Tuesday, November 24, 2009

ia berkaitan juga dgn emosi, bukan minat semata...

“Sungguh hati keturunan Adam itu lebih cepat ubah daripada takdir jika dia memuncak dalam keadaan mendidih.”
(Isnadnya sahih, Zhilalul-Jannah)

Hati umpama ’raja’. Seluruh tindakan kita, di’kawal’ oleh hati. Hati yang tidak sihat, dicemari, keras, tertutup, dan sebagainya boleh membawa kepada perkara-perkara yang tidak sepatutnya kita lakukan.

Rasulullah pernah bersabda:
“Ketahuilah bahawa setiap raja memiliki pagar (aturan). Ketahuilah, bahawa pagar Allah adalah larangan-laranganNya. Ketahuilah, bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati.”
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Semua kerja yg nak di buat, kena dengan hati yang tenang dan gembira

Kalau hati tengah kacau dan serabut, semua kerja jadi tak fokus...kacau bilau dan tidak memuaskan

Suatu ketika, ada dua insan yg sedang merusuh hati nya...

Sorang dengan hati bengang

Sorang lagi merajuk hati

Yg sorang rasa nak bawak diri

Yg sorang lagi nak pegi carik batu belah batu bertangkup

Capai kamera dan cuba hiburkan hati dgn photoshot ini:


teka, anak sapa nih?
^
^
Tapi bila balik dan transfer dlm laptop, ternyata hasilnya tidak begitu memuaskan
^
Nmpk sgt masa shot tu fikiran adalah tidak menentu,jiwa tak fokus, hati gundah gulana, emosi berkocak
^
Hahaha...patut la professional photographer charge service mereka "berbaloi" dengan hasil kerja mereka...
^
^
Ambil gambar kena selaras dengan hati yg gembira dan bahagia


Akhir kata gambar...


see...
bila emosi tak stabil, amik gambar pon yg bukan-bukan.
Gambar di atas ber maksud : HATI BATU tapi MENDAMAIKAN (sbb kaler ijau rumput)
hehehehehe

Obat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang soleh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah
*
*
*
sekian,
coretan ini hanya sekadar peringatan diri
yg sering lalai dan lupa diri


0 comments: