Showing posts with label bebelan. Show all posts
Showing posts with label bebelan. Show all posts

Monday, July 7, 2014

belajar vs. bekerjaya

Subhanallahhhh

Lama giler kan tglkan blog ni?

lebih setengah tahun konsepnya mihmih

official saya masuk kerja semula lepas 4 tahun cuti belajar ialah pada 7 Julai 2014 :)

so ari ni tetiba teringat sbb dah rasa free sikit la masa menghadap laptop ni (sbb saya mmg akan update blog thru laptop je, sbb gambar2 byk simpan dlm ni)

tajuk tak mo kalah : BELAJAR vs. BEKERJAYA

mihmih

ada byk perbezaan kot sbb dah lalui ni so baru lah boleh cerita

terus terang saya lg rasa TENANG bila masuk KERJA semula hahaha

pelikkan?

ramai kawan2 akan rasa rindu suasana ms study sbb stress masa kerja

tapi saya pulak rasa bila masa STUDY tu mmg mcm kena fokus betul...buaaaattttt kijeeeee je sbb kalo sehari tak baca jurnal rasa berdosa hahah boleh?



pas tu, rasa hidup dalam ketakutan sbb takut bila bila masa jek supervisor akan buat meeting, akan tnya progress, akan tanya novelty, akan tanya result hahaha

tertekan perasaan katanya!

pas tu tengok kawan2 punya progress, punya paper, punya sample...mak oiiii rasa kecikkkkk je diri bila berada di tengah2 mereka yang bjaya ni hikhik

tu tak masuk lg stress bila kita berpeluh2 buat lab sensorang, ketar2 tangan mixing sample, berkejar2 turun naik lab buat testing tapi ada pulak yang relaaaaaaxxxxxx jeeeee share2 ngan kawan2 buat sample, buat testing...hahaha pas tu bila hari kau relax tu sedappp je kau duduk lepak kt ikea la, san fransisco pizza la kan? menyirapppppp



tapi situasi bekerja pulak lain...mungkin sbb kerjaya saya macam ni kot, tu yg tak rasa tertekan

kerja yang tak perlu bos suruh2 itu ini, bos nak tgk report itu ini, sekian sekian

JD cuma mengajar ikut subjek, ikut work load, ikut kelas mana, tahun mana, program apa...setel


pas tu asal tercapai objektif subjek, tercapai CO, PO, PEO, KO, LO dan segala mak nenek yang ada, maka kau selamat lah dunia dan di akhirat kekdahnya hahaha

Pas tu kalau kau tak de suara hari nak kelas tu, pepandai la carik soklan kuiz ke, assignment ke, tutorial ke utk bg kat students...so boleh la rehat sikit anak tekak tu kan?

Konsep di sini bukan sbb kita nak ngelak dari tugas hakiki kita tapi kita switch mode la kan...gituuu

Pas tu kalau seminggu tu kelas cuma ada sekian sekian hari dan waktu, yang lain tu kira free la kan.boleh buat keje2 research (muahahahaha)..atau pon hapdet la lecture notes dari zaman OHP ke zaman multimedia hikhikhiik


Kalau dah tak tau nak buat apa sgt..pegi lah ke The Store atau C Mart hakhakhak

Waktu bizi masa kije ni masa studnt baru masuk n masa exam dan lepas exam je
Sebab bkejar nak marking paper hihih

pas tu kena pegi poco poco...boleh la eksesais kan?

Cuma...cuma...cuma...

dua menda jek yg masa study ada tp masa kije dah tak de

iaitu

ELAUN

dan CUTI

hahahaha

mohon bertabah!

* belanja satu pic masa zaman boleh-cuti-ikut-suka-ginjal-kaulahhhh dan masa zaman duit-elaun-kau-buat-pegi-holiday hahaha dan waktu muda 8 jam dari sepatutunya

hikhik

i miss this moment n this place :)

Friday, February 7, 2014

2014: Rutin harian baru

Masuk Tahun 2014, atau lagi tepat nya bila bermula sesi persekolahan, makan bermula la rutin harian kami sekeluarga yang baru..so kena la biasa kan dan hadapi dengan tenang hahaha

So citer sikit la camne rutin harian ktrg bermula dari celik mata hehehe

Pagi: seawal 6 pagi -615 pagi saya dan arjuna akan bangun.saya bangun terus mandi, solat dan terus prepare bekalan utk saya dan Amjad
bukan la bekalan apa sangat, tapi sediakan la botol air utk ke sekolah, bekal utk bfast dalam kereta sepanjang nak smpi ke sekolah, bekal air minuman saya, bekal baju basahan lepas balik sekolah dan juga bekal utk dia makan waktu rehat (kalau perlu dipanas kan atau prepare pagi2).Saya mmg tak harap Amjad beli di kantin heheh knowing my own son ni..mmg faham sangat la pe'el dia kan? dah anak seniri...alangkan bawak bekal pon kadang dia cakap tak smpt nak abis kan..hahha so dapat bayangkan kalao dia amik masa utk berautr, pikir nak beli apa n duduk makan.hahaha

Pagi2 kat rumah ni mmg ada je la drama..kadang2 adik dia buat perangai..biasa la kan..heheh kdg tak nak pki baju la,itu la ini la..mmg riuh rendah la jgk maca ada anak 20 orang!Kdg2 kalut la jgk, smpi mummy nak pakai lipstik n perfume pon tak sempat hahah

Budak2 berdua tu mandi mmg babah dia la yg setel kan..pehtu babah dia setelkan pki kan baju yg kecik.Amjad mummy yang handle, pakaikan baju sekolah seme n suruh dia solat subuh.MMg b4 sekolah mula lagi saya dah pesan, dia kena mula belajar solat bila masuk Tahun 1..alhamdulillah...dia mudah menurut kata bab2 solat ni.Dan saya pon nak latih dia solat seniri,sbb sebelum ni mmg dia folo saya solat maghrib dan zuhur, asar (if hari cuti), masa ktrg tgl berdua lagi.Bila babah dia ada duduk sekali, latih pulak dia folo solat jemaah ktrg bertiga.dan bila adik dia ada, masih suruh dia folo walaupon pada permulaan byk jgk cabaran, sbb adik dia asik kaca hahaha

