Monday, March 2, 2009

mY BoY...1T+5B

*Saya sudah makin suka dan kuat makan...alhamdulillah...mummy dan babah saya sgt suka kalau sy begini

*Saya juga sudah pandai makan seniri, suap seniri...guna sudu dan garfu tau...

*Saya jugak selalu cuba2 nak drive car mummy...lambat lagi laa buleh dapat lesen...


*Saya sgt suka hendak tau semua perkara...belajar perkara baru, dan mengenal menda2 baru.Tp obsesi saya masih setia pada bajak, lori , kren, bas, motor...OO yeee..suatu hari tu, saya telah membuatkan mummy dan babah sgt impressed kerana saya dapat menyebut BAS SEKOLAH dengan betul, tanpa pelat bahasa baby...

*Saya suka ulang2 soalan yg sama kepada mummy (dan sesiapa yg bertuah...) asyik ulang "Babah naa?Nenek naa?Ayah naa?kakak naa? " sampaikan satu tahap, mummy saya malas nak jawab, beliau hanya diam seriba bahasa...


cantik tak saya posing begini???

*Saya juga gemar menari bila mummy suruh, dan jugak mempersembahkan tarian shuffle
*Saya suka nak cuba pakai seluar dan baju seniri...

*Saya jugak suka dan banyak minum susu sekarang ini...saya mahu menjadik besar , sihat dan kuat, jadik cerdik dan bijaksana...
*Saya suka nak ikut mummy dan babah solat...juga suka kacau mereka solat hingga mereka berdua pernah ter-ketawa ketika solat disebabkan aksi2 lawak saya (contohnya: merangkak bawah kain babah, amik s*****r babah dan pakai di kepala, selak telekung mummy dan duduk di dalamnya...)
*Saya jugak sudah pandai sebut "bismillah","Allahuakbar"...sejuk hati mummy saya
*Saya jugak sudah faham beberapa arahan yg mudah...dan jugak rajin tolong mummy di rumah. Satu hari, mummy sedang basuh baju guna washing machine...mummy cakap dengan saya, "nanti dah besar, Faheem kena rajin tolong mummy tau"..oo...saya faham ayat itu.jadi saya amik sat persatu baju kotor mummy di atas lantai, dan hulur pada mummy utk dimasukkan ke dlm machine.bagus kan saya??? Mummy jugak selalu mitak tolong saya amikkan beg, bantal, tudung, etc...saya faham arahan mummy dan saya dengan senang hati tolong mummy...


*Saya suka tgk kartun Wonder Pets...sblm tido, mummy akan dodikan saya dengan lagu Wonder Pets malay version+ mummy version..lepas habis mummy dodoi...saya akan gelak mengekek...


*Last but not least...saya budak baik dan anak soleh!!!!




2 comments:

vida muchacha said...

budak hensemmmmmmmmm

teduhankasih said...

macam sheikh muzaffar shukor tak buddy tahap ke-hensem-an dia???