hari ni
cukup sebulan saya berada di sini
rasa cam nak buat catatan kenangan la sket
ihihi
so kita mulakan dgn kenangan pertama iaitu dedikasi utk puak2 nakal saya di darul sunnah
Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa
Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya
sebenarnya
entry ni saya dah tulis masa hari terakhir saya di opis
tp duk terperap dlm draft
so...ucapan utk puak2 ku di sana
sesungguhnya saya di sini kesunyian tanpa anda semua
mcm saya penah bgtau kat sorang puak
"kedai kat sini banyak...tp saya tiada rakan seperjuangan utk di ajak meronda ketika lunch break hari jumaat"
hehehe
lone ranger dowh sejak duk sini...
apa2 pon
semoga 3-4 tahun lagik
saya balik ke sana
kita bleh up-kan semula zaman kegemilangan kita yep
(hahahah.....giler poyo statement ini...harus ada yg muntah hijau baca ni kang!)
anyway
saya pon nak ucap terima kasih kat semua puak2 saya atau yg tak-berapa-nak puak
yg sering membantu saya
semasa saya di sana, berdua dgn anak teruna
saya takkan lupakan jasa2 mereka
yang menjadi tempat luahan perasaan saya
ketika sentap dengan tuuuuutttttt, ketika sedih dan pilu, ketika dirundung malang, dan juga ketika gembira dan bahagia
ada juga mereka yg rumahnya menjadi tempat tumpangan saya ketika black out,hehehe
ada juga mereka yg keretanya sering saya tumpang nak pegi makan, pegi meronda dan saya tumpang bila malas nak drive
tak lupa kepada pembeli bateri kereta ketika kereta saya tak boleh start masa nak pegi beli makanan bersama anak teruna...hohoho...
juga kepada sorang puak yg saya bawak lek umah saya atas sebab nak mitak tulung halaukan katak yg duduk parking depan pintu rumah...saya takut nak halau sbb masa tu saya tgh pregnant
masih ingatkah pd mereka berdua yg menghantar saya dan anak teruna ke airport kepala batas pada feb 2008? hihihih...
juga kenangan rahsia lari-dan-cari-alasan-kerana-hendak-menonton-wayang suatu ketika dulu...
dan tak lupa terima kasih pada sorang hamba Allah yg menemankan saya ke klinik utk scan baby (janin lagik masa tu kot), masa saya bleeding ketika awal2 pregnant
dulu2 puak2 kita selalu lepak makan pizza masa lunch break hari jumaat kan? sguh meriah waktu itu
juga pada sorang dua puak yg meja dan komputernya sering menjadi sasaran saya utk baca emel..hihihi.
errm...kalau nak tulis seme, mmg tak cukup masa ler...
apa2 pun...semoga kita semua success dengan kerjaya masing2, sekarang dan masa akan datang....
Wednesday, August 18, 2010
kenangan 1:memori tercipta bersama puak-puak nakal
Posted by teduhankasih at 10:49 AM
Labels: bebelan, memori daun pisang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment