Thursday, June 20, 2013

Day 1 & 2: London-Belgium- Holland

oleh sebab trip adalah 16 hari merangkumi 8 negara (termasuk London), so saya mulakan entry dari hari pertama trip bersama Kelana Convoy. Entry utk London last skali kot memandangkan saya ada di London 2 kali iaitu pre trip dan post trip, kira combine je la, hehehe

Harap2 saya sempat habiskan semua entry 7 negara ni sebelum 26 jun, huhuh

Day 1; 25 May

-Pagi2 kul 6 kami bertiga dari King's Hotel bersiap2. Pick up van akan datang amik ktrg di sini dan juga satu famili lagi di Tune Hotel Paddington. So 6 pagi tu mmg dah cerah sangat la, so kumpul2 beg kat luar, sempat posing 2-3 snaps, then van pon sampai...mmg punctual.

-Van hantar ke pick up point Kelana Convoy di Park Lane Hyde Park...tapi driver awal2 tu silap paham.dia drive kami ke arah Heathrow airport.hahaha...mujur saya perasan signboard.We are not ready to go back to Malaysia laaa...

-Nak hantar ke Park Lane pon dia mcm silap jalan, dia stop kat seberang jalan.maka menapak la ktrg dengan beg yang berbondong2 nih...hohoh




-Berkenal-kenalan dengan ahli2 trip yg lain..coach Ferris Holiday (coach rasmi KC utk setiap trip diorg) sampai around 730 pagi.Pembahagian coach kepada semua ahli trip...diorg dah tetapkan no seat dan no coach, so mmg tak de la masalah berebut bas atau berebut seat. itu lah seat yg kita akan duduk sampai ke akhir trip, dan kita akan selesa nak tinggalkan barang2 dlm compartment yg ada diatas kepala tu atau di bawah seat :). Saya dan ahli group ditempatkan dlm Coach#2. Coach semunya ada 3 tapi utk depart waktu pagi ni 2 coach akan gerak dulu, dan dua2 ni adlh coach double decker.coach#3 depart lewat sket dalam kul 12 tengahari, dan ni satu jek coach single.so total semua 3 coach utk memuatkan lbh kurang 200 peserta dan kre2 KC :)

-Siap loading2 barang then 830 pagi jugak la coach baru mulakan perjalanan dengan bacaan doa oleh krew KC dlm coach#2 iaitu Azizul. Dua orang krew lain ialah Zulkarnain dan Akmal @ Mol. Azizul umur 33 tahun. Nain around 24 kot dan Mol baru 20 tahun...muda2 semua krew KC ni dan diorg mmg hardworking dan gagah pekasa wpon badan sorang2 keding jek (katanya ujian pertama utk menjadi krew KC; mereka perlu gagah utk pikul tong gas dan periuk2 besar :P)

-1030 pagi baru sampai ke check point kat boarder to France. Tapi que panjang giler...then 1230 tengahari baru boleh masuk ke gerabak keretapi laju yang akan melalui tunnel bawah laut merentasi Selat Inggeris.

* Perjalanan mengambil masa sejam lebih
* Panjang tunnel adalah 580 km
* Kedalaman 120 m




-Saya tertanya2 kenapa kenderaan perlu gunakan gerabak keretapi laju ni utk merentasi Selat Inggeris ni...hahaha rupanya giler jauh kena rentas, umpama Johor ke Perlis.So no wonder la kena guna keretapi laju gini, kalo setiap kenderaan drive seniri, mau sehari semalam baru tiba ke France :)

- Bonjour!!!Welcome to France!

- sepanjang perjalanan agak jakun dan teruja melihat ladang bunga canola, utk pembuatan minyak canola. Cantik, kekuningan seluas mata menandang. Saya terus feeling2...kalau la dapat masuk dalam ladang tu dan berlarian ala2 hindustan...ohhh best gileerrrr



- Masuk ke negara Belgium!

-Ada banyak wind turbine, jakun lagik (wpon kt UKM pon ada hahaha)


-Singgah di Belgian Choc Factory.Keluar2 coach je angin sejuk kuat sangat...kohkoh gigil nokss.Tak byk pon beli coklat..beli 2 jenis utk kaum keluarga merasa.sbb ni baru 1st day trip...ada 15 hari lg journey.kalo pulun beli byk2 kang jenuh la nak jaga rupa paras coklat2 ni..huhuh.tp yang bestnya, jupe choc crisp yg ada duk jual kt Langkawi tu. Rege kt sini 7 euro.kalo kat Langkawi rm7 hahaha





-Stop at servis station kt tmpt nama Breda ( bukan beredar yep hihih)


-Masuk ke negara Holland dan saya nmpk windmill pertama secara live...yippieee.



