Monday, January 18, 2010

yg ke 37

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yg Ke 37
buat Mak dan Ayah
Ya Allah,
kurniakan lah kesihatan yg baik kepada mereka berdua
sebagaimana mereka menjaga kesihatan ku
Rahmatilah mereka sentiasa
sebagaimana aku dambakan kerahmatan dariMU dan dari mereka
Kasihanilah mereka Ya Allah
sebagaimana mereka mengasihaniku ketika aku masih kecil
Aminnn
**saya sudah tempah special present utk ayah dan bonda
insyaAllah 27hb nanti kot baru smpi benda tu ke kg halaman
nanti saya upload benda tu



Friday, January 15, 2010

nostalgia episod 1

thanks to facebook

karena mu saya bisa mendapat gambar2 nostalgia ini

Masa Darjah 1 Mawar
sila carik saya yg mana satu?
hahahah

eehhh...seriyes nak gelak sampai tersedak tgk gambo budak2 kecik dlm ni
teringat kenangan lama

masa nak masuk Darjah 1 neh, mak siap upah jam tangan
sbb saya tak mo masuk Darjah 1 tapi sudah mahu lompat Darjah 2
kerana b4 masuk Darjah 1 yg ni, tahun sebelumnya saya sudah masuk Darjah 1 dah...tp umo masa tu 6 tahun la kan
so masa dah betul2 umo 7 tahun, kwn2 lama sudah naik darjah tapi saya kena ulang Darjah 1 dua kali
sapa tak hottttt kan?
hahahah
tapi...bila masuk Darjah 1 Mawar nih, hofkos la saya yg paling cerdik,sbb dah belajo semua silibus...
keh3...peh tu cikgu2 pon dah kenal...saya siap demand mahu duk depan sekali....



ni masa From3 kot kalo tak silap... tak pon Form 2


yg ni masa From 2 kot (ayakkk...suda lupa laaa)
masa ni bergambo ngan Cikgu Sivamaniam yang mahu pindah ke Sek. Men. Anderson Ipoh
ni cikgu faveret sang arjuna neh, sbb cikgu ni coach hoki dia (hahah...laki aku tu pon, carik la cikgu faveret yg cerah sket...bleh "copy" kaler kulit)
errm...yg depan pegang kotak hadiah tu dah meninggal dah...rasa nya dah 2 tahun kot...sob sob...dia ni besfren saya kat sekolah agama...selalu kayuh beskal sama2....


gambo ni kecik la pulak
i'm proud to be MJSC-ian
saya yg tepi sekali, belah kanan
duk tepi smpi nak terjatuh dah dari kerusi
hahahah
ok...byk lagi gambo nostalgia neh
dah bwk lek dah album lama dari umah mak
nanti la ada masa scan dan buh dlm blog
utk jadik bahan gelak!
hahahhaha



Wednesday, January 13, 2010

edible garden

Kuh3

edible garden yg tak seberapa

tapi tak pe la...wat kenangan, kena masuk gak dlm blog

Pokok serai

-ni ayahanda tersayang yg tanam, bulan Feb 2008
dah dekat setahun, baru byk ni tumbuhnya
kira ok la tu, sbb masa mula2 ayah tanam dulu, sebatang je dia cucuk
peh tu, anak bongsu dia ni mmg la sangat-sangat rajin menyiram
tu yg setahun baru tumbuh byk ni, hehehe


Pokok limau purut
-yg ni pun syahdu jugak riwayat dia
pon ayahanda yg tanam, Feb 2008
hahahah...mak yg belikan anak pokok kat nursery pokok depan taman budaya perlis
2 kali pokok ni hampir tamat riwayat
tapi, berkat kegigihan saya sebagai penyiram berdedikasi, riwayat hidup dia masih panjang hingga ke hari ni
dan lepas saya tambak kawasan blkg ni ngan batu2 kelikir ni, makin hidup subur lak dia, makin byk dan hijau daunnya
mungkin dia suka duk kat kwsn berbatu kot?
asal dari gurun mana ntah pokok ni

Pokok limau kasturi
-mak saya sedekah masa saya balik cuti hari tu
tp baru minggu lepas dpt tanam kat Teduhan Kasih
sempat la dia duk berkampung kat Bentong 2 minggu



Pokok limau nipis
-ni pon mak saya sedekah jugak
siap bg yg ada buah sekali
bimbang anak bongsu dia tak kenal ni pokok apa
hahahah



errm...pokok pandan dlm poses membanyakkan akar b4 tanam
duk rendam
harap2 riwayat hdiup dia bertahan smpi dpt selamat di tanam

peh tu, tgh nak meminang pokok kunyit ibu adeeb
tak dapat2 lg nak meminang ni....hahah...tgu masa je ni

pokok apa lg ek nak tanam?

errmm...pokok pisang- sbb nak kan daun, mana tau nak wat ikan bakar ke

pokok cili- tamau la...

pokok daun kesum- aaa...best jugak tanam ni

tu je la kot....wpon nanti akan pindah kejap dari Teduhan Kasih, tapi tak pe la...biar je la tanam, nanti sedekah je la kat "bakal2 penyewa"




Monday, January 11, 2010

setelah sekian lama tidak berasap

Lama jugak The Beach (dapur saya tu) tak berasap secara official

Hah...cam ne tu yg boleh di kategori kan sbg "berasap secara official"?
maksudnya...masak dengan bersungguh2 tuk hidangan sekeluarga kecik saya ni la

kalo setakat wat sup utk anak teruna ngan goreng ayam, etc tak leh kategori official lagi la
hahah...layannn je la ek

so Sabtu saya masak ni utk lunch (org len melantak chic chop ms dinner, ktrg ni terlebih western dr omputeh u know!)


chicken chop
ewah...siap buh 2 kpg gambo chicken chop, perasan hebat la tu!

petang pas zohor, merambu ke Tesco, beli brg2 dapo seme
pas asar, boring2 tak tau nak lepak mana...tersesat la CBQ ke dataran bunga raya (if i'm not mistaken), kat bwh Menara Alor Setar...
lepak2 pekena rojak buah
then, kul 6 gerak ke Jitra, pekena char kue teow Zam (sbb ibu mengandung ada sebut penah makan kat situ...saya pon teringin gak walaupon saya not yet ibu mengandung)
Hari Ahad, sesi kemas2 umah
so bekpes sempat wat ni as requested dari arjuna
cucur jagung+udang+kucai bersama air teh ajer


dan for lunch,
kelentang kelentung kat dapo smpi berbau satu Teduhan Kasih, akibat ini:



Siakap Sweet Sour (as sweet as org yg masak bila senyum dan as sour as org yg masak bila marah, apa kaitan ntah)
nenas cincang yg over tonjol diri berbanding siakap nya...boleh laaaaa
petang pulak, tak masak
makan kat Derma je.
bihun soto, roti jala ngan sate
dan arjuna balik naik bas kul 9 suku
saya dan anak teruna balik umah...layan juara lagu 24, sempat sebuah lagu je
pas tu layan tido sampai terlewat bangun dan terlewat pegi keje!
okeh...last but not least
musti la my super hero


rajin tul tulung mummy siram pokok (lebih kepada nak main ari sebeno nya)
hopefully, bila dah beso sok rajin gini la nak yeeaa...jgn nti bila mummy terjerit2 suh tolong siram pokok2, you nyorok dlm selimut pulak
harap2 blog ni wujud lg bila you dah besar sok, mummy tunjuk gambo ni wat bukti masa kecik you rajin tanpa di suruh
oh anakkkkk...


Thursday, January 7, 2010

soalan untuk suami dan isteri

Semalam, saya beli buku ini kerana tertarik dgn tajuk nya
Banyak jugak page yg sempat saya baca malam tadi dan saya tertarik dengan suatu topik

Terasa nak kongsi jugak kat sini, sekadar peringatan diri dan renungan bersama

Penulis iaitu Ustaz Hasrizal mengajak pembaca (yang katanya masih sedar sebelum "dibius cinta") agar menjawab beberapa soalan dengan jujur dan telus, heheheh

Ok, ni soalan bakal isteri dan isteri2 utk psgn :

-sekiranya beberapa tahun berumah tga, belum kita beroleh cahaya mata, saudara mara dan teman2 menuduh engkau bukan seorang jantan, dan aku punca sepimu tanpa zuriat, masihkah aku berada dlm lubuk hatimu ketika engkau di asak keluarga dan teman?

-semasa mengandung, aku tidak lalu makan, mulut asyik mengeluh sakit, tidur sering tak lena, dari ceria menjadi pemarah dan sering berduka.Sabarkah engkau dengan kelemahan ku?

-ketika cahaya mata bertambah, kerjaya semakin berkembang, pendapatan bertambah, tanggungan dan beban juga bertambah.dlm suasana yg byk tekanan dlm rumah tga, apakah engkau masih mampu ceria?sabar dgn keranah anak2 dan ibu mereka?

-jika aku ditakdirkan diuji Allah dengan barah payudara, terpaksa mengorbankan salah satu atau keduanya, kimoterapi meluruhkan semua rambutku yg menjadi pujianmu, tubuhku lemah menumpang kasih dlm pelukanmu, masihkah engkau mencintai ku?

huhuhu...waktu saya baca ni satu persatu, saya senyum2 sinis...terbayang mcm mana reaksi arjuna sekiranya soalan ini saya ajukan pd dia...tapi saya membayangkan musti arjuna angguk2 kepala, mengiakan semua dan berjanji akan masih setia disisi...wallahu'alam...doa saya mcm tu la...

Meh kita tgk soalan bakal suami dan suami2 utk isteri pulak:

-keceriaanku pudar oleh tekanan kerja, aku cenderung untuk diam dan senyumku mungkin kurang manis dan indah. sabarkah engkau dengan perubahan itu nanti?

-andainya kerjayaku dirempuh badai dan surut seketika, kewanganku dan keluarga kita jauh dari mencapai sempurna keperluan.keluarga dan teman mencemuhmu kerana 'menanggung " aku sbg suami yg dilabel "dayus".aku akan berusaha agar ia hanya seketika, namun sabarkah engkau menempuhnya?

-jika kerjaya ku berkembang di luar jangkaan, engkau terpaksa berkongsi diriku dengan masa, sabarkah engkau dengan suasana itu dan adakah aku masih cinta hatimu?

-jika doktor mengesahkan aku tidak mampu memberikanmu zuriat, rumah tga kita sunyi tanpa cahaya mata, apakah engkau masih sudi menemaniku dalam bahtera rumah tga?

-sekiranya aku ditimpa kemalangan atau strok, apakah ia menggugat cinta kita dan mampukah engkau terus hidup di sisiku?


bila baca soalan suami utk isteri pula...saya sempat berfikir sejenak...apa pula reaksi saya?
huhuhu...sejujurnya...dari soalan2 di atas, alhamdulillah saya sudah pon berjaya menjawab 2 soalan sbb saya dah pernah melaluinya....errm...soalan yg mana satu? biarlah rahsia...

tapi...sungguh...isi2 dlm buku ini byk menginsafkan saya dan saya sgt2 bersependapat dengan tulisan penulis dlm ayat yg berbunyi:

"ketika di bius cinta, kita menafikan segalanya.bahawa cinta dan rumah tga kita indah semuanya.tidak akan ada dugaan sedemikian rupa.sebagaimana kita melihat kematian, kita sering melihat kematian sbg kematian org lain, tanpa meletakkan diri di ketentuan itu.biarpun mati itu pasti, kita yakin ia bukan giliran kita"


~sekadar berkongsi rasa~