Saturday, June 22, 2013

Day 6, 7 & 8 : Italy

Entry ni mungkin yg plg panjang kot sbb merangkumi 3 tempat dan 3 hari berbeza di Italy. Saya rasa enjoy sepanjang berada di Italy, maybe sbb pegi 3 tempat yang famous tapi pada hari yang berbeza dan campsite yang berbeza.So walaupon penat kaki explore setiap bandar dengan berjalan kaki, tapi rasa puas sbb tak tergesa2 dan kami boleh enjoy our own time :)

Menurut krew KC, pemandu bas di Europe (pemandu coach kami org London la kan) perlu diberi cuti selepas memandu selama 4 hari.jadinya, saya pikir sbb tu kami stay lama di Italy utk beri peluang drivers ni berehat.Krew KC pon ada hari yang diberi cuti.Mcm kat Italy ni la, diorg bergilir2 "cuti" dari menjadi pemandu pelancong peserta...tapi tak de cuti dari memasak dan prepare food ktrg hihihi

Day 6 : Venice

-pagi ni bfaast mashed potato, scramble egg dan hotdog

-hari ni mandi dan syampoo rambut...yahuuu setelah beberapa hari mandi laju2 tanpa menikmatinya.akhirnya hari ni boleh mandi sambil karaoke skali (hahaha tipuuu)

-hari ni boleh lepak2 before gerak sbb krew bagtau hari ni ktrg akan gerak lewat sket dari biasa, hari cuti la katakan.pas tu tak yah naik bas jejauh dah sbb ari ni pegi Venice, seberang sana jek..hahah


-Kul 930 pagi seme berkumpul, briefing dan menapak ke jeti Fusina utk naik double decker water taxi ke Venice. Ohh yaa...ari ni saya pakai blaus dan jean skirt, nak feeling Yuna Terukir Dibintang katanya...hewhew.Tiket water taxi ni 5 euro kalo tak silap


ehhhh...KJ pon ikut trip KC kah??? kuang3...tag to ibu IA dan ibu FN mihmihmih

-Tak ingat berapa lama journey dalam water taxi ni tapi tak la lama sgt, dlm 20 min kot.

-Benvenuti a Venezia!!!




-Smpi kat Venice,di jeti Zattere ada briefing lagi.Diberi peta setiap satu utk each group.Tapi sbnrnya tak reti pon nak baca map tu hahaha...cuma krew bimbang peserta boleh sesat memandangkan Venice ni kecil tapi byk lorong2 kecil jugak dan semua kelihatan sama.Bridge pon banyak dan nmpk mcm serupa je semua.Diorg bg clue, carik je signboard Academia, if nak kembali ke check point utama iaitu jeti utk kembali ke mainland :)


-Tempat pertama adalah melihat Grand Canal dari atas bridge..tapi saya lupa nama bridge tu kohkoh









sila lahirkan rasa kekaguman yang tinggi terhadap kebolehan saya mensnap pic seniri dan kepasrahan saya pada darjah teratas bila mendapat pic yg nan hado yg di snap oleh travelmate...kahkahkah

-Pastu pegi ke jeti utk naik gondola...yahuuu...video clip Terukir Dibintang versi Mummy AF in the making.tapi sayang...lupa yang mp3 lagu tu dah kena delete ari tu...ayooo...maka bertabahlah nyanyi dalam hati sorang2 kahkahkah








-Best jugak naik gondola ni...feeling2 la gitu.tp pendayung tu tak nyanyi pon.mebi dia nyanyi kalo yang bayaran lagi mahal kot.sbb ada je tenok gondola2 yg dihias cantik, siap ada hidang champane seme...pas tu penumpang tu pon cam cantik2 dari golongan mewah je.yang ktrg naik ni golongan marhaen punya...bayar 15 euro huhuhu

-Then ke San Giorgio yang mana terletaknya palladian church dan St Mark basin



-Pastu masuk Lace n Linen.rembat la satu set alas meja kopi memandangkan saya mmg penggemar lace dan sulaman2 ni...huhuh 30 euro satu set for four.Sila jgn convert to RM!



-Pas tu krew bawak ke Italian Ristorante. Datang Itali kena la makan pasta n spageti diorg kan? so amik la seafood pasta ngan seafood spageti.amik vege pizza jugak.semua ktrg sharing 4 orang sbb portion besar.


-Then ktrg pegi Rialto Bridge, snap2 la lbh kurang (tatau motif) dan krew KC beri kebebasan tuk explore Venice seniri.jangan sesat kata dia...folo je signboard kecik2 yg tulis arah mana nak pegi dan yg penting nak balik ke Zattere kena amik laluan Academia...fuhhh harap tak sesat la!





-Seberang Rialto Bridge tu ada byk deretan kedai souvenir...so marilah memborong.Saya beli jaket putih tulis Italia...haha sbb nmpk mcm smart giler je.15 euro saja, boleh laaaaa

-Selain terkenal dengan handmade lace, Venezia jugak terkenal dengan Venetian Mask .Saya pasti Didie Alias pernah beli mask beliau di sini wakakaka



-Pastu HRC fan nak pegi ke HRC Venice.kata mereka, yg cop tulis Venice ni agak rare la sbb orang tak ramai dtg Venice.entah saya pon tak tahu...saya tak minat pon kumpul HRC punya brg kohkoh.HRC ni seberang sungai je dari Lace and Linen tadi.tp pusing2 gak la sbb nak carik bridge mana nak kena lalu (katanya byk bridge gitu).Smpi HRC tu saya tumpang toilet je la...kohkoh

-first time merasa gelato...aiskrim la sbnr nya.sini pgl gelato :).InsyaAllah halal





-Pas dah siap2 ronda n shopping serba sikit, hujan turun la pulak.Kejap lebat kejap renyai...so pakai la jugak raincoat.

-Lalu deretan designer outlet...kalut la nak masuk hahaha.sebab kat Msia seegan nak masuk sbb SA akan jeling2 apatah lg kalo kita ni golongan marhaen yg nmpk selekeh dan tak pki brg branded langsung.So masuk la jugak ktrg dengan raincoat, umbrella basah2 ni bagai.SA tu welcoming je ktrg , bukak kan pintu senyum dan tolong sambut raincoat dan umbrella...hahaha

-So mmh satu pekerjaan yg best la bila dpt merasa keluar masuk Gucci, LV, Prada dan lelain dengan suka hati.Hbag memahal tu pon ktrg selamba je mitak SA amik dari rak, pas tu belek2, acu2 kat tangan konon macam nak beli...hehehe.Merasa jugak la sarung kasut Prada wpon tak de duit nak beli.Merasa jugak kelek2 hbag idaman kt LV kahkahkah

-Pas dah penat, ktrg pon slow2 menapak dan mencari signboard utk kembali ke jeti.Ingatkan boleh dpt water taxi terus, tapi full la pulak.so kena la tgu yang next.Lepak minum2 kt kedai kopi depan tu.Saya order hot choc tapi katanya hot choc hanya ada masa winter saja .Apakah ?????

-Maka bertabah la menelan kopi pahit secawan kecik berharga 3.70 euro...hampeehhhhh



-Dapat water taxi kul 630 petang dan selamat kembali ke campsite Fusina

-malam ni dinner nasik putih dan stirred cendawan lada hitam :)

0 comments: