Thursday, June 25, 2009

anda 30 jugaaaaaaaaa

Happy 30th Birthday


Encik Khairul Fahmie Md Razali
l.o.v.e.y.o.u.a.l.w.a.y.s





birthday present dah order, dah smpi tp lum dipos ke sini, so tgu la yek...bersabar..bersabar..


sila amik yg dummy dulu okeh




Sunday, June 21, 2009

SeLamaT Hari AYAH dan BABAH

Selamat Hari Ayah kepada Hj ahad bin Abd Hamid
Ayah saya lahir pd tahun 1943. Ayah merupakan anak bongsu dari 3 org adik beradik seibu sebapa dan ayah saya mempunyai 3 org lagi adik tiri.
Nenek saya (emak ayah) meninggal semasa usia ayah baru 3 bulan dan sejak itu ayah di susukan oleh beberapa org ibu susuan sekitar kampung.

Ayah saya pencen dari Jabatan Perhutanan Daerah Mersing semasa saya berada di Tahun 2 di USM. Maka sejak itu, ayah hanya menghabiskan masa berehat di rumah dan bercucuk tanam di sekitar kawasan rumah kami yg luas itu. Ayah saya mmg ber"tangan" sejuk...boleh di katakan, semua pokok2 sayur beliau sgt menjadik, berbuah lebat dan subur (hingga selalu kami puas memakan kacang panjang, lada, terung, bendi, sawi, kacang botol, limau kasturi, tebu, blaa..bla..dan kami turut menyedekahkan kepada jiran2 tetangga)

Semasa kecik, dikalangan kami 3 beradik, saya sering menjadi "medium" untuk memujuk ayah sekiranya mahu ke fun fair, shopping baju raya atau baju sekolah dan juga jika mahu berkelah atau mandi laut. Sbb selalunya, bila saya hantar proposal kepada ayah, dengan senang hati ayah akan luluskan...hauhuahuahua...biasala kannn...anak kesayangan...yg tak penah wat hal yg bukan2 dan sentiasa menyejukkan hati ayah...kuang3...puji diri!

Tapi...sejak saya kecil lagi, ayah mmg mengidap penyakit berkaitan jantung. Dan pada tahun 2002, ayah menjalani pembedahan pintasan jantung di HSA. Saya ingat lagi ketika itu, saya bekerja di UiTM J****, sungguh kalut saya mencari bas untuk ke JB...tak menyempat2 hingga terpaksa berbuka dlm bas berlaukkan ikan goreng dan nasik shj...

Sesampai sj dihospital, sudah pukul 3 pagi. Mak dan abang bawa juga saya ke ICU HSA untuk bertemu ayah yg baru siap di "operasi" (tiba-tiba je keluar perkataan indon)...sbb sebelum di operasi, ayah asyik menyebut2 nama saya (ehemm ehemm saya mmg anak kesayangan ayah taw)

Erm..itula detik tidak saya lupakan, saya masuk ke ICU menghampiri ayah, menyentuh jari ayah dan ayah membuka mata beliau dan saya lihat titisan air mata ayah menuruni pipi....huaaaaaaaaa

Sekarang, walaupon kesihatan memuaskan dan kadangkala perlu jagaan rapi, tp ayah masih aktif dan tidak boleh duduk diam. Mesti juga mahu ke kebun-kebun sayur dan tanaman beliau setiap hari hingga di bebel oleh emak, hehehhehe

Untuk ayah, selamat hari ayah...jasa ayah bekerja keras untuk meyara kami, menyekolahkan kami, mendidik kami dengan ilmu dunia dan akhirat, menegur kami jika lmbt solat dan menyayangi kami...tidak adik lupakan sehingga ke akhir hayat.Semoga ayah sentiasa sihat dan diberkatiNYA.

