Monday, January 11, 2010

setelah sekian lama tidak berasap

Lama jugak The Beach (dapur saya tu) tak berasap secara official

Hah...cam ne tu yg boleh di kategori kan sbg "berasap secara official"?
maksudnya...masak dengan bersungguh2 tuk hidangan sekeluarga kecik saya ni la

kalo setakat wat sup utk anak teruna ngan goreng ayam, etc tak leh kategori official lagi la
hahah...layannn je la ek

so Sabtu saya masak ni utk lunch (org len melantak chic chop ms dinner, ktrg ni terlebih western dr omputeh u know!)


chicken chop
ewah...siap buh 2 kpg gambo chicken chop, perasan hebat la tu!

petang pas zohor, merambu ke Tesco, beli brg2 dapo seme
pas asar, boring2 tak tau nak lepak mana...tersesat la CBQ ke dataran bunga raya (if i'm not mistaken), kat bwh Menara Alor Setar...
lepak2 pekena rojak buah
then, kul 6 gerak ke Jitra, pekena char kue teow Zam (sbb ibu mengandung ada sebut penah makan kat situ...saya pon teringin gak walaupon saya not yet ibu mengandung)
Hari Ahad, sesi kemas2 umah
so bekpes sempat wat ni as requested dari arjuna
cucur jagung+udang+kucai bersama air teh ajer


dan for lunch,
kelentang kelentung kat dapo smpi berbau satu Teduhan Kasih, akibat ini:



Siakap Sweet Sour (as sweet as org yg masak bila senyum dan as sour as org yg masak bila marah, apa kaitan ntah)
nenas cincang yg over tonjol diri berbanding siakap nya...boleh laaaaa
petang pulak, tak masak
makan kat Derma je.
bihun soto, roti jala ngan sate
dan arjuna balik naik bas kul 9 suku
saya dan anak teruna balik umah...layan juara lagu 24, sempat sebuah lagu je
pas tu layan tido sampai terlewat bangun dan terlewat pegi keje!
okeh...last but not least
musti la my super hero


rajin tul tulung mummy siram pokok (lebih kepada nak main ari sebeno nya)
hopefully, bila dah beso sok rajin gini la nak yeeaa...jgn nti bila mummy terjerit2 suh tolong siram pokok2, you nyorok dlm selimut pulak
harap2 blog ni wujud lg bila you dah besar sok, mummy tunjuk gambo ni wat bukti masa kecik you rajin tanpa di suruh
oh anakkkkk...


Thursday, January 7, 2010

soalan untuk suami dan isteri

Semalam, saya beli buku ini kerana tertarik dgn tajuk nya
Banyak jugak page yg sempat saya baca malam tadi dan saya tertarik dengan suatu topik

Terasa nak kongsi jugak kat sini, sekadar peringatan diri dan renungan bersama

Penulis iaitu Ustaz Hasrizal mengajak pembaca (yang katanya masih sedar sebelum "dibius cinta") agar menjawab beberapa soalan dengan jujur dan telus, heheheh

Ok, ni soalan bakal isteri dan isteri2 utk psgn :

-sekiranya beberapa tahun berumah tga, belum kita beroleh cahaya mata, saudara mara dan teman2 menuduh engkau bukan seorang jantan, dan aku punca sepimu tanpa zuriat, masihkah aku berada dlm lubuk hatimu ketika engkau di asak keluarga dan teman?

-semasa mengandung, aku tidak lalu makan, mulut asyik mengeluh sakit, tidur sering tak lena, dari ceria menjadi pemarah dan sering berduka.Sabarkah engkau dengan kelemahan ku?

-ketika cahaya mata bertambah, kerjaya semakin berkembang, pendapatan bertambah, tanggungan dan beban juga bertambah.dlm suasana yg byk tekanan dlm rumah tga, apakah engkau masih mampu ceria?sabar dgn keranah anak2 dan ibu mereka?

-jika aku ditakdirkan diuji Allah dengan barah payudara, terpaksa mengorbankan salah satu atau keduanya, kimoterapi meluruhkan semua rambutku yg menjadi pujianmu, tubuhku lemah menumpang kasih dlm pelukanmu, masihkah engkau mencintai ku?

huhuhu...waktu saya baca ni satu persatu, saya senyum2 sinis...terbayang mcm mana reaksi arjuna sekiranya soalan ini saya ajukan pd dia...tapi saya membayangkan musti arjuna angguk2 kepala, mengiakan semua dan berjanji akan masih setia disisi...wallahu'alam...doa saya mcm tu la...

Meh kita tgk soalan bakal suami dan suami2 utk isteri pulak:

-keceriaanku pudar oleh tekanan kerja, aku cenderung untuk diam dan senyumku mungkin kurang manis dan indah. sabarkah engkau dengan perubahan itu nanti?

-andainya kerjayaku dirempuh badai dan surut seketika, kewanganku dan keluarga kita jauh dari mencapai sempurna keperluan.keluarga dan teman mencemuhmu kerana 'menanggung " aku sbg suami yg dilabel "dayus".aku akan berusaha agar ia hanya seketika, namun sabarkah engkau menempuhnya?

-jika kerjaya ku berkembang di luar jangkaan, engkau terpaksa berkongsi diriku dengan masa, sabarkah engkau dengan suasana itu dan adakah aku masih cinta hatimu?

-jika doktor mengesahkan aku tidak mampu memberikanmu zuriat, rumah tga kita sunyi tanpa cahaya mata, apakah engkau masih sudi menemaniku dalam bahtera rumah tga?

-sekiranya aku ditimpa kemalangan atau strok, apakah ia menggugat cinta kita dan mampukah engkau terus hidup di sisiku?


bila baca soalan suami utk isteri pula...saya sempat berfikir sejenak...apa pula reaksi saya?
huhuhu...sejujurnya...dari soalan2 di atas, alhamdulillah saya sudah pon berjaya menjawab 2 soalan sbb saya dah pernah melaluinya....errm...soalan yg mana satu? biarlah rahsia...

tapi...sungguh...isi2 dlm buku ini byk menginsafkan saya dan saya sgt2 bersependapat dengan tulisan penulis dlm ayat yg berbunyi:

"ketika di bius cinta, kita menafikan segalanya.bahawa cinta dan rumah tga kita indah semuanya.tidak akan ada dugaan sedemikian rupa.sebagaimana kita melihat kematian, kita sering melihat kematian sbg kematian org lain, tanpa meletakkan diri di ketentuan itu.biarpun mati itu pasti, kita yakin ia bukan giliran kita"


~sekadar berkongsi rasa~



Monday, January 4, 2010

WANTED!

tgk ler kesalahan apa dia wat masa mummy tgh solat menghadap Ilahi...


patut ler dia duk berlari masuk-keluar bilik masa mummy tgh solat (wat spot check mummy dah siap solat ke belum) then bau harum semerbak...
rupa2nya duk main bedak...abih penuh muka, atas tikar...
hehehe...then mummy "denda" suh dia amik sapu tangan n lap...kehkehkeh
macamana ler tak "bergaduh" hari-hari ginih...huhuhu....tapi ni ler penghibur mummy tetiap hari!


Saturday, January 2, 2010

plan cuti2 mesia 2010

Oleh sebab percutian luar dari mesia telah “di haramkan” buat seketika…hahah so kami cuma wat planning utk cuti2 dalam mesia je tahun 2010. Ni plan dan angan2 je, jadi ke idak tak pasti lagik…tak pe berangan tu percuma! Lagi pon kalo tak de angan2 dan planning dan impian, tak rajin pulak nak ngumpul RM, ye dak???

Teringin nak pegi:

Mula-mula sekali, nak cuba tren baru Rawang-Ipoh

then...



Cameron Highlands, mebi nak pegi masa cuti Maulidurrasul kot sbb masa cuti raya cina, arjuna kompem tk leh cuti. Lgpon masa tu, sedara dari kg mau ke sini…ada majlis tunang anak dia.

Terengganu dan Kelantan, yang ni mmg dah 3 tahun kot saya tgu turn dapat ke sini…sambil wat lawatan LI student, saya juga mahu bw arjuna dan teruna ke MRSM tmpt saya belajar…hehehe

Langkawi, gedik2 mahu beli kitchen ware, corning ware, luminarc, vision (haha tamak haloba!)...dan sudah menghasut Puan Buddy agar turut serta. Yg ni akan pergi bulan 6, sekali ngan conference kat sana (insyaAllah)

Melaka dan PD, nak naik eye on, naik cruise Sg Melaka, dll.Melaka pon cam dah best je skrg.Last pegi masa teruna lum ada dlm peyut lagi

Bukit Tinggi (imbas memori daun pisang) dan Genting Highlands

Itu je kot buat masa ni yg dalam plan…akan2 dtg tak sure lagik.Tgk pada masa dan kewangan laa…


Friday, January 1, 2010

2010 semoga lebih gembira dan bahagia serta bermakna

Selamat Datang 2010!


Sebenarnya masa sambut Maal HIjrah, nak wat entry tapi tak berkesempatan.



Apa yg best 2009?



-pasal diri seniri dan keluarga...biasa2 aje kot.cuma masa raya plg syok sbb dpt kumpul seme adik beradik dan anak2 sedara...dan tahun ni dpt sorang lg anak sedara.then tahun ni ada jgk la tempat dpt cuti2 mesia...dpt pi Lumut, Penang (dah slalu pegi, cheh berlagak!), pi Bandung (b4 org tu di haramkan ke luar negara, hahaha), Kuala Kangsar (laa...ni pon nak tulis ke?). Pasal saya dan arjuna pulak.ermmm...makin cuba paham antara satu sama lain kot?wpon di akui selalu gak bergaduh tp saya tetap cuba yg terbaik utk ignore dan tidak merajuk dgn perkara2 kecik.biasa la...dah masuk 3 tahun berkahwin, byk menda dah sama2 realize dan hidup bukan cam pilem hindustan.asek golek2, nyanyi2...musti ada jugak di sulami dgn tawa dan air mata.tp kira ok la jugak, sbb semua rasa saya dpt rasa...rasa gembira, sedih, dukacita, bahagia, terharu, menyampah, geram, senyum dan lain2. so saya kompem la saya bukan robot...yg tak de sense apa2 kan?heheh

-dari segi kerjaya, rasanya biasa2 je…tak de la hebat sgt. Cuma 2009 adalah tahun terbanyak saya pergi conference…RAMM, MUCEET, MPIC dan EMSM. Saya jugak wat pertama kali di beri kepercayaan mengajar subjek polimer…dan utk dua2 semester, saya dapat subjek baru.tak pe…wpon agak “berat” sbb kena study dan study…tapi saya tetap cuba yg terbaik. Dan saya jugak rasa sedih sbb terpaksa tinggalkan subjek yg dah lama saya pegang…sob sob. Saya juga buat pertama kali "bertegang urat" dgn salah sorang staf di sini...tp tak yah la eloberate pnjg lebar, bnda dah lepas...hahhahh

-utk Teduhan Kasih, tahun ni saya cuma dpt tanam rumput kapet je, cuma 1 je tercapai dari 5 wishlist yg di buat.

-saya jugak gembira sbb byk jugak benda yg saya duk2 idam2 kan, dpt saya beli dan saya rasa dan saya miliki, alhamdulillah!

Apa yang sedih 2009

-2009 menyaksikan segala perancangan saya telah gagal…heheh…kalau ada yg pernah tahu, saya plan byk menda agar saya dan arjuna dpt tinggal serumah dan membesarkan anak teruna bersama2(tak kira la di JB atau di Perlis) tapi nmpk nya Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk kami, sepertimana itulah doa saya. Bermula dari saya cuba mendapat tempat utk further study di UTM kemudian mendapatkan kerja di sini utk arjuna dan terakhir adalah mendapatkan tempat utk dia belajar di sini (wpon mmg rugi terpaksa amik degree semula) . Namun akhirnya kami terpaksa akur dengan ketentuan…Allah menguji kami satu persatu dan kami terpaksa redha. Dan hingga sekarang saya tiada apa2 plan…sekadar pasrah dengan ketentuan dan masih kekal berdoa agar Allah sentiasa menentukan perkara terbaik utk kami sbb hanya DIA yg tahu


Kadang2 kita kena bersikap realistik dan akur dan bersyukur. Itu yg saya pelajari!

-dan saya masih kekal memegang trofi ******* Hampeh untuk 2 tahun berturut2..kuh3…yg ni jugak saya byk belajar perkara

Tapi saya tetap juga bersyukur dan terima sebab saya percaya, one day akan ada sinar bahagia dan saya bakal memegang trofi ******* Pujaan Se Malaya…teruskan berdoa sbb saya percaya, WE HAVE HOPE BECAUSE WE HAVE LOVE!

Sinar 2010

-saya nak jd isteri solehah dan yang terbaik utk arjuna terchenta-sayang, lebih baik dari tahun2 sebelumnya.juga nak jadi mummy yg super utk anak teruna tersayang...kalo boleh saya tamau garang sgt ngan dia (ye...saya mmg garang ok!heheheh)

-kalo ada rezeki sambung phd in July 2010, saya nak cuba habiskan within 3 years (berangan lebey!) dan betul2 jadik Dr. Azwin pada bidang research yg saya buat.saya tamau malas2 dan lemau2...iyo la tuuuuuu .saya harap arjuna akan jd penyokong kejayaan saya, menguat semangat saya ketika saya jatuh dan lemah, telinga utk mendengar saya merungut kalo susah wat research dan bahu utk saya tumpahkan air mata bila stress, tension dan yg sewaktu dgn nya

-saya nak kumpul duit elaun belajar yg saya bakal dpt tu...sebab saya dah aim nak tour Europe suatu masa nti (bila ntah!)

-saya jugak nak cuba bayar duit kete lebih dari biasa tetiap bulan agar dlm tempoh 3-3 1/2 tahun akan dtg, dah abih dah payment CBQ 1979 tu...so hopefully in 2013 or 2014 saya dah buleh pakai kete baru, yg paling baru di pasaran dan yg BESAAAARRRR PUNYA (sila tiru gaya ikan megi lauk ikan)...ewahhhh...berlagak tak bleh blah!

-nak start potong gaji utk byr zakat dan pinjaman pelajaran MARA, heheh

-last but not least...dpt hidup sebumbung dgn arjuna dan membesarkan anak teruna bersama2...insyaAllah!So saya akan tmbh satu lagi harapan iaitu saya akan lebih rajin memasak dan mencuba resepi baru.

(owh...plan menambah bilangan anak akan kami revise semula...keh3)

Ya Tuhan,hambaMU ini dambakan ketenangan hati dan kebahagiaan dunia dan akhirat.HambaMU juga memohon keteguhan iman dan ketaqwaan kepadaMU.

HambaMU memohon kemurahan rezeki dan keberkatannya serta dikurniakan kesihatan yg berkekalan

Amin...