anak teruna sayasudah pandai "menjawab" kata-kata
seperti;
"amjad, tolong buangkan sampah ni dalam bakul kat dapur ye?"
~ "erm..baik lah"
"esok, amjad kena pegi school tau.mummy pegi work"
~ "betul la tuuu"
tapi yg paling kesian
pas kena marah
boleh pulak dia dtg tanya kat mummy;
~"amjad baik kan, mummy?"
huhuhuh
i lap u bebeh
Sunday, April 25, 2010
2T + 7B ~otomen skomos
Posted by teduhankasih at 7:39 PM 0 comments
Labels: anak teruna
Tuesday, April 20, 2010
shopping bag
ok
saya sedang busan ber hibernasi di Taman Bukit Indah 2 bentong Pahang ini
maka saya telah mencari idea utk hapdet blog
di sini ada 3 ketoi shooping beg bercorak
saya beli 4 ketoi
di Bonita
seketoi corak love-love telah menarik perhatian utk dimiliki oleh saya
saya juga telah berjaya menghasut "potential buyer" (anda tahu siapa anda kan? miahahaha)
beliau mengirim seketol shopping bag ini
maka beliau dikehendaki memilih satu dari tiga di sini
hahahhahah
lalu
ada 2 lagi yg masih belom berpunya
ada yg mahu beli kah?
rm10 sahaja seketol
oh ya, harga dia mmg rm10 taw...tak de niat nak berniaga pon sbnrnya,..tp gedik sbb menda ni cute lalu terbeli empat la pulak!
Posted by teduhankasih at 11:00 AM 0 comments
Labels: bebelan
Monday, April 19, 2010
a treatment :)
17hb saya dan anak teruna smpi Bnagi dgn selamat
itu pon ada insiden tak-masuk-akal
iaitu:
-sesi tukar bas dan tgu bas selama sejam di alor setar (kul 12 malam)
-sesi tukar bas lg di hentian duta (kul 5 pagi)
owh...sila bayangkan cam ne situasi saya nak bertukar bas dgn mendukung anak teruna yg sdg tido dan mjengangkut 2 beg pack dan satu bakul susu?
haruslah guna kuasa veto penumpang iaitu memaksa driver angkat brg saya utk pindah bas!
kes nak repair lappy pepel kechentaan; alhamdulillah setel jgk dlm masa sejam lebih tp kena "pertukaran" 13 kpg not rm50...phew...ketar tangan korek 3 keping kad atm nak bagi cukup!
pas tu, atas desakan rakan dan desakan napsu seniri, gigih heret anak teruna naik monoril, membetis setengah kilometer utk jejakkan gak kaki ke Pavilion...dan ketar2 tangan nak bukak pintu butik Coach...hehehhe
Then, 18hb barulah arjuna jemput kami berdua
As a treatment and for birthday present...arjuna belanja stay kat Cititel Midvalley.
Sebab saya penah bgtau kat dia, saya tingin nak window shopping sorang2 dan dia pon leh spend time ngan anak teruna berdua (kat bilik otel, hahaha)
maka, hajat saya ditunaikannnnn...
petang tu, saya abiskan masa 2 jam setengah window shopping sorang2 (smpi sakit tulang belakang.serius...sakit sguh tapi tahan jek la...hehhe...kuasa shopping bg org perempuan gitu laaaa)...hahaha...heaven mmg la heaven tp bila terdengar suara budak kecik keliling saya
menjerit or menangis or pgl "mummy...mummy..." hati duk gundah gulana tingat kat anak, :) hehehe
tp yg stress sgt2 adalah di sebabkan window shopping smbil telan air liur...sebab gaji tak masuk lg.paling2 pon kalo tingin sgt,terpaksa laaaaaaa swipe duit pestik smbil berikrar akan membayar sejurus lepas gaji masuk, miahahahah
before maghrib lak...puan buddy serta keluarga sin chan dtg jupe saya...time kasih belanja saya dan keluarga saya ek buddy :)
tepat 12 mlm...arjuna mai wish kat telinga tp saya rasa saya cam mamai2 je ...hahah sorry la yep
so the next day; 19 april 2010
muka sebedey gurl nak turun pi memakan makanan pertama di hari ulangtahun beliau
dah check out, sambung ronda2 lagi sbb smlm arjuna ngan anak teruna tak join kan...so hari ni bg can diorg la pulak.saya lak jd peneman...hehehhe
budak kecik yg tulung babah tolak stroller
saya tak bwk buggy dia, so kena la pinjam kat service counter...kalau tak guna stroller nih, mau semput mengejar dia pulak...pas tido dlm tu sejam lebih...boing2 nak turun tolak stroller sama babah pula
then lapar, singgah makan dan celebrate besdey saya dgn sepotong kek blackforest cheese...yum yum
boleh pulak, pas abih makan arjuna trgesa2 pi MPH bookstore kat tepi tu...rupa2 nya pi beli besdey card...hahahah...saya tak kisah pon,tak de sebedey card pon tak pe.dah le org belanja tido otel, pas tu belanja sk II ngan sandal lagi...
ok la. last but not least...masa nak masuk The Garden terus nmpk butik ni
masa kat pavilion segan nak bgambo...so lepas "hajat" kat sini je la tanpa segan silu :)
p/s: ptg td dah smpi umah arjuna kat bentong tp pas maghrib, "pekerja cemerlang a.k.a tukang-pegang-kunci-kilang" gigih jugak pegi keje...adeiii. ni dah kul 10 mlm, sat lg balik la tu (spt mana dlm sms beliau 15 minit yg lalu)
Posted by teduhankasih at 7:48 PM 0 comments
31 senarai kesyukuran
1. Bersyukur kepada Allah sbb masih memberi saya kesempatan utk bernafas secara natural dan percuma hingga ke hari ini
2. Saya masih ada mak ayah
3. Saya wanita bekerjaya tetap, yg sesuai dgn jiwa jiwi...berpendapatan tetap wpon tidak lah kaya raya tp syukur masih cukup makan dan boleh bershopping serta bantu mak ayah di Kampung sawah Datok Mersing Johor
4. Sehat tubuh badan (wpon kdg2 ada sesekali sakit sbg pencuci dosa-dosa kecil),anggota tulang empat kerat, organ dalaman masih berfungsi dgn baik.mata je yg rabun tp ok gak, leh pakai spek bingkai merah
5. Sempurna wajah walaupon tak cantik mcm Miss World tp boleh dianugerahkan sbg Miss Teduhan Kasih...ok la..kang cantik cun melecun meletop kebabuuuum kang susah hati lak arjuna gua...mau dia berkepit bwh ketiak siang malam...ok la...cukup la kalau muka tidak macam senduk patah..
6. Masih bersuara agar boleh menyampaikan ilmu di otak (bukan di dada, sbb kat dada tak de ilmu, kuh3...) wpon suara "kecik" dan sering menjadi ejekan ...koh3...bila la agaknya tulah saya mengena agar mereka-mereka iteww memiliki suara begini jugak sejurus lepas bangun tido?
7. Syukur masih boleh makan apa saja yg halal...wpon kdg2 memilih..wpon kdg2 berdiet...wpon kdg2 bila ujung bulan time sesak poket kempis kena lupakan utk makan pizza, sekret resepi
8. Ada blog...hahaha leh meluah perasaan, kongsi cerita...ada satu blog lama dan ni blog baru since Mac 2009 rasanya.peh tu penah ada Multiply dan Fotopages
9. Ada ramai kawan jauh dan dekat, baru dan lama, baik dan buruk ehh...maksud saya, kawan yg baik a.k.a rapat dan kawan yg gitu2 ajer a.k.a bukan puak (okeh..keji tulis begini tp tak kisah la..ni senarai kesyukuran, so kena jujur....motip?)
10. Bahagia dlm kehidupan (bahagia itu subjektif...so tak yah la huraikan apa erti kebahagiaan itu)
11. Boleh sentiasa gelak dan hepi-go-lucky hampir setiap saat (eh ye ke?)
12. Kadang-kadang gemuk, kadang-kadang kurus (perasan!)tapi selalunya gemuk la...hehehe
13. Tak de masalah jerawat, alhamdulillah
14. Tak de masalah rambut berbuah..hohoho...horror je sbb masa skolah menengah dulu penah kena masalah begini..stress dowh!
15. Syukur hanya boleh pakai lipstik Silky Girl buat masa ini..hahaha...tak smpi rm20 sebatang.tingin gak nak try MAC tp kang menggelupas bibir sapa nak tanggung?
16.Syukur penah rasa susah...so leh jadikan teladan beringat2
17. Syukur jugak penah rasa sedih...so leh tau cam ne nak ceriakan diri
18. Syukur penah rasa "dibuang a.k.a melukut ditepi gantnag" ...so boleh ingatkan diri seniri agar hargai orang sekeliling :(
19. Syukur penah rasa 6 bulan kawen tp tak pregnant lagi...so leh hanimun lama2 ngan arjuna dan lepas dah rasa cam ne sedih dan peritnya menunggu, then da rasa pregnant dan bersalin...tak de la duk gatai2 mulut nak pi tanya newly wed "bila kau nak berisi?"
20. Allah bg ujian saya berjauhan dgn arjuna setakat ni adalah selama 3 tahun 11 bulan, supaya saya jadi wanita kuat, isteri yg menghargai,isteri cerdik dan solehah dan mummy yg garang singa lapar mithali.mungkin kalau tak di beri ujian begini, saya akan jadik wanita lemah menangis je kerja nya, isteri yg manja gedik mintak kena tampar dan mummy yg tak begitu mithali
21. Syukur kalau saya senyum, seme 32 batang gigi leh nmpk...so orang tau la saya ada 32 btg gigi, bukan 2 batang gigi kapak je kat depan
22. Boleh rasa penat dan letih...owh mcm nak menulis 31 senarai ni la...dah penat dah ni...
23. Boleh memasak dan tak malas-malas.walhal masa remaja dulu, everytime tulung mak masak akan sibuk tanya; "mak, bawang berapa ketoi?". skrg main belasah je la...asal tak keracunan kira layannnnn je la...hahahah...
24. Saya nak sentiasa bersyukur dengan apa yg saya ada semalam, hari ini dan esok.selalu saya ingatkan diri saya, wpon selalu tgk dan rasa serta anggap kehidupan orang lain lg happening, hidup org lain lain syiok, harta org lain lagi byk, famili inner and outer org lain lagi menghiburkan, menghangatkan, suami orang lain berprofile tinggi romantikus, kaya, hensem eh laki i hensem gak...pandai masak nasik goreng belacan, banyak duit, boroi perut, ada six pack, ada kete BMW 18 ketoi, bisnes Hai-O dan dvd cetak rompak, boleh menari gelek cam M Daud Kilau, anak somebody , anak orang lain lagik ramai setahun sorang...tp saya tetap nak ingtkan agar saya sentiasa bersyukur dan menghargai apa yg ada di sekeliling saya dan yg menjadi harta saya dunia dan diakhirat. sbb saya tahu, apa yg dah Allah kurniakan utk saya, itula doa saya selama ini dan itulah yg paling terbaik utk saya agar saya dpt mendidik diri menjadi manusia yg sederhana dan tidak menyombong diri dan sentiasa ingat tanah yg dipijak dan langit yg saya junjung.Bersyukur lah...kelak Allah limpahkan rezeki dan tambahkan kebahagiaan.(oh...pesal apa senarai no 24 ni panjang lak?)
25. Syukur ada suami a.k.a arjuna; di mana syurga adalah di bwh tapak kaki dia.okeh okeh saya tak menderhaka dah mulai sekarang...kuh3
26. Syukur ada anak (wpon baru sorang buat masa ini...), dah jd mummy so boleh la cakap kat anak teruna ; "jgn lawan cakap mummy, syurga bwh tapak kaki mummy taw?" walhal diri seniri pon melawan cakap mak suatu masa dulu...ohohohohoh...insaf jap!
27. Syukur ada mak ayah, dan mak ayah tak buang saya masa saya baby or dera saya wpon saya nakal yang amattttttt.....kalau tak, nan ado la saya nak menulis blog sebegini...
28. Syukur dikelilingi kawan2 yg baik hati wpon kdg2 kala ada yg sinis, laser, merobek hati dan perasaan tapi saya sayaaaaaaanggg kawan-kawan saya kerna tanpa anda siapalah saya..ewah...ko pikir ko artis? kat sini saya mmg mengharapkan pertolongan kawan-kawan sbb suami dan famili jauh di mata...
29. Saya bersyukur kalau diberi peluang mengandung sekali lagi (aminnnnn) dan kalau si dia adalah anak perempuan,kot2 boleh terfikir nak bg nama Faridah aka Ferra atau Chempaka Ainstone.tp kalau si dia adalah lelaki, rasa cm tamau la nama Asyraff atau Romeo yek...
30. Selamat Ulangtahun ke 31 untuk diri seniri. Syukur masih panjang usia hingga ke hari ini.
31. Alhamdulillah.syukur pada Allah sebab abih jugak 31 senarai kesyukuran ni..:)
p/s: owh ..penat perah otak nak wat entry neh.3 hari baru siap...adeii...next time tamau arr gatai2 nak wat entry 100 senarai kesyukuran pada ulangtahun ke 100 kelak...:)
Posted by teduhankasih at 1:00 AM 0 comments
Labels: bebelan, memori daun pisang
Friday, April 16, 2010
7 hari 7 malam 3 negeri 2 hero 1 heroin
bercuti
17 april - 25 april
kangar-bangi-kl-bentong-kemaman-jengka-temerloh-kangar
:workshop lappy pepel kechentaan = low yatt plaza
:skool baru hero #2 = bangi
:mummy's celebration = kl
:melawat kawasan = ampang/ gombak
:hibernasi = bentong
:kawan lama = kemaman
:keluarga angkat pojaan = jengka
kalo ada masa
leh hapdet dari lokasi
bubye!
Posted by teduhankasih at 5:01 PM 0 comments