Monday, March 22, 2010

dua beranak yg busan

uhuhuh...

weekend yang sangap

serius busan tahap gaban
tp disebabkan poket adalah kering tahap gaban jugak
maka terpaksa bertapa jugak la kat rumah
*
tambah2 lagi, arjuna tak balik de kat umah sini, sbb dia ada kat umah dia kat Bentong
(hahaha...gigih ubah ayat tanak nmpk cam weird ngan ayat seniri)
*

owh...before tunjuk gambar tak semenggah dan bgtau citer yg tak berapa hot
nak citer satu kisah "seram-seram kelakar" sket la psl weekend ktrg
*

masa nak masak nasik lunch
boleh tu baru pasan BERAS ADALAH SUDAH HAMPIR HABIS
kuh3
giler arrr
cam ne leh tak pasan ntah masa masak minggu lepas
*

sukat2 lebih2 kurang
cam cukup ler utk makan 2 beranak ni selama 2 hari tu

fuuhhh sib baik
kalo idak, ada yg pi mitak makan kat umah jiran yg terdekat
iaitu IBU ARIQ
miahahahaha
*

masa tgk beras tu, dah rasa cam nekad dah nak pi TESCO terus la kan
dah alang2 nak beli beras 5 kg, apa kata kalo terus je shopping barang umah seme
tp kena guna duit pestik la sbb gaji lum masuk lagi
*
dan sejujurnya la nak bgtau, wat pe nak malu, ye dak? ni blog seniri...so jujur la sejujur-jujur nyeeee
mmg hazab jugak la nak tgu gaji bulan ni, sbb bulan feb ari tu dah ler gaji awal, pas tu sepanjang feb dan mac ni, saya mmg over spending...mcm2 beli, mcm2 belanja, mcm2 tempat pegi...so tak pe la kan...hehehe
*

berbalik citer beras td, tapi bila saya pikir2 balik, tak yah le pegi beli beras
2 org je pon nak makan...lg pon senin-jemaat kompem la tak masak kat umah, masak beli kat kedai je
*

so saya padamkan niat suci murni saya td utk menambahkan pendapatan TESCO pada hari itu
*

pas tu, dan-dan tu teringat mak saya penah pesan..." jgn biarkan kat umah tak de beras...mana tau kot2 ada orang nak datang umah ke"
*

hahahha...betul jugak tu
tp rasanya tak de kot org nak dtg
tapi kalau ada yg nak dtg jumpa, tp tak sudi dtg umah...dia nak jupe kat luar je, cam ne tu??? gelak2 ngan ibu ariq...syyyyyy
*

in case kalo ada tetamu nak dtg, saya bwk je la pi KFC, kannn...

maka
kami dua beranak
buat je la aktiviti masing2 yg boleh mengisi masa lapang

mummy duk layan tenet
masuk 2 jam tgk lappy, terus rasa sakit kapla
busan2 tak tau nak baca apa dah, download lagu pulak, hehehe

layan fesbuk, tak de yg best lak nak wat lawan chatting
*

ni anak teruna sibuk nak tulung mummy kupas bawang



sambil mencangkung tu...saba je la

dan mummy dia sgt busan smpi bwk bawang utk dikupas di depan tv
cool beb! (jgn tiru!)
*

busan tgk wonder pets, diego dan dora...sampai ter tido beliau


seksi tu...sib baik bukan gambo mummy dia...miahahahah
*


busan lagik
sampai baring atas moto bike



mummy cuba membina sel2 otak
dengan membuat kreativiti dgn blok2 lego


kereta, pokok ngan rumah
layaaaannnnnnn


anak teruna sibuk wat o-pane je...


lastly, utk supper dan utk wat sahur

beras dah abis
sib baik ada bihun
so dengan meriahnya
wat bihun goreng campo sawi campo udang

eh terjupe lak keropok keping

ada tertinggal sket lagi

goreng semua dpt la semangkuk kecik je

nyum nyum nyum

tu je la cerita hari minggu yg busan utk kami dua beranak

tak saba tgu weekend depan

byk gak aktiviti nak wat;

1. plan something utk anak teruna, sempena umo dia 2 tahun 6 bulan

2. shopping brg dapo sket...beli beras yg paling utama :)

3. nak pegi swimming kat Putra Palace...dah dekat 3 bulan swim suit terperuk dlm lemari...skilll swimming pon dah berkarat...iyo la tuuuuuuuuu, ahak3

4. makan seafood kat kola perlis, lama dah tak pegi sana

5. berdua-duaan bertiga-tigaan dengan riang ria...one happy family :P

Sunday, March 21, 2010

anak genius dan pintar

Hari ini:

Berita Minggu, 21 Mac 2010

Mukasurat 2 dan 3 dlm bahagian bmdua

mengupas tentang anak pintar

yang mana disenaraikan Adi Putra, Muhammad Ahmad dan Sufiah



Sangat menarik tentang ulasan dari Datuk Dr Mohd Fazilah Kamsah;



"...doa adalah senjata umat Islam dan sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan membaca surah Al Fatihah, ayat Kursi dan surah Al Insyirah..."



"surah Al Fatihah adalah ibu al Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surah Al Insyirah untuk melapangkan hati dan fikiran.Apabila hati tenang, anak mudah menerima pelajaran.ibu bapa juga digalakkan membaca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala"



"wanita Yahudi misalnya, mendidik anak sejak dari dalam kandungan.sebaik hamil, mereka akan membuat latihan matematik, mendengar muzik dan bermain muzik untuk merangsang perkembangan anak.ia terbukti berkean dan jangan hairan jika anak-anak Yahudi dilahirkan bijak. Kita juga boleh berbuat demikian, malah orang Islam mpunyai 1001 cara untuk mebentuk anak pintar dan soleh....(Yahudi mmg bangsa yg sgt kejam dan zalim dan teruk, tp kita bleh laambil teladan dr perkara yg baik yg mereka lakukan)"



"jika tidak berkessempatan mendidik anak dari dalam perut, belum terlambat untuk berbuat demikian walaupun mereka sudah menjejak alam persekolahan."



"...antara saat paling mustajap ialah hypnagogic moment iaitu masa antara anak berada dlm keadaan sedar dan tidak ketika hendak tidur, mereka seolah-olah terpukau, apa saja yg disebutkan akan meresap masuk ke dalam hati"



info lain:

- doakan kejayaan anak, rakan anak-anak, anak-anak rakan dan jiran.



-rahsia pemakan ilmuan Islam: madu, kismis, susu segar, telur, halia dan buah delima.



then, saya teringat pulak sajak yg ada dlm buku yg penah saya bgtau kat sini dulu, Bercinta Sampai Ke Syurga, m/s 7;



" if i had my child to raise over again.



i'd built self-esteem first, and the house later

i'd finger-paint more, and point the finger less

i would do less correcting and more connecting

i'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes

i would care to know less and know to care more

i'd take more hikes and fly more kites

i'd stop playing serious and seriously play

i would run through more fields & gaze at more stars"



~melahirkan anak yg ramai mungkin agak mudah kedengarannya

tapi untuk mendidik, membentuk peribadi dan memberikan kasih sayang kepada mereka dengan sempurna dan adil,

memerlukan kekuatan dan keazaman yang kuat

bukan setakat punya wang yg banyak utk beri makan minum pakaian yg cukup kepada mereka~

semoga kita boleh menjadi ibu bapa yg cemerlang dan melahirkan anak-anak yg lebih cemerlang, insyaAllah

sekadar pandangan;


Saturday, March 20, 2010

nyaris-nyaris

semalam
masa nak kuo simpang pas balik dari pasar malam (tp pegi waktu petang) kat arau
nyaris-nyaris saya terlajak dan membuatkan apek cina yg bawak moto tu pandang serong
serta maki hamun kot di sebabkan saya tgh khuyuk dengar lagu ni kat hotfm

Nadiku

suara kisah kita
yang halus sahutan di mata
segala norma yang melena ku
pada aroma syurga kita

nan syahdu cinta menunggu
sayunya kerna air matamu

nadiku bagaikan berlagu
nantimu hntikan apa berlaku padamu
yang ku temu
hadirmu sambutlah damba dakapanku

suria kasih kita
yang berbisik gerimis serinya
seindah frasa
yang damaikan ku
walau sezarah air mata

***tapi bila tau lagu neh rupanya ada dlm runut bunyi drama Tari Tirana
terus rasa nyesal, apsal la haku suka lagu nih? hahahah...sbb citer tu "sgt geli" ok

***nasib haku la kat situ, sbb dah tersuka dgn lagu ni yg sayu-sayu

Friday, March 19, 2010

pulangkan suamiku

hamboi hamboi

tajuk yg bisa bikin kontroversi

ni sebenarnya kisah arjuna yg skrg neh makin bz dgn work dia

maklum la, skrg kompeni dia dah mula kuokan produk

so byk le menda kena buat

(haku pon tak pasti apa JD kerja arjuna ni sbnrnya..hahaha)

maka saya jadi la isteri yg kesepian sgt memahami

wpon kdg2 rasa bengang jugak, hhehehe

mcm hari ni la, kul 12 lbh td baru dia leh called...tu pon lepas saya called, dia jwb dgn suara perlahan bgtau tgh conduct interview, nti dia akan call semula pas 10 min

jarang dah dia bleh call masa dia kerja (sbb saya akan free utk jawab tipon start jam 830 pg, tp dia jam 830 pg kdg2 dah terus attend meeting)

jarang dah leh reply sms (anto msj rindu rinduan : sila geli ye semua tanya kabar, 3 jam pas tu baru reply, boleh?)

jarang dah leh cakap lama2... (kdg2 tgh bercakap, ada suara nyampuk tanya psl keje...hadoi...apa kah pekerjaan suami ku sebenarnya hingga tiada privacy?)

tapi...tak pe la

as long as dia gumbira dgn kerja dia...saya akan cuba paham dan bg moral support lah

sebab, kebizian begini, dia faced sejak sebulan dua ni...dan mebi beberapa bulan akan dtg je, sehingga production benar2 stabil (dia cakap le macam tu, saya tak tau la cam ne)

dan...arjuna jugak sering kena pulang lewat malam
atau terpaksa OT di hujung minggu

mcm Isnin lepas, dia smpi kilang pas turun bas dari Perlis ni, adalah jam 4 pagi. arjuna gigih masuk kerja kul 6 pagi...what?what?what?

dengan letih badan seme...siap balik lewat lg...kesian kan?

hahaha....tapi saya selalunya jahat sket

selalu usik dia kalau dia ckp bz kerja smpi tak sempat makan

saya akan tanya;

" berak sempat tak? shi2 sempat tak?"

tak pon kalo dia lmbt reply msj, saya bgtau kat dia;

"amboi bz sgt...Dato N*j*b pon sempat reply msj sayang tau"

kalau weekend or dia balik lmbat sbb kena wat OT

saya suka menyakat;

"buat OT lagik? bagus la...leh la pinjam buat downpayment Vios TRD sebijik"

tapi yg paling kesian

hari tu, 2 hari berturut anak teruna tido awal...so tak sempat la cakap ngan babah dia sbb bila babah dia dah ada waktu free nak call, dia pulak dah tido...kasihan beliau!

apa-apa pun

pulangkan suami ku seminit dua dalam 12 jam waktu berkerja....

*******************************************************************

agak2 nye...ada tak yg wat spekulasi arjuna bz sgt ni bukan sbb kerja pon, tp sbb "menda lain"?

ermmm...nau'zubillah ye...saya minta di jauhkan dr semua tu

insyaAllah saya kenal arjuna saya...wpon kami duduk berasingan tp saya yakin (sambil buat mimik muka yakin dan hentak meja angguk kepala) arjuna tidak buat perkara bukan-bukan di belakang saya

dan suara2 yg menyampuk tatkala kami sedang berborak di corong telefon (giler skema perkataan ) adalah suara2 garau, genteng dan penuh kelakian...bukan suara lemak merdu di sukai ramai...

Monday, March 15, 2010

eye on kangar : hajat tak sampai

yippie...
weekend yg indah
sebab....
3 hari berturut ujan turun tiap2 petang
so alhamdulillah....bumi Teduahan Kasih sudah tidak berbahang
dan yg paling utama, hik3....saya tak payah siram rumput lagik!
syukur...mereka mendapat bekalan air yg cukup...harap2 dah tak kuning2 lg pas ni

berhubung dgn perkara di atas
maksud saya, tajuk entry ini
hajat di hati nak bawak anak teruna naik eye on kangar kat depan Hafifah tu
tp sebab ujan petang2 kan, tak dpt la naik
nak pegi malam2 lak, ktrg mmg tak suka sgt bwk anak teruna kuo malam
cuma kesian, mlm semalam masa lalu depan tu pas hantar arjuna ke stesyen bas utk episod perpisahan di stesyen bas yg ke 180 kali (may be), anak teruna duk sebut2...

"tu...dia pusing2"
huhu..kasihan beliau!

tak pe la...nti mummy bwk you naik eye on london melaka yep...

dan
weekend yg sejuk dingin
tidak juga di isi dgn aktiviti di luar rumah
hanya berkisar di dalam rumah sahaja
bermaksud; lepak-lepak, tgk tibi, masak-masak dan makan-makannnnnn

sabtu:

kari kapla ikan
arjuna requested ni dari 3 minggu lepas lagi

terung goreng+ telur
yg ni cam ntah hapa2 je saya masak
silap caturan...nak goreng tp pegi celur dulu terung tu
hahahaha...pikiran melayang semasa duk kat The Beach
wpon tiada gangguan liar

ikang goreng

Ahad
mentarang goreng sambal tomyam
arjuna tak leh nak abih kan sbb dia duk tenung
mentarang ni lama-lama
saya dah ckp, jgn tenung...ngap je terus




sup ketam
padahal rasa cam ketam rebus je
saja je nak bg nama gempak2



sayo goreng bersama baby corn




utk makan petang b4 arjuna balik
saya wat kan spagetti
tp sebenar nya ni spageti clearence stock
sbb nak perabiskan stok sos spageti, stok ketul ayam dan stok buah tomato


gambar hiasan

model spender yg perasan seksi dan hot



pemakan spageti tegar
hingga bisa mengeluarkan taring
tu je la aktiviti weekend kami....