Thursday, January 7, 2010

soalan untuk suami dan isteri

Semalam, saya beli buku ini kerana tertarik dgn tajuk nya
Banyak jugak page yg sempat saya baca malam tadi dan saya tertarik dengan suatu topik

Terasa nak kongsi jugak kat sini, sekadar peringatan diri dan renungan bersama

Penulis iaitu Ustaz Hasrizal mengajak pembaca (yang katanya masih sedar sebelum "dibius cinta") agar menjawab beberapa soalan dengan jujur dan telus, heheheh

Ok, ni soalan bakal isteri dan isteri2 utk psgn :

-sekiranya beberapa tahun berumah tga, belum kita beroleh cahaya mata, saudara mara dan teman2 menuduh engkau bukan seorang jantan, dan aku punca sepimu tanpa zuriat, masihkah aku berada dlm lubuk hatimu ketika engkau di asak keluarga dan teman?

-semasa mengandung, aku tidak lalu makan, mulut asyik mengeluh sakit, tidur sering tak lena, dari ceria menjadi pemarah dan sering berduka.Sabarkah engkau dengan kelemahan ku?

-ketika cahaya mata bertambah, kerjaya semakin berkembang, pendapatan bertambah, tanggungan dan beban juga bertambah.dlm suasana yg byk tekanan dlm rumah tga, apakah engkau masih mampu ceria?sabar dgn keranah anak2 dan ibu mereka?

-jika aku ditakdirkan diuji Allah dengan barah payudara, terpaksa mengorbankan salah satu atau keduanya, kimoterapi meluruhkan semua rambutku yg menjadi pujianmu, tubuhku lemah menumpang kasih dlm pelukanmu, masihkah engkau mencintai ku?

huhuhu...waktu saya baca ni satu persatu, saya senyum2 sinis...terbayang mcm mana reaksi arjuna sekiranya soalan ini saya ajukan pd dia...tapi saya membayangkan musti arjuna angguk2 kepala, mengiakan semua dan berjanji akan masih setia disisi...wallahu'alam...doa saya mcm tu la...

Meh kita tgk soalan bakal suami dan suami2 utk isteri pulak:

-keceriaanku pudar oleh tekanan kerja, aku cenderung untuk diam dan senyumku mungkin kurang manis dan indah. sabarkah engkau dengan perubahan itu nanti?

-andainya kerjayaku dirempuh badai dan surut seketika, kewanganku dan keluarga kita jauh dari mencapai sempurna keperluan.keluarga dan teman mencemuhmu kerana 'menanggung " aku sbg suami yg dilabel "dayus".aku akan berusaha agar ia hanya seketika, namun sabarkah engkau menempuhnya?

-jika kerjaya ku berkembang di luar jangkaan, engkau terpaksa berkongsi diriku dengan masa, sabarkah engkau dengan suasana itu dan adakah aku masih cinta hatimu?

-jika doktor mengesahkan aku tidak mampu memberikanmu zuriat, rumah tga kita sunyi tanpa cahaya mata, apakah engkau masih sudi menemaniku dalam bahtera rumah tga?

-sekiranya aku ditimpa kemalangan atau strok, apakah ia menggugat cinta kita dan mampukah engkau terus hidup di sisiku?


bila baca soalan suami utk isteri pula...saya sempat berfikir sejenak...apa pula reaksi saya?
huhuhu...sejujurnya...dari soalan2 di atas, alhamdulillah saya sudah pon berjaya menjawab 2 soalan sbb saya dah pernah melaluinya....errm...soalan yg mana satu? biarlah rahsia...

tapi...sungguh...isi2 dlm buku ini byk menginsafkan saya dan saya sgt2 bersependapat dengan tulisan penulis dlm ayat yg berbunyi:

"ketika di bius cinta, kita menafikan segalanya.bahawa cinta dan rumah tga kita indah semuanya.tidak akan ada dugaan sedemikian rupa.sebagaimana kita melihat kematian, kita sering melihat kematian sbg kematian org lain, tanpa meletakkan diri di ketentuan itu.biarpun mati itu pasti, kita yakin ia bukan giliran kita"


~sekadar berkongsi rasa~



0 comments: