Selamat Hari Ayah kepada Hj ahad bin Abd Hamid
Nenek saya (emak ayah) meninggal semasa usia ayah baru 3 bulan dan sejak itu ayah di susukan oleh beberapa org ibu susuan sekitar kampung.
Ayah saya pencen dari Jabatan Perhutanan Daerah Mersing semasa saya berada di Tahun 2 di USM. Maka sejak itu, ayah hanya menghabiskan masa berehat di rumah dan bercucuk tanam di sekitar kawasan rumah kami yg luas itu. Ayah saya mmg ber"tangan" sejuk...boleh di katakan, semua pokok2 sayur beliau sgt menjadik, berbuah lebat dan subur (hingga selalu kami puas memakan kacang panjang, lada, terung, bendi, sawi, kacang botol, limau kasturi, tebu, blaa..bla..dan kami turut menyedekahkan kepada jiran2 tetangga)
Semasa kecik, dikalangan kami 3 beradik, saya sering menjadi "medium" untuk memujuk ayah sekiranya mahu ke fun fair, shopping baju raya atau baju sekolah dan juga jika mahu berkelah atau mandi laut. Sbb selalunya, bila saya hantar proposal kepada ayah, dengan senang hati ayah akan luluskan...hauhuahuahua...biasala kannn...anak kesayangan...yg tak penah wat hal yg bukan2 dan sentiasa menyejukkan hati ayah...kuang3...puji diri!
Tapi...sejak saya kecil lagi, ayah mmg mengidap penyakit berkaitan jantung. Dan pada tahun 2002, ayah menjalani pembedahan pintasan jantung di HSA. Saya ingat lagi ketika itu, saya bekerja di UiTM J****, sungguh kalut saya mencari bas untuk ke JB...tak menyempat2 hingga terpaksa berbuka dlm bas berlaukkan ikan goreng dan nasik shj...
Sesampai sj dihospital, sudah pukul 3 pagi. Mak dan abang bawa juga saya ke ICU HSA untuk bertemu ayah yg baru siap di "operasi" (tiba-tiba je keluar perkataan indon)...sbb sebelum di operasi, ayah asyik menyebut2 nama saya (ehemm ehemm saya mmg anak kesayangan ayah taw)
Erm..itula detik tidak saya lupakan, saya masuk ke ICU menghampiri ayah, menyentuh jari ayah dan ayah membuka mata beliau dan saya lihat titisan air mata ayah menuruni pipi....huaaaaaaaaa
Sekarang, walaupon kesihatan memuaskan dan kadangkala perlu jagaan rapi, tp ayah masih aktif dan tidak boleh duduk diam. Mesti juga mahu ke kebun-kebun sayur dan tanaman beliau setiap hari hingga di bebel oleh emak, hehehhehe
Untuk ayah, selamat hari ayah...jasa ayah bekerja keras untuk meyara kami, menyekolahkan kami, mendidik kami dengan ilmu dunia dan akhirat, menegur kami jika lmbt solat dan menyayangi kami...tidak adik lupakan sehingga ke akhir hayat.Semoga ayah sentiasa sihat dan diberkatiNYA.
Selamat hari babah untuk Encik Khairul Fahmie
Buat encik suami, terima kasih kerana menjadik babah yg sgt baik dan penyayang kepada anak teruna kita, yg sentiasa sabar melayan dia tanpa rasa penat dan jemu
Walaupon mereka hanya bertemu di hujung minggu, tp saya sgt kagum akan keakraban dan kemesraan mereka dua beranak ini
Semoga encik Fahmie akan menjadi idola dan contoh yg baik kepada anak teruna
**ps..kalo sayang tiada, sila jaga anak kita (anak-anak kita) baik2 tau, didik dia ilmu dunia akhirat