Tp so far, ok la alhamdulillah.tgk pergerakan solat dia pon ok, cuma bacaan tu tak sure la semua betul ke tidak kan? slow2 la nanti boleh betulkan...asalkan anak2 tau solat tu perlu buat setiap hari dan waktu, itu dah memadai utk dia jadikan menda tu sesautu yang PERLU buar dan nti dia akan terbiasa dan rasa janggal if tak buat or tglkan solat.aminnn :)

Lepas siap2 semua, ktrg gerak ke sekolah seawal 7 pagi hehe..rasa awal giler.nak buat macam mana kan, sekolah jauhhh hewhew



Teringat 2 hari pertama tu, saya guna laluan biasa mcm saya nak ke UKM tapi hazaabbbb sangat, 45 min baru smpi sekolah.Masa tu saya gerak dr rumah kul 645 pagi tau.Pas tu rasa scary sgt sbb tepaksa speeding (nak kejar masa) dan terpaksa cilok diantara budak2 sekolah yg bwk basikal dan motor

Pas tu saya cuba ikut highway, kena la sedekah rm2.10 tiap2 pagi..tapi masa ni saya amik laluan Jalan Reko dan ni hazaabbbb sbb jem di round about pulak,20 minit nak lepas round about saja tuuu

PAs tu dah tak sanggup dah, saya carik alternatif lain pulak.Masih ikut highway (sedekah rm2.10 jugak) tapi saya exit sebelum tol Sg Ramal Dalam, amik laluan Putra Kajang.yang ni ahamdulillahhhh, trafik lancar dan tak de byk kete pagi...sempt smpi sekolah awal, around 720 pagi dah smpi :).Tu la kesahnya...nti dah balik Perlis, senang la sikit kot.lagi 5 minit loceng bunyi baru gerak dari rumah hahah

So spnjg perjalanan nak smpi sekolah, Amjad saya suruh makan bekal, biskut ke roti ke...pas tu minum susu.Pakai kasut sekolah pon dalam kete..keje senang kan? hahah

Adik dia pulak, mmg babah yang handle..bagi bfast atau bawak ngeteh kat kedai, then hntr pegi nursery hihih.alhamdulillah, Aidan dah tak "berzikir"- Adik tak nak skul...adik tak nak skul macam sebelum ni.Dan sbnrnya rezeki jgk dapat cikgu2 kt nursery yang bagus layan budak dan sambut budak kt gate dgn wajah ceria hahaha


arjuna jgk byk tolong setel hal rumah pagi2 lepas saya pegi sbb dia masuk keje kul 830 pagi :) (bg la kredit kat dia sikit kan hewhewhew).Dia senang hati tolong basuh pinggan mangkuk yang berlonggok dalam sinki if saya tak sempat (or malas or saja tglkan) basuh malam sebelum tu ahah...dan dia jugak la yg kena sidai baju pagi2 sbb saya mmg pesen basuh baju malam, pagi baru sidai hahaha.Thank you lah ye :)

Lps hnr Amjad, saya pon pegi la UKM.cipta rekod jgk la sbb kdg2 745 pg sya dah smpi...kaki lebar habissssss

Heheh..alhamdulillah jgk la Amjad dpt kelas bawah so tak yah la kendong beg sekolah yang berat2 tu..pas tu kelas dia dekat je dengan pagar sekolah.kiranya bila saya tgu kt pagar utk amik dia balik tu, boleh nmpk la semua aktiviti dia dalam kelas, menakal ke, melompat ke apa ke hahaha.Biasa la budak lelaki kot, lasak lebih.kalau hntr pagi2 tu kat kelas lepas salam muah muah seme, siap kena pesan, jgn berlari pegi ke foyer utk perhimpunan.pandai pulak dia, jalan setapak toleh tgk mummy ada lagi ke tak..if tak nmpk kelibat mummy dah, laju2 melompat lari pegi foyer...hadoiiiiii

Tengahari: balik sekolah pulak, mmg tugas saya la amik Amjad..setakat ni ada jugak sekali dua saya mintak babah dia amik sbb saya sibuk setel analisis testing dan ada sekali tu sbb pegi meeting polymer group. Pas balik sekolah, Amjad mmg stay kt bilik saya kt UKM je, since mmg saya sorang je tgl kt bilik tu .jimat la sikit tak hntr transit kan? hahah lgpon mcm tak padan je sbb dah alang2 saya kena keluar pick up dr sekolah, peh tu takan nak hntr transit n petang nak kena keluar sekali lagi pi amik kt nursery pulakkan? dia stay kt bilik pon ok sbb boleh la saya monitor homework dia dan suruh dia baca buku ke apa bila byk masa terluang.if seme dah ok, lpeas baring minum susu n rehat seme,baru saya bagi dia tgk youtube kejap.


Alas baring, bantal seme mmg dah siap ready la kt bilik postgrad tu hahah dah macam 2nd home dah la.siap lepas lunch, bawak gayung,sabun n towel pi mandikan dia kt toilet hahaha dah macam piknik kt tepi sungai je rasa.Lps mandi,suruh dia solat zuhur jugak.harap2 dengan pendekatan mcm ni, bila saya dah tak boleh nak folo up dia selalu pas masuk keje nti, dia boleh kekal la solat wpon tak de mummy utk suruh dan ingat kan..harap2 mcm tu la aminnn..sbb saya rasa, dikesempatan saya ada ni ada baik nya saya seniri yang asuh dia utk solat, nti bila dah dekat rumah pengasuh ke kt sekolah kafa ke or transit, dia dah terbiasa .saya pon tak rasa ralat bila tak de peluang nak asuh dan tengok2 kan solat 5 waktu (buat masa ni saya suh solat subuh, zuhur dan maghrib dulu je) dia selalu bila dah masuk keje :(. takan nak lepas kan tanggungjwab tu kat orang lain atau cikgu semata2 if tak bermula dari didikan kita kot? ini pendapat saya la since saya rasa saya ada peluang mcm ni (sebak pulak rasa bila pikir cam ne bila sah tak de masa, dah masuk keje nti huhuh)

Kadang2 bila saya ada kije kt lab ke..saya tinggal kan Amjad kt bilik, insyaAllah selamat sbb kuni pintu utama ktrg penghuni je yang pegang.Dia pon ok je asal dapat buat sthing yang dia suka; melukis or tgk youtube kartun hehe

Petang: Then around 4 atau 5 ptg ktrg balik la dan amik Aidan kt nursery.

