Friday, September 25, 2009

I am 2...

Happy 2nd Birthday My Little Prince
Amjad Faheem bin Khairul Fahmie



Mummy dan babah sentiasa doakan yang terbaik untuk Amjad Faheem
Semoga Amjad Faheem menjadi hamba Allah yang soleh
seperti mana maksud Amjad iaitu Mulia dan Soleh
Juga moga Amjad Faheem jadi insan yang berakhlak mulia, penyayang dan
sentiasa menggembirakan hati mummy, babah dan semua orang
Kalau ditakdirkan suatu hari nanti
Amjad Faheem jadi abang
Moga Amjad Faheem dapat jadi abang yang melindungi adik-adik
Kalau ditakdirkan mummy pergi dulu
Moga Amjad Faheem boleh jadi peneman babah
Penghibur hati dan kesunyian babah

Kalau ditakdirkan babah yang pergi dulu
Moga Amjad Faheem boleh jadi ketua dan jaga mummy
sebagai pengganti babah
Walaupon mummy garang dan tegas dgn Amjad Faheem
tapi ketahuilah sayang
Mummy sentiasa sayangkan Amjad Faheem
tidak pernah berkurang sedikitpun kasih sayang itu
Dari hari pertama mummy tahu kehadiran Amjad Faheem
dalam rahim mummy
dan sampai sekarang dan bila-bila
Mummy tetap sayangkan Amjad Faheem
malahan makin melimpah kasih sayang untukmu
Terima kasih anakku sayang
sebab jadi anak yang baik dan tak nakal sangat
Terima kasih sebab kadang2
Amjad Faheem macam faham yang mummy berseorangan
jaga Amjad Faheem di sini
Syukur mummy rasa sebab nama Faheem itu
sangat sesuai dgn kamu
yang membawa maksud -memahami
Mummy sentiasa berdoa
Moga Allah tak pisahkan kita
sebab mummy tak tahu macamana keadaan mummy
kalau Amjad Faheem tak de kat sisi mummy
Nanti bila Amjad Faheem dah masuk school, kolej dan universiti
Kena belajar rajin-rajin dan jadi cerdik
hormat guru, pensyarah dan semua orang
Bila besar nanti boleh jadik Doktor Pakar Bedah
Bila Amjad Faheem dah ada kerjaya yang bagus
Kerja lah dgn jujur dan amanah
Setiap pendapatan yang Amjad Faheem dapat
jangan lupa zakatkan dan sentiasa bersedekah
Nanti bila Amjad Faheem dah dewasa
bila dah teringin bercinta dan ada girlfriend
cari la girl yang berkeperibadian yang elok dan solehah
bimbinglah dia menuju ke syurga Allah
Semasa bercinta
Jagailah batas-batas hubungan agar tidak tersasar
dari landasan yang Allah tentukan
Bila sudah berkahwin
Jadilah suami yang baik
dan bimbinglah keluarga Amjad Faheem sebaiknya
Mummy akan pastikan
Mummy dapat jadi ibu mertua yang sangat sporting,open minded
dan menyayangi menantu mummy
seperti anak sendiri
Bila ada anak
Didiklah anak Amjad Faheem dgn ilmu dunia dan akhirat
secukupnya sebagai bekalan mereka
Mummy juga akan pastikan
Mummy jadi granny yang sempoi dan loving
juga pemurah
Akhirkata
Mummy dan babah akan sentiasa doakan
kesihatan, kesejahteraan dan kebahagiaan Amjad Faheem
dunia dan akhirat
Semoga Amjad Faheem sentiasa dalam keredhaaan Allah s.w.t
sepertimana Amjad Faheem sentiasa dlm keredhaan mummy dan babah
insyaAllah
Selamat Ulangtahun sayang mummy dan intan payung babah!
**mummy wat auto publish on 25/09/09 at 5:47 am sempena tarikh kelahiran you!

coretan kasih:

0 comments: