Wednesday, January 27, 2010

kerja rajin2 ye

semalam
arjuna bgtau
dia dah dpt surat confirm
dan alhamdulillah
ada increment
dan dia ckp
pas ni akan ada increment utk performance pulak

sy ckp kat dia
"alhamdulillah bie, congrats! bekerjalah dgn lebih dedikasi pas ni"


erm...di sebalik kesukaran yg dia pernah alami
alhamdulillah
Allah beri rezeki pada dia

sy sebolehnya nak jd penyokong kuat
pada setiap kejayaan dan apa yg dia buat
walaupon ada kalanya
pada mata org lain
nmpk tak seberapa
tp sy yang menyusuri ranjau dan duri bersama dia
maka saya sgt hargai setiap pencapaian dlm hidup dan kerjaya dia

biarlah apa org nak kata
saya tetap akan sokong dia

biarlah apa orang nak sangka
saya tetap wat selamba

sebab
semua derita dan tawa dia
saya yg turut merasai nya

noktah.

catatan seorang isteri yg mahu jadi se- solehah mungkin;


Tuesday, January 26, 2010

berhibur di kala poket nipis

weekend yg sempoi

sbb ujung bulan

poket pon nipis

so tak de aktiviti mengukur keluasan pasaraya,
mengagak ketinggian mall
atau menguji kekukuhan eskelator



jadiknya

kena carik aktiviti yg free of charge



maka dgn berbekalkan D3000

syok seniri amik gambar je laaa...

kesian kan?





LOKASI 1













suap bihun celah pangkal pokok pon jadik laaa



LOKASI 2















nak nmpk kurus, saya kena berdiri. kalo duduk sama arjuna, akan nmpk saya sama beso dgn dia,dush!





mummy borek, teruna rintik...good







ada berani posing di sini kawan-kawan?

sila sila


(muekeke...pas transfer gambo2 dlm lappy, saya cepat2 tgk gambar2 kat LOKASI 2 ni...mana tau ada kereta2 yg dikenali sedang berenti di trafik light...keh3...setahun tak abis kena kutuk kang!)



saya tak pandai edit gambar, so dua2 hero ni nmpk hitam terlebih...tak pe la...


"dah besar Amjad nak belajo kat manaaaa?"

"eng-ge-lend (england)"


-syabas anakku!

tp tunjuk peta ostolia




pulang ke pangkal jalan, nak maghrib dah!


aktiviti masak kat The Beach masih di teruskan

bihun utk piknik kat LOkasi 1

Masak lemak kubis (sapa ntah ada sebut psl lemak kubis, tak pepasal saya wat jugak, hehe)

ikan goreng


Sup ayam + cili kicap


masa nak masak sup ayam hari Ahad tu, arjuna ckp masak sket , utk lunch je.sebab petang dia nak belanja makan
*
sbb saya isteri solehah (sambil tunduk dan pintal2 tudung) saya bersorak riang dlm hati
*
keh3...petang tu arjuna ajak makan kat Resepi Rahsia .Again, sbb saya isteri solehah, saya turutkan aja (sambil tunduk dan betulkan hujung lengan baju) muahahahhaha
*
okeh babah belanja, sebab duit mummy tgl rm3 ajer...hahahahha
*
last but not least, 3 hari lepas saya cuba buat cili jeruk utk arjuna, sbb beliau suka sgt makan ni ngan mee or kue teow...tp saya tak tau cam ne rasa dia,sbb tak penah makan.harap2 ok la kot


utk bekalan beliau di Bentong, jgn pulun makan ni smpi cirit udah lerr



Monday, January 25, 2010

2T+4B " muy bein"




amjad faheem ni kadang2 suka kuar kan ayat cam org dewasa

tgh nak marah pon leh tak jadi tau dgn gelagat dia neh

antaranya:
mummy: laa...baju amjad ni dah kecik la, dah ketat haa...
amjad: kesian anak mummy kan?
mummy: erk?

mummy: amjad letih tak hari ni?
amjad: tak...amjad cuma risau
mummy: ?????

amjad: mummy, cepat bawak laju2
mummy: kenapa pulak?
amjad: tu...ultramen ada kat depan tu.amjad nak tembak dia...peng peng..
mummy: ???? (ayokkk...pengaruh ultraman sguh kuat, smpi ber-imaginasi nmpk otomen)

mummy: kenapa amjad tak nak kawan dgn kakak tasha?
amjad: erm...sebab amjad rasa malu
mummy: adeiii (ayat tak bleh blah sguh teruna sorang neh)


mummy: amjad sayang mummy tak?
amjad: sayang...
mummy: sayang banyak mana ?
amjad: banyak ni... (sambil tunjuk kat hidung dia)
mummy: ?????
mummy: sayang babah banyak mana?
amjad: banyak ni..(sambil tunjuk pipi pulak)
mummy: apa-apa jer laa...

mummy:amjad sayang mummy ke tak ni?
amjad: tak...
mummy:kenapa tak sayang mummy?
amjad: sebab mummy kecik lagi
mummy:????
mummy:habis tu babah pulak?amjad sayang tak?
amjad: sayang..
mummy:kenapa sayang babah?
amjad: sebab babah dah besar...
mummy: huhuhu....


Saturday, January 23, 2010

patik turut berasa sedih :(

Saya sebagai rakyat Johor Darul Takzim
turut berkongsi kesedihan
di atas kemangkatan Sultan Johor
Sultan Iskandar AlHaj
pada 22 Januari 2009
semoga roh baginda
di cucuri rahmat oleh NYA
seluruh rakyat Johor
berkabung 7 hari


Friday, January 22, 2010

encik suami = sang arjuna

Esok sang arjuna balik, so amik aura la sket ngan wat tag neh...


1. He's sitting in front of the TV, what is on the screen?
-bola...bola...dan bola

2. You're out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
-thousand island

3. What's one food he doesn't like?
-lauk itik

4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
-milo ais

5. Where did he go to high school?
-Skola Tinggi Muor

6. What size shoe does he wear?
-8

7. If he was to collect anything, what would it be?
-seme brg2 Man U kot...

8. What is his favorite type of sandwich?
-sandwich sardin

9. What would this person eat every day if he could?
-telo goreng

10. What is his favorite cereal?
-tak mkn cereal, tp kalo kena paksa, maybe coco crunch kot

11. What would he never wear?
-spender pink renda2 wife dia punya

12. What is his favorite sports team?
-Man U hofkos

13. Who did he vote for?
-rahsia dowh

14. Who is his best friend?
-his cute wife, hofkos

15. What is something you do that he wishes you wouldn't do?
-saya mengamuk tanpa sebab khusus

16. What is his heritage?
-malay

17. What is his favourite colour?
-blue n black

18. What is his habit?
-tidur tanpa alasan kukuh

19. What is he proud of?
-me n his son

20. Lastly, do you think he will read this?
-ntah



Thursday, January 21, 2010

err...no komen!

salam peeps
sorang dua pembaca pernah tanya
kenapa blog saya tak leh diorg nak post komen
bila saya setting semula
cam ok je, tadak apa yg silap
tapi still tak leh buh komen
saya mmg buta IT sket
so saya tak tau nak wat apa
maka jadik la blog ini spt "syok seniri"
hahahah
sbb semedang je asik "0 comment"
tak pe la
so no komen la pada blog saya yg tak leh komen ni
hihihi
SYMP;


Tuesday, January 19, 2010

tak-jadi-nak-sedih

okeh
habis dah drama bersiri ini:


pic:googled

dulu2 tak tgk sgt pon citer neh
tp bila dah episod akhir2 neh cam rajin lak ngadap
sebab SEDIH ok

So
episod semalam
byk kali gak emosi naik-turun

Sedih:
-masa Hasan duk dgr /ngndap Balqis dan Ezany cakap2 kat luo tu, punya la sedih dia smpi terduduk...huhuhu haru

-then Hasan lak kena tembak...oohhhh...sedih down.nyaris menitis air mata...tapi tak jadi la pulak sbb kuo scene Hasan kat spital...owh..tak mati lagi anda rupanya Hasan. (dlm hati duk cakap masa dia kena tembak, kesian ko Hasan, mati bujangan)



pic:googled


-Pas tu hindustan la sket, masa Hasan kat spital, Balqis cakap "saya sayang awak"...sib baik Hasan behave dan cool, tak le dia terkujat-hepi-tak-hengat sampai terlompat dari katil gitu. Ezany pon berlalu...hokeh la...
*

-Tak logik sat, boleh pulak mak tiri Ezany tu kena cekup ngan polis wanita kat tengah2 dunia gitu, main cekup buh gari terus kat tangan ...buatnya salah org ke kan, tak ke malu? entah...saya tak penah jd polis wanita
*

-Sedih gak masa Ezany tanya kat Irfan tu, kat kerusi luar ward tu...hohohoho...ok la diorg pilih Zamarul Hisham utk watak Ezany yg penuh emosi neh...menghayati watak gitu!
*

-Pas tu boleh pulak Hasan tetiba cam nazak gitu...ayakkkk...takan mati semula kot?
*

-Then kuo la tulisan apa ntah...lebih kurang cam " Cinta sejati, manusia seringakali membuat kesilapan, sedangkan ia ada di depan mata"...cam tu la kot....lupa nak tulis (poyo..hahahha)
keh3 sib baik dah kawen dan dah ada cinta sejati (walaupon tak selalu ada depan mata, tp cukup la ada pd setiap hembusan nafas), kalau tak musti dan-dan tu harus saya carik dan aim sapa2 yg kat "depan mata"...kot2 itula cinta sejati...opsss...maafkan keterlanjuran saya!
*

-and last, kenduri kawen kompang bagai...tau dah ler Hasan kawen gak ngan Balqis.ok tapi boleh tak ko kawen jejauh sket (bukan kawen larik la ;P) jgn bg ex-husband ko datang, siap tepung tawar seme...pehtu bleh pulak wat muka cam nak nanges...mencik!
*
*

erm...hepi ending walaupon ada le sket2 hindustan gitu and cam ada saki baki "cinta dan sedih" dlm mata/diri Balqis dan Ezany wpon masing2 dah kawen ngan org len...tapi ok apa Balqis kawen ngan Hasan.dah le Hasan tu sayang giler2 kat dia (plus frust tertonggeng 2 kali ).Mak Biah pon sayang sungguh kat Balqis, best woooo kalu dapat mak mertua yg sayang, ehhh...tiba-tiba je.
*
*

kesian
sekian




Monday, January 18, 2010

yg ke 37

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yg Ke 37
buat Mak dan Ayah
Ya Allah,
kurniakan lah kesihatan yg baik kepada mereka berdua
sebagaimana mereka menjaga kesihatan ku
Rahmatilah mereka sentiasa
sebagaimana aku dambakan kerahmatan dariMU dan dari mereka
Kasihanilah mereka Ya Allah
sebagaimana mereka mengasihaniku ketika aku masih kecil
Aminnn
**saya sudah tempah special present utk ayah dan bonda
insyaAllah 27hb nanti kot baru smpi benda tu ke kg halaman
nanti saya upload benda tu



Friday, January 15, 2010

nostalgia episod 1

thanks to facebook

karena mu saya bisa mendapat gambar2 nostalgia ini

Masa Darjah 1 Mawar
sila carik saya yg mana satu?
hahahah

eehhh...seriyes nak gelak sampai tersedak tgk gambo budak2 kecik dlm ni
teringat kenangan lama

masa nak masuk Darjah 1 neh, mak siap upah jam tangan
sbb saya tak mo masuk Darjah 1 tapi sudah mahu lompat Darjah 2
kerana b4 masuk Darjah 1 yg ni, tahun sebelumnya saya sudah masuk Darjah 1 dah...tp umo masa tu 6 tahun la kan
so masa dah betul2 umo 7 tahun, kwn2 lama sudah naik darjah tapi saya kena ulang Darjah 1 dua kali
sapa tak hottttt kan?
hahahah
tapi...bila masuk Darjah 1 Mawar nih, hofkos la saya yg paling cerdik,sbb dah belajo semua silibus...
keh3...peh tu cikgu2 pon dah kenal...saya siap demand mahu duk depan sekali....



ni masa From3 kot kalo tak silap... tak pon Form 2


yg ni masa From 2 kot (ayakkk...suda lupa laaa)
masa ni bergambo ngan Cikgu Sivamaniam yang mahu pindah ke Sek. Men. Anderson Ipoh
ni cikgu faveret sang arjuna neh, sbb cikgu ni coach hoki dia (hahah...laki aku tu pon, carik la cikgu faveret yg cerah sket...bleh "copy" kaler kulit)
errm...yg depan pegang kotak hadiah tu dah meninggal dah...rasa nya dah 2 tahun kot...sob sob...dia ni besfren saya kat sekolah agama...selalu kayuh beskal sama2....


gambo ni kecik la pulak
i'm proud to be MJSC-ian
saya yg tepi sekali, belah kanan
duk tepi smpi nak terjatuh dah dari kerusi
hahahah
ok...byk lagi gambo nostalgia neh
dah bwk lek dah album lama dari umah mak
nanti la ada masa scan dan buh dlm blog
utk jadik bahan gelak!
hahahhaha



Wednesday, January 13, 2010

edible garden

Kuh3

edible garden yg tak seberapa

tapi tak pe la...wat kenangan, kena masuk gak dlm blog

Pokok serai

-ni ayahanda tersayang yg tanam, bulan Feb 2008
dah dekat setahun, baru byk ni tumbuhnya
kira ok la tu, sbb masa mula2 ayah tanam dulu, sebatang je dia cucuk
peh tu, anak bongsu dia ni mmg la sangat-sangat rajin menyiram
tu yg setahun baru tumbuh byk ni, hehehe


Pokok limau purut
-yg ni pun syahdu jugak riwayat dia
pon ayahanda yg tanam, Feb 2008
hahahah...mak yg belikan anak pokok kat nursery pokok depan taman budaya perlis
2 kali pokok ni hampir tamat riwayat
tapi, berkat kegigihan saya sebagai penyiram berdedikasi, riwayat hidup dia masih panjang hingga ke hari ni
dan lepas saya tambak kawasan blkg ni ngan batu2 kelikir ni, makin hidup subur lak dia, makin byk dan hijau daunnya
mungkin dia suka duk kat kwsn berbatu kot?
asal dari gurun mana ntah pokok ni

Pokok limau kasturi
-mak saya sedekah masa saya balik cuti hari tu
tp baru minggu lepas dpt tanam kat Teduhan Kasih
sempat la dia duk berkampung kat Bentong 2 minggu



Pokok limau nipis
-ni pon mak saya sedekah jugak
siap bg yg ada buah sekali
bimbang anak bongsu dia tak kenal ni pokok apa
hahahah



errm...pokok pandan dlm poses membanyakkan akar b4 tanam
duk rendam
harap2 riwayat hdiup dia bertahan smpi dpt selamat di tanam

peh tu, tgh nak meminang pokok kunyit ibu adeeb
tak dapat2 lg nak meminang ni....hahah...tgu masa je ni

pokok apa lg ek nak tanam?

errmm...pokok pisang- sbb nak kan daun, mana tau nak wat ikan bakar ke

pokok cili- tamau la...

pokok daun kesum- aaa...best jugak tanam ni

tu je la kot....wpon nanti akan pindah kejap dari Teduhan Kasih, tapi tak pe la...biar je la tanam, nanti sedekah je la kat "bakal2 penyewa"




Monday, January 11, 2010

setelah sekian lama tidak berasap

Lama jugak The Beach (dapur saya tu) tak berasap secara official

Hah...cam ne tu yg boleh di kategori kan sbg "berasap secara official"?
maksudnya...masak dengan bersungguh2 tuk hidangan sekeluarga kecik saya ni la

kalo setakat wat sup utk anak teruna ngan goreng ayam, etc tak leh kategori official lagi la
hahah...layannn je la ek

so Sabtu saya masak ni utk lunch (org len melantak chic chop ms dinner, ktrg ni terlebih western dr omputeh u know!)


chicken chop
ewah...siap buh 2 kpg gambo chicken chop, perasan hebat la tu!

petang pas zohor, merambu ke Tesco, beli brg2 dapo seme
pas asar, boring2 tak tau nak lepak mana...tersesat la CBQ ke dataran bunga raya (if i'm not mistaken), kat bwh Menara Alor Setar...
lepak2 pekena rojak buah
then, kul 6 gerak ke Jitra, pekena char kue teow Zam (sbb ibu mengandung ada sebut penah makan kat situ...saya pon teringin gak walaupon saya not yet ibu mengandung)
Hari Ahad, sesi kemas2 umah
so bekpes sempat wat ni as requested dari arjuna
cucur jagung+udang+kucai bersama air teh ajer


dan for lunch,
kelentang kelentung kat dapo smpi berbau satu Teduhan Kasih, akibat ini:



Siakap Sweet Sour (as sweet as org yg masak bila senyum dan as sour as org yg masak bila marah, apa kaitan ntah)
nenas cincang yg over tonjol diri berbanding siakap nya...boleh laaaaa
petang pulak, tak masak
makan kat Derma je.
bihun soto, roti jala ngan sate
dan arjuna balik naik bas kul 9 suku
saya dan anak teruna balik umah...layan juara lagu 24, sempat sebuah lagu je
pas tu layan tido sampai terlewat bangun dan terlewat pegi keje!
okeh...last but not least
musti la my super hero


rajin tul tulung mummy siram pokok (lebih kepada nak main ari sebeno nya)
hopefully, bila dah beso sok rajin gini la nak yeeaa...jgn nti bila mummy terjerit2 suh tolong siram pokok2, you nyorok dlm selimut pulak
harap2 blog ni wujud lg bila you dah besar sok, mummy tunjuk gambo ni wat bukti masa kecik you rajin tanpa di suruh
oh anakkkkk...