terpaksa buat Part II Italia sbb tak larat dah nak duk edit hahaha. not so blogger tegar la gini..
Bagi saya, Itali tak kurang cantiknya cuma tak sebersih London, Germany dan Austria. Orang Itali agak panas baran hehehe...kata Azizul la.Roma pula antara kawasan yang paling panas di waktu summer memandangkan jika dilihat dalam peta, Roma terletak antara yg paling selatan (cer check world map...saya pon tak rujuk lagi map utk sahih kan)
Di Itali terutama Roma juga terkenal dengan pick pocket atau penyeluk saku.Mereka bukan saja terdiri dari golongan dewasa namun ada juga dari golongan remaja dan kanak2...Di dalam train di Roma, saya sendiri terkejut melihat rupa2 penyeluk saku ni.Mujur juga masa tu group kami naik train sekali dengan krew KC.so dia dah warning kami siap2 la bila nmpk 2 orang budak perempuan dalam lingkungan usia 12-15 tahun berdiri depan group kami sambil mata liar memerhatikan beg2 kami.Budak remaja pon aktif jadi penyeluk saku.Tengok muka mmg tak sangka, dengan dressing lawa2 pulak tu.Mula2 saya fikir diorg tu cuma remaja biasa yg nak naik train utk jalan2 di pekan hahaha. Dan yang paling sakit hati, sementara tgu train bergerak, diorg boleh pulak keluar masuk keluar masuk gerabak sesuka hati mencari mangsa.Dan bila alarm pintu train nak tutup, diorg lari2 keluar cepat2 sbb mmg diorg tak nak naik pon train tu, just nak carik mangsa! Itulah pengalaman. Dan dengar citer, ada jugak sorang peserta di copet ketika di Roma, duit tak byk yg hilang (mungkin dia simpan dalam poket or somewhere) tapi dia kehilangan passport :(
Day 7 : Roma
- pagi ni bfast cereal..saya try jugak la makan cereal ngan susu segar...ohhh sedap jugak rupanya hahah
-hujan renyai2 so mari kita pakai jaket baru :).Ari ni terpaksa buat roaming memandangkan dah 2 hari kot tak dpt khabar berita dari arjuna psl anak2...rindu pulak.Wifi kat sini kena bayar, tapi tak ingat berapa euro. Sebab masa smpi kt London, saya beli simkad Lebara.so boleh la sms dan sesekali arjuna call sbb dia kata murah.Tp once jejak Austria n Itali, hubungan terputus, mebi coverage tak clear agaknya
-Seperti biasa, bergerak around kul 930 pagi. Sepanjang jalan lepas keluar dari campsite ni, kelihatan rumah2 dan kawasan seperti di Malaysia. Bentuk2 rumah diorg pon ala2 mcm Malaysia, mebi sbb faktor cuaca kot? sebab kalau perhatikan di Germany dan Austria, bumbung rumah diorg mmg curam sbb katanya utk elak dari salji mendap dan terkumpul di atas bumbung.Tapi di Itali ni, reka bentuk bumbung mirip macam di tempat kita :)
-Yang paling saya suka tengok, tingkap rumah diorg. Ada daun tingkap dari kayu dan hampir kesemua rumah akan cat daun tingkap kayu tu dengan warna hijau! Boleh buat idea utk Teduhan Kasih Behor Indah ni...hahaha
-Then lalu di kawasan highway di tengah2 banjaran gunung dan highway ni berada nun jauh di atas.kiranya kalo kita pandang ke bawah mmg sayuuuuuppppp giler la rasa, huhuhu
-Kami melalui pinggir bandar Florence.Keluar dari highway, menuju ke pekan kecil dan khabarnya kita akan singgah di Mc AuthurGlen: Barberino Designer Outlet.Nak tuju ke premium outlet ni teringat mcm nak pegi JPO di Johor tu...agaknya mmg style premium outlet di letak kat area2 n kawasan2 cam ni la kot? kohkoh
-Krew2 keluarkan lunch dulu dan mari lah isi perut kenyang dulu dengan pasta cendawan.
-Jomm shoppinggg!!!!
-Dah berjaya menghabiskan duit beli benda2 mengarut, mari teruskan perjalanan.Sepanjang jalan tertidur dan sedar2 bila coach stop isi minyak.Lalok2 turun beli snack n air. Pas tu agaknya coach2 ktrg ni stop lama sbb tgu peserta, ada sorang driver Italian mai ketuk2 tingkap driver coach dan marah2 suh blah segera.Ohhh Italian mmg panas baran sket (Azizul la cakap gitu kahkah)
-Agak lewat ktrg smpi Tiber Camping Village, around 730 petang. Tunggu dapat kunci cabin pon agak lama...so kalut la solat jamak zuhur n maghrib.Pas tu tak lama terus sambung jamak maghrib dan siyak...Aduyaiii....dah tau la cam ne konsep solat ktrg hari ni
-Campsite ni luas, bersih dan cantik.Cuma toilet dan bilik mandi dia tak banyak sangat.Tp bila dah lama berkelana gini, ktrg dah reti nak bajet bila masa toilet tak ramai orang :)
-Malam ni dinner nasik lemak, ada bilis n kacang goreng, timun (sedap timun dia mcm lemak2 umbut gitu) dan telur rebus.tapi sambal pedas giler! Borak2 smpi kul 12 malam dan balik cabin tido. Ohh ya...cabin ktrg twin ngan cabin sebelah yg dihuni oleh belia lelaki dari coach ktrg...amboiii sebelum tido duk ngumpat pasal belia wanita pulak...kohkoh sempat lagi tu!
Day 8 : Veni Vidi Vici
-hari ni bangun lewat.kul 445 pagi baru mandi n solat.bfast kul 8 n we have nasik lemak again...
-Ada briefing dan pembahagiaan map Roma.kul 9 naik coach masing2 dan dihantar ke stesyen Prima Porta.dekat je stesen ni dari campsite, dlm 3 minit je.
-Beli tiket day pass 6 euro.Naik metro kat situ, tapi train buruk dan busuk kohkoh.Turun di stesen Flamino.Ari ni ktrg dalam in group dan folo krew2 KC yang available.Group ktrg folo Abu Jibril iaitu bos/owner Kelana Convoy Ltd :).Jalan kaki sket utk ke stesen San Petro dan kami berjalan meuju ke Piazza San Petro. Adeii...kat sini beratur giler, udah ler ujan.Mmg kena pki rain coat sentiasa dan kat sini la kasut comel saya mula kembang dan kaki pon kembang sama hahaha.
-Mohon Allah ampunkan dosa ktrg andai sebenarnya salah utk ktrg masuk ke sini sbb ni ekceli gereja...huhuh.tapi ktrg tak de niat nak masuk gereja pon, just nak tengok building dia je la.Cuma yg ok sket, saya mmg tak snap pic dalam tu, just snap building luar jek :(
-Lepas tu , jalan kaki sket ke Castle S.Angelo. Macam sebuah castle lama.Ada gerai2 souvenir kt tpi2 tu tapi tak dpt nak ronda sbb hujan.So ktrg berteduh je la sementara cukup masa utk berkumpul
-Naik bas no 40 menuju ke area Termini.Jauh gak n letih gak sbb kena berdiri hahaha.Kat dalam bas ni, masa berdiri ni la baru pasan KJ ala2 Rembau Most Wanted tu...hahaha. Termini ni ala2 mcm KL sentral la, semua public transport ada kt sini.
-Ktrg carik makan kt kedai halal area sini, ada 4-5 kedai halal utk dibuat pilihan.Saya amik chicken doner kot kalo tak silap.harga dalam 8 euro kalo tak silap
-Then naik metro ke Colleseo dan dapat la tengok Colleseum di depan mata! Tepi jalan besar je binaan termasyhur ni tapi ktrg tak masuk explore ke dalam pon sbb tak cukup masa.Just snap2 pic poyo kemudian beli souvenir kt gerai2 yg ada banyak kt tepi tu.
-Then jalan kaki ke Foro Romano utk tengok kesan runtuhan yang masih tinggal (sorry tak paham sejarah dia, so sila google)
-Jalan kaki lagi utk lepak2 depan Piazza Venezia.Besar sguh building ni, warna putih dan mmg nmpk gah.Siap ada patung Emmanuel apa ntah. Besar giler!
-Then menapak lagi ke Fontana DiTrevi...tempat ni mmg saya nak pegi n tengok sangat sbb filem Lizzie McGuire..hikhik (ekceli nama filem ni saya pecah kepala nak ingat.balik sini citer kt arjuna, dia yg ingat nama filem ni,hahaha sesuatu sungguh laki ku itewwww)
-Orang ramai giler sbb ada aktiviti syirik baling2 syiling tu...so tak dpt nak posing gedik just dpt snap kolam air dia yg biru tu jek.jadi laaaa...sbb badan pon dah letih, kaki sakit giler sbb tadi kembang sbb masuk air, pas tu jadi kering balik tapi urat2 jadi bisa la sbb banyak giler berjalan..hahah tapi best dpt explore Roma!
-Jalan lagi ke Spagna. Kat sini ada banyak anak tangga, tinggi ke atas.Ramai lak tu orang lepak2 atas tangga, siap ada yg tidur la apa la...Walaupon kunun penat n tak mo posing tapi tak menahan...posing jugak.Sebab katanya, kat sini ramai paparazzi ada duk snap pic orang yang cantik2 utk dijadikan model terkenal satu hari nanti.So ktrg pon poyo la posing sana sini tapi mmg tak de harapan la paparazzi nak snap n amik ktrg jadi model pon!
-Pastu menapak ke stesen metro, naik train balik ke Prima Porta.Tunggu pick up van dari campsite utk balik ke campsite ktrg.Sampai campsite smpt lagi shopping kt camp-mart...adeeiiii
Day 9 : Torre Pendente- Pisa Leaning Tower
-Hari ni plan utk gerak kul 10 pagi.Hari ni kami akan menuju ke Pisa.
