Showing posts with label anak teruna. Show all posts
Showing posts with label anak teruna. Show all posts

Friday, February 7, 2014

2014: Rutin harian baru

Masuk Tahun 2014, atau lagi tepat nya bila bermula sesi persekolahan, makan bermula la rutin harian kami sekeluarga yang baru..so kena la biasa kan dan hadapi dengan tenang hahaha

So citer sikit la camne rutin harian ktrg bermula dari celik mata hehehe

Pagi: seawal 6 pagi -615 pagi saya dan arjuna akan bangun.saya bangun terus mandi, solat dan terus prepare bekalan utk saya dan Amjad
bukan la bekalan apa sangat, tapi sediakan la botol air utk ke sekolah, bekal utk bfast dalam kereta sepanjang nak smpi ke sekolah, bekal air minuman saya, bekal baju basahan lepas balik sekolah dan juga bekal utk dia makan waktu rehat (kalau perlu dipanas kan atau prepare pagi2).Saya mmg tak harap Amjad beli di kantin heheh knowing my own son ni..mmg faham sangat la pe'el dia kan? dah anak seniri...alangkan bawak bekal pon kadang dia cakap tak smpt nak abis kan..hahha so dapat bayangkan kalao dia amik masa utk berautr, pikir nak beli apa n duduk makan.hahaha

Pagi2 kat rumah ni mmg ada je la drama..kadang2 adik dia buat perangai..biasa la kan..heheh kdg tak nak pki baju la,itu la ini la..mmg riuh rendah la jgk maca ada anak 20 orang!Kdg2 kalut la jgk, smpi mummy nak pakai lipstik n perfume pon tak sempat hahah

Budak2 berdua tu mandi mmg babah dia la yg setel kan..pehtu babah dia setelkan pki kan baju yg kecik.Amjad mummy yang handle, pakaikan baju sekolah seme n suruh dia solat subuh.MMg b4 sekolah mula lagi saya dah pesan, dia kena mula belajar solat bila masuk Tahun 1..alhamdulillah...dia mudah menurut kata bab2 solat ni.Dan saya pon nak latih dia solat seniri,sbb sebelum ni mmg dia folo saya solat maghrib dan zuhur, asar (if hari cuti), masa ktrg tgl berdua lagi.Bila babah dia ada duduk sekali, latih pulak dia folo solat jemaah ktrg bertiga.dan bila adik dia ada, masih suruh dia folo walaupon pada permulaan byk jgk cabaran, sbb adik dia asik kaca hahaha

Tp so far, ok la alhamdulillah.tgk pergerakan solat dia pon ok, cuma bacaan tu tak sure la semua betul ke tidak kan? slow2 la nanti boleh betulkan...asalkan anak2 tau solat tu perlu buat setiap hari dan waktu, itu dah memadai utk dia jadikan menda tu sesautu yang PERLU buar dan nti dia akan terbiasa dan rasa janggal if tak buat or tglkan solat.aminnn :)

Lepas siap2 semua, ktrg gerak ke sekolah seawal 7 pagi hehe..rasa awal giler.nak buat macam mana kan, sekolah jauhhh hewhew



Teringat 2 hari pertama tu, saya guna laluan biasa mcm saya nak ke UKM tapi hazaabbbb sangat, 45 min baru smpi sekolah.Masa tu saya gerak dr rumah kul 645 pagi tau.Pas tu rasa scary sgt sbb tepaksa speeding (nak kejar masa) dan terpaksa cilok diantara budak2 sekolah yg bwk basikal dan motor

Pas tu saya cuba ikut highway, kena la sedekah rm2.10 tiap2 pagi..tapi masa ni saya amik laluan Jalan Reko dan ni hazaabbbb sbb jem di round about pulak,20 minit nak lepas round about saja tuuu

PAs tu dah tak sanggup dah, saya carik alternatif lain pulak.Masih ikut highway (sedekah rm2.10 jugak) tapi saya exit sebelum tol Sg Ramal Dalam, amik laluan Putra Kajang.yang ni ahamdulillahhhh, trafik lancar dan tak de byk kete pagi...sempt smpi sekolah awal, around 720 pagi dah smpi :).Tu la kesahnya...nti dah balik Perlis, senang la sikit kot.lagi 5 minit loceng bunyi baru gerak dari rumah hahah

So spnjg perjalanan nak smpi sekolah, Amjad saya suruh makan bekal, biskut ke roti ke...pas tu minum susu.Pakai kasut sekolah pon dalam kete..keje senang kan? hahah

Adik dia pulak, mmg babah yang handle..bagi bfast atau bawak ngeteh kat kedai, then hntr pegi nursery hihih.alhamdulillah, Aidan dah tak "berzikir"- Adik tak nak skul...adik tak nak skul macam sebelum ni.Dan sbnrnya rezeki jgk dapat cikgu2 kt nursery yang bagus layan budak dan sambut budak kt gate dgn wajah ceria hahaha


arjuna jgk byk tolong setel hal rumah pagi2 lepas saya pegi sbb dia masuk keje kul 830 pagi :) (bg la kredit kat dia sikit kan hewhewhew).Dia senang hati tolong basuh pinggan mangkuk yang berlonggok dalam sinki if saya tak sempat (or malas or saja tglkan) basuh malam sebelum tu ahah...dan dia jugak la yg kena sidai baju pagi2 sbb saya mmg pesen basuh baju malam, pagi baru sidai hahaha.Thank you lah ye :)

Lps hnr Amjad, saya pon pegi la UKM.cipta rekod jgk la sbb kdg2 745 pg sya dah smpi...kaki lebar habissssss

Heheh..alhamdulillah jgk la Amjad dpt kelas bawah so tak yah la kendong beg sekolah yang berat2 tu..pas tu kelas dia dekat je dengan pagar sekolah.kiranya bila saya tgu kt pagar utk amik dia balik tu, boleh nmpk la semua aktiviti dia dalam kelas, menakal ke, melompat ke apa ke hahaha.Biasa la budak lelaki kot, lasak lebih.kalau hntr pagi2 tu kat kelas lepas salam muah muah seme, siap kena pesan, jgn berlari pegi ke foyer utk perhimpunan.pandai pulak dia, jalan setapak toleh tgk mummy ada lagi ke tak..if tak nmpk kelibat mummy dah, laju2 melompat lari pegi foyer...hadoiiiiii

Tengahari: balik sekolah pulak, mmg tugas saya la amik Amjad..setakat ni ada jugak sekali dua saya mintak babah dia amik sbb saya sibuk setel analisis testing dan ada sekali tu sbb pegi meeting polymer group. Pas balik sekolah, Amjad mmg stay kt bilik saya kt UKM je, since mmg saya sorang je tgl kt bilik tu .jimat la sikit tak hntr transit kan? hahah lgpon mcm tak padan je sbb dah alang2 saya kena keluar pick up dr sekolah, peh tu takan nak hntr transit n petang nak kena keluar sekali lagi pi amik kt nursery pulakkan? dia stay kt bilik pon ok sbb boleh la saya monitor homework dia dan suruh dia baca buku ke apa bila byk masa terluang.if seme dah ok, lpeas baring minum susu n rehat seme,baru saya bagi dia tgk youtube kejap.


Alas baring, bantal seme mmg dah siap ready la kt bilik postgrad tu hahah dah macam 2nd home dah la.siap lepas lunch, bawak gayung,sabun n towel pi mandikan dia kt toilet hahaha dah macam piknik kt tepi sungai je rasa.Lps mandi,suruh dia solat zuhur jugak.harap2 dengan pendekatan mcm ni, bila saya dah tak boleh nak folo up dia selalu pas masuk keje nti, dia boleh kekal la solat wpon tak de mummy utk suruh dan ingat kan..harap2 mcm tu la aminnn..sbb saya rasa, dikesempatan saya ada ni ada baik nya saya seniri yang asuh dia utk solat, nti bila dah dekat rumah pengasuh ke kt sekolah kafa ke or transit, dia dah terbiasa .saya pon tak rasa ralat bila tak de peluang nak asuh dan tengok2 kan solat 5 waktu (buat masa ni saya suh solat subuh, zuhur dan maghrib dulu je) dia selalu bila dah masuk keje :(. takan nak lepas kan tanggungjwab tu kat orang lain atau cikgu semata2 if tak bermula dari didikan kita kot? ini pendapat saya la since saya rasa saya ada peluang mcm ni (sebak pulak rasa bila pikir cam ne bila sah tak de masa, dah masuk keje nti huhuh)

Kadang2 bila saya ada kije kt lab ke..saya tinggal kan Amjad kt bilik, insyaAllah selamat sbb kuni pintu utama ktrg penghuni je yang pegang.Dia pon ok je asal dapat buat sthing yang dia suka; melukis or tgk youtube kartun hehe

Petang: Then around 4 atau 5 ptg ktrg balik la dan amik Aidan kt nursery.

Balik rumah, rehat...baring...lepak2 ngan diorang sementara tgu babah balik kije kul 530 ptg.pas tu mandi, masak, soalt, makan dan tidurrrr.Ktrg tidokan diorg dulu, then ktrg bangun utk tgk tv ke ..sblm tido mmg rutin saya siapkan beg nursery Aidan, letak baju dan diapers seme, tauktu esok pagi kalut dengan drama2 spontan hahaha


Please be a good boy, both of you

Mummy sayang kamu berdua, to the moon and back :)



Saturday, November 16, 2013

tamat sudah pengajian 3 tahun

Hari Graduasi dan Penghargaan
Tadika Sinar Palma BBB

16 November 2013




Hafazan

Persembahan


Nak amik hadiah




Persembahan lagik

Amjad n Aisyah
1994: Mummy dan Ummi diorg yang satu skolah dan satu kelas
2013: anak-anak pulak yang satu skolah
what a small world :)



Pakai jubah dan pegang scroll :)



Tahniah anakku kerana berjaya grad sebelum mummy hikhokhikhok

Bersama teachers

kiri Teacher Tira, kanan Ustazah Siti

kiri Teacher garang mcm singa a.k.a Mummy, kanan Teacher Tikah

Mummy dan babah berdoa, semoga 18-20 tahun akan datang, mummy, babah dan adik dapat pegi raikan Amjad sempena konvokesyen Ijazah Perubatan dari sebuah universiti di Dublin, Ireland. aminnnnnn

Friday, October 25, 2013

6th Birthday ~ entry lewat sebulan derrrr

25 september 2013

macam biasa la...tiga tahun berturut dah wat birthday party kecil-kecilan kat tadika

arjuna a.k.a babah mitak kuo awal dgn bos beliau...so dpt la mula party kul 12, waktu lunch anak2 kat situ





red velvet cake, jersey no 6 gituuu
tapi RV terlebih serbuk koko...so dah mcm kek coklat je kikiki .first trial katanya ;)


cake cutting
ohh ada kisah pasal pisau oren tu.masa nak balik tu lupa nak amik pisau tu.tak pasan pon teacher letak kt mana.so masa amik Amjad balik petang tu, baru tingat.tanya kt teacher, mana pisau kek tadi? ayohhh....teacher cakap dah buang.

apa??? dah buang??

sikit lagi kena heart attack...kahkahkah.carik kt tong sampah luar tadika...mujur lori sampah belom angkut.kalau tidak mmg pitam kat situ la mummy haha

pisau oren tu, mummy beli kt Florence.walaupon sekadar 7 euro tapiiiiii....bila lagi nak pegi Florence nokssss????

syukur jodoh ku dgn pisau oren masih ada. pathetic!


beli KFC jugak..


mummy kalut siapkan labwork (alasan basi)..tak fokus nak pikir pasal bithday goodies utk anak2 di tadika huhu...sempat beli ni je b4 pegi birthday party tu...adoihh

sempaattt aje dia nih :)

alhamdulillahh :)



Saturday, March 16, 2013

SAHM and SAHS



esok last day menjadi SAHM dan SAHS
hewhew
kemudian terus la pass tugas kontrak ni kepada arjuna utk 3 hari sebab mummy nak kutip reward yang telah "dibeli utk diri seniri" 7 bulan yg lepas....kahkahkah HCM City, aku datang dengan luggage kosonggg utk dipenuhkan hingga 20 kg..yahuuuuu

menjadi SAHM mmg mencabar
so saya mmg salute la kepada ibu-ibu yang bekerjaya tetapi mengambil keputusan utk berhenti keje dan duduk dirumah sambil mbesarkan anak...anda2 semua mmg terbaiiikkkkk!!!

kenapa saya sebut ibu-ibu yang bekerjaya?
sebab...saya rasa lain feel dia bila kita dah biasa kerja tapi kemudian amik keputusan utk stay dirumah sepenuh masa.ini berbeza dgn ibu-ibu yang memang tidak bekerja sedari awal sebelum ada anak.

bagi saya, maybe saya tak boleh lagi kot buat mcm tu hahaha...kedengaran agak kejam sbb "tak sanggup" nak jaga anak sendiri...bukan....bukan kes tak sanggup jaga anak seniri tapi saya tak ready lagi utk duduk dirumah tanpa bekerja...maksudnya ada kerjaya, ada menda yang berbeza dibuat setiap hari, ada duit sendiri dan boleh melihat dunia luar dengan lebih jelas (matik la kena kutuk dgn SAHM yang lain tulis cam ni hahahah)

ok...citer pasal jadual seharian saya mjadi SAHM; pagi2 giler awal bangun hahahah...kul 6 dah sedar..kadang 530 pon dah celik mata.aidan jenis selalu jaga awal, dah terbiasa kt umah nenek sbb kul 5 cam tu tok ayah dah bangun..siap2 nak pegi masjid.so dia 530 mmg akan bangun sbb macam tau-tau je time tok ayah nak keluar heheh

kena tipu la kt amjad cakap adik dia pon mummy anta pegi school so tak de la drama swasta kes dengki adik duk umah, dia kena pegi school.hahaha...kalau amjad baca ni bila dah besar, sorry la yek.mummy dgn babah tipu am...tu laa...sapa suh drama swasta banyak sangat

kul 720 dah kuar...kena awal sbb tak leh drive laju2...budak kecik ni tak reti duk diam dlm kete...nak berdiri kt seat depan.so mummy kena behave la driving, tak leh rempit sesuka hati :)

balik umah semula pas anto amjad...balik tu suap2 la breakfast...bg dia tengok tv ke main2 jap...pas tu kul 10 -1030 gitu waktu tido dia la...aidan tido siang masih dlm buai.malam je boleh tido kt tilam seniri.tu pon kena tutup lamapu bg gelap cam gua...hahahah

selalu dia tido dlm 2 jam...so masa senggang tu mummy wat la keje2 umah sket...basuh baju ke.pas tu tukar jadi SAHS (stay at home student ) lak...sebab rasa cam susah hati giler tinggalkan keje2 makmal dan lelain.hahahah...elleehhhh macam la kalo pegi ukm tu byk sangat menda ilmiah di buat.pdhal duk tgk SA ngan baca forum jek...kahkahkah

namun begitu, saya masih mensasarkan utk siapkan 2 paper sepanjang mjadi SAHS ni...alhamdulillah...satu dah siap, cuma tinggal nak touch up sket je ayat2 cinta bagi sedap, jgn kena reject dan kena kutuk lagi...kihkih.so satu lagi tu pon tinggal nak paste dan touch up sket result dari paper yang pegi conference kt Langkawi tu sbb tak de kabar berita utk di publish pon.so boleh la combine result hahahaha

bila dia bangun, mandikan la sket kalo nampak cam busuk jek...hahah pastu suap makan nasik pulak.aidan kuat minum susu...kadang dlm masa 2 jam dia boleh minum 3 botol 7 oz..hehehe

kul 430 dah kuo amik amjad...bawak slow2 kan...so setengah jam jgk la baru sampai seksyen 8 BBB...pas amik amjad terus balik rumah.memang tak singgah mana2 pon sbb cam kalut je rasa bawak 2 orang...hehehe.

malam pulak, kul 645 dah mandikan diorg, pas maghrib suap makan dan kul 8 dah suruh dioorg tido la...pas diorg tido mummy on balik tv dan layan la drama sorang2...heheh kdg2 sambil buat2 keje ilmiah sket.maklum la,mummy masih tahap "buah cempedak di luar pagar, amik galah tolong jolokkan" gituuu dalam bab penulisan jurnal saintifik ni.tapi bak kata pepatah...mendaki tangga memang la kena dari bawah... :)

begitu lah aktiviti selama beberapa hari menjadi SAHM dan SAHS yang tak berapa sukses ni...hahahaha.maklum la mummy bukan tahap penyabar sangat.selalu jgk la menggunakan kuasa suara petir utk mententeramkan anak2 terchenta

Monday, February 11, 2013

pulau dan pulang