aduh...letih n rasa nak muntah duk upload pic huhuhu...so tak semua pic yang cun melecun dan kebaboom dapat saya upload sekaligus...bikin muntah begini.hahahaha
semua catatan perjalanan mmg saya tulis setiap masa, dalam perjalanan atau pon masa lepak2 dalam khemah/cabin...katanya blogger gitu kan?
so nak cerita la ni, ada satu hari tu sedang khusyuk menulis catatan, Kak 46 (dlm group saya ni saya folo 2 orang kakak yg dikenali di FB Kelana Convoy...saya tak mo reveal nama, wpon dlm fb yang depa duk tag2 pic saya tu, ada jek reveal nama diorg. tapi blog ni mmg hak saya, so saya mmg tak mo reveal.just saya tulis Kak 46 dan Kak 47; mewakili usia mereka hahaha)...sambung balik...Kak 46 tegur saya...
Kak 46 : rajin Awin tulis semua cerita psl trip ye?
Saya: (senyum dan sengih)
Kak 46: ohhh...ye lah...ni kan pertama kali Awin keluar negara
Saya : errkk... (tertelan halkum seniri dan pause selama beberapa saat)
Saya: saya blogger la kak (dalam hati je laaaa...what ever la kak.saya tak kacau orang ponnnn)
-sentapssss-
Day 3; 27 May Heidelberg Germany
-breakfast ready at 7 am...pagi ni disediakan scramble egg dan roti.lapar sangat so semua jadi sedappsss
-pengalaman bukak dan gulung khemah...kebas jari sbb besi khemah sejuk giler...khemah pulak basah...tapi gagahkan diri la jugak.saya pon kena lebih kuat dari biasa memandangkan Kak 47 agak berusia, so saya kena paham kalau dia sesekali nmpk tak dpt tahan kesejukan dan kekebasan jari jemari
-pukul 9 seperti biasa kami memulakan perjalanan. Dari Amsterdam kami akan menuju ke Heidelberg Germany, perjalanan mengambil masa lebih kurang 7 jam...sah la kematu montot!
-Perjalanan akan melalui pinggir bandar Frankfurt.Dan sama jugak seperti perjalanan sblm ni, di kiri kanan jalan akan kelihatan ladang kuda, lembu dan sheep :)
-Semua coach berhenti di service area utk rehat dan makan tengahari yang KC dah masakkan tapi saya lupa pulak ktrg makan apa (tak catat pulak hohoho).Krew2 KC akan masak sebelum diorg loading barang peserta masuk ke bas utk meninggalkan satu2 destinasi.Lepas diorg siap masak, diorg terus akan kemas peralatan, masukkan dlm compartment bas.Kalau ikutkan mmg berat tugas diorg dan mmg penat, tapi berbaloi la kot dgn bayaran yg diorg dapat :)
*Dalam sehari, secara am nya pihak KC akan sediakan makanan 3 kali sehari.namun begitu,ada hari tertentu lunch tidak disediakan memandangkan pada waktu itu semua ahli peserta sedang dibawa meronda , contohnya seperti semalam semasa di Amsterdam City. Breakfast dan dinnner mmg disediakan setiap hari,sepanjang trip.So ada hari yang peserta kena beli sendiri utk lunch dan ini mmg dah diberitahu sedari awal lagi.
-Sebelum stop di service area, Azizul ada bgtau...dia ckp toilet kt sini pelik sikit. Lepas kita flush, getah/alas mangkuk tandas (yg kita duduk tu) akan berpusing sbb ada satu alat akan membersihkan keliling getah/alas tu.Hahaha...so semua orang teruja nak tengok la...So lepas keluar toilet tu, mcm2 la cerita lawak yg kita boleh dengar.Siap ada yang record caner benda tu berpusing..hahaha
*everytime ktrg stop utk toilet break di mana2 service area, ktrg mmg akan jadi tumpuan dan "sumber kemarahan" pengguna lain memandangkan toilet akan cramp dengan peserta2 KC selama ratusan orang ni! Mmg que nak masuk toilet pon panjang giler la, hahahah.Pas tu omputih akan pelik tengok sbb tiap orang duk pegang botol air kosong (tak boleh tinggal botol air ni, mmg kena ada dlm handbag setiap perempuan..kalau tak nanti tak selesa nak beristinjak dan bersuci dari hadas kecil...hehehe)
-7 jam perjalanan tu mmg boring la jugak walaupon pemandangan kt luar cantik giler.Tertidur jugak la 2-3 kali heheh...bila dah masuk Germany, mula kelihatan deretan pohon2 pine :)
-Akhirnya sampai ke Heidelberg.Coach terus menuju ke Heidelberg Castle.Saya tak banyak catat psl castle ni, mebi sbb teruja kot...hahaha ni first castle ktrg pegi so mmg teruja la sket.Tapi ekceli castle ni tak berapa menarik sangat...sbb nmpk dull kot? pas tu ada bhgn yg under renovation/ maintanance...tapi dah nama pon castle kan? mesti la atas bukit dan nmpk sangat sayu...huhuhu
-Diseberang kwsn terletaknya castle ni ada sungai besar yang famous di sini, Nectar River. Ada sebatang jambatan warna merah yang katanya famous jugak. Di sini jugak ada sebuah universiti tertua di Germany iaitu Heidelberg University. Kat sini Azizul citer, ada student's prison di mana student-student yang buat kesalahan akan dipenjarakan.Katanya, zaman dulu kalau student lelaki ngorat student perempuan pon dikira kesalahan besar dan boleh dipenjarakan!
-Untuk naik ke castle ni kita kena naik Funicular Train, mcm train nak naik Bukit Bendera tu.Tiket 6 euro.Kalau nak jimat duit boleh je membetis mendaki ke atas...hahaha ktrg tak sanggup nak membetis oiiii
-View dari atas sangat cantik dan tenang walaupon castle tu biasa2 jek..hihih. ekceli ktrg mmg tak teruja dah bila sampai atas...so laju2 ronda n snap pic sket...then terus nak carik kedai souvenir kt bawah tapi mcm lost pulak pdhal Azizul dah bgtau dlm coach td..hahaha .Tu yg ada saya komen kat pic kawan2 dlm fb tang pic Heidelberg...Azizul siap perli ktrg esok hari sbb dia kata;
"semalam, masa di Heidelberg Castle saya tengok ada peserta tak explore castle tu sungguh2...agak rugi la kalau kita dah dtg jauh2 tapi tak explore sehabis nya"
hahaha..ktrg la kot yg dia maksudkan...masa saya duk tnya dia kt macamana nak pegi area byk kedai souvenir pon dia cakap;
"tadi dlm coach saya dah explain.mesti Azwin tak pay attention ni"
hahaha...mak nervous bab2 membeli belah noksss..mak mudah ilang punca.
-so, pas tu ktrg terus amik train utk turun pulak.menapak sket ke bawah dan jumpa la area byk kedai2 souvenir.Kak 47 nak carik HRC Heidelberg yang tiruan punya.ktrg jupe tapi dia tak berkenan nak beli pon.Ktrg jupe jugak satu kedai bakery...dia promote apple chip.sedap jugak la, tapi rasanya dia tak goreng kot sbb tak berminyak langsung.mebi dia jemur agaknya...huhuhu tapi mmg unik sbb rasa rangup2 n masam2 manis :)
-Dah abis meronda dan membeli souvenir, kul 7 ptg gerak ke Haide Campsite yang terletak ditepian Nectar River.Sangat tenang dan damai je kat sini dan boleh memberikan ilham kepada penulis, koh3
-Malam ni saya dan Kak 47 akan tido di cabin, bunk for 4 person.So ktrg sharing ngan sorang ibu dan anak sulung dia umo 13 tahun.Bila cabin yang sharing gini, KC akan asingkan gender.so mcm kes ibu dan anak tadi ni, husband dia kena asingkan dan duk satu cabin dengan geng2 suami2 lain yg terpisah dari isteri n anak2 diorg la hahahah...
-Mlm ni krew KC masak nasik putih dan tomyam...sedap berselera makan dalam cuaca sejuk2 ni, alhamdulillah
-Malam ni pon ktrg boleh tido lena dan selesa...sejuk2 gini tak terasa sbb boleh selimut dengan sleeping bag...enak saja.Tapi bila keluar dari cabin nak ke toilet, tu diaaaaaa...ketaq habis segala sendi noksss
-Toilet kt sini pon selesa tapi mcm buruk sket la.Campsite kat sini ada jugak sediakan dorm..selalunya dorm diberikan kepada golongan anak2 dara dan bujang2 yang belom berkahwin (selalunya KC bg kt group students)
* Info dari Azizul (saya suka dengar Azizul bercerita, dia nmpk tau byk benda sama ada dr pengalaman sendiri atau melalui bacaaan),
Berlin merupakan bandar yg paling cantik di Germany.
Frankfrut merupakan financial city bg Germany
Orang Germany merupakan most hard working people, most trustworthy, most punctually
Germany negara yg less corruption
Day 4; 28 May Fussen Germany
-hari ni lepas solat subuh, saya siap2 packing baju utkesok dan masukkan dalam bagpack sbb malam ni akan overnite di Inssbruck satu malam je.so mcm renyah je nak keluarkan dan usung troli beg dan segala harta benda
-keluar bfast around 630 pagi di mana spt biasa hari mmg dah cerah.Pagi ni KC sediakan cereal jek.Memandangkan perut saya mmg perut yg tak leh hadap cereal utk bfast (kecuali koko crunch utk ratah ms tgk tv hahaha), saya just makan roti yg ada lebihan bekal aritu dan cicah ngan hot choc
-sementara tgu krew2 kemas peralatan diorg dan loading brg peserta masuk perut bas, saya ronda2 sekitar campsite dan guna wifi free di reception area.
*kat sini dan campsite di Amsterdam aritu dpt wifi free, lepas dari sini terus kami tadak free wifi kt mana2 campsite pon.seme dah kena bayar kohkoh
-cuaca sejuk dan berangin...nyaman dan tgk instaweather adalah sekitar 8 C...nyamannnn.Jupe 5-6 kuntum tulis tapi dah penyek2 sket n nak layu...boleh la lepas gian snap pic dari tak de langsung hahaha *desprate*
-Nectar River ni mmg agak luas dan dalam sbb muat tongkang dan bot2 besar.Disebelah sungai pulak ada train railway...giler harmoni bila tengok bot2 dan train berselisih..hahaha hindustan sangat!
-pukul 9 pagi gerak ke Fussen; sebuah kota lama yang kecil dan terkenal dengan Schloss Neuschuwanstain (sebutan : New-Shu-Wan-Stain) iaitu sebuah castle yang menginspirasikan Walt Disney Castle yg famous tu. Mitos dikatakan, yg buat istana ni (entah lupa nama) mmg bercita2 nak bina istana ni sedari kecil lagi.dan dia mengimpikan istana yg lebih besar dan cantik dari istana yg dia duduk masa kecil tu (ohhh kes tamak giler n sentiasa nak up-up kan diri la ni ek?)...so bila besar dia pon bina la istana ni.pas tu padan muka sbb orang Walt disney lak yg tiru, muhahahahaha
-Sepanjang perjalanan melalui kawasan perkampungan sederhana dan juga perumahan moden.Kelihatan banyak kilang2 kecil (mebi kilang IKS kot), rumah2 yang ada kebun sayur, kayu2 api yang siap dibelah2 disusun cantik, menambahkan lagi indahnya pemandangan yg unik :)
-Berhampiran dengan Fussen, dikejauhan boleh nmpk banjaran yang tutupi salji di puncak2 nya.itu lah Banjaran Allgau yang merentasi Germany dan Austria dan merupakan Banjaran Alps Swiss dibahagian timur (ntah paham ke tak apa saya tulis.abis semua negara saya tulis...hahaha...ni saya catat info dari Azizul je.saya pon tak paham so sila google hahaha)
-stop utk lunch di servis area.Krew KC dah prepare food masa kt campsite pagi td dan menunya adalah bihun goreng tomyam. Makanan wpon prepare awal tp tak basi sbb cuaca sejuk :) so tak yah risau psl food poisoning, alhamdulillah ok je
-Sampai area castle kul 230 ptg dan diberi masa hingga kul 6 ptg utk explore castle ni.Masa beri briefing kt sini la Azizul perli psl Heidelberg tu...hahaha ada mak kisah?
-Spt biasa, castle mesti atas bukit dan nak pegi ke situ kena naik kete kuda, bas atau membetis (hiking).Ktrg pilih naik kete kuda dengan byrn 6 euro utk naik dan 3 euro utk turun (turun senang sket kot sbb tu murah kahkah).Kalau naik bas tambang dia 2.60 euro.Apa barang naik bas, dah 16 hari ni nanti kematu bontot duk dlm bas jek...hihihih
-dah smpi tmpt parking kete kuda tu, kena pulak menapak daki bukit ke atas lagi...cissss tipah tertipu betul.ingatkan smpi betul2 depan pagar istana (mcm dlm citer2 selalu tu).masa tu hujan renyai then jadi hujan lebat...so mood agak kureng utk snap pic sbb sayang kamera basah (boleh??)...so berteduh kejap smpi ujan teduh sket.then sambung perjalanan mencari Marienbrucke iaitu jambatan yg berada dikejauhan tapi view dari sana adalah sgt cantik utk amik pic castle :) ni baru best n teruja...castle yg ni mmg cantik dan kita feeling lebih sket la memandangkan walt disney punya castle ni kita selalu tengok dlm citer katun.So Azizul, watch out okeh.This time ktrg akan hadap castle ni puas2...jgn perli mak lg, nokssss hewhew
-Pas abis posing, menapak turun pulak.Singgah kedai2 souvenir area castle tu.pastu turun lagi ke bawah dgn kaki jugak sbb saja nak eksesais (read: jimat duit 3 euro hahaha)..ronda kedai2 souvenir area pekan kecil kat bawah tu pulak sbb nak menuju ke parking lot tmpt coach.kat sini saya frust sbb awal2 jupa tote bag germany lawa giler, 3 euro jek tapi disanggah pendapat dgn mengatakan kot kat bawah sana ada lagi lawa dan murah.sbg ahli paling muda (wpon ketua grup) saya mengalah..hohoh dan natijah nya beg murah cun dan kebaboom tu tak dpt dimiliki sampai ke sudahhhh....adeeeiiiiiiiii
-Kill the time before cukup masa utk naik coach, posing2 la kat tepi tasik ni...cantik.sbnrnya boleh sewa sampan n kayuh2 sampan kt sini kot2 nak feeling romantika d'amour Khalil dan Lea Soraya tapi sbb ni bukan Interlaken dan saya tak de pasangan sehati berdansa, maka lupakan aje laaahhhhhhhhhh
-Kul 6 semua coach memulakan perjalanan ke Innsbruck (sebutan: Ins-bruk).View adalah cantik, lg clear nmpk banjaran dilitupi salji mcm masa on da way nak ke Fussen tadi. Kelihatan pokok2 pine dan sungai2 yang airnya kehijauan kebiruan (turqoise ke?). Kenapa air dia kaler cam tu ek? adakah kerana kandungan sulfur atau batuan atau dasar sungainya? ohhh...aku terujaaaaaa
-Singgah berfoto disatu kawasan (tak tau apa nama)Subhanallahhhhh.Kalau sapa2 tengok ni tak rasa takjub dgn nikmat dan kuasa Allah yang menjadikan semua ni indah mcm syurga ni, ermmmm tak tau la hihihih
-Sampai di Oberland Inssbruck Campsite kul 730 petang.hari belum gelap dan ada masa sejam dua lagi b4 masuk maghrib
-Malam ni tdo khemah lg (i hope ni last nite tido khemah la hehehe)...so pasang khemah dan siap2 solat seme.Meronda restoran sebelah campsite ni.happening betul dan resto dia unik dengan hiasan ketea2 buruk/lama tapi di ubah suai
-makan malam kul 10 malam, krew sediakan nasik dan ayam masak kicap.lepas dinner lepak2 minum hotchoc di bawah sinaran lampu neon tepi khemah hahahaha
-suasana sejuk nyaman dan cuaca masa ni lebih baik dari semalam di Heidelberg, alhamdulillahh.Masuk tido dekat2 kul 12 malam.malam ni still tido memakai snow cap, mafla, stokin dan jaket spt 2-3 malam sebelum ni hahahaha.Ktrg panggil konsep ni TIDUR DALAM IMAN sbb lengkap menutup aurat gituuuu hhahaha
*View di blkg dan di depan campsite adalah banjaran.kalau winter mesti cantik sbb mesti penuh snow :).Ada train railway jugak kt seberang jalan depan campsite ni.
0 comments:
Post a Comment