Balik rumah, rehat...baring...lepak2 ngan diorang sementara tgu babah balik kije kul 530 ptg.pas tu mandi, masak, soalt, makan dan tidurrrr.Ktrg tidokan diorg dulu, then ktrg bangun utk tgk tv ke ..sblm tido mmg rutin saya siapkan beg nursery Aidan, letak baju dan diapers seme, tauktu esok pagi kalut dengan drama2 spontan hahaha


Please be a good boy, both of you

Mummy sayang kamu berdua, to the moon and back :)



Wednesday, October 30, 2013

soalnya bila?

jika bayangmu pun
tak mampu ku kejar
mana mungkin hatimu
bisa ku sentuh?



PhiPhi Island
Krabi Thailand


Thursday, April 11, 2013

tiada paksaan

walaupon ramai yang kata, ianya bermusim

segalanya bergantung kepada hati masing-masing

tiada paksaan, malah ia tidak diwajibkan (belum keluar fatwa pon kan?)

cuma kt sini nak share sikit penerangan pasal boikot-memboikot ni, sekadar panduan :)

http://ustazlove.com/blog/2013/04/soal-jawab-isu-boikot-mcd/#axzz2Pru3NT3W

kalo tnya saya, saya boikot ke tidak?

errmm...sekadar termampu, selagi boleh.walaupon kadang2 goyah jugak bila lalu depan school Amjad...hahaha mekdi terbentang depan mana uollsss...

sabarrrr...sabaarrrr... konar jek ke kfc, depan mata jugak tu

kadang2 Amjad merengek jugak nak makan mekdi..saya tak reti nak tolak.tapi saya cuba twist mind dia agar dia simpati dengan ayat ini;

"kita tak payah la makan mekdi. nanti duit yang kita bayar tu, orang jahat kumpul2 buat beli senjata, bom semua...pas tu bunuh kawan2 Amjad kat Palestin.kesian tak?"

misi berjaya...maka kena upah dia dengan kfc saja

peace no war...sekadar berkongsi maklumat :)

Saturday, April 6, 2013

Iklan Daiso utk (menghasut) Ibu FN, hehehehe

Hari tu, ibu FN ada tanya psl kedai Daiso...kedai brg rege rm5 dari Jepun

saya kasik respon kt dia yg kedai tu jual menda2 kiut, unik dgn rege rm5 semua menda

tapi kita kena pilih2 jugak la brg yg nak dirembat sbb ada sesetengah barang tak worth utk rege rm5 sbb mungkin boleh beli dgn rege rm2 kat kedai serbaneka rm1.99 tu heheh

kalo masuk kedai ni, sejam pon tak terasa sbb ralit membelek seme2 dalam tu, dari satu rak ke satu rak

paling syok (at least utk saya la, yg mmg selalu syok je sopim2 ni) bila lalu section barang2 rumah mcm bakul2 kecik, bekas2 isi makanan, stationeries mcm kertas origami, reben2, rebda lace , brg2 wat kek mcm tray, mold, gagaga mmg kompem ralit dan tak sedar satu-satu barang di masukkan dlm bakul hahahaha...bila nak bayar terus ternganga sbb sedar tak sedar dekat 10 barang masuk bakul...maka total la seniri

kebetulan weekend ni acara ngemas rumah secara serius, tegnok2 pestik brg Daiso yang beli masa pegi JB last week duk ada elok atas meja, belum terusik lagi brg dlm tu

so gedik dan merajinkan diri snap gmbr utk tatapan ibu FN utk carik idea mcm mana nak dtg KL dan berjimba memilih brg rm5 ni, hewhewhew



apron utk budak kecik supaya Amjad rajin tolong mummy masak

memo with case, hahaha tak de motif beli tapi sbb cute kaler pink pepel,maka tertewas la saya.err...nti masuk keje boleh guna utk tulis memo kt student.apakah?

tmpt letak tisu

pan kecik bentuk bear...boleh wat pankek atau telo goreng saja

head rest kaler pink, senang nk bwk travel naik AA..hahaha

hanger towel kaler pink, utk travel jgk kot.sbb boleh extent jd panjang utk sidai towel.bila pendek senang utk masuk bag :)

plate love ada partition, senang nak makan roti canai or lempeng kt umah.hahhaa sbnrnya tertewas sbb bentuk love dan kaler merah (kaler pink tak de)

tomato slicer. senang la nak bisnes burger bakar atau nasik ayam.ketebalan tomato akan jd seragam hakhakhak

magnet.sbb frust masa nak wat FM utk bday Aidan dulu, susah beno carik magnet gini.jenuh mencarik

selotep pelbagai warna.ni mmg tak de motip

yang tengah2 tu penyepit baju bentuk butterfly.aarrgghh...harus la tak menahan kena rembat jgk.tapi tak de kaler pink!

tapi dalam banyak2 menda di beli...ni paling syok dan ketagih hahahaha


*pic googled*

saya beli natural pack yg gambo orang muka hitam tu.utk cabut blackhead n whitehead kat idung.walllaaaaa...
ketagih dong.

sila beli :)



Saturday, March 16, 2013

SAHM and SAHS



esok last day menjadi SAHM dan SAHS
hewhew
kemudian terus la pass tugas kontrak ni kepada arjuna utk 3 hari sebab mummy nak kutip reward yang telah "dibeli utk diri seniri" 7 bulan yg lepas....kahkahkah HCM City, aku datang dengan luggage kosonggg utk dipenuhkan hingga 20 kg..yahuuuuu

menjadi SAHM mmg mencabar
so saya mmg salute la kepada ibu-ibu yang bekerjaya tetapi mengambil keputusan utk berhenti keje dan duduk dirumah sambil mbesarkan anak...anda2 semua mmg terbaiiikkkkk!!!

kenapa saya sebut ibu-ibu yang bekerjaya?
sebab...saya rasa lain feel dia bila kita dah biasa kerja tapi kemudian amik keputusan utk stay dirumah sepenuh masa.ini berbeza dgn ibu-ibu yang memang tidak bekerja sedari awal sebelum ada anak.

bagi saya, maybe saya tak boleh lagi kot buat mcm tu hahaha...kedengaran agak kejam sbb "tak sanggup" nak jaga anak sendiri...bukan....bukan kes tak sanggup jaga anak seniri tapi saya tak ready lagi utk duduk dirumah tanpa bekerja...maksudnya ada kerjaya, ada menda yang berbeza dibuat setiap hari, ada duit sendiri dan boleh melihat dunia luar dengan lebih jelas (matik la kena kutuk dgn SAHM yang lain tulis cam ni hahahah)

ok...citer pasal jadual seharian saya mjadi SAHM; pagi2 giler awal bangun hahahah...kul 6 dah sedar..kadang 530 pon dah celik mata.aidan jenis selalu jaga awal, dah terbiasa kt umah nenek sbb kul 5 cam tu tok ayah dah bangun..siap2 nak pegi masjid.so dia 530 mmg akan bangun sbb macam tau-tau je time tok ayah nak keluar heheh

kena tipu la kt amjad cakap adik dia pon mummy anta pegi school so tak de la drama swasta kes dengki adik duk umah, dia kena pegi school.hahaha...kalau amjad baca ni bila dah besar, sorry la yek.mummy dgn babah tipu am...tu laa...sapa suh drama swasta banyak sangat

kul 720 dah kuar...kena awal sbb tak leh drive laju2...budak kecik ni tak reti duk diam dlm kete...nak berdiri kt seat depan.so mummy kena behave la driving, tak leh rempit sesuka hati :)

balik umah semula pas anto amjad...balik tu suap2 la breakfast...bg dia tengok tv ke main2 jap...pas tu kul 10 -1030 gitu waktu tido dia la...aidan tido siang masih dlm buai.malam je boleh tido kt tilam seniri.tu pon kena tutup lamapu bg gelap cam gua...hahahah

selalu dia tido dlm 2 jam...so masa senggang tu mummy wat la keje2 umah sket...basuh baju ke.pas tu tukar jadi SAHS (stay at home student ) lak...sebab rasa cam susah hati giler tinggalkan keje2 makmal dan lelain.hahahah...elleehhhh macam la kalo pegi ukm tu byk sangat menda ilmiah di buat.pdhal duk tgk SA ngan baca forum jek...kahkahkah

namun begitu, saya masih mensasarkan utk siapkan 2 paper sepanjang mjadi SAHS ni...alhamdulillah...satu dah siap, cuma tinggal nak touch up sket je ayat2 cinta bagi sedap, jgn kena reject dan kena kutuk lagi...kihkih.so satu lagi tu pon tinggal nak paste dan touch up sket result dari paper yang pegi conference kt Langkawi tu sbb tak de kabar berita utk di publish pon.so boleh la combine result hahahaha

bila dia bangun, mandikan la sket kalo nampak cam busuk jek...hahah pastu suap makan nasik pulak.aidan kuat minum susu...kadang dlm masa 2 jam dia boleh minum 3 botol 7 oz..hehehe

kul 430 dah kuo amik amjad...bawak slow2 kan...so setengah jam jgk la baru sampai seksyen 8 BBB...pas amik amjad terus balik rumah.memang tak singgah mana2 pon sbb cam kalut je rasa bawak 2 orang...hehehe.

malam pulak, kul 645 dah mandikan diorg, pas maghrib suap makan dan kul 8 dah suruh dioorg tido la...pas diorg tido mummy on balik tv dan layan la drama sorang2...heheh kdg2 sambil buat2 keje ilmiah sket.maklum la,mummy masih tahap "buah cempedak di luar pagar, amik galah tolong jolokkan" gituuu dalam bab penulisan jurnal saintifik ni.tapi bak kata pepatah...mendaki tangga memang la kena dari bawah... :)

begitu lah aktiviti selama beberapa hari menjadi SAHM dan SAHS yang tak berapa sukses ni...hahahaha.maklum la mummy bukan tahap penyabar sangat.selalu jgk la menggunakan kuasa suara petir utk mententeramkan anak2 terchenta

Saturday, March 2, 2013

life puzzle

cuba cari

3 perkataan pertama yg kita nampak dlm puzzle ni...itu lah yg kita nak dalam kehidupan kita

hehehe



saya nmpk:

-love
-beauty
-success

kahkahkah

bajet sangat kan?

Wednesday, January 2, 2013

bye bye 2012, hello 2013

ewahhh siap ber Hello Hello bagai nak sambut tahun baru...matik la kena lahar
kahkahkah

seronok ke nak menambah angka usia dan memendekkan lagi jangka hayat idup kt dunia yg fana nih?

atau seronok ke bila memikirkan, yang sebenarnya tempoh utk abis study (yg officialnya) adalah lebih kurang 7 bulan je lagik? kahkahkah pitam sekarang jugak!

so cam biasa, bila masuk tahun baru mesti kena tulis dlm blog la, apa yg best dan yg tak best sepanjang tahun yang sebelumnya...utk kenangan hari tua kekdahnyerrr

tapi, disebabkan saya rasa lebih gembira pasa tahun 2012 berbanding yang sebelumnya, so rasa mcm tak de apa la nak lsit kot? boleh gitu?

cuma, memang bersyukur sangat2 pada Allah atas segala kurniaan sepanjang tahun 2012; tak kira dalam apa bentuk sekalipon.

cuma yang paling utama, saya bersyukur semakin hari jiwa saya semakin kuat, alhamdulillah.dah susah sket la saya nak cry2 bila sentap or sedih atau putus asa :)...dan saya rsa lebih positif dan sentiasa ceria (gedik sangat) hikhikhik

dah letih kan setahun 2011 tu bersedih-sedihan, so 2012 saya mmg tekad utk cipta kegembiraan walapupon apa yg saya cipta tu saya seniri jek yang paham...kuang3

muka ceria la kunun ni...rasa nak tampar pon ada


kalo citer pasal study...nak kata sukses sangat tu tak de la...masih peringkat ala2 cam budak master jek rasa hahaha...labwork pon ekceli banyaaaaaakkkk lagi nak kena buat.cuma saya puas hati sebab saya pulun membanting tulang 4 kerat dari bulan mac sampai oktober dan saya berjaya dan selamat menyiapkan semua sampel utk mencapai objektif yang pertama dlm tajuk phd saya ni, sebelum mixer yang saya gunakan tu rosak...kihkih best tak? best tak? terrer kan saya bajet bila mesin tu nak kong?
kahkahkah...nak wat caner kan? menda nak jadik...tapi alhamdulillah sparepart mixer tu dah sampai dah ke mesia dari germany...syukur lah ( nada RCW Safi Rania please)

saya pon bjaya siapkan 4 conference paper dengan result yang ciput sangat tu...hikhik pusing balik pusing balik, menda yang sama jek yg saya tulis dlm ke empat2 paper tu pon kuikuikui...tak pe asal kita mencuba.walaupon sv bebel sbb saya dan kawan2 ni asek bajet anto paper ke conference yang promote terus masuk jurnal (impact factor yg rendah la of kos kan) tapi ktrg mmg jenis terjal jek...yang penting kita cuba menulis dan cuba nasib kita.kalao kita tak cuba nasib (dan cuba habiskan duit geran sv) sapa lagi nak tolong kan? gitu lah visi hidup ktrg sbg student dibawah seliaan Prof SHA...kuang3

bebel tak bebel sv pon, dia sain jugak la surat kebenaran pi conference tu kan dengan bajet2 perbelanjaan nya skalik...kihkih so merasa la jugak pegi 3 tempat conference; Bkt tinggi, Langkawi dan Guangzhou China :).Penutup 2011 dulu saya tutup dengan berlibur di Singapore, dan penutup 2012 ni Allah beri peluang utk saya pegi conference (dan melancong ) ke China.Penutup 2013 nak ke mana pulak yea? kahkahkah

ok la...tutup kisah study.tu nanti saya citer panjang dalam entry yang saya dah pilih dah siap2 tajuknya, iaitu "3 tahun di UKM" kahkahkah.maknanya entry bila dah cukup 3 tahun study leave la tu...,muahahahah

Hero-hero kesayangan Azwin :)


Fahmie
Faheem
Fayyadh

untuk arjuna tersayang, saya gembira melihat dia bangkit dari "kejatuhan" dia...saya bangga dia kuat semangat...saya terharu bila dia menghargai susah payah saya mharungi susah senang bersama dia...dan saya cukup hargai cara dia cuba membuat saya gembira semula :)

saya suka dengan words yang selalu dia cakap kat saya bila saya minta izin kat dia utk buat sesuatu tanpa dia iaitu " babah tak kisah mummy, asalkan mummy happy"

awww....i terharu hakhakhak

dan mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang baru tahu, arjuna ada pergi exam SPA bulan 9 hari tu dan lulus (tahu result bln 11).then arjuna dapat lak pi interview SPA tu baru2 ni (26hb 12)...saya sentiasa berdoa utk dia walaupon ktrg tahu, rezeki hanya dari Allah...segala yang berlaku ada hikmahnya...tapi kita tetap usaha, doa dan tawakkal.

dengan darjah kepasrahan yang cukup tinggi, yang saya rasa ada pada diri saya sekarang, saya cukup tabah menerima apa saya result SPA dia kelak.dapat keje kt government pon dah cukup bersyukur utk arjuna sbb dah lama dia keje dgn swasta...dan andai kata dapat pulak posting di utara (perlis apatah lagi) memang tu kira double bonus la utk kami.tapi kita tunggu je la macam mana...ameennn :)

buah hati mummy dunia akhirat :)


abang yang selalu drama tapi terang hati belajar dan fast learner kata cikgu-cikgi kt tadika dia

dan

adik yang lasak yang dibela oleh dua pasang tangan yang sama yang membela saya hingga jadik manusia yang ada sekarang

syukur dengan anugerah ini
saya tak mahu merungut dengan apa yang Allah terntukan utk saya sebab saya memandang kelebihan yang lain

walaupon agak penat badan dan penat poket berulang ke kampung tiap minggu tapi saya rasa bersyukur bila baca kat fesbuk, caner orang2 lain merindui kampung halaman mereka dan ibu ayah mereka hingga tak sabar nak balik bercuti bila ada kelapangan, saya pulak patut rasa bersyukur sebab peluang memandang mata mak dan ayah, saya perolehi setiap minggu.
maka, nikmat apa lagi yang ingin saya dustakan?
(pinjam ayat seseorang tu hahahahah)

sentiasa positifkan apa yang negatif

atau

sentiasa sesuaikan kelebihan dengan kekurangan yang ada

barulah kita sentiasa rasa beruntung :)

cumaaaa....utk tahun 2012, saya dah buat keputusan utk sesuatu...hahahha mcm la penting sangat kan?