-Oh ya..dalam perjalanan ni, diselangselikan dengan sesi perkenalan ahli2 trip utk coach#2..so sorang demi sorang akan dijemput ke cockpit sbllh driver di deck bawah.so masa saya dulu turun perkenalkan diri utk grup ktrg, Azizul ada tnya apa impian atau aim menyertai trip conquest europe ni..saya gelak2 jawab first saya nak tgk windmill hahaha...dan 2nd saya nak naik top of europe dan pegang snow..kohkoh stendet la jwpn orang kampung dot com...tak penah jupe snow kekdahnya.ekceli Holland n Swiss mmg impian saya...ermm tu nanti la kita story bila saya bukak citer caner saya boleh join trip KC ni (mcm la ada orang nak baca n kesah pon kahkahkah)

-Sampai ke campsite Her Amsterdamse Bos around 730 malam tapi masa ni belom gelap pon lagi dan masih dlm waktu asar.

*Campsite ni lbh kurang bersebelahan dengan Schipol Airport. Campsite adalah dlm kawasan hutan kecil yang terpelihara dan bersih lagi nyaman...boleh cycling dan bersiar2 kalau ada masa (mslhnya tak de masa sbb bila free time pon ktrg berkelubung dlm khemah sbb sejuk)..byk haiwan2 kecil berkeliaran...tupai, rabbit, itik...nomnomnom



Cabin2 kt sini comel2...kalerful pulak tu.toilet dan bathroom dia tak byk sgt tapi bersih dan selesa.ada jugak washing machine dan dryer.tp sbb awal2 trip kot, tak ramai yg guna utk basuh baju lagi :)


Ktrg bergegas pasang khemah dalam hujan renyai2..hahaha...last saya memasang khemah adalah semasa camping pandu puteri form 3 dulu.bapak punya lamaaaa...so mmg terkial2 la siap krew KC kena tlg saya dan Kak 47 (ktrg sharing khemah berdua). Giler sejuk oiii cuaca, dengan hari nak malam nya, ujan renyai lagi...duk khemah pulak tu.giler mencabar tapi ku tahan jebat, demi sebuah impian.ewaahhhh...kata nak cabar diri kan?

-Siap2 ke toilet dan solat.oleh sbb khemah tak cukup tinggi, maka kena la solat di luar khemah..

-Untuk mandi air panas, kena beli token. 1 euro utk 5 minit...sila belajar mandi secara pantas la kalo kt sini.maka bermula la episod "mandi kilat" start dari hari ni...hahaha

-Around 1030 malam,ktrg pergi dinner kat dining hall yang luas dan selesa. Ada port utk charge segala gadget, ada ruangan sinki , dan ada byk kerusi dan meja utk kita duduk makan dan kenal2 ngan ahli2 lain.Malam first ni pihak KC tapaukan food utk ktrg, tak ingat lauk apa tapi katanya tapau dr kedai makanan muslim indonesia.tak abis pon makan sbb penat dan nervous sbb first nite kena tido khemah..

-Ktrg balik khemah, solat duduk je dlm khemah sbb kat luar basah habis sbb hujan dan tertido jugak sbb penat sangat walaupon terketar2 sbb sejuk sangat .udah ler first time try tido dlm sleeping bag...hahaha tak penah2 oii try tido dlm sleeping bag,rasa mcm ulat beluncas jek

-malam tu mmg tido mengerekot abis, bila terjaga je terus terketar2 menahan sejuk...abis kaku rasa sendi...hahaha kalau diingat2 balik mmg rasa nitemare betul tapi itulah pengalaman berharga :)

-sedar2 kul 4 pagi, so bangkit la keluar utk ke toilet dan prepare utk solat subuh.adoiiii....keluar2 tu rasa beku abis.sejukkkkkkkkk (dengar2 diorg citer malam td suhu drop to 2-3 degree C...mak oiiiiiiii)

Day 2; 26 May

-pagi ni saya buat pengakuan, ktrg tak mandi pagi pon, hahahah...lap2 badan jek

-breakfast kul 7 am, makan roti sapu jem , peanut butter, minum hot choc. sepanjang trip ni diorg sediakan kopi dan hot choc tapi kita bancuh seniri la.

