Thursday, February 26, 2009

MeMORy LanE

Sebenarnya…sy sgt sgt dan sgt “word-less” (not speechless sbb menulis, bukan bercakap di sini, hehe) untuk membicarakan ttg gambar2 di bawah ini

Ini lah sekolah saya dan dia…



setiap kali pulang ke kg halaman, kami tidak melepaskan peluang mengimbas memori di sini...

Terima kasih kepada awak yg telah berpindah ke SMK Mersing untuk masuk ke kelas 1 RK, kalau tidak saya tak berkesempatan utk jumpa awak dan kenal awak

Saya budak pompuan yg sgt kepoh (yg ada grup tersendiri waktu itu, hihih) tp pemalu dlm kelas (yang mmg tak suka lipat hujung tudung smpi kena warning dengan puan pengetua sekolah, dia cakap mahu staple hujung tudung saya..suka ati saya la cikgu,ni tudung saya, bukan tudung cikgu,) saya mmg leading duduk meja barisan depan sbb saya rabun tp tak mo pakai spek dan awak budak lelaki yg maha pemalu tahap giga, yg duduk di belakang kelas…sentiasa takut bila saya toleh ke belakang padahal saya nak bercakap dgn kawan saya tp Hafizullah Khalid selalu sangka saya mahu curik2 tgk awak…

Awak la Tuan Pengawas Sekolah (yg suka lipat lengan kemeja biru hingga paras lengan dan pakai songkok tapi nmpak jambul rambut, nasib baik anak kita tak de jambul mcm awak, haha) yg hanya sekali je bertugas sbg MC di hari perhimpunan sekolah setiap Isnin…sgt curik tulang,mujur Zurina sanggup cover kesalahan awak yer…

Ada budak lelaki tu sgt suka bersukan tp budak perempuan ni benci bersukan.Tp budak pumpuan tu suka curik2 duduk tepi padang nak tgk budak lelaki tu main hoki hingga budak lelaki tu cedera di kening akibat pukulan tidak bermata sang kayu hoki Encik Jasni (yg sekarang sudah jadik artis kumpulan nasyid…err..encik jasni yg jd artis nasyid, bukan kayu hoki dia)

Saya jugak yang penah jatuh beskal dihadapan awak semasa balik dari sekolah…tp sbb saya cool, saya tidak berasa malu sb saya jatuh dalam keadaan sopan hingga tidak mendedahkan aurat.hahaha walaupon Mahadzir gelak2 kan saya, peduli apa…

Saya penah perang dingin dengan A****, S******, dan A*** sbb berebutkan awak… (what???berebut???biasalah…budak-budak baru nak idup, hahahahahah)

Saya tau,awak antara budak2 yg suka main2 dlm surau waktu solat.tak baik tau…hahaha saya berlagak baik sdgkan saya pun nakal sama.selalu intai2 tirai surau, tgk kat mana lokasi awak.penah cuba tolak kawan di sebelah tatkala awak ada disebelah tirai lelaki…sebab saya nak solat sebelah awak, dipisahkan tirai…gedik sguh!!!!! Hahaha..sekarang puas hati dapat solat belakang awak, ber- imamkan awak ...

Terima kasih sbb dulu awak selalu telefon saya setiap hujung minggu…tp dulu suara awak perlahan sgt, bila saya cakap kuat awak selalu tegur…”cakap la suara slow sket”…ek eleh…ingat saya ni control cun ke?Hahaha…padan muka sbb dapat kawen ngan saya yg bersuara decibel tinggi laksana halilintar memecah kesunyian.

Saya jugak bersyukur dan dia jugak berterima kasih kerana pandai menjaga diri masing2, tidak taksub bercinta hingga abai pelajaran hingga tidak pernah berdating belakang dewan sekolah, bawah pokok zaiton atau tepi pantai blkg sekolah.kalu tidak, mungkin saya dan dia tidak berada di tempat sekarang, mungkin kami sudah punya anak setelah tamat SPM kerana kemaruk bercinta…syukur…syukur…ibu bapa mendidik kami dgn betul.alhamdulillah

Awak ingat tak pasal duit yuran tabung kelas yg rm1 tu??? Hahaha…jd kontroversi…saya sgt geram dgn Idham Hafizi yg suka jadik penyibuk…Hahah…lepas kejadian tu, sgt kelakar bila teringat yg saya penah menyorok tepi library sbb takut terserempak dgn awak akibat rasa malu yg menebal…poyo giler diriku…

Saya suka nak ingat insiden berselisih dgn awak di koridor sekolah semasa hari hujan waktu datang sekolah…sgt kuch kuh hota hai waktu itu…kuang3

Lagik satu, saya jugak sgt suka nak ingat yg kawan2 penah kata, saya bakal menantu Pak Markom…kehkehkeh…nyaris2 jugak saya jadik menantu Cikgu M** N** kan? wink…wink..

OOo…tidak lupa kepada Encik Suhairi Ismail yg suka hati jiwa raga sbg penyimpan mohor besar rahsia2 awak yer…Puan Roziana dan Cik Hamizah serta Cik Salbiah pulak sbg penyimpan kunci peti rahsia saya…kuang3…lihat betapa gumbira mereka bertiga di hari perkahwinan kita.Hingga Cik Hamizah pernah menghantar sms kpd saya “kawen jugak ko dgn fahmi yer…” jodoh Allah tentukan…alhamdulillah

Hahaha..sgt seronok bila sekarang dpt reveal rahsia2 besar kawan2 sekelas kita masa sekolah dulu.byk yg saya tak tahu rupanya…dan byk jugak yg awak baru tahu pasal rahsia kawan2 saya…ngehngehngeh…Rahsia paling kelako tak masuk akal, Hafizullah Khalid yg sgt poyo itu rupanya ada hati dgn Maziah, jiran blkg rumah saya???muahahahah…koyak usus saya ketawa…

Saya minta maaf sbb tinggalkan awak sorang kat kelas sbb saya dapat masuk MRSM…tu la kenapa tak mau ikut saya sekali? Juga, nyaris2 kita terpisah kalau awak jadik pegi Australia lepas abis PPP..tapi tak pe, nanti saya bawak awak pegi Finland ke UK ke , ok????

Huhuhu…awak yg berdiri di belakang saya masa bergambar kelas untuk majalah sekolah kita ...rugi la pulak majalah tu hilang, kalo idak saya akan scan dah tepek di sini…kukihkukih

Itulah saya dan dia

SMK Mersing…1992
Until forever…insyaAllah…

Terima kasih pada kenangan …

1 comments:

Suya said...

mestii best perasaan cinta time2 skolah....tader peluang nak gedik2 time skolah sbb sume pompuan hauahuahaua....cinta zaman persekolahan adalah yang paling best and sgt kiut bila diingatkan balik..kan?????