ini dia, cinta tak kesampaian saya hahahah


selamat jalan Mazda5 impianku

setelah bermuzakarah bersama arjuna, saya mmg dah buat keputusan utk lupakan impian ni...kikiki sebab rasa mcm tak sanggup nak "ikat perut" kumpul duit utk downpayment beli ni satu hari nanti

citer dia cam ni (over ke ek nak citer?tp blog seniri kan, lantak la)

memang sejak lega dari kekusutan masalah tahun 2011 dan bila gaji naik bulan april ari tu, saya mmg berniat utk simpan sikit2 dan berjimat cermat utk kumpul duit utk buat downpayment mazda idaman ni...ye lah kan, mazda impian ni rege dia rm156k...so kalo nak bayar monthly kecik, kena la ada downpayment yang besar....huhuhu

then, saya sevey la psl insurans tahunan...tengok2 cam mewah jugak la bayaran dia...pikir2 punya pikir saya bincang hati ke hati dgn arjuna tentang suatu perkara...ewahhhh

lepas pada tu, memang saya cuba rasional kan pemikiran saya antara nafsu, keperluan dan kehendak

lepas tu saya nekad la, lupakan mazda impian.mebi saya perlu carik kereta idaman yang lain yang sesuai dgn bajet hahahaha

tapiiiii...sebenarnya saya ada misi lain utk counter "cinta tak kesampaian" saya tu...hahahahah.nanti la bila dah sampai masa, mesti saya cerita.kikikiki itu impian hidup jugak yang saya berhajat utk capai dalam tahun 2013 ni...doa-doa moga tercapai dan dipermudahkan ameeennn :)

untuk tahun 2013, saya tak de azam hahaha...cuma saya tetap dengan cita-cita utk habiskan labwork sbb 2014 dah kena balik perlis dan start writing (harap2 luluslah utk extend kihkih).saya berimpian utk guna bajet *unimap* utk pegi conference dalam mesia dan bajet *KPT* utk conference kat obersi ...dah harapnya tercapai 2 jurnal berimpak yang perlu saya kumpulkan kalo nak grad kihkihkih

saya pon tak de azam nak kurus kan badan sbb dah letih psiko nak kurus la, diet la...tp ujung2 ngan bila balik kampunag terus melahap cam tak hingat hihihi...so saya nak berpada2 je la...control2 je sket muahahaha...ada duit lebih nak beli beskal kayuh2 tu tapi mebi lepas bln 6 la kot...huahuahua







Thursday, December 20, 2012

tolong...saya tak suka kisah misteri

saya tak gemar misteri nusantara...misteri alam...misteri malam jumaat or what ever kisah2 seram-seram sejuk atau seram-seram kelakar

please...carik orang lain

hukhuk

Semalam, around kul 240 ptg gitu la
saya ada janji ngan pak arab (ewahh appoinment ngan pak arab...ko hader?) kat polymer lab sebab nak tnya dia caner nak wat sbb claim yuran ktrg kena reject.dia dah biasa kena reject tu yg ktrg tanya dia hahahah

ekceli DR. M ni post doc student (eh post doc panggil student jgk ke?)

masa nak turun tangga ke polymer lab tu,saya duk dengar bunyi touch kad duk tit...tit...tengok2 dia duk cuba bukak pintu lab guna touch card tu tapi tak bleh.saya kuokan touch card saya n try banyak2 kali pon tak boleh...pintu tu kekadang mmg camtu...sistem dia biol sket..saya pulas tombol pintu pon mmg berkunci.so tak pe la...ktrg bincang2 kt depan pintu lab tu jek

tetiba pak arab tu cakap dia cam dengar ada orang kt dalam lab...dia pandang muka saya...saya tak dengar lagik.so saya senyap je la n pasang telinga nak dengar sama.

pak arab tu pulas2 tombol pintu dan masih ulang cakap "i think someone inside"

saya pon buat berani ketuk2 pintu dan pulas tombol tapi tak terbuka

pak arab ketuk lagi dan pulas tombol...lepas kan tombol pintu dan KITORANG SAMA-SAMA NAMPAK TOMBOL TU BERGERAK2 MACAM ADA ORANG PULAS DARI DALAM (berserta bunyi pintu bergegar la tapi tak de la sampai gegar2 mcm nak roboh tu)

peh tu saya n dia ketuk2 lagi pintu tu n try bukak..dan memang TERASA MCM ADA ORANG CUBA BUKA PINTU TU DARI DALAM

then, saya touch card sekali lagi dan pulas tombol pintu dan IANYA TERBUKA

namun DALAM LAB ITU ADALAH GELAP
kreekkk kreekk kreekk kreekk (bunyi cengkerik sbb suasana adalah pause dan ktrg berdua senyap kejap dan berpandangan sesama senirik)

pak arab melangkah dua tiga tapak masuk ke dalam lab gelap tu,tapi saya pulak melangkah 4-5 tapak ke belakang...dah ready nak pecut hahahaha

pak arab on suis lampu dan melihat sekitar dalam lab yang nyatanya kosong tak de orang

huhuhuhu

tepi suis lampu tu adalah pintu bilik technician...dan technician adalah sedang bercuti sbb sakit.

maka persoalannya...

siapakah yg memulas tombol pintu dari dalam sebentar tadik?

jeng jeng jeng

sekian adanya


Saturday, December 8, 2012

BBW & WXB 1949

BBW
BigBadWolf Biggest Sales
7-23 December 2012
MIECC Seri Kembangan




seawal 830 pagi dah masuk ke ruang pameran buku, dalam dewan yang besar, selesa dan sejuk :)

bawak shopping troli yang roda dia dah nak terpatah hahaha

sebab luas sangat, buku pon mmg banyak tahap gaban, kaki lenguh, dan yg paling penting...duit pon tak berapa nak banyak (harapkan saki baki dlm debit card jek, sedeeyyy) maka saya tumpukan pd section buku kanak2 je

pas tu ronda section cooking..tapi mmg tak de niat nak beli (sbb resepi boleh gugel kt tenet jek)

tapi minat jgk bila tgk Jamie Oliver bersepah2 ni


tapi mood terbantut sbb bila selak je buku tu terus terbukak page resepi "pork"...kembang tekak mak nokss, terus reject hahaha

jupe gak ni ;) tak beli jugak


lalu section travel, tapi tak banyak yg best,tak macam last time punya sales (selamat duhet)


buku deco...adeiii tabahkan hati


dah kelek dah home deco tu tapi last2 letak balik.gugel jek la nak carik idea deco umah

cute giler nih tapi belek2 je sbb kang kalo beli kena ada baby pulak huahuahua



sesuai utk Amjad dan Aidan hahaha


hahaha tapi tak beli sbb high level sgt ni.mummy baca pon tak paham

hasil tangkapan


buku utk abang


buku untuk adik..hihi 3 ketoi jek sbb dia tak baca buku tapi makan buku,achaner?




buku mummy dan babah


novel mummy


ada jugak terselit section utk malay novel.tapi keluaran lama, CESB punya.tahun sebelum 2008 punya.tapi saya beli jgk sbb rm 8 je senaskhah...peh tu kalo carik tajuk tu mmg jarang jupe dah kat kedai.so saya rembat yg penulis kesukaan saya je la; Noor Suraya dan Liza Nur (diorg ni mmg starting dgn CESB dulu)..keluaran lama pun tak pe la, asal plot citer menarik.tapi mesti zaman2 tu hero n heroin berchenta kat Taman Tasik Titiwangsa kot? tak pon kat Taman Burung KL atau Zoo Negara...hahaha ke Midvalley dah ada masa tu? kihkihkih

yang ni mmg penggemar buku :) Dora pon dia layan


rajin baca buku ye dik...bukan geget n makan buku


tu je la...
errm...kalau diorg wat aftermath pas ni saya gigih lagi pegi kot...kutip mana2 yg ada lagi sebab aftermath lagi berbaloi kot sbb murah giler.

hopefully ada la pas ni..hikhik.sasaran penuhkan mini library CintaBuku katanya :)

WXB 1949

pas beli buku dan lunch dan amik Amjad saya drive balik ke Mersing. 2 minggu tak jupe my little pilot, maka sudah rinduan sangat2

tapiii

sampai area tapak pasar tani paroi (lepas simpang senawang-Highway LEKAS- Kuala Pilah), sebuah myvi kuning plat WXB tu, lady driver lagik wat onar ngan lady driver CBQ kihkih

ekceli asalnya saya hon amaran kat dia sbb dia kuo simpang dari belah kiri cam peluru n terus nak himpit masuk ke lane kanan.CBQ terkejut lalu hon la (hobi masa driving)

then laluan seterusnya adalah laluan berbukit di area Bukit Putus..paham2 je la kalo berbukit dan drive auto..mmg mengaum sket la kan dan perlu selalu tukar ke gear 3.

tapi nak jadi cerita onarnya si WXB ni dia marah kot CBQ hon tadik..dia tak puas hati n cucuk angin @ folo rapat CBQ...yang CBQ ni pulak mmg sokmo la rasa tercabar terus tak bagik can, speed jgk la ngan kete auto tak pick up dia tu...maka mmg mengaum2 la enjin CBQ (maap anak hekan)

WXB tak berjaya cilok dan mmg dia menten cucuk angin lagi 2-3 inci je nak cium bontot CBQ....kalo CBQ tu kete kebal mmg dah brek mengejut, kasik kemik sket myvi dia tu hahahah

then racing la CBQ dan WXB kat sepanjang Bukit Putus tu (keje gilo namanya nih tapi seronok gak ohh)...

sampai la dah dekat Ulu Bendul, tetiba ntah macamana CBQ terleka nak halang lane dia tup tup WXB dapat pintas CBQ...terus dia pecut cam tak cukup tanah gitu...tunjuk kete dia power (laju jgk myvi rupanya)

tp pas tu banyak kete sbb ada pembinaan jalan kt area air terjun Ulu Bendul tu, maka WXB tak leh test power...pas abis jek semua pembinaan tu, WXB carik jalan cilok n dia terus memintas 2 kete dihadapan, juga turut di folo oleh CBQ sebab tamau kalah...ntah apa apa ntah CBQ nye pon

tapi rupanya WXB mmg nak tunjuk dia marah sgt kt CBQ dan nak tunjuk skill racing dia...pas memotong 2 kete tadi dia terus rempit amik lane kanan dan terus stay kat lane tu smpi 200-300 meter kot sbb dia aim nak pintas lori yang nuuuuuunnnnn di depan sanaaaaa

hahahah takat situ, mmg CBQ tak berani nak kejar sbb masa tu CBQ dah speed 110 km/j dah pon.rasanya WXB tu mebi tekan 130-140 kot...so CBQ mengalah je la sbb tak pnh lagi CBQ rempit lebih dari 120 hatta kt highway.so mmg tak berani nak cuba oiiii

sekian adanya cerita rempitan di hari jumaat

sapa jupe WXB 1949, sila rempit dengan beliau!




Thursday, December 6, 2012

Yang mana akan lebih bersyukur?

Antara student yang merasai keperitan kasta mjadi student, kemudian naik taraf mjadi lecturer
Atau pon
Seorang lecturer yang menjadi student dan merasai penurunan kasta?

kihkih
tulisan ini tak de berkaitan kasta2 pon…antara lecturer dan pelajar…Cuma biasalah dalam mana2 kehidupan pon ,yang berpangkat akan lbh dipandang lebih sikit dari golongan biasa.so this is normal situation,tak de niat nak menyinggung mana2 pihak. 

Lokasi: Bendahari

Perbualan antara 2 orang pelajar dan seorang staf

(Amik check bayaran pendahuluan untuk penginapan.Mintak penginapan utk 3 malam tp dapat 2 malam je.udah ler satu malam rate cuma rm80…t u pon nak berkira rm80 lagi tu smpi cut jadik 2 malam jek.memang la kami ada je duit nak bayar tapi dah namanya kami ada hak untuk guna…so apa kes mintak 3 dapat 2 jek?)

S: Puan, nak tnya..kalau tuntutan tiket flight…kira 100% atau macamana?
B: Sebenarnya pelajar tak de utk claim tiket flight (smbil belek borang) ohhh tapi kat sini kamu ada tulis pengangkutan rm250 kan…so boleh la kot.tiket kamu berapa?
S: tiket kami rm300
B : so dapat rm250 je la..kami potong rm50
S: kenapa?
B : sebab kat sini tulis rm250
S: ohhh apa yg kami tulis ms isi borang tu mmg fixed la ye?bukan dia tulis atas tu TERTAKLUK KEPADA PERBELANJAAN SEBENAR ke?
B: ohh memang la…tapi kami mmg akan beri claim yang layak setakat total yang ditulis di sini saja.sama je,dik…lecturer ke student ke…macam ni jugak caranya.kalau kami tak buat syarat begini, nanti semua orang akan claim sampai 7-8 RIBU

Ok…ini lah yang hendak dibincangkan.

Apa maksud NANTI SEMUA ORANG AKAN CLAIM SAMPAI 7-8 RIBU?

Masa hantar borang claim tu bukan ke kita kena sertakan resit asal…tiket flight atau resit tol…resit hotel dan segala mak nenek yang perlu utk claim perbelanjaan?

So celah bedah mana yang si B tu kata NANTI CLAIM SAMPAI 7-8 RIBU?

Mungkin kami ada silap masa mula2 isi borang utk pegi conference, silap isi ruang estimation utk perbelanjaan tapi kot ye pon jangan la bg explaination mcm kan ktrg ni tak sekolah je…cisssssss

Sedih betul nasib jadi student ni…udah le rate otel rm80 je, elaun makan pon tak de noksss sebab katanya kami pergi conference, ada makan.ye memang ada makan…tapi breakfast n lunch je…dinner tak de…so ktrg tak layak makan utk waktu malam ke? Hari perjalanan pergi dan balik pon patut nya kami ada hak utk dpt elaun makan…tapi enggak diberi jugak…sungguh kasihan!

Tapi yang kawan saya kiranya lagik kesian la…sebab peruntukan yang ktrg guna ni adalah dari geran yang dia usahakan…huhuhu…so moral nya disini; masa jd student tak yah gatal2 nak apply geran, perah otak semua…sbb kita tak de hak nak guna betul2, tak macam masa kita jadi lecturer…huhuhuhuh

Berbalik pada soalan awal tadi…kalau dah macam ni punya gaya, situasi mana yang akan rasa lebih bersyukur?

Student yang kemudian jadi lecturer?
Atau
Lecturer yang kemudian jadik student?

Apa-apa pon…brsyukur saja lah dengan apa yang ada.Hidup perlu banyak panca roba dan turun naik…kalau kita sentiasa rasa hepi…rasa best…kita tak paham caner ertinya rasa tak best dan rasa sedih..
Asalkan kita jadi macam yo yo sudah memadai…walau pon kejap di bawah dan kejap di atas…ia tetap berpegang pada talinya (maksudnya tak tersasar dari landasan sebenar)

Sekian.




Tuesday, December 4, 2012

Ops. Mickey

Ops. mickey selama 3 hari 2 malam telah tamat dgn jayanya, alhamdulillah

sesi pertama, ktrg letak perangkap tikus...umpan dgn kulit ayam goreng.esok pagi tgk2 ada sekor terperangkap...arjuna yg tengok dan buang...saya tak tgk langsung sbb nanti fobia...hahaha

arjuna cakap besar gak...kategori cencurut (hahaha dah mcm pengkaji tikus je dia)...besar mcm botol syampu (kenapa botol syampu jd perbandingan? hahaha...)

tapi arjuna geli nak amik tikus tu keluar dr perangkap dan buang...so subuh2 hari tu, dia buang dengan perangkap2 tu sekali, dalam parit besar blkg umah.agaknya kalo orang nmpk or dengar bunyi gedebusshhh tu, harus la org ingat ada orang buang bayi dlm parit tu...kuhkuh.maka, dengan pembuangan perangkap tikus tersebut, rugi lah rm10 ...hahaha (rege perangkap tu rm10 kedai hardware semenyih.kalo kt bangi rm12...cisss)

sesi kedua esoknya...ktrg beli perangkap lain, kt kedai sememnyih gak...umpan nugget tapi dah tak de mangsa dah...

kesimpulannya, mickey tu ada sekor jek dlm bilik tu...dan mebi dia tak leh kuo dari bilik tu la, wat rumah setinggan jap dlm tu selama lbh kurang 3 minggu kot

inilah bilik kejadian (slps dikemas kini)



bila arjuna dah balik, saya fobia n takut2 gak nak masuk bilik ni sorang2 bila nak amik baju oe etc (sbb ni bilik baju n barang2 jek)...bau pon semacam dlm ni...tp hopefully pas ni dah wangi sbb dah buh pewangi ambi pur...hakhakhak

maka, weekend 2 hari saya kena mengerah tenaga dan membanting tulang 4 kerat utk mengemas kini dan menyusun atur kembali baju2 dan barang2 dlm almari dan lelain...kena basuh brg2 peribadi dlm laci...basuh towel2 sbb rasa cam melekat bau tinja mickey tu...ohhh sungguh terdera perasaan!

ehh gambar ni tak de kena mengena tp nak tayang gak alas rak jahit seniri, baru siap...hahaha buh lace tepi2 sbb dpt aura dari alas rak mamatiamia...kuikui



then sbb masa kemas kini bilik mangsa mickey tu, kuokan kotak 2 novel...maka amik peluang tulis semua list novel dlm buku pendaftaran CintaBuku :)


semua setakat 2/12/12 ada 198 novel dan buku2 motivasi :)

pas tu, terjumpa novel arjuna hadiahkan masa sebedey



hewhew...terharu tiba-tiba....

doa sejak kawen...then dititipkan atas novel pd tahun 2008, tapi masih belum termakbul dengan sebenar...tapi kami tetap bersyukur dgn segalanya...ada hikmah yg tersembunyi dan seharusnya kami pasrah dan redha dengan semuanya.Allah tak beri skrg sbb mebi Dia nak bagi sesuatu yang lebih baik :)

contohnya:

arjuna tak yah dengar saya membebel tiap hari

ataupon

saya tak yah susah2 nak masak dinner tiap malam

kahkahkah