*konsep trip ni pun bajet trip kan, so makan pon guna pinggan plastik then pas guna kena basuh seniri dan lap sebelum kita simpan dlm container yg diorg sediakan.kena pikir kita ni mcm budak2 asrama la...berdikari gitu :) so far saya ok je, seronok lagik ada.sebab tgk orang2 tua, mak cik pak cik tu pon steady je buat tu semua tanpa merungut so takan kita yg muda ni nak feeling diva pulakkan? dah nama pon bajet trip, tok sah berangan nak feeling lebih.dapat tgk dunia dgn selamat pon dah alhamdulillah, objektif tetap sama wpon dgn method yg berbeza, bukan in luxury trip :) kita bukan ahli perniagaan *Hai-O *MLM okeh

-lepak breakfast, sembang sambil charge gadget sampai kul 9 pagi.then bertolak ke Cheese and Clog Factory.tengok diorg demo wat tradisional cheese dan clog yang mmg antara treadmark utama Holland.Beli2 souvenir sket dan saya mmg teruja sbb saya mmg sukakan Holland!









stop kt tradisional windmill utk bg peluang poyo2 bergambar dgn windmill neh...teruja..kalo boleh nak hug-hug windmill ni...hahaha obses sguh (cam Hud obses kat Lea Soraya)







sempena anniversary ari ni :)

" i wuz here. awin & fahmi. 7th anniversary.26 may 2013"

~lupa bwk marker pen...huhu

menitik air liur tgk umah ni...hadoiiii nak pindah duk sini la esok!


-Singgah Volendam kul 1130 pagi.Kawasan yg ktrg pergi tu adalah ditepian laut, rumah2nya sangat cantik membuatkan saya jatuh cinta smpi rasa nak duk situ 5-6 bulan pas pencen nanti huhuhu






-makan fried seafood, ada sotong udang dan fish fillet. rege dia rasanya 6 euro kot





-ronda2 kedai2 souvenir sepanjang jalan di pekan kecil tu.geram dgn bunga2 tulip yg diperbuat dari kayu...comel sangat.tapi ada satu menda yg saya ralat.saya tak sempat nak bergambar dengan kostume Dutch huhuh...so maknanya mmg kena dtg lagi ke Holland sbb ada menda yg tak dpt ditunaikan hahaha



-Kul 230 ptg gitu, gerak ke Amsterdam city.sepanjang perjalanan dikiri kanan kelihatan perkampungan yang tenang dan damai dan ladang2 gandum (mungkin), ladang ternakan lembu kuda dan biri2...aduhhh comelllll.Lembu n shaun the sheep kat sini gemuk2 montel.geram tengok...rasa mcm nak tendang2 bontot lembu n sheep tu sbb gemuk hahahah *psiko*


-Holland mmg banyak terusan/ sungai menadangkan ia adalah negara yg terletak di bawah paras laut.so kebanyakan kawasan rumah2 akan ada terusan kecil di belakang atau depan rumah.pas tu siap ada bot2 kecil lak tu parking depan rumah...mihmihmih comel gilerrrrr....nak duk Hollandddddd bolehhh???

-Sampai Amsterdam City around 3 ptg dan kami diberi masa 4 jam utk explore bandar ni..kohkoh.Sebelum tu, krew KC bawakan kami semua menaiki Canal Cruise dengan harga tiket 8 euro sorang.enjoy gak la naik cruise sbb building2 kat sini cantik.Amsterdam jugak terkenal dengan basikal sbg kenderaan utama.Kalao kat tempat kita, byk jupe parking lot utk kereta tapi kt sini byk jupe parking lot utk basikal, siap bertingkat2 lagik...heran gak kalau diorg boleh cam beskal masing2 dlm beribu2 beskal tu ek? tgk cam serupa jek hehehe











-Pas tu ktrg ronda in group explore bandar ni..jalan je la folo map yg diorg bagi.ktrg pon tak de aim nak tengok apa cuma ada Hard Rock fan nak carik HRC Ams then saya tingin nak bergambar kt tempat famous yang ada I Amsterdam letter yg besar tu, tapi tak jupe2 pon hahaha...tak de rezeki (again, kena dtg lagi...)

-Ktrg sempat ronda 3-4 lorong Red Light District kohkoh..rasa cam makin berkurang ilmu tengok menda2 cam ni...adoiiiii tak pe la pengalaman sesekali.bukan sbb gedik or miang nak tengok tapi ktrg anggap ni sbg satu pengajaran dan jadikan sempadan dlm kehidupan kita. Negara diorg ni mmg terkenal dengan sikap keterbukaan terhadap segala menda; sex,ganja,dadah dan yg lain2 sangat bebas bagi mereka.agaknya pon saya mcm ada kot terhidu ganja diorg dlm asap rokok diorg smoking kohkoh





-Ktrg sampai dah busan2 tatau nak buat apa n nak explore apa lg (sbb kaki dah penat)..last2 lepak makan2 n minum kat kedai halal..Then kul 7 ptg gerak balik ke campsite, dalam 30 min jek.so sampai campsite terus solat n bersihkan diri seme.tunggu time utk dinner.malam ni KC masak nasik, ayam goreng rempah dan tumis kobis.ada sambal kicap jugak

-lepak dining hall sambil sembang n charge gadget lagik.masuk khemah kul 11 malam pas siap solat jamak maghrib isya'..malam ni spt malam smlm, masih sejuk kekakuan hahahah,bertabahlah hati :)




0 comments: