Saturday, January 2, 2010

plan cuti2 mesia 2010

Oleh sebab percutian luar dari mesia telah “di haramkan” buat seketika…hahah so kami cuma wat planning utk cuti2 dalam mesia je tahun 2010. Ni plan dan angan2 je, jadi ke idak tak pasti lagik…tak pe berangan tu percuma! Lagi pon kalo tak de angan2 dan planning dan impian, tak rajin pulak nak ngumpul RM, ye dak???

Teringin nak pegi:

Mula-mula sekali, nak cuba tren baru Rawang-Ipoh

then...



Cameron Highlands, mebi nak pegi masa cuti Maulidurrasul kot sbb masa cuti raya cina, arjuna kompem tk leh cuti. Lgpon masa tu, sedara dari kg mau ke sini…ada majlis tunang anak dia.

Terengganu dan Kelantan, yang ni mmg dah 3 tahun kot saya tgu turn dapat ke sini…sambil wat lawatan LI student, saya juga mahu bw arjuna dan teruna ke MRSM tmpt saya belajar…hehehe

Langkawi, gedik2 mahu beli kitchen ware, corning ware, luminarc, vision (haha tamak haloba!)...dan sudah menghasut Puan Buddy agar turut serta. Yg ni akan pergi bulan 6, sekali ngan conference kat sana (insyaAllah)

Melaka dan PD, nak naik eye on, naik cruise Sg Melaka, dll.Melaka pon cam dah best je skrg.Last pegi masa teruna lum ada dlm peyut lagi

Bukit Tinggi (imbas memori daun pisang) dan Genting Highlands

Itu je kot buat masa ni yg dalam plan…akan2 dtg tak sure lagik.Tgk pada masa dan kewangan laa…


0 comments: