saya beli utk arjuna tadi, saya pilih Swiss Military Hanowa je la utk dia (sbb tu yg plg murah kahkahkah).Pehtu yang tu kira dah memenuhi spec dia yang nak jam utk diving 100 meter (ntah bila dia nak pegi menyelam or diving pon saya tak tau laaaa). Kira ni hadiah sbb bg izin, hadiah anniversary dan birthday utk 3 tahun berturut-turut ngahahahaha

Pekan Interlaken

mana? mana? mana kedai yg Khalil dan Soraya duduk minum-minum tu? uhuk uhuk bergigihan ku mencari...namun hampa.baru plan nak feeling2 Soraya jap...adeeiii




lepak-lepak


untuk dia dan untuk saya :)


on da way nak balik ke stesen Interlaken OST, singgah beli kudap2an kat COOP kat situ.best COOP dia, ala2 tesco jugak la...saya beli benih sawi utk ayah saya tanam kihkih...mana tau boleh idup segar, merasa la makan sawi dr Swiss mihmih

-Amik train kul 5 ptg.Sampai campsite, pegi kedai souvenir dia sbb smlm ada tempah engrave kat pisau Victorinox. Saya beli la satu utk arjuna, sbb Victorinox ni mmg must buy item la kalo smpi Swiss :) Saya engraved AF2605 kat pisau tu...:)



Evian amik air mineral dari sini jek..packing masuk botol jual mahal2 hahaha

view dari tingkap cabin. Subhanallah

Setakat ini, pemandangan di Swiss adalah pemandangan terindah pernah saya lihat.Mungkin bila saya dapat jejak Masjidil Haram dan berpeluang melihat Kaabah depan mata, secara live...saya percaya itu adalah pemandangan paling indah, mengatasi segala yang indah yang pernah kita lihat sepanjang hidup :)

-Solat,kemas barang, makan, rehat...dinner malam ni adalah nasik lemak.

-Esok is Kota Paris. Je t-aime!!!!


0 comments: