Thursday, December 20, 2012

tolong...saya tak suka kisah misteri

saya tak gemar misteri nusantara...misteri alam...misteri malam jumaat or what ever kisah2 seram-seram sejuk atau seram-seram kelakar

please...carik orang lain

hukhuk

Semalam, around kul 240 ptg gitu la
saya ada janji ngan pak arab (ewahh appoinment ngan pak arab...ko hader?) kat polymer lab sebab nak tnya dia caner nak wat sbb claim yuran ktrg kena reject.dia dah biasa kena reject tu yg ktrg tanya dia hahahah

ekceli DR. M ni post doc student (eh post doc panggil student jgk ke?)

masa nak turun tangga ke polymer lab tu,saya duk dengar bunyi touch kad duk tit...tit...tengok2 dia duk cuba bukak pintu lab guna touch card tu tapi tak bleh.saya kuokan touch card saya n try banyak2 kali pon tak boleh...pintu tu kekadang mmg camtu...sistem dia biol sket..saya pulas tombol pintu pon mmg berkunci.so tak pe la...ktrg bincang2 kt depan pintu lab tu jek

tetiba pak arab tu cakap dia cam dengar ada orang kt dalam lab...dia pandang muka saya...saya tak dengar lagik.so saya senyap je la n pasang telinga nak dengar sama.

pak arab tu pulas2 tombol pintu dan masih ulang cakap "i think someone inside"

saya pon buat berani ketuk2 pintu dan pulas tombol tapi tak terbuka

pak arab ketuk lagi dan pulas tombol...lepas kan tombol pintu dan KITORANG SAMA-SAMA NAMPAK TOMBOL TU BERGERAK2 MACAM ADA ORANG PULAS DARI DALAM (berserta bunyi pintu bergegar la tapi tak de la sampai gegar2 mcm nak roboh tu)

peh tu saya n dia ketuk2 lagi pintu tu n try bukak..dan memang TERASA MCM ADA ORANG CUBA BUKA PINTU TU DARI DALAM

then, saya touch card sekali lagi dan pulas tombol pintu dan IANYA TERBUKA

namun DALAM LAB ITU ADALAH GELAP
kreekkk kreekk kreekk kreekk (bunyi cengkerik sbb suasana adalah pause dan ktrg berdua senyap kejap dan berpandangan sesama senirik)

pak arab melangkah dua tiga tapak masuk ke dalam lab gelap tu,tapi saya pulak melangkah 4-5 tapak ke belakang...dah ready nak pecut hahahaha

pak arab on suis lampu dan melihat sekitar dalam lab yang nyatanya kosong tak de orang

huhuhuhu

tepi suis lampu tu adalah pintu bilik technician...dan technician adalah sedang bercuti sbb sakit.

maka persoalannya...

siapakah yg memulas tombol pintu dari dalam sebentar tadik?

jeng jeng jeng

sekian adanya


0 comments: