Day 1
Day 2
belog saya = diari saya = cerita saya = kehidupan saya
Masuk Tahun 2014, atau lagi tepat nya bila bermula sesi persekolahan, makan bermula la rutin harian kami sekeluarga yang baru..so kena la biasa kan dan hadapi dengan tenang hahaha
So citer sikit la camne rutin harian ktrg bermula dari celik mata hehehe
Pagi: seawal 6 pagi -615 pagi saya dan arjuna akan bangun.saya bangun terus mandi, solat dan terus prepare bekalan utk saya dan Amjad
bukan la bekalan apa sangat, tapi sediakan la botol air utk ke sekolah, bekal utk bfast dalam kereta sepanjang nak smpi ke sekolah, bekal air minuman saya, bekal baju basahan lepas balik sekolah dan juga bekal utk dia makan waktu rehat (kalau perlu dipanas kan atau prepare pagi2).Saya mmg tak harap Amjad beli di kantin heheh knowing my own son ni..mmg faham sangat la pe'el dia kan? dah anak seniri...alangkan bawak bekal pon kadang dia cakap tak smpt nak abis kan..hahha so dapat bayangkan kalao dia amik masa utk berautr, pikir nak beli apa n duduk makan.hahaha
Pagi2 kat rumah ni mmg ada je la drama..kadang2 adik dia buat perangai..biasa la kan..heheh kdg tak nak pki baju la,itu la ini la..mmg riuh rendah la jgk maca ada anak 20 orang!Kdg2 kalut la jgk, smpi mummy nak pakai lipstik n perfume pon tak sempat hahah
Budak2 berdua tu mandi mmg babah dia la yg setel kan..pehtu babah dia setelkan pki kan baju yg kecik.Amjad mummy yang handle, pakaikan baju sekolah seme n suruh dia solat subuh.MMg b4 sekolah mula lagi saya dah pesan, dia kena mula belajar solat bila masuk Tahun 1..alhamdulillah...dia mudah menurut kata bab2 solat ni.Dan saya pon nak latih dia solat seniri,sbb sebelum ni mmg dia folo saya solat maghrib dan zuhur, asar (if hari cuti), masa ktrg tgl berdua lagi.Bila babah dia ada duduk sekali, latih pulak dia folo solat jemaah ktrg bertiga.dan bila adik dia ada, masih suruh dia folo walaupon pada permulaan byk jgk cabaran, sbb adik dia asik kaca hahaha
Tp so far, ok la alhamdulillah.tgk pergerakan solat dia pon ok, cuma bacaan tu tak sure la semua betul ke tidak kan? slow2 la nanti boleh betulkan...asalkan anak2 tau solat tu perlu buat setiap hari dan waktu, itu dah memadai utk dia jadikan menda tu sesautu yang PERLU buar dan nti dia akan terbiasa dan rasa janggal if tak buat or tglkan solat.aminnn :)
Lepas siap2 semua, ktrg gerak ke sekolah seawal 7 pagi hehe..rasa awal giler.nak buat macam mana kan, sekolah jauhhh hewhew
Posted by teduhankasih at 9:10 PM 0 comments
Labels: anak bujang, anak teruna, bebelan, lovingkapel
Pagi ni keluar awal dari selalu sbb nak ke Great Wall (yippie!!)
Untuk ke sana, ada byk cara sebenarnya.Antara yang popular ialah dengan menaiki subway hingga ke station Xinjiekou (Line 4 exit A) atau station Jishuitan (Line 2) dan selepas itu kena naik bas untuk ke entrance Great Wall iaitu Badaling.
Kalau ada duit lebih, boleh naik teksi pergi dan balik.rasanya penah baca dan tnya experince orang yg dah guna teksi, tambang 2 hala ni dalam 300 yuan utk satu teksi.so kalo tong2 3 orang ke, jimat la jugak kan? dan teksi juga mudah di dapati bila sampai station subway Xinjeikou atau Jishuitan tu.
Cara yang ketiga iailah dengan menaiki S2 Train dari Beijing terus ke Badaling.
So cara yang ketiga ni la yang saya guna ;).
So untuk naik S2 train ni kena pegi ke North Beijing Railway Station yang terletak bersambung dengan subway station Xizhimen (Line 13)
Saya bergeas nak cepat sampai ke situ kunun nak catch train terawal sbb malam sebelum tu duk gugel info kat web, ada train pukul 7:58, 8:34, 9:03 dan seterusnya.saya plan sempat la catch train al least pukul 9:03 punya.Tapi hampa, sampai sana dah terlepas train pukul 8:30 dan train seterusnya adalah pukul 10:57...adoiii lama giler la kena bertapa kat station ni uhuk uhuk
Tapi nak tak nak, dah sampai...teruskan la ye tak?
So beli la tiket S2 train tu, cuma 6 yuan /rm3 je sehala .murah kan?
Masa duk tengok timetable utk train balik ke Beijing, ada jumpa 2 orang amoi..mcm gaya pelancong jgk la sbb duk salin2 timetable dan snap sana sini hahah.So saya tanya la diorang, nak pegi Great Wall jugak ke, dari mana apa seme? Sorang amoi je fluent cakap english, yang sorang lagi asek bantai mandarin je hahah
So saya tnya kat yang sorang tu, boleh tak saya nak join sbb saya sorang2...dia kata ok tapi dia cakap sorry la sbb english dia tak ok.saya tak kisah ler asalkan saya tak sesat barat.hahaha...sbbb masa kat station tu cam blur2 jugak sbb seme tulisan cina, baik notis board, time table seme, tak de yang tulis english pon.duk pikir kang ada announcement apa2 psl train kang, tak paham apa mau tertinggal train.haru biru sehhhh...
So berjanggut la tgu kat station tu, sambil tengok diorg ni makan cupcake la, mee segera la..hahah.saya telan ailio je la.diorg duk offer gak cup cake, lolipop, mee segera n chewing gum kikiki.saya amik lolipop ngan chewing gum je sekadar nak jaga hati.tapi pas tu simpan dalam kocek, tak makan pon.
Tunggu punya tunggu, kul 1040 gitu, gate pon depa dah bukak.so berlari-larian la pegi kat train.hahaha...masa ni saya kompius kena seme orang kena berlari, so saya berlari skali la.ala2 marathon gitu hahaha.lagipon train tu park jauh giler
Posted by teduhankasih at 2:55 PM 0 comments
Labels: cuti, lovingkapel, merambu