-Keluar dari dari area campsite, disepanjang jalan di kiri dan kanan akan kelihatan beberapa orang "chicks" menunggu pelanggan, huhuhu...dan kebanyakannya perempuan kulit hitam
-Ktrg singgah di hypermarket bertajuk Emma Piu.Di sini krew2 KC memborong bekalan utk memasak...Peserta dikehendaki membeli makanan juga memandangkan hari ini tidak disediakan lunch.So saya beli roti, snacks, buah2 an dan air minuman. Satu perkara sepanjang trip ni, saya suka beli buah2 an tapi saya takan makan bila dalam bas.Mcm tu jugak dengan jus2..saya akan habiskan bila dah sampai campsite.Hhaha...bukan apa, saya takut ter-cherry berry je dalam bas...jenuh pulak nak suh driver stop kat mana2 servis area.Buat malu saja!
-Meneruskan perjalanan dan melalui kawasan bernama Toscani.Di kiri kanan nmpk banyak ladang olive. Pokok olive boleh dikenali dengan rupa daunnya yang sedikit keperakan (silver).Azizul bagitau, Toscani ni kebanyakannya dihuni oleh pesara.Mungkin kawasan ni sesuai utk mereka berladang anggur dan olive :)
-Berhenti jugak di servis area utk toilet break.Kemudian terukan perjalanan menuju ke Pisa
-Sampai di Torre Pendente around 4 petang.Cuaca cerah dan berangin.Sedang elok la kiranya :). Disarankan terus explore Pisa yang terletak cuma 800 m dari campsite.
-So ktrg terus je jalan kaki, lalu tepi jalan raya utama, masuk terowong dan terus carik kat mana menara condong tu memandangkan ianya boleh dilihat dari jauh!
-Snap pic dengan macam2 gaya dan seronok tengok gelagat pelancong lain.Memang happening!
-Sangat cantik binaan yang termasuk dalam 7 Wonders ni...senget tapi binaan tak merekah, tanah kat bawah pon tak berubah (tatau la kot diorg wat maintainance keadaan tanah ni selalu kot). Marble yang digunakan mmg putih bercahaya...katanya hampir2 sama dengan marble yang digunakan utk bina Taj Mahal...agaknya la :)
-Lepak2 kat padang rumput belakang Pisa tu, sbb teduh.So baring2 la feeling pelancong katanya hehehe
-Then ronda2 gerai souvenir...ramai penjual golongan AbangLa..pandai cakap melayu pulak tu.So dapat la diskaun n harga murah sbb kita dari Malaysia. Bila borak2 ngan diorg, rupanya ramai yg penah keje kat Msia..ada tu keje kat Penang, kilang jahit baju.So skrg depa upgrade, keje kt Italy.Ada gerai souvenir lagik...kahkahkah
-Kul 630 ptg ktrg menapak balik ke campsite.Kat area terowong tu siap terserempak dgn Italian tgh suntik dadah lagi...wowowow...laju2 jalan.Mujur ada encik R, iaitu suami pada Kak M, so rasa selamat la sket
-Kali ni kami dapat cabin yang hampir dengan khemah masak.Cabin comel dan selesa sbb ada bilik mandi dan toilet sekali.Tapi kena sharing ngan sepasang suami isteri doktor yang bawak baby Umar umo 5\8 bulan.Then wifey tu peknen lak...gagah betoi.Ohhh diorg kan doktor, so mesti tak risau :).Errmm...doktor ni la hospital-mate Datin Dr Halina, isteri idola nombor 1 saya tu, hewhewhew.
-Walaupon sharing cabin tapi ada seperated room.So tak la risau sangat psl aurat dan privacy :)
-Lepas mandi, solat, rehat jap, kul 8 ktrg amik dinner.Malam ni krew masak kurma lamb...so sbb tak de lauk lain saya pon makan la lauk lamb secara serius utk pertama kali...hahaha not bad la.boleh je telan sbb tak hamis.So ok la, dapat mengatasi satu lagi Fear Factor dalam diri heheheh. Watch out arjuna...pas ni kita boleh sama2 order lamb chop la ek? kahkahkah
-Ktrg lepak dinner kat luar cabin sbb ada meja kerusi semua.Lepak borak2 then nmpk satu MPV masuk dan kt dalam tu macam orang Melayu je...tak lama pas tu ktrg nmpk anak dia keluar, umo around 9-11 tahun gitu.Ktrg panggil n tnya dari mana.Rupanya diorg dari Subang Jaya, datang holiday sini drive naik MPV tu dari London, dah singgah Germany n Austria jugak.Wahhhh...best giler ohhh.
-Saya beli kupon utk guna wifi, 1 euro utk guna sejam.tapi sbb buta IT sangat, tak reti nak masukkan no pin segala...kohkoh maka rugi lah 1 euro tu sbb nak pegi balik ke reception pon dah malam..huahuahua
-Last duit euro yang ada hingga saat itu adalah 18 euro.Tak yah withdraw lagi la.Simpan aje sebab esok akan ke Swiss dan kena tukar matawang Swiss Franc pulak :)
-Ohh Swiss...saya tak sabar.Tempat yg saya tingin nak pegi, selain Holland!