Selamat hari babah untuk Encik Khairul Fahmie
ini adalah gmbr pertama, babah menunjukkan ciri-ciri ke"babah"an beliau

Buat encik suami, terima kasih kerana menjadik babah yg sgt baik dan penyayang kepada anak teruna kita, yg sentiasa sabar melayan dia tanpa rasa penat dan jemu

Walaupon mereka hanya bertemu di hujung minggu, tp saya sgt kagum akan keakraban dan kemesraan mereka dua beranak ini

Semoga encik Fahmie akan menjadi idola dan contoh yg baik kepada anak teruna

**ps..kalo sayang tiada, sila jaga anak kita (anak-anak kita) baik2 tau, didik dia ilmu dunia akhirat



KetaQ LutuT

Di LA Hotel Kuantan
Dpt la pulak signal wireless
Muahahaha

East Coast Mall di depan memanggil2 utk sekian kali
Sudah...cukup2 la memanggil sy
Kelmarin dah ter-tabur zakat di Brands Outlet dan butik Mango
Huh! Gaji 3 hari lagik taw

Ehem...
Ptg ni kul 4 ptg
Akan present paper
Di Room 2 Mezannine Floor
M.S Garden Hotel

Saya sgt ketaq lutut sekarang ini
Mandi pon tak lg ni (opssss...)
Gara2 sgt konsentret (konon2 la tu) membaca jurnal dan report fyp

Harap2 tak ramai la audience dlm Room 2 nti
Sbb semalam
Penuh ok kerusi diduduki oleh audience2 di dlm tu

Asek menyoal-siasat presenter2
Sampai kena stop oleh panel
Haiyaakkkk

Harap2 kang sume org pi bercanda ke Teluk Cempedak
Jgn tgk saya present
Sbb tajuk paper sy sgt laaaa TIDAK ber-IMPAK TINGGI ok!

***ermm...pas present, kami nak makan seafood kat Tanjung Lumpur


Friday, June 19, 2009

oN leavE

19 jun-22 jun
saya akan ke Kuantan Pahang
untuk menghadiri MUCEET 2009 di M.S Garden Hotel

(giler tamak...sebulan 2 kali pi conference. sila jgn salahkan saya,ini semua misunderstanding.sbb mula2 sy tak sangka pon terpilih ke MUCEET ini sbb anto abstrak adalah setelah 2 hari lepas dateline. tp udah diterima....maka haruskan kaki melangkah penuh gaya. kalo ikutkan, sy pon tak larat.claim pi penang ari tu pon tak dpt lagi...ni kena travel di "tengah-tengah bulan " yg sengkek begini...phewwww

ada sapa2 mau ganti tempat saya? sgt di alu2 kan...sbb di MUCEET nti saya perlu present paper...di ulang PRESENT PAPER...so kalo ada yg nak ganti...sy sgt la bersyukurrrrr)

22 jun - 26 jun

saya amik peluang utk pulang ke kg halaman, tempat jatuh lg dikenang inikan pula tempat bermain

udah 3 purnama tidak bertemu ayah dan mak...mungkin 3 hari di sana tanpa encik suami yg akan kembali bertugas

tapi... kalu dah nama loving couple (sila muntah byk2 yer..) saya akan pulang ke pasir gudang utk celebrate besdey encik suami pd 25 jun ini

27 jun

pulang ke pangkal jalan behor indah 3 taman behor indah kangar perlis


Tuesday, June 16, 2009

saYa SuKa Bau BUKU

Agak lama saya tidak "singgah" ke library yg berada di Tingkat 1 dan 2 Bangunan KWSP
Sbb dah nak masuk 4 tahun bekerja
Saya maintain dengan subjek yg sama
Tapi, utk Sem 1 2009/10 ni
Saya mula mendapat satu subjek baru (kalo idak 2 subjek baru taw! hoh..bikin pusing...)

Maka
Bila dpt subjek baru
Harus la jejaki library semula mencari bahan2 bacaan, rujukan dan ilmu2 baru

Nak pegi library baru la terkial2 carik kad staf
Ayokkk...sudah hilang entah ke mana
Gara2 menukar purse baru yg di beli di flea market Batu Feringghi
Saya andaikan, kad staf tu hilang di Bayview Beach Hotel, boleh?

Tak pe tak pe
Bgtau aje no staf kat kaunter
huhuhu

Masuk library...aduhhhh
damai dan nyaman rasa
Menghidu bau buku2
Satu perasaan entah macamana entah
Bila menyusuri deret2 buku2 yg tersusun
Saya tarik nafas dalam2
Ye...saya mmg suka bau buku dan suka berada di celah2 buku
Suka duduk dalam kedai buku, library dan apa2 jua lah yg berkaitan dgn buku
err...duduk dlm kotak buku tak penah cuba lagi

Sememangnya
Dari kecik lg
Mak dan ayah didik kami bertiga
Agar mencintai, menyukai buku (dan juga membacanya)

Dan sekarang
Saya cuba didik anak teruna sorang tu
Agar menyintai hobi yg sama
InsyaAllah

Sekarang pon mmg nmpk dia suka kan buku
Suka amik buku, bukak buku, baca buku dan koyakkan buku
Huahuahua

Okeh
Berbalik kpd kisah library td
Saya hanya berjaya merembat 2 buah je buku yg berkaitan



malas nak snap, just google image je..haahhaha
Mesti buku2 lain dah dirembat oleh team teaching polimer (ehem ehem) atau student master or phd polimer nih
Dapat le kat saya "sisa-sisa polimer" yg tertinggal
uhuk uhuk
(padan muka! sapa suh buat-buat -tak-mengaku-group-polimer?
kan dah kena tulahhhhhhhhh)

Juga
Terserempak (haha, salah guna perkataan) dengan novel yg saya gila2 kan semalam
Owh
Ini adalah novel mula2
Ada 3 lg sequel selepas novel ini
laskar pelangi
sang pemimpi
edensor
maryamah karpov
bila duk search novel2 kegilaan semasa
4 novel Andrea Hirata ni mmg menjadi pojaan pembaca novel
so saya harus dptkan kesemuanya (ahhh...start dah melonjak syaiton2 dlm diri)
sejak membaca Ayat-Ayat Cinta dan sequel Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2
saya mula jatuh cinta dengan novel2 islamik, pebangunan jiwa dan author dari seberang
aahhh...kuat sguh tarikan menda2 dari seberang ni ek?

okeh
Mula menyelak helaian2 buku2 ilmu "sisa-sisa polimer" yg saya berjaya dpt td
hihihi


Monday, June 15, 2009

Wanita vs Lelaki

credit to shafirulakmar.com/blog

Ketahuilah,
lelaki wajib taat kepada ibunya
3 kali lebih dari taat kepada bapanya
Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Ketahuilah,
walaupun lelaki menerima pusaka lebih berbanding wanita,
tapi lelaki wajib menggunakan hartanya untuk menyara isteri seorang wanita…

Ketahuilah,
setiap kali wanita beranak..,
setiap saat dia didoakan
oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini,
dan matinya jika kerana melahirkan anak
di kira mati syahid dan dosanya diampun ALLAH
sehingga ia seperti bayi yang baru dilahirkan…

Ketahuilah,
Di akhirat kelak,
seorang lelaki belum tentu masuk shurga
sekiranya gagal
menunaikan tanggungjawabnya terhadap 4 wanita iaitu:
Isterinya,
ibunya,
anak perempuannya
dan saudara perempuannya.

Ketahuilah,
isteri yang solehah,
akan masuk shurga 500 tahun lebih awal dari suami,
sedang suami masih berada di bawah arasy..

Ketahuilah,
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga
melalui mana mana pintu Syurga yang disukainya
cukup dengan 2 syarat sahaja:
Suami redha
dan Allah redha..

Ketahuilah,
lelaki dalam shurga,
akan datang beramai-ramai pergi ziarah Allah
yang merupakan kemuncak nikmat,
tapi wanita,
Allah sendiri yang akan datang menziarahinya..

Ketahuilah,
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah
tetapi wanita jika taat akan suaminya
serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH
akan turut menerima pahala
seperti pahala orang yang pergi berperang fisabilillah
tanpa perlu mengangkat senjata.

SubhanAllah... sayangnya ALLAH pada wanita

wallahu'alam

Tak lah susah sangat jadi orang wanita sebenarnya, kan?

Friday, June 12, 2009

ok...sudah BELI



hokeh hokeh
saya sudah beli ini 10 minit yg lalu
Flight D7 2702
29 Jun
LCCT 21:25
OOL 07:25
tapi...
tengg...teng..tengg...

abiH sudaH

muahahaha
akhirnya abih jugak siri Matahari tv3
setelah stress menunggu episod akhirnya bila
tapi
di sebabkan tadak menda nak wat pas balik kije
so
saya layannnnnn jugak la Matahari ni
almost every episod la saya tgk
ngehngehngeh

biarpon mmg bykkkkk la yg tak logik dlm citer ni kan
tp abaikan aje la
kalo nak yg logik
sila wat drama seniri la ek

hahaha
apatah lg dengan keHADIRan
Fahrin Ahmad
(apsal le saya suka kat bekas Linda Onn ni ek? suka tgk je bukan suka lainnn)
boleh la menjadi "mengabur" mata
sbb saya tak berapa gemar dgn heroin Matahari nih
muekekeke

episod akhir smlm
agak menyentuh hati saya la jugak

owh
first love mmg begitu
agak sukar kot utk mengikis keluar dari hati
tapi entah laa
sbb saya tak de second or third or fourth love
so saya tatau la cam ne

cuma moral of the story:

"namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud"

macamana2 pon
cinta padaNYA tetap yg utama


Wednesday, June 10, 2009

pUasA gAnTi

Rentetan dari entry di bawah
Hari ini saya mula berpuasa ganti
Cukupkan 7 hari
Then
Kalu larat
Bleh la puasa sunat pulak

Tali skipping pon dah beli
kuikuikui

Lovingnemo kata
Skipping 500 kali sehari
Mesti bleh kurus

Chaiyookkkkkkkk

Tuesday, June 9, 2009

saya ada keLEBIHan

Okeh
kita mulakan cerita dengan kisah baju raya ini
ehemm..bukan sekadar baju raya, tp tersirat cerita mengerikan di sebalik nya
jeng...jeng..jeng...

Owh...saya tahu raya lambat lg, tarikh tgk anak bulan utk isytihar puasa pon ditetapkan lg
tp diramalkan puasa adalah pd 22 Ogos dan raya adalah pd 20 sept (sila jgn kutuk tentang keterujaan saya terhadap hari raya dan baju raya, mana tau kot2 ni raya last saya sebelum merantau)

maka sy dengan sesungguh hati pegi menghantar kain-kayan ini ke tailor faberet saya sbyk 2 psg dan tailor-kali-kedua-nak-test sebanyak sepasang

ooo....baru perasan, tahun ni baju raya saya adalah bertemakan plain+kain corak2

saya mmg agak gigih sedikit utk raya kali ini agar kami sekeluarga bertiga (dan juga famili of my side laa) memakai kaler sedondon sbb sudah 2 tahun lepas, kami gagal mendapat kaler sedondon, sekayu, sekodi (dan apa-apa lg la penjodoh bilangan)

okeh..berbalik pd cerita tailor-kali-kedua-nak-test, beliau mengukur ukuran badan saya

setelah selesai, beliau mengajukan SOKLAN CEPU EMAS

"mengandung ke?" tanya beliau

"kenapa kak?" tanya empunya tuan baju raya

"badan naik sikit la...dari ukuran lepas.D*d* naik 1.5, p**gg**g pon naik 1.5" beliau jawap

"APA???" teng teng teng...

tidakkkkk tidakkkkkk

maka sah la sudah, saya mempunyai keLEBIHan lemak-lemak tepu di sekitar ehemm..ehem....

MAKA,

mulai hari ini, saya akan mulakan sesi diet saya

Breakfast: roti bakar or oat or milo 3 in 1

Lunch: Nasik setengah senduk + lauk2 yg berkhasiat

Dinner: Roti or bislut or epal shj

Juga; EXERCISE spt sit-up, skipping, turun naik tangga (owh..Teduhan Kasih tak de tangga laaa)

Yea...bila org tegor, baru saya perasan akan keLEBIHan diri saya, muakakaka

baru saya perasan spare-tyre yg ada di perut dan pinggang

SAYA PERLU DIET

*hemm...ni mesti gara2 asyik minum milo je semedang!





Monday, June 8, 2009

TiAda TaJuk KhuSuS

Tiada motif utama menepek gambar
Selain dari untuk tatapan sendiri
Hahahahaha

tak pasti tujuan pose begini, di hadapan kereta merah CBQ ,smbil memegang stroller merah berisi anak teruna sebaik shj turun dari kereta


control , tahan napas... (tanak bg nmpk perut buncit, wakaka)

aksi sudah malas posing... kata encik suami " ok, bergambar kat sini pulak sayang..ok...kejap kejap...sekeping lagik...ok ok...tak jadik pulak, kejap...sekali lagik"
hadoi...penat gua!







poyo tak hengat... (walaupon dah nak masuk tahap menopous ek Puan Azilawati ??? kehkehkehkeh)



chaitt...bas sekolah kat belakang tu dah mencacatkan gambar gua..kalo idak boleh hantar kat ruangan "Kembang Setaman"...ngehngehnegh



sorry gambar blur...aksi sekeluarga yg tak malu berposing di khalayak ramai...
ermm...sebagai latihan sebelum outdoor shooting nanti


You jump I jump
no no no
Mummy jump, you tinggal ngan babah okeh!


ehemm...ni baju yg di beli sehari sebelum
kes main tarik2 baju ni ngan Mama Marissa kat kedai baju bandar Kangar,huhuhu
"you nak ke baju ni?kalo u nak yg ni, i amik yg satu lagi tu..." sebab...mana2 kaler pon i tak kisah, asalkan dpt baju baru
asal nak pi vacation je nak baju baru, asal baju baru je nak pi vacation...huahauhua








amboi...


budak takut bunyi ombak, geli pijak pasir



cukup la untuk hari ini


Thursday, June 4, 2009

saNdarKan paDa KeNanGan

Ke-gedik-kan saya mahu ke Lumut adalah sgt berbaloi ( utk diri saya, hahaha)

sbb saya dpt menyusuri jalan Jepalang-Lumut yg penuh dengan memori


walaupon tak dpt view dengan tenang di perjalanan pergi sbb saya drive, tapi boleh berpuas hati sbb dpt snap gambar dengan taksub semasa perjalanan pulang kerna encik suami pulak yg drive


Lokasi utama yg mahu di imbas memori:


No 40 Jalan Maju Damai Taman Maju


ini ler umah sewa saya bersama 4 org lagi rakan seperjuangan, lepas snap gambar (haha..kena curik2 snap ala paparazi ) saya terus mms ke sahabat baik merangkap teman sebilik di rumah ini dulu...


saya suh dia teka, umah sapakah ini? sib baik ingatan beliau masih tip-top lalu dpt mengecam tak smpi 2 minit...hihihi


di rumah ini dulu, kami bawa tv..punya la haloba...tak de meja wat buh tv, amik kotak besar...buh surat kabar byk2 then top up ngan buku teks dlm kotak tu...hahahah sengal giler sbb jadik kan buku teks sebagai alas tv...sib baik lulus exam lalu tidak di sumpah oleh buku!


kami jugak ada dapur dan periuk belanga utk memasak. ujung mgu je musti masak secara berjemaah (nak cut cost) dan penah sekali dua masak2 dan ajak rakan2 baik yg duk hostel, menjamu selera bersama kami...


kami jugak penah masak rendang dan ketupat di hari raya korban sbb tak balik kampung kerana hari raya jatuh pd minggu nak exam


ini adalah deretan kedai2 ...tempat saya melaburkan zakat beli aiskerim, hantar baju kat dobi, fotostat nota kuliah, beli majalah, beli nasik ayam super sedap, dan beli ayam goreng berempah yg best, dan blaa...bla...




Saya juga sempat masuk ke dlm UTP (dulu adalah USM Kampus Kejuruteraan Tronoh)


Ini adalah tasik favorite saya, tempat saya meluah perasaan..kehkehkeh apabila tension study


Di tasik ini saya dan rakan baik pernah menyaksikan 2 couple melayu islam dan 1 couple cina di tangkap khalwat di siang hari...hehehe

sib baik saya berdua ngan rakan pompuan, kalo idak saya pon di tangkap khalwat jugaaaa


dulu, kampus usm sgt bagus...di larang duk berdua2 lelaki pompuan, hatta kat kafe sekali pon...nanti pak guard mai tangkap dan suh isi borang, amik ic dan blaa....bla...


Ini adalah pusat pengajian kejuruteraan bahan dan sumber mineral di masa dulu...

Ini pula masjid dan pusat islam...
penah solat raya korban di sini, dan solat terawikh masa duk hostel. bila dah duk umah sewa, kami solat di surau taman perumahan saja...(motif: sbb imam kat surau tu solat cepat sikit..)



kafe dan desasiswa harapan...



Ini hostel saya...dah lupa la nombor bilik berapa tp saya ingat la bilik saya..tuuuu...bilik dua dari kiri, tingkat yg ketiga dari atas...(ada nmpk cam bulat lampu jalan tu...haaa tu la bilik saya)




Sungguh mendayu2 bila teringat memori masa study di sini...entah...tak reti nak discribe macamana...cuma yg paling saya teringat..masa study degree dulu...erm...tak pe la malas nak cerita...nanti mengundang sedih pula...ewahhhh


Monday, June 1, 2009

ke PeNanG laGikkk

31 mei
saya dan keluarga bersama kelisa CBQ1979 akan ke Perak
tujuan:
-mengimbas memori di suatu tempat yg sgt gersang dan tandus (suatu masa dulu)

nak mengenang saat2 manis ketika menuntut ilmu dan saat2 ber-rumah sewa bersama rakan2

-done: entry atas
-gedik2 mau ke sini...


setelah menonton Majalah 3 sabtu lepas

-misi gagal, guard tak bg masuk...saya pula lupa mitak address rakan ym yg duk di lumut tu, nombor tipon dia pon lupaa...huawaa....


-tak lupa utk membeli brg sekeping dua sotong kering, nyamnyamnyam
-dapat beli...dah nak abis pun makan...hehehe


-hajat di hati mau belanja sang arjuna , celebrate anniversary kami di sini:

~saya tau ada restoran ini di Manjung tp ini saya pon tau bukan Amy Search yg punya
-ni paling hampeh...duk pusing2 manjung mencarik restoren ni (smpi sesat barat) berpandukan guideline rakan ym..tp nan ado...rupa2 nya dia tuko nama kedai jadik HERITAGE...(peh tu duk renovate 7hb baru bukak, tak pe la encik tuan punya restoren, kami dtg anniversary tahun depan pulak yerrr...)

last2 ktrg pi makan kat Mama Chicken House yg cantik deco nya tapi staff dia sgt tak peramah dan sgt eksyen...


1-2 Jun

-menuntut ilmu di Seminar RAMM

Bayview Beach Resort Feringghi

-bilik hotel biasa2 ajer..(haha tak leh compare Park royal maaa) tp ktrg dpt katil besarrrrrr sgt siap ada extra bed lagik...huhuhu tatau napa dpt bilik ni, mebe sbb diorg bg bilik dah kul 3 ptg then selepas encik suami komplen servis lmbt kat pegawai dia kot)

~tak pasti lg macamana, sama ada bumbum melekat di kerusi atau pon di tempat lain, sbb dlm kalangan puak, hanya saya yg hadir...ahli2 puak ada program masing2...huahuahua
~aci tak kalo saya join anak teruna berendam dlm pool sahaja sepanjang hari???
-owh...saya sgt bagus di conference kali ini... tekun mendengar presentation org2 lain wpon tak paham sgt...abih sume Jepun ka, Us ka,India ke present paper diorg, semua saya bantai dengar...kehkehkeh

-poster2 pon semua satu persatu saya belek..siap tinggalkan notes kat mana2 poster yg mitak participants bg komen dan idea..hehehe.


-yg pasti, mau try and error bubuh dia swim dlm laut

-misi gagal...anak teruna takut bunyi ombak dan geli nak pijak pasir...mummy dia pon sedih sbb tak dpt berendam dlm laut!

-di malam hari, mahu tinjau2 apa yg menarik di night market ini:

-meronda night market di waktu petang..hahah...tak byk gerai bukak sgt tp sempat merembat purse Anna Sui kaler itam munge2..rm20 je..kalo beli online tak dpt rege nih..ewahhh...yo yo on jerr.sempat jugak beli dvd Shopaholic, Prison Break dan Slumdog


-on the way pulang ke pangkal jalan, mahu singgah di sini seminit dua...

giler lama tak pi sini, rasanya dekat setahun jugak

- meronda Queensbay dlm keadaan penat..so tak de mood sgt (bajet pon nipis..hihihi) nak carik sandal or kasut tak de yg berkenan, sempat beli baju kat Padini ngan rompers anak teruna kat FOS je...penat..penat..kaki rasa nak tercabut...len kali arr repeat lg Queensbay


Hokeh
-harap2 dpt pulang bawa ilmu di dada-dpt idea utk next projek
-harap2 kulit saya, dia dan juga dia tidak bertambah gelap akibat "sun bath" di feringghi-gelap sket je
-dan harap2 dpt bawa pulang sekeping dua plastik beg biodegradable jusco yg berwarna ijau tu, dengan isi2an yg menarik, huahahauha -tak de pon palstik ijauuuuu